Moving Slowly & Save, See The WORLD, Appreciate all you have & be greatful about LIFE
Tuesday, March 14, 2017
Pemeriksaan Kesihatan Untuk Calon IPTA / IPTS [ MEDICAL CHECK-UP ]
Untuk rujukan aku di masa hadapan atau untuk mereka yang berpendapatan kurang dari 1,000MYR.
Setiap bakal pelajar yang ingin memasuki mana-mana Institut Pengajian Tinggi diwajibkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Tahun 2015 rasanya tidak se-cerewet sekarang yakni tahun 2017.
Pemeriksaan kesihatan boleh saja dibuat di klinik kesihatan yang berdekatan.
Untuk tahun 2017 atau mungkin dah mula sejak 2016 lagi sistemnya menjadi makin mengelirukan dan kelam kabut kerana rakyat marhaein tidak mendapat maklumat secara terus.
Aku nak ingatkan, ini untuk mereka yang kurang berkemampuan macam aku memang terpaksa menghadap ke Hospital Kerajaan. Mereka yang kaya raya boleh sahaja terus buat di klinik swasta. Tutup mata kechang ! keching ! $$$. Apa ada hal.
Ini cerpen aku tempohari tentang caca marba dalam sistem dot dot dot yang menyusahkan rakyat yang sedia susah.
-----------------
Khamis.
Curhat (curahan hati) di muka buku.
Entahlah.
Pagi-pagi dah keluar menuju ke Hospital Banting atas urusan 'medical check-up' untuk bakal pelajar kolej.
Pegawai pendaftaran cakap : " Kami dah tak buat urusan MC lagi kerana tempat ini akan ditukar kepada Hospital Pakar. Segala urusan MC boleh buat di Klinik Kesihatan Telok Datok @ Telok Panglima Garang. Sebelum pergi, puan boleh buat pemeriksaan gigi dulu kat bangunan depan "
"Ok baiklah"
Klinik Gigi : RM1
-------
Dengan menunggang motorsikal Ex5 dari rumah ke Hospital Banting jaraknya 22km.
Dari Hospital Banting ke Klinik Telok Datok cuma 3.8km
Di Klinik Kesihatan Telok Datok pulak.
"Maaf, kami dah tak buat 'urine test utk dadah'. Puan kena buat di klinik swasta dulu kemudian bawa keputusannya di sini baru buat pemeriksaan keseluruhannya."
"Ha ? Takkan tak boleh buat yg lain-lain ni dulu ?"
"Tak boleh puan, kena buat 'urine test' dulu.
"Ok"
-------
Terus pulang ke rumah untuk pergi ke klinik / Poliklinik berdekatan. Kiraan jarak 18km.
Di klinik swasta pulak.
" Kami kat sini hanya buat 'urine test' ibu mengandung sahaja. Untuk 'urine test' dadah hanya di klinik terpilih sahaja. Saya syorkan puan pergi ke Klinik Kesihatan Bandar Botanic. Kat situ boleh buat semua tapi kena habiskan masa berjam-jam lah.
"Pulak dah."
Krik Krik Krik !
-------
Dah letih, balik umah dulu 'google' nombor talipon klinik tu minta penjelasan.
Klinik Kesihatan Bandar Botanik : 03-33244260
-----
Pegawai di Klinik Kesihatan Botanik sarankan buat pemeriksaan yang lain dulu, kemudian baru buat 'urine test'.
Tapi keputusan urine test di Klinik Kerajaan hanya akan keluar dalam tempoh sebulan.
Katanya lagi etika Pegawai Kesihatan di Telok Datok tu salah dalam menyampaikan maklumat. "Boleh buat pemeriksaan lain dulu."
( Jangan tanya nama pegawai tu ya, sebab aku memang tak pernah nak tanya nama orang. Aku ja perkenalkan nama sendiri. Ahaks )
Uhf !. (dah mula stres. Rasa macam bola ditendang ke sana sini )
"Boleh syorkan klinik swasta mana yg buat 'urine test' ni ?"
"Puan boleh google BP Lap @ BP Health care."
"Baiklah, terima kasih."
--------
Google. Kawasan Klang. Ok jumpa !
'Call' BP Health care : 03-33239169
Katanya harga utk : Test urine ( dadah) RM 36
Gula : RM18
Keputusan akan mengambil masa 3 hingga 4 hari.
Ok phewss !
Letih. Hari pertama 44km cuma dapat buat pemeriksaan gigi sahaja.
Sistem yang menyusahkan orang susah. Jika mereka yang susah tiada kenderaan kereta @ motorsikal dan terpaksa menaiki pengangkutan awam, bas, teksi dan berjalan kaki, rasanya seharian di jalanan tanpa dapat buat apa-apa. Sadis.
Fasa pertama selesai.
--------
Jumaat
Baiklah. Kita tinggalkan curhat sendu tersebut. Itu adalah ujian untuk aku supaya belajar perkara baru. Terima kasih Allah.
Hari kedua, pagi-pagi aku dah keluar menuju ke Klinik Kesihatan Bandar Botanic. Dengan hasrat nak buat pemeriksaan kesihatan yang lain (mata, jantung dll) la konon.
7 km dari rumah.
Klinik nya luas. Dah macam hospital besar. Kaunternya banyak. Bunyi panggilan nombor tak henti-henti, itu tandanya perjalanan pengurusan begitu pantas. Suka.
Di kaunter pendaftaran :
Sila naik ke tingkat atas bilik pemeriksaan WARGA SIHAT.
oO OKey.
Di kaunter Warga Sihat tiada orang, cuma ada kertas yang bertulis
~ Sila pergi ke Kaunter 14 di tingkat bawah ~
Erkk ! Korang rasa muka aku camana ?
What !
Tak pe lah, positif..positif..eksesais la sikit. Lama sangat mereput dalam rumah ~ makan tidur, makan tidur ja.
Cari..cari cari kaunter 14. Jumpa. Beratur.
Aku beri salam pada misi chantek di kaunter pendaftaran. Terus hulurkan borang pemeriksaan kesihatan sambil memberitahu sedikit hasrat. Dibelek, ditelek dan jawapannya. Kalau nak cepat memang kena buat 'urine test' dulu. Dah dapat keputusan baru buat pemeriksaaan yang lain.
Dang !
Walau bagaimana pun boleh buat ujian 'mantoux' dulu. Nanti hari Isnin boleh datang periksa semula keputusannya. Puan pergi ke kaunter 4 buat bayaran dulu, kemudian datang semula dan boleh masuk ke bilik 21.
"Erkk tumpang tanya, mantoux tu hapa ?"
"Owh itu ujian untuk mengesan penyakit tb@ batuk kering."
Huhu.
Yuran : RM5
Bilik 21.
Misi chantek bersihkan kulit lengan dan memasukkan ubat menggunakan jarum suntikan.
Pesannya :" Jangan sapu minyak atau sapu losyen. Biarkan sahaja. Nanti hari Isnin datang semula, saya nak periksa ambil bacaan."
Selesai urusan fasa kedua.
----------
Lepas ni nak cari BP Heatlh Care pula. Mujur tak jauh cuma 3km sahaja. Senyum.
Bangunan besar, nak masuk ada pengawal yang bukakan pintu. Aku senyum dan "terima kasihhhh..!"
Terus hulurkan borang dan maklumkan nak buat ujian air kencing (dadah) pada kerani di kaunter pendaftaran.
Borang maklumat bertukar tangan kepada Dr. Chantek. Dia sebut harga dan tanya bila nak keputusan ?
Paling cepat petang nanti dah siap dan boleh ambil. Aku cuma cakap akan datang ambil pada hari Isnin berikutnya. Senang, sekali jalan bila ambil bacaan mantoux nanti.
Bila nama sudah didaftarkan dalam sistem, terus buat bayaran dengan jumlah yang aku ceritakan di awal tadi. Diberikan bekas untuk diisikan air kencing.
Boleh balik.
Fasa ketiga selesai.
-----------
Isnin, hari ni lah !
Sekitar jam 10 pagi aku baru keluar rumah, sebab keadaan jalanraya agak lengang dari kenderaan mereka-mereka yang hendak pergi berkerja.
Lokasi pertama : Pergi BP Health Care dulu.
Tunjukkan saja resit pada kerani kaunter pertanyaan. Dia cari nama dan cetak. Siap !
Eh, cam tu ja ?
Aku tengok keputusannya, bukan aku paham pun. Gagaga. Yang aku faham cuma ; negative, negative, negative, nil, nil.
Oke la tuh. Yang penting keputusan dah ada.
Lepas ni ke Klinik Kesihatan Bandar Botanic.
--------------
Terus ke kaunter pendaftaran 14.
Tunjukkan surat temujanji dan diarahkan terus masuk ke bilik no 21.
Di dalam bilik no 21, misi chantek memeriksa lengan yang dicucuk ubat tempohari. Dia ambil pengukur dan ukur, kemudian tulis bacaan diborang rawatan dan cop. Mantoux selesai.
Sekarang aku dah dapat 3 keputusan rawatan, masih ada rawatan yang lain belum cukup. Alang-alang dah ada di klinik, terus aku tanya bolehkah buat pemeriksaan yang selebihnya di sini tanpa buat sebarang temujanji ?
Jawapannya boleh. Puan naik ke tingkat atas kaunter Warga Sihat serahkan semua keputusan ni.
Alamak ! naik ke sana lagi, harap-harap adalah orangnya.
Alhamdulillah ada. Serahkan borang ke misi. Dia baca, dia telek dan dia suruh buat pendaftaran dan pembayaran dahulu kat kaunter bawah.
Turun balik. Gagagaga.
Beratur lagi. Diberi nombor giliran. Tunggu.
Bila nombor dipanggil buat pembayaran sebanyak RM21. ( Perkhidmatan perubatan kesihatan & pergigian)
Naik semula ke bilik Warga Sihat, tunjuk resit dan disuruh isi borang.
Orang tak ada. Anak aku sorang ja buat pemeriksaan. Cepat je la. Hiks.
Akhir sekali kena jumpa doktor untuk meneliti kesemua keputusan ujian dan cop pengesahan.
Turun semula.
Tunggu nombor dipanggil. Dalam 15 minit, siap.
Phewss !
Mujur dia tak mintak keputusan X-ray. Yay !
Selesai fasa terakhir.
Alhamdulillah.
------------
Kesimpulannya, di masa akan datang, perkara pertama yang perlu kita buat adalah ;
1. Buat panggilan ke klinik kerajaan @ swasta yang terdekat. Tanyakan tentang maklumat rawatan yg kita nak tahu.
2. Buat ujian air kencing (urine test) di Klinik Swasta. Tanya harga dulu. Jika yakin mampu bayar,
teruskan.
3. Bila dah dapat keputusan ujian air kencing, baru pergi ke klinik @ hospital kerajaan untuk buat
pemeriksaan yang selebihnya.
Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kos; wang, masa dan tenaga.
Ok dicatit tho !
Labels:
Tips
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Info yg sangt2 bermAnfaat..tq ya
ReplyDeleteKalau di machang kel semua blh buat d hospital machang. Harga 20rm utk semua. Kalau pergi awal. Dua jam dah setel
ReplyDeletecuma nak tanya, air kencing tu diambil ketika di klinik atau boleh dibawa dari rumah?
ReplyDeleteKlinik sahaja
DeleteAssalam, sya nk tahu kalau kalau org yg masuk kv (yg dah dapat surat masuk kv) pastu kena buat medical check up jugak ke
ReplyDeleteNak tolong sikit, urine dadah mmg hov dah x buat kcuali kes tertentu. So kalau nmpk dlm borang tu ada urine teat dadah truslah ke lab tersebut.
ReplyDelete2. Jika dlm borang ada pemeriksaan gigi..g dulu wat gigi.
3. Dah dpt result yg atas semua tu. G wat appt/daftar terus wat bayaran rm21.00 (mungkin berubah 2019) byrn ni termasuk urine biasa dan xray. So nk jimat x yah amik xray kat luar tpi kne tunggu lama skit la kat kk gov. Dpt borng xray g xray.. Dah dpt film x ray bwk yg result lain2 tunggu no giliran (kalau klinik sama) kalau klinik berbeza daftar baru tpi harga 1.00 je time tu. Jumpa doc... Doc check smua result..doc sign dah settle.
Untuk diingatkan bukan semua klinik kerajaan ada xray/dental. Mmg kne kehulur kehilir sikit. Tpi klu dah pandai baca ikit step atas ni mungkin menjimatkan lebih masa. Info dri klinik kesihatan.. X salah yg kk telok tu ckp sebab dia x nak puan tunggu lama2 dan dtg 2x jumpa doc. Maksudnya siao yg kecik2 trus sekali doc review..kalau x doc review 2/3 kali.
Mengapa nak masuk IPT kene buat medical check up semua ni ye??
ReplyDeletenak tnya,tempoh untuk checkup ni smpai brapa bulan eh??? mohon penjelasan..urgent nii
ReplyDeletetq for the info
ReplyDelete