Cerita 👈hari sebelumnya.
Hari ketiga di Pulau Bintan, aku merancang nak ke Kijang, tapi sebelum tu , aku nak masuk ke Pulau Dompak dulu. Untuk masuk ke pulau ini, kita hanya perlu melintas jambatan sahaja.
Jambatan yang diberi nama Jambatan Sultan Mahmud Riayat Syah atau Jambatan 1 Dompak . Jambatan ini adalah jambatan ke tiga terpanjang di Indonesia dengan kepanjangan 1.5km
MASJID NUR ILAHI
Ketika melintas di jambatan ini, kita akan nampak dari jauh tersergam megah Masjid Raya Nur Ilahi yang berada di atas bukit Bistari Pulau Dompak.
Dan jika dari masjid kita boleh lihat kecantikan jambatan Dompak dari atas.
MONUMEN BISMILLAH
Ini pula monumen dari Bank Riau Kepri. Memaparkan 99 nama Allah di sekeliling monumen. Ianya menjadi hiasan di bulatan bertentangan dengan jalan masuk ke Masjid Nur Ilahi.
MONUMEN TRI MATRA
Monumen ini diberi nama Monumen Tri matra yang dalam bahasa Indonesia bererti 'tiga dimensi'. Tiga dimensi yang dimaksudkan ini adalah darat laut dan udara.
TUGU ANTAM KIJANG
Dari Pulau Dompak ke Kijang tak lah jauh sangat hanya 21 km je. Masuk ja ke dalam jajahan Kijang dah jumpa dengan patung ini pula.
Monumen dan relief sejarah perlombongan bauksit di Kijang mempamirkan sebuah patung yang berdiri dengan gagah berani sambil memegang tukul perlombongan. Patung ini dibuat menghadap ke arah barat, iaitu ke arah Gunung Lengkuas. Di bawah patung terdapat empat relief yang menggambarkan situasi perlombongan pada zaman Belanda dan Jepun.
Dahulu kala , Bintan menjadi lombong bauksit. Bauksit-bauksit ini dijual kepada Singapura. Ketika dalam pemerintahan Sueharto, beliau telah menutup semua perlombongan. Sebab itulah di Bintan banyak bekas lombong yang ditinggalkan.
WISMA RAHMAT
Di Indonesia, tempat penginapan biasanya dikenal dengan WISMA. Inilah penginapan yang murah dan mudah cari di Kijang . Satu malam cuma 150rp. Kerana murah, aku ambil dua malam.
OTAK-OTAK SEI ENAM
Makanan ringan ini yang banyak dijual di merata-rata ceruk tempat datangnya dari Sei Enam. Jadi aku tak lepaskan peluang untuk pergi melihat bagaimana dan di mana ianya dihasilkan.
Sei Enam terkenal dengan pengeluar makanan yang bernama otak-otak. Makanan ni dibuat dari isi ikan, tulang ikan dan sotong yang dicampur dengan cili dan rempah tertentu kemudian dimasukkan ke dalam daun kelapa dan dibakar. Rasanya sedap sangat.
SERIBU PATUNG
Ni pun tokong Cina. Tapi aku tak masuk, dak Anje ja masuk.
Untuk warga negara Indonesia 5000 ja. Warga asing 30k.
Entah hapa-hapa tah.
PELABUHAN KIJANG
BUKIT PANGLONG
Ini semua bekas-bekas lombong bauksit. Budak-budak hiker dan rider basikal di Bintan lah yang viralkan, pasal tu lah aku pun terjebak mencari.
Bukannya kat MY tak ada, ada. Tapi tu la kann… jadi sehe mencari.
GEDUNG LEMBAGA ADAT MELAYU
PANTAI -PANTAI
Pantai di bahagian timur cantik sikit dari yang di barat. Pasirnya pun putih. Tapi memandangkan cuaca asyik hujan di waktu pagi maka semua gambar yang diambil nampak kelam tak cantik.
DESA BERAKIT
Desa Berakit terletak di bahagian utara pulau Bintan. Langit dah gelap, awan pun dah bergulung-gulung nak memuntahkan air hujan. Aku tetap nak selesaikan misi pusing satu pulau ni. Pakai baju hujan dan redah je.
RUMAH ADAT MELAYU HAJI ABDUL SALAM
Sepanjang aku berkeliling di pulau ini, tidak satu pun melihat rumah-rumah bentuk lama yang masih berdiri tegak. Yang ada semua rumah batu. Hanya rumah ni yang tinggal dan telah diwartakan sebagai Cagar Budaya Warisan Rumah Tua Melayu yang kini sudah berusia 115 tahun. Orang Melayu memanggil dinding yang dipasang secara menegak sebagai ‘tindih kasih’
Rumah ini di kelilingi dengan pokok kelapa, menambahkan lagi rasa sentimental seseorang yang melihatnya. Di kedua-dua tangga di letakkan tempayan air yang gunanya untuk membasuh kaki sebelum naik ke atas rumah.
DAPOR ARANG BERAKIT
Aku ingatkan satu tempat ja, rupanya ada 2. Dulu masa sebelum covid, Pulau Bintan meriah dengan aktivit pelancongan. Selama 2 tahun covid melanda habis semua tempat-tempat pelancongan terbiar dan tidak di selenggara dengan baik.
Terdapat di sebelah dapor arang ini sebuah gereja. Menandakan suku kaum ini menganut agama Katolik.
Hujan turun tanpa henti membuatkan perut lapar sangat. Untuk mengurangkan kesejukan kami berhenti makan di kedai tepi jalan ni. Ternampak kain rentang tulis ‘ayam presto’. Menu apa tu ? Oke aku cuba.
No comments:
Post a Comment