Kali pertama aku datang ke sini pada waktu malam. Laluan hanya diterangi oleh cahaya bulan. Atmosfera agak menakutkan kerana bunyi serangga malam yang tidak pernah berhenti, membuat aku cuak.
Aku meneruskan perjalanan hingga ke air terjun. Deruan air terjun membuat aku begitu teruja sehingga terlupa dengan perasaan takut.
Buaian gantung dipasang di hadapan air terjun, menjadikan pandangan makin jelas.
Semasa berbaring di dalam buaian, aku mendengar muzik alam semula jadi seperti berada di sebuah orkestra yang sangat meriah.
Aku tersenyum lalu menutup mata, membayangkan diri sedang terbang di persekitaran yang harmoni.
Betapa cantiknya malam itu
***
Taman Rahsia, tempat terbaik dan menarik di pinggir bandar.
No comments:
Post a Comment