Tuesday, October 24, 2023

MASJID TUA DI PAHANG

MASJID / SURAU TUA DI PAHANG


Senarai masjid - masjid lama ini didapati dari maklumat di internet. Kemudian aku terasa nak mencari semua masjid yang disenaraikan tersebut yang berada di Semenanjung.

Maka inilah sebahagian gambar-gambar yang dapat aku rakam.


01) Masjid Tok Mengkarak - 1700 (323 tahun)


Masjid asal sudah tiada, kerana kawasan masjid selalu dilanda banjir menyebabkan kesan-kesan sejarah sudah hilang. Jadi hanya yang boleh dikatakan adalah tapak masjid yang terawal di Pahang adalah tapak Masjid Lama Tok Mengkarak.

02. MASJID GHAIRIL JAMEK TUAN HAJI SENIK - 1850 (173 tahun) ✅


Tuan Haji Senik @ Tok Senik atau nama asalnya ialah Tuan Haji Wan Abdullah bin Abdul Karim berasal dari Pattani. Beliau adalah waris diraja Siam. Tuan Haji Senik berasal dari Kampung Ketitir Wilayah Pattani.


Perang Pattani berlangsung dari 1791-1838 yang melibatkan Sheikh Abdussomad Al Falimbani.

Peperangan ini juga bermulanya gerakan pembebasan yang diisytihar sebagai jihad oleh ulama di Kedah dan menarik umat Islam menyertai kempen digelar Perang Musuh.


Tuan Haji Senik adalah pengikut Sheikh Abdussomad Al Falimbani. Selebihnya sila lah baca kat gogel.

Makam Tok Senik pun ada di sebelah masjid ni, tapi kalau nak ziarah kena minta kunci dari warisnya.


03. MASJID PULAU TAWAR - 1880 (143 tahun)✅



Dulu namanya Masjid Pulau Tawar. Tapi sekarang dah dijadikan madrasah. 


SEJARAH MASJID LAMA PULAU TAWAR
1700 - Masjid ini telah diasaskan oleh seorang yang bernama Muallim Yunus bin Muallim Kecik.
Beliau telah datang ke kampung ini menuruti saudaranya iaitu Tun Sinar Puteh yang telah datang membuka perkampungan ini kira-kira 100 tahun sebelum itu iaitu kira-kira tahun 1600.
1750 - Kerja-kerja ilmu dan imarah masjid diteruskan oleh anak-anak Muallim Yunus iaitu Imam Jelani, Kadhi Ishak, Kadhi Abdullah, Kadhi Abdul Hamid dan juga generasi cicit kepada Tun Sinar Puteh seperti Tun Abdul Latif, Tun Sinar Karim, Tun Andak.
1800 - Kerja-kerja ilmu dan imarah masjid diteruskan oleh cucu-cucu Muallim Yunus bersama dengan generasi ke-5 Tun Sinar Puteh, mereka antaranya adalah Imam Dertik, Khatib Basari, Bilal Tanjung, Imam Derseh.
1850 - Tu tulis Disambung oleh leluhur yang seterusnya antaranya Penghulu Abas bin Md Saleh, Tok Muda Wok bin Zainal, Imam Daud, Tawang bin Long, Imam Perang Kasim, H| Awang Tanjong, Khatib Awang, H| Khatib Mat Ali, Khatib Ishak.
1873 - Sultan Ahmad Al-Muazzzam Shah mengurniakan Pulau Tawar kepada Tok Gajah.
Tok Gajah, para pembesar dan dibantu penduduk kampung menjalankan proses naik taraf masjid.
1885 - JP Rodger dan Hugh Clifford datang ke Pulau Tawar berjumpa Tok Gajah meminta agar memujuk raja menerima residen Inggeris di Pahang. Pertemuan mereka ini dibuat di perkarangan masjid.
1889 - Sultan Ahmad menginap di Istana Pulau Tawar selama 3 tahun. Masjid menjadi masjid diraja iaitu tempat raja datang solat berjemaah dan berbincang pelbagai perkara dengan para pembesar.
1891 - Selepas zaman Tok Gajah, masjid dikendalikan oleh Imam Ahmad bin Imam Derseh
1926 - Naik taraf - selepas banjir besar. Imam Awang bin Imam Daud, Bilal Saman bin Imam Daud
1951 - Naiktaraf - lantai dan tangga simen
26 Disember 1969 - kemunculan Mat Kilau.


04) MASJID NEGERI LAMA KUALA LIPIS  - 1888 ✅


Masjid Negeri ini,telah di bina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hasan. Beliau telah mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid ini. Pada asalnya,atap masjid di perbuat daripada papan. Masjid ini telah di jadikan Masjid Negeri Pahang kerana kuala Lipis merupakan Ibu Negeri Pahang pada tahun 1898, sebelum ia di pindahkan ke Kuantan pada tahun 1955. 

Menurut cerita orang tua-tua, salah satu keistimewaan dan keajaiban masjid ini ialah ia tidak pernah di tenggelami air walaupun bandar Kuala Lipis telah beberapa dilanda banjir besar. Kedudukan masjid di tebing Sungai Jelai juga tidak terjejas walaupun banjir melanda pada tahun 1926 dan 1971. Imam pertama masjid ini bernama Imam Awang yang berasal daripada Indonesia. Manakala anak tempatan yang pertama menjadi imam ialah Imam Kawi, yang merupakan imam kedua masjid ini. Pada masa itu,gaji para imam dibayar dengan menggunakan wang kutipan zakat. 



05. MASJID WARISAN 1 ABAD, KG. BHARU - 1907 (116 tahun)✅



06. MASJID KG PANTAI  - 1918 (105 tahun)✅



Antara masjid tertua di Pahang. Dibina pada tahun 1918 dan dibuka pada tahun 1925.

Memandangkan ia terletak di sepanjang Sungai Pahang, masjid ini mempunyai struktur kayu tiang, yang lebih tinggi daripada masjid biasa yang dibina pada masa itu untuk menahan kejadian banjir. Struktur sedia ada masjid adalah dari bahagian tengah, manakala komponen depan dan belakang adalah sampingan untuk 'mimbar' dan 'serambi'.
Tak pasti masjid ini masih digunakan atau tidak sebab dalamnya karpet masih elok.

07. MASJID KG JERANSANG - 1920 (103 tahun)✅



Ada 2 pendapat mengenai tahun pembinaannya.
1920 @ 1870’an. Walau apa pun ia tetap dah berusia lebih seratus tahun.
Inilah masjid paling epik pada aku. Dah la comel, secuit ja duduk atas bukit bertemankan sebatang pokok dan di kelilingi batu nisan. Di bahagian belakang masjid tu dulu sungai, jadi jemaah datang dengan sampan. Sekarang saiz sungai tu dah sebesar parit ja.
Reka bentuk masjid ni lebih kurang macam Masjid Raja di Chepor Perak. 
Ketika tahun 2015, binaan di bahagian hadapan iaitu ruang mimbar masih ada. Sekarang sudah roboh.

08. MASJID KAMPUNG PAYA TARAM - 1922 ( 101 tahun)


Dibina pada tahun 1922. Dari pemerhatian di dalam masjid terdapat banyak kerusi-kerusi tersusun. Mungkin masih digunakan tapi untuk pengajian sahaja.

09. SURAU KAMPUNG MASJID - 1924(99 tahun)✅


Dibina pada tahun 1924. Pada tahun 1982, solat Jumaat telah dialihkan ke Kuala Krau kerana jumlah jemaah yang tidak mencukupi. Sejak dari itu, status masjid sudah bertukar kepada surau.


10. MASJID KG CHARUK TUALANG - 1935 (88 tahun)✅



Masjid ini dibina sekitar tahun 1935 dan siap pada tahun 1936. Nama asalnya ialah Masjid Kampung Dalam. Masjid ini dibina oleh penduduk kampung menggunakan kayu Resak sebagai asasnya. 4 'tiang seri' itu masih kukuh. Ukiran kayu pada rangka bumbung masih terpelihara. Motif 'Awan Larat' menggambarkan awan bergerak bersama angin.
Jika nak lihat keseluruhan binaan masjid ini boleh klik di sini 👉 Masjid Lama Kampung Charuk Tualang (FB)


11MASJID LAMA TANJUNG BESAR ✅



Tahun dibina tidaklah diketahui

Masjid lama kampung Tanjong Besar ini sebenarnya banyak menyimpan sejarah persilatan, perjuangan dan pembunuhan. Berhampiran dengan masjid lama Tanjong Besar ini terdapat kubur-kubur lama yang menggunakan batu sungai sebagai batu nisan.

Masjid lama Tanjong Besar ini terletak berhampiran jalan utama. Damak - Benta. Mereka yang biasa menggunakan jalan utama ini tentu dapat melihat bagaimana bangunan ini berubah semakin usang tanpa mendapat perhatian.

12. MASJID WARISAN KAMPUNG CHENOR LAMA - 1939



Tiada info sejarah yang boleh dikongsi di sini selain dari tahun ia dibina.

13) Masjid Lama Raja Songsang

14) Masjid Lama Kampung Lebak

15) Masjid Lama Kampung Pagar, Penjom



Koleksi masjid tua akan ditambah dari semasa ke semasa.
Insya allah.

No comments:

Post a Comment