Saturday, October 31, 2015

Prosedur Melintasi Sempadan MY | Thailand | Cambodia | Laos

Contoh : Info Urusan Masuk Dengan Kenderaan Ke Thailand
Persediaan Awal :

Di pintu sempadan Malaysia.

1. Passport

2. Geran asal atau salinan.
Jika salinan sila dptkan sokongan di mana-mana balai PDRM untuk kemungkinan diminta. Sesetengah tempat perlukan sokongan, sesetengah tempat pegawai kastamnya buat tak tahu. Ikut budi bicara pegawai bertugas.

Kalau dalam geran nama pemilik adalah orang lain, dapatkan surat kebenaran pemilik. Sebaiknya dalam bahasa Inggeris.

                


3. Insuran Masuk Ke Thailand, boleh dibeli di Changloon dan Padang Besar.
    Harga RM90 setahun dan RM18 seminggu.

4. Travel Insuran untuk persedian sebarang kemungkinan.

5. Sekira mempunyai Lesen Memandu Antarabangsa adalah lebih bagus.

Selesai urusan di pintu Malaysia.

----------

Urusan di Thailand

1. Stamping atau cop passport.

2. Bawa dokumen kenderan ( seperti di atas ) ke Kastam Thailand.

3. Tunggu proses dan dapatkan salinan borang pengistiharan.

4. Simpan dengan rapi sepanjang berada di Thailand.

Semasa keluar :

1. Pastikan anda menyerah kembali borang pengistiharan kepada Kastam Thailand.

2. Tandatangan di buku yang disediakan.

3. Kegagalan menyerah borang tersebut anda akan didenda THB500/hari. Atau kenderaan anda disekat dari memasuki Thailand.

***** UPAH diberi jika diminta.

Berikut di atas adalah contoh pengurusan yang anda perlu buat di sempadan yang lain. Contoh Laos, Kemboja, Burma dan lain-lain.

Setiap pintu sempadan di bahagian Thailand ada sedikit berbeza-beza dari segi jumlah upah.

Jika masuk ikut Golok, salinan geran  kena ada cop jpj / polis / pesuruhjaya sumpah.

Tambahan :

Di pintu sempadan Cambodia perlu sediakan :

2 salinan untuk passport, lesen memandu, geran dan dokumen kastam hanya utk keluar dari imigration Thailand. 1 salinan ketika masuk semula ke imigration Thailand.


Di pintu sempadan Laos - Thailand :

Semua kena ada 3 salinan. Tapi mereka buatkan semua salinan. Kita kena bayar je la.

Sumber maklumat ini diambil dan disusun semula dari grup Adventure Touring Malaysia untuk rujukan sendiri kelak.
Terima kasih rakan-rakan ATM :