Wednesday, May 22, 2019

Ramadhan di Narathiwat




Projek Lambung.

17hb-21hb Mei 2019


Aku tetiba dapat ilham nak merasa mengembara dalam bulan Ramadhan. Jadi saja-saja lambung idea nakal pada Shila, Katt dan pada mereka-mereka yang aku rasa tak de komitmen. Tak sangka Shila dan Katt setuju nak ikut serta. Terus beli tiket bas ke Pengkalan Kubor tanpa berbasa-basi. 

17hb, Jumaat


Pagi 17hb, aku terima 'wassap' dari Shila memaklumkan yang dia tak jadi pergi. Alaa, memang aku terasa frust sikit. Terus hilang mood nak teruskan trip. Dalam pada itu aku berfikir, kenapa tiba-tiba, kenapa bukan semalam, apa hikmahnya ? Mula lah aku jadi takut nak teruskan. Ye la otak mesti fikir benda yang buruk-buruk ja. Kalau aku teruskan jadi ini, jadi itu. Dah la naik bas laluan tengah. Wooi seram.

Dari pagi hati aku dah goyang, nak teruskan atau batalkan. Saja masuk fb, ternampak posting satu masjid yang berusia lebih 400 tahun. Lokasinya pun tak jauh dari tempat yang aku nak pergi nanti. Terus aku bersemangat  semula nak mencari.

Lepas solat Jumaat Katt pulak 'wassap' aku, katanya dia ok ja kalo pergi berdua. Hrm, Ok la kalau macam tu. Aku 'proceed'.

Jam 5.30 petang, aku mintak Akmal hantar sampai ke ktm komuter. Dia ni pun aku risau gak, sebab belum mahir menunggang motor, lagi-lagi laluan Klang yang sesak. Aku ajarkan siap-siap laluan balik. 
"Sampai rumah bgtau ya" , pesan aku.

Sepanjang dari Klang ke KL Sentral perjalanan lancar, walau otak masih berfikir mencari hikmah. Jam 7.20 malam aku masih di dalam komuter. Berbuka puasa dalam komuter dengan air dan roti yang dibeli  depan stesen komuter. Alhamdulillah.

Sampai di KL Sentral terus menuju ke surau, selesaikan urusan wajib, kemudian mencari cara nak ke TBS pula. Senang ja rupanya. Ahaks.


Bas pukul 10.45 malam, tetapi jam 12 tengah malam baru muncul. Aduhai MY ku. Tak tahu apa masalahnya.  Kerusi aku di tingkat atas dan belakang sekali. Ah redho je la. Itu ja yang tinggal, sebab hari cuti bas sudah tentu penuh, sebab ramai orang nak balik kampung.

Keluar dari KL jem, sampai laluan Raub hujan, mujur pemandu bas bawa dengan cermat. Berhenti bersahur di Hentian Perdana Kg Merhamah K. Lipis dan solat subuh di Keroh.

Hari pertama

Bila tiba di Ketereh bas tiba-tiba berhenti. Gear rosak katanya. Hrm. Kali ni apa hikmahnya pulak. Kenapa macam nak dilewat-lewatkan perjalanan aku ni. Aku buat-buat bertenang sebab trip ni pun bukan nak mengejar apa pun. Sejam kemudian, bas ganti datang, semua penumpang pindah naik ke bas ganti. Ku fikirkan dia nak hantar hingga ke Pengkalan Kubur, rupanya setakat Kota Bharu ja. Adoii..

Terpaksa lah berurusan dengan pihak kaunter.  Akhirnya mereka guna perkhidmatan grab untuk hantar aku hingga ke Pengkalan Kubur.

Bermula lah perjalanan aku yang seterusnya. Katt dah lama menunggu aku di jeti. Dia yang dari Johor boleh sampai dulu. Apo lah. 



Sebelum menyeberang ke Tak Bai,

Aku tanya Katt, nak naik sampan atau bot. Dia dah teruja nak naik dedua. Jadi aku cadangkan, pergi naik bot, balik nanti naik sampan. Oke set.
Lepas cop pasport, kami terus ke meja tiket untuk membeli tiket bot. Harganya murah ja.


Dewasa RM1.20, kanak-kanak 50sen.







Setibanya di Tak Bai, kena isi borang putih, kemudian dapatkan cop passport dulu. 



Bila selesai, baru cari kenderaan nak ke lokasi seterusnya. Banyak ja teksi motor (moto namee) yang bertanya kita nak ke mana. Terpulang lah nak guna khidmat mereka atau tidak. 

Di wilayah selatan ni hanya ada teksi motor, kereta sewa, van dan kereta bodi (songthew) . Antara banyak-banyak, aku memilih naik kereta sewa sebab dia akan hantar hingga masuk ke kampung. Yang lain, cuma di tepi jalan, pekan dan bandar.
Harga satu kereta sewa 400baht. Bermakna kena ada 4 orang dalam satu perjalanan. Harganya pun mengikut jarak yang telah ditetapkan.



Pemilik kereta sewa bernama pakcik Ruslan, dan dia menetapkan harga 450baht sehala. Boleh je la sebab sepanjang jalan dia tunjuk tempat-tempat menarik.



Salah satunya tinggalan istana Raja Legeh. Aku cuma dapat tengok dari luar sebab kawasan istana tu dipagar dengan zink. Mungkin di lain masa, boleh cari ikhtiar untuk melihat dari dekat. Istana ini terletak di Kampung Takut selepas dari bandar Narathiwat. Kenapa di namakan Kampung Takut ? Sebab zaman dahulu kampung ni tempat membuang saka atau hantu. Jadi mereka takut nak lalu di kawasan ni, takut diganggu hantu. Betul atau tidak, wallahu a'lam. 


Seterusnya, Pakcik Ruslan bawa kami ke satu Muzium Al Quran yang sedang dalam pembinaan. Menurut Pakcik Ruslan, dana pembinaannya diterima dari Turki. Wow. Bila dah siap nanti, akan menempatkan pelbagai bentuk al-quran yang berusia ratusan tahun. 



Berhenti pulak di muzium barang-barang antik, tapi sayang tutup pulak hari tu. Tertera di pintu masuk tulisan jawi 
- خ و ن لا ه ن - jika di sambung menjadi Khun Lahan. Menurut Pakcik Ruslan, Khun Lahan adalah pangkat  bagi mereka yang menjadi penjaga harta kerajaan zaman dulu-dulu. Kira macam Penghulu Bendahari la. Dulu masa trip kayuh basikal, nampak rumah ni. Terpesona sungguh dengan ukiran kayu nya. Ku fikirkan rumah orang. Kagum. Sekarang baru tahu, rupanya muzium barang-barang melayu lama.



Waktu aku sampai di Masjid Telok Manok, azan zohor pun berkumandang. Tanpa berlengah lagi, aku terus ke belakang masjid. Di situ lah rumah Fatimah. 




Setelah memberi salam, terus aku nyatakan hasrat nak menumpang tidur barang sehari.


 Alhamdulillah dia izinkan.




Tengok rekabentuk rumah Fatimah ni, klasik. Kalau masjid Telok Manok berusia 400 tahun, rumah ni paling tidak pun 100-200 tahun usianya. Kayunya sangat kukuh, walau ada sebahagian yang telah dimakan anai-anai. 


Lepas solat zohor, aku dengan Katt tergolek tidur keletihan. Cuaca jangan cakap la, panas terik. Dapat la berehat kejap sebelum masuk waktu Asar.


Tujuan utama aku ke sini adalah kerana ingin merasa suasana berpuasa, berbuka dan bertarawih di sini. Jadi, langkah pertama mesti kena melihat bazaar ramadhan dulu.

Lepas solat Asar, beriya-iya aku ajak Fatimah ke pasar. Fatimah macam biasa, berreh. 




Masuk ja dalam pasar aku jadi rambang mata, semua juadah berwarna warni. Sedap dah tentu sedap. Nak cuba itu, nak cuba ni. Jakun. Bayar tak kira harga dah. Main bayar ja.
Matawang di sini dipanggil kok ( ringgit / baht)



Waktu berbuka di sini 6.23 petang.
Aku 'request' pada Fatimah buatkan air nenas. Nenas yang aku beli tepi jalan sebelum sampai simpang kampung Telok Manok. Perhhh.. Dia punya sedap, lain macam. Aku cakap pada Fatimah, sedap lah air ni, sebab ia dibuat dengan penuh kaseh sayang.  Oke sekarang air kegemaran aku adalah air nenas.






Usai berbuka puasa, kami solat maghrib di rumah dahulu. Nanti masuk Isyak baru pergi ke masjid. Aku kekenyangan sebenarnya. He he.

Bila dah kenyang mula lemau nak terawih, tapi kena paksa lah sebab itulah tujuan asalnya datang ke situ. Maka, bila azan Isyak berkumandang, kami pun pergi la. Habis ja azan, masih tak nampak jemaah perempuan pun, "eh tak kan kita ja? "




Menurut Fatimah, masjid ni solat terawihnya 23 rakaat. Oke la, nanti 8 rakaat kita blah la pelan-pelan. Orang pun tak ramai kan. Konon-konon la tu. Sekali bila habis solat Isyaq, aku toleh belakang, tengok saf penuh sampai ke belakang. Alamak ! Canne nak menghilangkan diri kalau macam ni. Huhu. Akhirnya hadap gak la 23 rakaat sampai berpinaw mata sebab terlampau kenyang. Mujur la imamnya baca surah yang pendek-pendek. Haha. Allah maha tahu perancangan manusia. Haa rasakan. 

Habis solat, aku bersembang kejap dengan jemaah yg ada. Ternyata mereka masih ingat pada aku lagi. Selesai bersalaman aku terus balik rumah Fatimah.






Ngantuk gila. Terus tidur sampai ke waktu sahur.


Bersambung, klik di sini