Sudah memasuki hari ke lima.
Tanjung Dawai - Kuala Perlis : -+100 km
Ada dua pilihan, samada nak merentasi dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai atau keluar semula ikut laluan ke Sungai Petani.
Jika ikut Sungai Petani - Merbok, boleh singgah ke ;
- Tapak Arkeologi Sg Batu, Kg Permatang Samak.
- Hutan Lipur Tupah
- Lembah Bujang
- Kelong Segantang Garam
----------------
Beginilah suasananya jika kita menaiki bot. Waktu beroperasi bermula jam 9 pagi.
Kalau dengan basikal kena hulur-hulur la duit upah mengangkat basikal pada tukang bot tu ya. Usahlah berkira sangat.
Yan
Keluar dari kawasan Jeti Tanjung Dawai kita akan terus menuju Singkir Laut di mana seluas-luas mata memandang sawah padi sesaja.
Berhenti sebentar di papantanda Tanjung Jaga untuk mengambil nafas. Maknanya apa ? Layan bukit la.
Rupanya kawasan perkampungan di Dulang Besar dan Dulang Kecil pun mempunyai pemandangan yang sangat indah. Kampung yang di kelilingi dengan sawah padi berhadapan dengan laut dibelakangnya pemandangan Gunung Jerai. Ce bayang, ce bayangkan bila waktu pagi. Kabus ja kat puncak Gunung Jerai. Tapi kena masuk ke dalam kampung la dalam 12 km. Macamana aku tahu ? Masa menulis bloq ni aku buat kajian.
Lokasi yang aku tulis kat bawah ni adalah tempat-tempat yang menarik di sekitar Yan. Jarak di antaranya tidak lah jauh sangat sebab ianya terletak di kaki Gunung Jerai. Pilih sahaja salah satu kerana bila kayuh basikal agak melelahkan. Sebab semuanya kena menanjak. Pilihan terbaik adalah dengan menaiki motorsikal. Semua tempat ni kita dapat pergi. WaW !
- Pantai Murni
- Jeti Pulau Bunting, Kg Sungai Kering 5°52'43.9"N 100°21'23.9"E
- Hutan Lipur Titi Hayun
- Hutan Lipur Seri Perigi
- Hutan Lipur Sungai Teroi
- Puncak Gunung Jerai
Semua lokasi ini mempunyai kemudahan untuk menginap terutama jika berkhemah. Semua tarikan di hutan lipur di atas ni adalah air terjun. Tak percaya pergi lah.
Kuala Kedah
Jika memilih laluan pesisir pantai, baru jumpa lokasi ini.
- Muzium Kota Kuala Kedah (nama lama adalah Kota Kuala Bahang) 6.108480, 100.286454
- Taman Rekriasi Air Kuala Tunjang 6.220757, 100.236038
- Ladang Nipah Kipli, Sanglang 6.268756, 100.185382
Kuala Perlis
- Masjid Terapung, Al- Hussain.
Hotel Budget : Q Motel :RM50-70 6.398149, 100.132495
Kenapa kat K.Perlis aku carikan hotel budget ?
Kerana di sini tiada tempat yang selesa untuk berkhemah. Lagipun tempat tumpuan pelancong dan gangguan ulat juga.
Seandainya nak menjelajah ke Pulau Langkawi dan Pulau Tuba pun boleh juga. Boleh la naik pengangkutan awam RO-RO. Nak naik feri penumpang rasanya basikal tidak dibenarkan bawa sekali, kecualli dimasukkan ke dalam bag.
Aku nak tambah sikit penghujung sempadan di Kuala Perlis yang kurang pendedahan. Hanya seorang 'Otai Overlander' yang bernama Pak Mid Yellow Cruiser dan grupnya sahaja sudah menjejaki. Aku cari juga menggunakan google earth. Hehehe. Bila cari mesti lah jumpa. Kau orang apa tau ?
Rasa macam nak buat lagi la tapi dengan menaiki motosikal. Insya allah aku nak pastikan semua lokasi yang aku tulis ni aku nak jejak. Buat macam cop passport, sampai ja cop, sampai ja cop. Baru rasa sempurna, untuk aku la. Korang nak buat, ikut cara korang la. Ye tak ?
Bersambung lagi di sini
---------------
Nota kuku kaki :
Sekiranya, ada yang berniat atau sudah melakukan perjalanan mengikut laluan yang aku kongsikan ni, sila lah berikan 'feedback' tentang pengalaman perjalanan korang kat aku. Kerana setiap perjalanan pengembaraan adalah berbeza-beza. Pasti ada yang lebih menarik, bukan ?
Pesanan kaseh sayang aku, seandainya korang tak jumpa lokasi ni menggunakan loc GPS yang aku tulis tu, sila gunakan GPS manual ya. Tanya orang setempat. jangan berat mulut. Malu bertanya sesat jalan. Tapi jangan bimbang, tak akan sesat sampai London pun.
Jika ada lokasi yang menarik dan 'rare' di antara laluan ini, sila kongsikan pada aku ya. Nanti aku tambah ja untuk rujukan kawan-kawan yang lain. Terima kasih duluan.
*A traveler, mender a broken heart*
No comments:
Post a Comment