Wednesday, July 31, 2019

KEMBARA RIDE HALA TUJU KE HATI AWAK 0.2

Ride Menembus Mimpi
22 hb Jun - 7 hb Julai 2019

Cerita hari pertama

Rabu, 26 hb Jun.
Hari kelima

Sudah memasuki hari yang ke - 5. Hari ini akan keluar dari pulau. Sebelum tu, nak menziarahi :

Rumah Kelahiran Tan Sri P. Ramlee





Aku tertarik dengan ruangan dapur dia. Lantai kayu sengaja ada ruang yg terbuka. Rasanya senang nak mencuci pinggan atau penggiling cili tu, cuci dan air terus jatuh ke tanah.







Art Street




Tak banyak tempat di Geogetown aku pergi , kerana rimas dengan kesesakkan trafiknya. Kalau boleh nak cepat-cepat keluar dari pulau.


Aku memilih untuk menaiki feri untuk menyeberang ke tanah besar. Saja nak merasa kedua-dua laluan, jalanraya dan feri.



Memorial Tsunami

Tugu peringatan yang dibina dengan jumlah 26 buah replika sampan menyamai  tarikh kejadian 26hb Disember 2004.


Pantai Murni



Jambatan Pulau Bunting


Lama sudah aku teringin nak ke jambatan ni, jambatan yang menghubungkan tanah besar ke Pulau Bunting. Sayangnya jalan masuk ke jambatan telah ditutup.
Kalau nak masuk juga kena jalan kaki. Memandangkan matahari masih tegak di atas kepala, aku batalkan hasrat nak ke sana. Tak larat ah. Ambil gambar dari jauh cukuplah.


Dalam perancangan, aku dah tentukan lokasi untuk bermalam di Kedah kat air terjun Seri Perigi.

Memandangkan kawan-kawan belum cukup kental untuk tidurdi tempat tidak ada kemudahan asas seperti tandas dan punca elektrik. Maka terpaksalah aku teruskan perjalanan hingga ke Kuala Perlis.


Di Kuala Perlis cuma seorang ja yang ada dalam fikiran aku. Rumah Tok Aisyah. Rumah yang berkali-kali aku datang bertamu. Memang bercadang akan singgah menziarah, tapi cuma sekejap je la. Tapi tanpa dirancang terpaksa menumpang tidur lagi.


Kami sampai di Kuala Perlis ketika azan Maghrib. Sebelum sampai, kami makan siap-siap. Tak nak menyusahkan Tok Aisyah pulak. Alhamdulillah, Tok Aisyah sihat seperti dahulu. 


Total ride : -+192 km

Khamis, 27 hb Jun.
Hari keenam

Cuaca agak mendung ja pagi ni. Aku ajak Ady pergi cari sarapan. Kali ni nak cuba makanan tradisi orang Kuala Perlis pulak.





Sambil-sambil tu Ady bawak kami jalan-jalan di sekitar perkampungan nelayan yang terawal di Kuala Perlis.





Menurut Ady, setiap tahun akan diadakan Pesta Air Kuala Perlis, dimana akan ada pertandingan perahu tradisonal di antara beberapa buah kampung di Kuala Perlis. Setiap kampung akan membina sebuah perahu panjang mengikut identiti kampung tersebut seperti perahu yang diletakkan di sebelah jejantas ini.



Hari ni, kami keluar agak lewat. Mungkin sasaran perjalanan hari ini tidaklah jauh sangat. Jadi boleh la melengah-lengahkan masa. Oke abang kawasan Perlis, terima kasih beri tumpang bermalam di rumah tau.


Batu tanda 0KM, Kangar.

Bukan tak pernah sampai, dulu pernah sampai dengan basikal. Kali ni saja ja nak abadikan batu km 0 dengan motosikal pula.


Singgah di Kaki Bukit, nak servis motorsikal dahulu sebelum sambung perjalanan mendaki bukit Wang Kelian. Ganti minyak hitam rm25.



Kompleks ICQ Wang Kelian / Wang Prachan.




Kadang-kadang idea nakal datang tanpa sedar. Dan ia disokong oleh kawan-kawan. Maka dengan kata sepakat, menjadi lah ia.
"Jom masuk Siam nak ? Kita makan tengahari kat sana."

"Oke jugak, kitaorang follow ja."


Motorsikal diparkir berhadapan dengan kaunter cop pasport, dengan harapan dalam pengawasan pihak imigrasen yang bertugas.



Kami masuk dengan penuh gaya. Bila dah kenyang, keluar semula.

Puncak Pandang Wang Kelian


Aku teringin bermalam di sini. Pasang khemah sambil menikmati pemandangan Tasik Timah Tasoh nun di bawah sana. Bila bangun pagi, nampak la kepul-kepul awan nano menutupi bukit batu kapur tu.Tapi kawan-kawan tak mahu. Baiklah. Kita teruskan perjalanan.




Musim mangga harum manis dah habis, jadi ambik je la gambar dengan replika mangga, mudah mudahan tak de kempunan sangat.


ICQ Padang Besar / Padang Besa




Ladang Burung Unta (Veterinar)
Dah 2 kali aku ke sini. Baru kali ini aku dapat berbual dengan penjaganya.



Tempat ini segaja dibuka untuk kunjungan orang awam. Burung - burung unta ini dipelihara tetapi telur yang dihasilkan tak pernah menjadi untuk membiak baka.


Selain burung unta, ada rusa, kuda padi, burung merak, itik dan ayam. Masuk adalah percuma.

ICQ Bukit Kayu Hitam



Agak mustahil untuk melepasi kompleks kastam untuk ke batu sempadan jika tidak masuk ke Thailand, tapi nekad untuk mencuba dengan meminta izin dengan pegawai kastam yang bertugas.


Alhamdulillah diberi izin. Yahoo..!


Tu dia, batu sempadan negara Kedah dan Thailand. Perhatikan bagaimana Thailand mengangkat kedaulatan negaranya dengan meletakkan bendera negara walau di batu tanda. Siap dibinakan pagar. Kita tengok bagaimana negara kita pulak menjaga batu sempadan negara.


Berkenan dengan replika motorsikal yang dibina dari kayu.


Hari ini berhenti di Changlun. Letih sangat. Bermalam di hotel berharga RM109 satu malam untuk 4 orang.


Total ride : -+130 km


Jumaat, 28 hb Jun.
Hari ke Tujuh

ICQ Kota Putra, Durian Burung



Satu hari nanti, aku mesti masuk Thailand melalui pintu sempadan ni. Insya allah. Jangan berhenti bermimpi.


Tasik Pedu



Paras air tasik nampak susut, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. 

Baru perasan yang kat Pedu ada sawah padi. Dulu masa kayuh basikal tak nampak pulak.



Tasik Beris

Aku tak tahu kenapa masa berhenti rehat di Tasik Beris, aku langsung tak berminat nak ambil gambar. Mungkin sebab dah letih atau bateri hp dah tinggal sikit.

Hutan Lipur Lata Mengkuang


Berhenti rehat sebentar. Tengok suasana pun macam terbiar ja. Maka kurang berminat nak masuk ke dalam untuk meninjau rupa air terjun yang terdapat di sini.



Kampung Memali


Pada siapa yang ingin mengetahui tentang tragedi ini, boleh klik di link ini ðŸ‘ˆ. 



Ulu Legong Hot Spring

Beria-ria nak ke sini. Ingatkan tempat terbuka, rupanya kena tinggalkan motorsikal kat luar. Tak jadi masuk ah.


Rimba Cafe Kuala Kedua


Konsep makan dalam sungai. Tapi masa kami sampai tempat ni dah penuh dengan pengunjung. Ingat nak berkemping  tapi kena buat tempahan dulu. Lecceh ah pulak. 

Kampung Bawah Gunung



Akhirnya sampai ke rumah Pak Teh. Jadi kena lah bermalam di sini.


Kalau dah datang sini tak sah la kalau tak pekena air ni. Di sini lah aku baru tahu sebenarnya pokok ni pokok berbatang besar. Aku ingat macam pokok renek ja. Ilmu baharu bagi aku.



Total ride : -+200 km

Sabtu, 29 hb Jun
Hari ke Lapan

Baling
Pagi-pagi Pak Teh dah ajak pergi sarapan di cafe Mat Noi.


Kagum dengan tatahias kedainya yang sempoi. Ada lukisan mural TS P. Ramlee di dinding kedai.




Berlatar belakangkan gunung Baling, menjadikan lokasinya sangat strategik. Menu dia memang lain dari kebiasaan. Aku sempat rasa roti bakar kacang pool ja.



Sedap bak hanggg. Menu yang lain, insya allah ada rezeki akan datang dan singgah lagi. Menurut Pak Teh, pemiliknya adalah bekas chef di hotel ternama. Dia ambik keputusan berhenti, pulang ke kampung dan buka cafe ni. Mudah mudahan , perniagaannya terus maju. Syabas.


Aku sempat menampal sticker kembara aku kat cafe ni, bukti aku sudah sampai.


Lepas sarapan, dibawanya kami makan durian. Lepas makan durian kat gerai, dibawa pulak ke kebun durian. Tu dia. Makan sampai muntah.









Sempat berkenalan dengan rider wanita dari Baling. Kami pun bertukar-tukar sticker pengenalan diri.


Keluar dari kebun durian, Pak Teh saja ja bawak jalan-jalan pusing kampung. Dah tahu akalnya panjang, nak suruh kita tidur lagi satu malam kat rumah dia.


ICQ Bukit Berapit, Pengkalan Hulu / Betong


Batu Sempadan




Memorial Tragedi Kroh/Betong


Ceritanya panjang, nak menulis malas. Jadi, silalah klik dan baca di sini


Sebelum berpisah, Pak Teh ajak minum dulu kat gerai sebelah ICQ ni. Ternampak orang sedang membungkus biji-biji durian di deretan kedai lama. Rasa ingin tahu yang teramat sangat, sampai tak bleh buat bincang. Pergilah Kak Norela bertanya pada pekerjanya.




Menara Buluh

Pak Teh menghantar kami hingga di sini sahaja.

Menara buluh ni pada awal pembinaan adalah menara jam. Tapi sekarang jamnya entah di mana. Sayang tidak dikekalkan.


Castela Cafe



Pada awalnya bercadang nak singgah bermalam di Castela Cafe, tapi bila tengok keadaannya sudah 100% berubah rupa, tiada lagi chalet yang dibuat dari buluh. Semua dah bertukar batu.




Maka tiada hati untuk teruskan hasrat.

Air Beruk Kemsite, Gerik

Disebabkan kami keluar dari rumah Pak Teh lewat sangat, destinasi seterusnya pun masih jauh lagi, jadi aku terpaksa buat  keputusan untuk bermalam di sini sahaja.




Letaknya bersebelahan dengan Castella Cafe. Tak ramai orang, itu yang paling penting



Kemudahan tandas ada dan selesa. Sebuah pondok/wakaf harganya rm50. Oke sangat.

Malam tu hanya kami berempat sahaja yang menginap di situ. Penyelia tempat tu cakap boleh ja kalau nak pasang khemah sorang satu kat pondok yang lain.


Pondok yang cuma ada atap tapi tak berdinding, di hadapan dan belakang pondok ada rimbun pokok buluh. Suasana malam yang hanya ditemani dengan bunyi cicak, cengkerik, katak kuak kuak dan makhluk halus, nyamuk.

Tak takut ke ?
Nak takut apa.. Allah kan ada, lagipun kan ada kawan 3 orang yang teman tidur. Mata pun rabun, bukan nampak apa-apa pun. Relak je la.  Ha ha ha.

Total ride : 62 km

Bersambung.