Thursday, October 2, 2014

Sunduk


Apa itu SUNDUK ?

Dalam bahasa Melayu ia bermakna batu nisan.  Sunduk adalah dari bahasa kaum Bajau. Apa yang menarik minat aku adalah tentang ukirannya. Kali pertama melihat, hati sudah tertawan akan reka bentuknya.
 Sunduk atau batu/kayu nisan adalah tanda yang diletakkan di perkuburan sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Dahulu ia dibuat dari kayu belian, kini oleh kerana kayu belian sukar untuk didapati , mereka membinanya daripada batu.


Kebanyakkan sunduk disusun rapat-rapat dalam 1 liang lahad, menandakan itu adalah satu keluarga.
Bentuk Sunduk juga mempunyai maksud tersendiri antaranya :
Kecil - si mati adalah kanak-kanak
Besar - si mati adalah orang dewasa
Pipih dan lebar - si mati seorang wanita
Bentuk silinder - si mati seorang lelaki


Ada juga kain putih yang diikat di kepala sunduk menandakan si mati sudah menunaikan haji.
 Kalau kain kuning, si mati adalah seorang dukun/bomoh.
Jika terdapat sunduk yang kecil diletakkan di hadapan sunduk yang pipih dan lebar, bermaksud si mati adalah seorang wanita yang mati bersama anaknya. 
Banyak lagi ciri-ciri tentang sunduk ini yang masih aku tidak ketahui. Sunduk ini juga mempunyai sambungannya yang dipanggil 'Kubul' . Kebiasaannya rekabentuk kubul diukir berbentuk sebuah kapal.
Untuk memastikan sejarah terpelihara maka muzium tentang sejarah Sunduk 
dan kaum Bajau telah dibina di

Untuk pengetahuan semua, sunduk ini aku temui di Pulau Selakan. 
Sabah, Malaysia.


2 comments:

  1. salam tuan.. saya nak tanya.. tuan ada menyimpan gambar2 berkaitan dengan sunduk?

    ReplyDelete
  2. W'salam. Maaf, sy tidak menyimpan nya, krn sy bukan seorang pengkaji. Hanya seorang pengembara biasa. Terima kasih krn singgah membaca.

    ReplyDelete