Thursday, May 24, 2012

Kayuhan Entah Hapa-Hapa Tah



SUNGAI KELAMBU

RV kami seperti biasa di Petronas. Aku agak lewat 10 minit.
rendezvous
The waiting
Misi kami kali ini adalah untuk mencari ladang orkid yang terletak di Kampung Sungai Kelambu.




***

Kemudian kami melawat ke kilang membuat kerepek.

***

Berhenti di Pusat Angkasa Negara.


***

Perjalanan terakhir , kami singgah di kediaman Haji Sidek Misbun Sidek.

***

Bahagian yang terbaik adalah, makan, makan, minum dan kayuh.
Chendol

Rojak


Terima kasih kepada Debel Yu Jay Zee  kerana foto ini.

***

Tuesday, May 22, 2012

Pertama Kali Berbasikal di Trek Hutan.


LUBUK TEDUNG
Hrmm. Apa yang ada di sini ?

Trek berbukit, tanah merah, laluan hutan dan menyeberangi sungai.

Hanya 8 km.

Boleh ke aku layan trail ni ?

Kali ini aku diajar bagaimana mengimbangi badan di laluan bercerun. Cara menggunakan brek dengan betul supaya tidak melantun atau jatuh. Fokus dengan kemungkinan yang ada di hadapan dan berapa pantaskah aku boleh menukar kelajuan dan gear .


Ilmu ini aku akan gunakan dalam setiap pengembaraan aku kelak. Terima kasih kerana mengajarkan aku.

Berbasikal ke Ladang Tea BOH ( Tanah Rendah)


Pernahkah anda mendengar penanaman teh tanah rendah di Malaysia ? Terdapat dua cara menanam teh. Yang pertama, teh ditanam di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland. Kedua penanaman di kawasan tanah rendah.

Sekarang aku akan menunjukkan  kawasan penanaman teh tanah rendah. Terletak di Kampung Bukit Cheeding, negeri Selangor. Sayangnya semasa lawatan basikal hari itu, kami tidak dibenarkan masuk ke kilang, jadi kami hanya berbasikal di sekitar ladang itu.

Perjalanan bermula dari rumah, melalui jalan utama yang sangat merbahaya.

reduce speed
Kayuhan terus menuju ke Jenjarom. Berhenti untuk bersarapan pagi. Menu istimewa di sini adalah lempeng pelbagai rasa seperti kelapa, pisang, ubi kayu dan gandum, disertai dengan kuah yang istimewa 'sambal jawa'.

Lempeng
Kemudian kami terus mencari lokasi. Dalam perjalanan, hujan turun dan kami berhenti berteduh di bawah pondok yang usang.

Tiba-tiba datang seorang penduduk menegur lalu memberi kami air minuman. Bila hujan dah berhenti, kami pun meneruskan perjalanan semula. 

Yay ! we did it.
Semasa berehat, aku mendengar riuh rendah gendang dipalu beserta dengan alat musik yang lain. Nampak macam ada perarakan kecil. Aku andaikan  itu sebagai sambutan perayaan. Aku dan kawan-kawan pun turun untuk melihat dengan lebih dekat. Kemudian meminta kebenaran mereka untuk mengambil gambar.  Salam dan Nan dah kena tepung tawar. 



flour & tumeric powder

kawan-kawan yang sporting
Nasib baik, ada paip air dekat pondok tu, boleh la membersihkan diri

Yucks !
Lepas puas menari-nari sambil bermain tepung, perut pun terasa lapar. Apalagi keluarkan dapur dan sedia untuk memasak maggie.

Our lunch
Bila dah kenyang, sesi berfoto. Habis ladang teh tu kami redah, semata-mata nak dapatkan gambar yang cantik dan menarik









Menjelang petang baru kami keluar dari ladang teh tersebut.

****

 ~TAMAT~
***

Wednesday, May 9, 2012

Kaedah MTB



Jika anda lelah mengayuh ketika pendakian, jangan berhenti dan menunggu  bantuan datang. Tetapi gunakan kaedah 'MTB'. Masa anda tidak akan sia-sia seperti itu dan anda masih boleh sampai ke destinasi dengan jumlah masa yang sama.



'M'ari 'T'olak 'B'asikal  ~> English  (Let's push the bike)

Adakah ia baik untuk anda ? Sekarang mula tolak basikal. TOLAK ! cepat !

***

Tuesday, May 8, 2012

Apa Ada Pada Nama.


SIAPA NAMA ?


Apakah nama basikal anda ?

Aku tahu ia sangat lucu, tetapi ia akan menjadi lebih menarik, kan ? Mengapa kita perlu memberi nama kepada basikal ? jawapannya adalah untuk menghargai dan mengenal. Ia bukan hanya setakat logam / aloi, tetapi ia sebagai teman rapat selama kita ingin bersamanya.

Tak Kenal Maka Tak Cinta

KENALI BASIKAL KITA


***

Monday, May 7, 2012

Kelanang & Morib


Jom merayap lagi. Kali ini aku akan pergi ke Pantai Kelanang dan Morib melalui jalan kampung. Bermula dari stesen petrol  Petronas, terus ke persimpangan Pulau Carey. Laluan alternatif dan tidak banyak kenderaan menggunakan jalan ini. 

Seronok bila berbasikal melalui jalan kampung. Sejuk dan tenang ja. Kita akan lihat rumah-rumah kayu dengan reka bentuk tradisional masih tegap berdiri. 
Terasa laluan kampung itu lebih pendek daripada jalan utama. Aku berhenti di Kampung Bandar untuk melawat  istana dan masjid lama Sultan Selangor (5)

Teruskan berbasikal ke arah bukit Jugra. Tempat yang popular untuk penggemar sukan ekstrem -


Pada sebelah petang, aku sampai ke pantai Kelanang. Berhenti dulu untuk makan tengah hari, walaupun masa makan  dah lama berlalu. Sambil-sambil tu nikmati keindahan pemandangan pesisir pantai. Tempat ini sesuai untuk bersantai dengan rakan-rakan dan keluarga, kemudahan taman permainan dan kawasan rehat pun lengkap disediakan.

Bila dah kenyang ,sambung semula perjalanan  perjalanan aku ke destinasi akhir ~ pantai Morib.


Morib bersebelahan dengan pantai Kelanang, jadi terdapat jalan kecil yang menghubungkan antara kedua-dua lokasi. Di sepanjang laluan pantai, kita akan disajikan dengan pemandangan pokok-pokok bakau. Ada juga kawasan pokok bakau yang mempunyai lanskap yang cantik. Sesuai untuk buat photoshoot majlis perkahwinan..

Apa yang menarik di pantai Morib?



Pemandangan matahari terbenam yang paling cantik adalah di pantai Morib.


Jadi, sehingga kita bertemu semula di lain kembaraan.

***

8 km ke Frazer Hill

Ini adalah perjalanan yang mencabar bagi aku. Laluan yang memerlukan lebih stamina dan semangat. Aku memulakan perjalanan dari Kuala Kubu Baru, kemudian akan menuju ke Bukit Fraser.

Jauh dan berbukit.

Terdapat banyak selekoh tajam sepanjang pendakian. Jadi, korang boleh bayangkan betapa perjalanan ini amat sengsara. Entah berapa kali aku berhenti berehat. Kaki dah mula berasa sangat sakit. Sampai di kaki bukit pun dah mula gelap.
Aku kelaparan. Sejam kemudian, aku menghidupkan lampu kepala dan terus mengayuh. 7 km mendaki bukit.  Bila dah tak larat nak kayuh, aku tolak ja.

Bayangkan, aku menolak basikal di tengah-tengah malam yang gelap dengan mengharap cahaya dari lampu kereta. Itu pun kalau ada kereta yang lalu. 

Akhirnya sampai juga.
Aku luangkan masa berlegar-legar di sekitar FH, menangkap gambar menara jam sehingga  jam 11 malam. Mencari juga lokasi untuk bermalam, tapi tak ada yang sesuai. Akhirnya aku turun dari FH. Kerja gila kan ? 

1 2 3 dan meluncur laju hingga ke kaki bukit. Tidak sampai di situ saja, aku teruskan kayuhan hingga Air Terjun Ulu Semangkuk. Di situ lah aku bermalam.


Terima kasih beri tunjuk ajar.

Pulau Carey


PULAU CAREY


Kali ini hanya bersiar-siar. Di mana ? ke pulau yang dikenali sebagai Pulau Carey. Di pulau ini terdapat juga sebuah kampung untuk masyarakat asli kaum Mah Meri. Sepanjang laluan hanya terdapat ladang kelapa sawit.


Kami menyusuri jalan hingga ke penghujung di tepi laut.


Dalam perjalanan pulang, aku melawat muzium budaya dan warisan. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang ada di muzium, sila datang ke Pulau Carey. 


Sehingga bertemu lagi. Daaaa..!

***

Sunday, May 6, 2012

Berlatih di Genting Sempah



Nah .. ini adalah kali pertama aku menguji keupayaan untuk mengendalikan basikal, jalan yang dipilih adalah dari Muzium Orang Asli Gombak  melalui jalan lama ke Genting Sempah.
Laluan di sepanjang jalan sangat menarik, cuaca agak redup, tetapi jalannya agak mencabar. Bagi orang baru macam aku ni terasa seperti benar-benar diseksa apabila memanjat bukit di sepanjang laluan.

Otot kaki aku berasa kejang sehingga membuatkan mental aku koyak, tetapi aku gagahkan juga untuk terus mengayuh basikal. Akhirnya berjaya  juga sampai ke RnR Genting Sempah.
Berehat seketika untuk menikmati sarapan pagi  dan melegakan otot sebelum pulang ke rumah.


Sehala 17.0 km lebih kurang 3 jam +-

****

Aku Budak Baru Belajar Kayuh Basikal

GT AVALANCHE 2.0

Aku pernah bercakap tentang kembara dengan basikal ketika di Langkawi. Nah ! aku dah jadikan ianya rialiti


Ini adalah basikal yang baru aku beli, berwarna biru dan putih, berjenama GT Avalanche 2.0. Aku menamakannya Remy Ish Haq.
Jadi jangan tanya apa-apa tentang basikal ini, kerana aku masih dalam proses belajar tentang setiap bahagian basikal. Aku memilih basikal ini kerana ia sesuai dengan bentuk badan. Bersaiz 'S'. Lebih mudah bagi aku untuk mengimbangi semasa mengayuh.

Selepas ini aku akan menulis tentang perjalanan dengan basikal pula

Tunggu ..