Cerita awal di SINI
Penceritaan disambung semula.
Setelah selesai urusan sewa motorsikal, tanpa banyak fikir aku terus set ke lokasi yang dak Anje nak pergi Gurun Pasir. Macam biasa, aku mesti cari tempat - tempat yang menarik atau bersejarah di sepanjang laluan dahulu. Kalau boleh tak mahu terlepas satu pun.
Sebelum tu berhenti isi perut dahulu dengan makanan orang Melayu Kepulauan Riau. Nasi dagang. Nasi yang dimasak bersama halba. Hrm. Tapi sayang, nampaknya sudah hilang keasliannya. Sepatutnya nasi dibungkus dalam daun pisang macam yang aku makan di Lingga. Rasanya kosong macam nasi biasa, yang membezakan cuma dia letak halba. Yang oren tu ubi keledek goreng. Orang zaman dulu bungkus dengan daun pisang untuk di bawa ketika berdagang. Itu ja kisah asalnya.
DAPOR ARANG
WISATA ALAM BUSUNG KENCANA
Tempat ni baru sahaja dibuka. Bila aku tanya tiket masuk berapa ? Percuma je tapi berilah sumbangan untuk beli makanan ikan yang berharga 5000rp.
GURUN PASIR TELAGA BIRU
Asal usul tempat ini adalah tempat perlombongan bauksit. Setelah perlombongan ini dihentikan ketika pemerintahan Presiden Soeharto, pasir bauksit ini sudah pun mengeras
Makanya masyarakat mengambil inisiatif untuk menjadikan tempat ini sebagai tempat pelancongan.
Pemandangan memang cantik. Air yang biru , jernih dan lanskap yang menarik memang memukau pandangan. Walaupun cuaca panas, aku tetap akan bertahan untuk datang merakam gambar di sini.
Walaupun papan replika unta yang dicetak terus dari google siap ada watermark, tetap aku boleh menerima.
Tetapi bila aku nampak ada 5 ekor burung helang yang menjadi pamiran untuk pelancong bergambar, itu memang tak boleh terima. Tempat yang pertama aku pergi 2 ekor helang, sini pulak 5 ekor.
Dengan cuaca dan bahang yang sangat panas, burung helang diletakkan di tengah kawasan lapang. Walaupun di bawah bumbung tapi tetap terasa bahang.
Bukan itu sahaja, dengan tanpa bersalah memandikan burung helang dengan air dari takungan bekas lombong bauksit, siap letak sabun. Kau rasa ?
Sedangkan aku sendiri boleh rasa berpinar mata, kemudian dada rasa sesak sangat ketika berada di tengah kawasan gurun pasir ni.
Sungguh sadis.
Harap pihak yang berkaitan dengan haiwan liar mengambil solusi terbaik kepada aktiviti mengekploitasi haiwan-haiwan ini.
PENYU BESAR
Tempat ni sebenarnya tempat suci orang Cina. Sebelum datang, manalah aku tahu, bila nampak atas badan penyu tu ada tulisan Cina, eh ! Kau ni siapa? Kau tinggal sini ke?Ingatkan replika penyu ni Dinas pariwisata yang bina.
Kalau siapa berminat nak tengok THE SLEEPING BUDDHA boleh masuk ke kawasan tokong seberang jalan.
Info ni pun aku dapat bila bersembang dengan pelancong dari Batam yang dah masuk bergambar dengan patung Buddha tu. Siap tunjuk gambar lagi. Ok lah tu, sekurang-kurangnya aku tahu di Pulau Bintan pun ada patung Buddha tidur.
Sepatutnya banyak lagi tempat aku nak jejak, tapi tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Terpaksa batalkan semua dan balik semula ke hotel.
Disebabkan hujan, perut pun lapar maka kita berhenti di KFC. Konon nak terai KFC Tanjung Pinang pulak.
No comments:
Post a Comment