kenapa ..
kenapa ?
2. Tandas dia bersih, cantik dan wangi walau terletak di dalam hutan rimba.
3. Banyak benda yang unik, menarik dan wOw terutama ukiran kayu rumah-rumah mereka.
4. Kreativiti mereta tanpa batas hatta perkara yang tidak terjangkau oleh akal kita mereka mampu hasilkan.
5. Banyak perkara baru dapat belajar.
6. Wifi percuma di mana-mana.
7. Internet laju
8. Makanan halal mudah dapat.
9. Penginapan 3/4 bintang hanya berharga 450-600 baht. (RM57- RM76)
Kalau yang paling 'basic' pun 350 baht = RM45 (katil | bilik air | kipas |tv | tuala| sabun | syampoo & bilik seluas-luasnya)
Kao rasa ?
Bukan takat murah, cantek, bersih malah kepuasan itu yang lebih penting. Kerana itulah orang kita lebih rela girang gembira mengembara ke Thailand, walaupun terpaksa beratur panjang di imigresen.
Pegawai Kastam mereka mintak duit RM1 @ RM2 ?
Aku oke ja, dia minta bukan curi. Anggap saja sedekah sudah lah. Itulah perkara pertama disarankan agama bila keluar mengembara. Insya allah perjalanan dipermudahkan.
Ini berdasarkan pengalaman peribadi. Lain orang lain kisahnya. Jadi jangan nak kecam itu ini. Hey hey hey ini cerita aku. Cerita anda bagaimana ?
Walau apapun, sila jaga diri baik-baik di negara orang. Hormati dan patuhi undang-undang mereka. Jaga kebersihan, jangan buang sampah dan puntung rokok merata-rata. Usah bawak perangai MY ke negara Thailand. Buruk padahnya. Kena cakna DO & DON'T !.
Mengerti ? Ayoh dicatit !
--------------------
Tanggal 18hb dapat peluang menyertai Ekspidisi Somtam siri 3 yang diketuai oleh Pak Mid Yellow Cruiser a.k.a ketua ekspidisi. Posisi sebagai 'co-driver & navigator'. Sebanyak 7 buah kereta dan 8 keluarga.
KLANG- HATYAI : 547KM
RV di Hatyai. Oleh kerana aku ada urusan penting yang perlu diselesaikan dahulu, jadi aku pergi ke lokasi RV dengan menaiki bas ekspress Klang- Hatyai pada sebelah malam 17hb Mac. Sebenarnya, aku lebih memilih untuk menaiki keretapi malam. Malangnya, keretapi malam telah dihentikan perkhidmatannya, hanya ada perkhidmatan ETS sahaja, itu pun jadualnya hanya sebelah siang. Akhirnya terpaksa naik bas. Bas pun aku pilih syarikat bas Ekspress Semarak (SE Super) dengan harga tiket RM63. Sebabnya, bas ini memang khas laluan terus Klang- Hatyai dan tempat duduk bernombor. Beza dengan bas-bas lain, walaupun tujuannya ke Hatyai, tapi mereka akan berhenti di lokasi tertentu seperti Kuala Lumpur @ Ipoh untuk mengambil penumpang. No kerusi pun tak tentu. Lecce.
18hb Mac 2017
HATYAI - CHUMPHON : 484KM
Kau kalau masuk Thailand tak merasa pulut mangga memang ada yang kurang. Sekarang dah pakai timbang. Harga 40baht = RM5
Berhenti rehat sambil mendengar taklimat perjalanan untuk hari pertama.
Apabila melalui route nombor 41 di AH2 dari Patthalung ke Suratthani, memang wajib lah berhenti di suatu kawasan rehat yang amat terkenal di kalangan pengembara bermotorsikal/basikal dari MY. Terkenal dengan panggilan ROUTE 41 PATTHALUNG. Apa yang ada di sini ?
Tak ada apa pun, cuma binaan kedai-kedai cenderamata dan kedai kopinya yang unik bertemakan 'cowboy' dan seekor kuda hidup untuk kita merakam gambar kenangan.
Apa yang dijual kat situ ?
Ada jual t-shirt lambang seperti gambar sticker di bawah, ada jual sticker, pemegang kunci, jajan kerepek-keropok, poskad dan kedai kopi.
Aku cuma beli sticker ni ja yang berharga 25baht = RM3.20. Jadilah untuk tepek kat El-Fateh bukti aku dah sampai. Yay !
Kita kat MY pun boleh buat. Boleh.., kita pun boleh buat jugak. Ada beberapa lokasi menarik terutama di Hentian Titiwangsa. ~ Route 4 Hentian Titiwangsa.
Ataupun Route 185 Gua Musang - Kenyir.
Jika peniaga kat situ ambil inisiatif sendiri untuk mempromosikan hentian rnr itu seperti di Thailand, pasti BOOM lah. Kita rakyat MY semestinya la support. Jual t-shirt, sticker dan buat sijil macam 1000 corner Di MHS @ 100 corner di Betong. Bangga juga. Nak gak tepek kat motor sticker made in MY. Boleh juga jadi salah satu produk pelancongan dalam negara.
Tapi itu lah. Banyak yang tak boleh dari boleh. Semuanya kena kelulusan pihak atasan. Atas yang mana pun entahlah. Owh MYku. Ni hanya pendapat macik kentin ja.
Cerita di sepanjang jalan.
Bila kita isi minyak di PTT (panggilan untuk stesyen minyak terkenal di Thailand). Di MY macam Petronas la. Setiap pembelian minyak 600baht dapat sebotol air mineral percuma. Kalau 4x4 mana isi 600 baht, mesti lebih 1000 baht. Jadi dapat la berbotol-botol air. Dah jimat beli air. Setiap PTT ada kedai Tujuh Sebelas, Cafe Amazon (burung kakaktua) jual cake dan air setaraf Starbuck , tandas dan kedai makan.
Jangan bimbang, kau tak akan kebulur mencari makanan halal bila di Tujuh Sebelas. Cari saja logo halal yang tertera di pek makanan, contoh maggie cawan atau roti. Nak air panas pun mereka beri percuma.
Pengembaraan adalah pencarian. Aku jumpa sesuatu yang menarik untuk seorang pengembara gunakan. Jujur cakap sampai hari ni aku tak mahu guna lagi benda ni. Sayang oi.
Di MY pun ada jugak disusun macam ni kan kan kan ?
Untuk malam pertama berhenti bermalam di daerah Chumphon. Hotelnya terletak di pesisir pantai Pathio. Albatross Guesthouse tidak jauh dari Pantai Thungwualaen. Harga bilik satu malam 400 - 500 baht = RM50- RM60. Sampai pun malam, jadi malam tu memang terus tidur. malas nak jalan-jalan tengok pesta pantai. Esok pagi baru jalan-jalan.
Ke-esokkan paginya.
Pantai Thungwualaen.
Jalan-jalan di kampung nelayan Tambon Saphli, Pathio.
Macam tak percaya kan kak ?
sambung
No comments:
Post a Comment