Friday, December 29, 2017

Pulau Weh ( 0KM)

Gass ke Dunia Tersembunyi
6hb-20hb Disember 2017

3 Unit 4 Jiwa
Loen Dari Malaya
~~~~
PULAU WEH

Permulaan cerita ketik di sini

Khamis, 7hb Disember 2017
Sebelum subuh kami sudah bangun. Membersihkan diri, solat dan menyediakan kelengkapan motorsikal.  Beg pannier sudah siap dipasang di tempat duduk belakang.  Berdebar. Sebab belum pernah memandu di Negara Indonesia. Trafik dia boleh tahan jugak. Seriau oo.






Bila nak mula bergerak sahaja, motorsikal aku tak mahu hidup.  Aku pandang Naqi, Naqi pandang aku sambil  tersengeh.


Minyak kering daa.  Aduhh ! Terpaksa punggah semula beg, sebab tangki minyak dibawah ‘seat’ motor. Mujur kedai Santi ada jual bensin. Aku isi penuh-penuh, 4 liter.
1 liter = 10,000/rm3.05-+. Ini harga yang dijual di kedai-kedai.
Jika  di Pertamina 1 liter sekitar 7,500rp/rm2.05-+ sahaja.

Semua dah siap ? 
Oke  go !
Destinasi pertama adalah menuju ke Pulau Weh sejauh 8 km dari Lhong Raya. Dikhabarkan Kelab Motorsikal Aceh akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran “Ride to Zero KM” yang berlangsung pada  9 & 10 hb Disember nanti. Oleh kerana kami tiba awal, sekurang-kurangnya dapat melihat persiapan pun sudah memadai.


Sebelum  tiba di pelabuhan Ulee Lheue, berhenti sebentar di Masjid Baiturrahim. Masjid ini adalah masjid bersejarah peninggalan Sultan Aceh abad ke - 17. Ketika gempa bumi serta disusuli dengan Tsunami, masjid ini terselamat dari kemusnahan. Bangunan masjid ini yang hanya diperbuat dari batu bata cuma mengalami kerosakan sekitar 20% sahaja. (Sumber Wikipedia)




Melihat pemandangan persekitaran dari atas jambatan.  Cuba mengimbau dan  membayangkan keadaan kemusnahan ketika Tsunami dahulu. Tidak tercapai dek akal aku. Huh.



Kami dipintas oleh rakan FB Wak, Surya yang bertindak sebagai  panitia pelaksana acara RTZKM ketika kami berhenti untuk  merakamkan  gambar runtuhan sebuah bangunan yang terbiar.  Mungkin beliau sudah maklum akan kedatangan kami  melalui ‘posting’ di FB. Terus  dibawa kami menuju  masuk ke  jeti pelepasan.





Sementara  menunggu  feri  berlepas, kami  bersarapan di gerai berdekatan.  Di sini tak ada nasi lemak, tetapi ada nasi gurih. Nasi gurih ni macam nasi lemak jugak. Nasi  yg dikukus dengan santan, kemudian dibungkus  dengan  daun  pisang  bersama sambal yang berlainan.  Ada  sambal ikan bilis (teri), ikan, udang dan telur.





Kuih muih lebih kurang macam kat MY, cuma kalau aku jumpa yang pelik dan berbeza  ja aku ambik untuk dirasa. Kuih ni namanya Puding. Mengikut deria rasa aku, bahannya cuma tepung gandum,santan,gula dan garam. yang kuning tu hirisan nangka. Orang sini suka letak nangka la.


Ferinya lebih kurang macam feri Pulau Pinang, tapi kecil sedikit. Harga untuk 4 orang dalam 100,000rp. Seorang kira 25,000rp/RM7.50





Perjalanan agak lama juga sekitar  2 ½ jam, lebih lama dari penerbangan MY ke Aceh. Mula-mula teruja lah nak naik atas dek  tengok  pemandangan laut lepas, berswa foto dan  merakam  video bagai artis. Setengah jam kemudian, semua pakat turun cari kerusi untuk.







 ...T I D U R. Lagi bagus.
Mabuk ke tu Wak ?


Pelabuhan Balohan,  pintu masuk ke Pulau Weh.




Keluar sahaja dari pagar pelabuhan, kami sudah ditunggu dan disambut oleh rakan-rakan bikers  dari komuniti acara RTZKM. WoW ! Luar biasa sekali. Tanpa berbasa basi, kami mengikut sahaja  gerakan motor mereka.



Sebelum terlupa, motorsikal di sini mereka panggil ‘kereta @ honda’. Kereta mereka bilang  ‘motor @mobil’. Bingung ? Dihafal ya !.



Tengok saja motorsikal yang mereka  tunggang. Semuanya rangka. Nak hidupkan enjin hanya sambung wayar ja,  tapi boleh jalan jauh. Mereka ini ada yang datang dari Riau, Lampung, Bali, Medan dan dari segenap  wilayah Sumatera ni. Tong-tong minyak, cerek, selipar semua main gantung ja. Mereka bangga dengan identiti  tempat kelahiran mereka dan tetap teguh dengan mempamirkan stickers, logo di jaket dan kibaran bendera  Merah Putih. Terasa semangat mereka mengalir ke jiwa aku pulak. Eceywah.









Kami dibawa menuju ke ‘basecamp’ mereka. Nah, kat situ aku dihinggapi kejutan budaya. Mak aih, banyaknya motor ‘ rangka bergerak’. Pelbagai bentuk dan kreativiti yang mereka pamirkan.




Yang menarik perhatian aku adalah sebuah motorsikal yang menjadikan tikar mengkuang sebagai  lapik rangka motor . Aku tak tau nak terangkan macamana, tengok sendirilah.




Seperti yang pernah aku ceritakan pada kisah sebelum ni, seboleh-bolehnya mereka ini, mesti memberikan sesuatu kepada tetamu. Walau sekecil apapun, yang pasti harus memberi.
Stickers. Berebut-rebut mereka memberikan sticker kumpulan mereka pada kami. Rasa malu jugak sebab kita datang dengan tangan kosong.
Nampaknya aku kena buat sticker jugak la. Kan ?

Haa, ada benda aku nak kongsi. Tentang kopi lagi. Aku dah rasa 'kopi paling enak'. Kali ini aku nak rasa kopi SANGER pulak. Sekali cuba, memang sedap. Rasanya macam kopi kat Amazon. Sembang punya sembang dengan geng-geng ni, bila mereka terangkan erti 'sanger', baru lah tahu. Laaa, ianya dua ayat yang disingkatkan menjadi satu 'Sama-sama ngertik' ~> Sa Nger. Bersungguh la aku ingat kan nama kopi yang special. Kopi susu ja. Mengilai aku. Sanger paling enak hanya di cafe berdekatan dengan Bacecamp Bikers di Pulau Weh. Kat tempat lain, tak sama rasanya.


Wak ajak pergi ke tapak acara di Laman Seni Sabang Fair untuk melihat persiapan. Belum ada apa-apa pun di sana, melainkan grup-grup motor sekadar berkumpul dan berehat setelah menempuh jarak perjalanan yang jauh


 Rangka bergerak yang keren.





Wak mengambil peluang untuk mencuba beberapa buah motorsikal yang agak 'rare'. Aku ngan Ija apalagi, tumpang sekali lah naik satu pusingan. Kelakar.



Dek kerana terlalu leka dengan motorsikal pelbagai bentuk, hingga terlupa nak makan tengahari.Sebelum mencari lokasi untuk bermalam, kami berhenti makan di sebuah kedai makan bersebelahan dengan masjid. Rumah makan yang hanya menjual mee. Makanan khas dari Cilacap. Adudu, tak de nasi ke ?

Mee Ayam Pangsit. Apa benda pulak tu ?
Jak kita cuba ya.
Hrm, macam mee sup, supnya terasa rempahnya, mee dia kenyal, ada ayam dan makan dengan keropok. Mee yang diberi diisi padat, pasal tu bila makan, meenya tak abis-abis. Mengah makan semangkuk tu.
Sungguh ! sedap, atau masa tu aku tengah kebulur ?
Teh ais kat sini dipanggil teh manis dingin.


Dah kenyang kan ? Ayoh cari tempat tidur.
Berpusing-pusing mencari lokasi yang diberi oleh Mr Agus (agen  motor) di Ujong Kareung. Jam 1700 baru jumpa. Nama tempat nya UKCC. Wak meminta izin dari penjaganya untuk memasang khemah selama 2  malam. Bayaran untuk tapak, tandas dan elektrik untuk 4 orang sebanyak 150,000rp.



Ternyata lokasi ini terlalu indah dan aman.  Ujong Kareung bermakna Hujung Karang, memang pun tapak khemah kami terletak di atas batu karang. Sedaplah malam nanti tidur atas karang tajam.  Di situ telah dibina satu papan anjal untuk pengunjung melompat terjun ke laut. Warna air lautnya melekakan aku. Biru mata hitamku.







Melihatkan arus laut terlalu kuat, aku membatalkan hasrat untuk berendam dalam air yang ‘super’  jernih. Nak cecah hujung kaki ke dalam air tu pun aku tak mau.  Alasannya ; Lece la nak basahkan baju.  Padahal gerun tengok hempasan ombak ke batu karang yang tajam tu, tak pasal-pasal tersagat kulit kat batu kang.  Dah la tak reti berenang. Abaikan je la.



Aku segera memasang khemah di tapak yang aku rasanya sangat strategik. Motorsikal aku letakkan di sebelah khemah sebagai penghadang angin.  Sebelum hari  gelap aku dah selesaikan semuanya. Lepas mandi dan solat, terus masuk dalam sleeping bag diam-diam. Sejuk oi. Bila dipanggil untuk makan atau minum, baru aku keluar. Haha, aci ?



Suasana matahari terbenam dan matahari naik sangat cantik di sini. Bukan itu sahaja, ketika malam jelas kelihatan bintang-bintang berselerakan. Sesekali nampak ‘shooting star’. Kami baring sambil memandang ke langit. Dihiburkan dengan nyanyian Wak Rahim “ku petik bintang-bintang” disusuli  juga dengan suara cengkerik krik  krik  dan hempasan ombak yang keras.  Malam yang sangat indah.


Jumaat, 8hb Disember 2017

Selamat pagi awak !





Selama 3 hari 2 malam kami berkampung di Pulau Weh. Puas  bertawaf  keliling pulau menghadap bukit bukau, seronok  tidak  terkira.


Kami melalui jalan pesisir pantai hingga ke Anoi Itam. Kelihatan beberapa buah sampan Aceh disusun setempat. Bentuknya melengkung dan agak unik. Warna yang digunakan juga agak terang. Sekali imbas  nampak sampan ni macam kecil dan cukup untuk muat 1 hingga 2 orang, tapi sebenarnya besar dan mampu memuatkan lebih dari 5 orang.




Kami meneruskan perjalanan mengikut jalan Ujung Kareung hingga berjumpa dengan pelantar yang dibina di lereng bukit, Cot Bakgutom Balohan Hill. Dari atas pelantar  aku dapat lihat laluan curam berkelok seperti badan ular menuju ke pelabuhan Balohan berlatar belakangkan  teluk dan bukit bukau  yang menghiasi pemandangan.




Lawanya.  Macam ni punya jalan nak suruh aku kayuh basikal ? memang TAK la.  Aku mengambil peluang untuk merakamkan seberapa banyak  gambar yang boleh,  sebelum turun ke Pelabuhan Balohan untuk mencari sarapan pagi.



Pelabuhan Balohan







Untuk  mencari sarapan pagi yang sesuai untuk perut orang MY ni agak sukar sedikit di sini. Mahu tidak mahu terpaksa  juga makan nasi, ikan goreng dan kuah sayur rebus sebagai lapik perut. Itu pun pilih yang masih panas. Pagi-pagi makan bakso, mee  Aceh atau pop mee memang kenot  go lah. Lagi-lagi kalau tengok nasi padang. Perut aku ni agak sensitif dengan masakan nasi padang sejak kejadian di Danau Toba dulu. Memang perlu berhati-hati.


Semasa bersarapan Ija memberitahu plan laluan seterusnya. Aku dan Naqi menganggukkan kepala  tanda tiada bantahan. I will follow you. Don't worry, be happy.
Tiba lah masa untuk penjelajahan seterusnya.


Di pulau ini, ke mana sahaja kita pergi, kita akan nampak batang-batang pokok yang dijadikan pagar. Bila tunasnya tumbuh, ia akan membesar dan akan menjadi rimbun kemudian akan memayungi laluan jalan raya. Jadi suasana akan menjadi redup. Orang Aceh memanggil pokok ini Bang Lundong, dalam bahasa Indonesia Pohon Kuda-Kuda.



Segala ceruk kampung dan lorong kami redah hingga tiba di Gunung Api Jaboi. Gunung Api ini termasuk dalam kawasan Hutan Lindung. Kawasannya agak luas, mempunya 4 kawah ‘view spot’ yang dibenarkan melawat.  Kami cuma pergi  setakat kawah 1 sahaja. Tempatnya agak sunyi, oleh kerana rasa ingin tahu, kami  terus  masuk  dengan  motorsikal hingga ke  tapak belerang.






Uhf baunya cukup tengek mencucuk hingga ke rongga hidung. Masih kelihatan asap keluar dari rekahan  tanah yang dipenuhi  belerang.






Aku terus meninjau-ninjau dipersekitaran untuk melihat apalagi yang menarik di situ. Hanya ada pokok-pokok  yang kering dan reput. Tempat ini cantik untuk photografi. Lanskapnya begitu dramatik dan menakutkan. Bila aku halakan lensa kamera, tak semena-mena muncul saja model dua ketul ini dengan  gaya 10. Oke la, aku bayangkan model ni  macam Remy Ishak, lagi sorang macam Zul Ariffin. Hihihi



Lebih kurang setengah jam di situ, kami pun bergerak keluar, tanpa pergi ke kawah  2,3 & 4. Jika mahu ke sana kenalah trekking masuk hingga ke dalam. Kami abaikan kerana  bimbang nak tinggalkan motorsikal tanpa pengawasan.


Motorsikal  terus  dipecut  melalui  jalan kecil yang menjadi  jalan utama di situ. Kiri kanan jalan ditanam pokok bang lundong. Jauh juga aku dan  Naqi meninggalkan Wak di belakang, mungkin Wak berhenti di satu kawasan berpagar  tadi agaknya. Kawasan yang kelihatan asap tebal  berwarna putih keluar dari tanah. Adalah tu cerita Wak sedang cari.


Aku memberhentikan motorsikal, sambil menunggu Wak dan Ija aku halakan lensa kamera pada satu kawasan perkuburan kecil. Hrm, persoalan timbul. Jika pulau ini dalam wilayah Aceh, kenapa  batu nisannya  tidak seperti  batu nisan (bersejarah) yang biasa aku lihat di Semenanjung ?  Kenapa tiada ukiran ? Keturunan apa yang gunakan batu berukir  tu ya ?
Teng ! teng ! teng !


Pengembaraan adalah Pencarian.
Perkataan A C E H rupanya  asal dari gabungan huruf awal bagi bangsa  Arab, Cina, Eropah dan Hindu. Kini baru ku tahu. Pada pendapat aku yang lemah ini, mungkin batu nisan berukir itu dari keturunan  Arab. Agaknya la.
Wak dan Naqi berhenti di sebuah kedai runcit untuk mengisi minyak.  Aku pun ikut berhenti rehat. Sedang asyik berbual dengan pemilik kedai, kami melihat segerombolan anak-anak pulang dari sekolah menaiki  motor roda 4. Wajah setiap seorang begitu ceria sekali turun dari kenderaan tersebut.  Aku tengok jam di tangan baru jam 10.55 (WIB).Eh, awalnya dorang balik sekolah.  Apa aja yang dorang belajar ?




Kemudian, setelah beberapa ketika muncul pula kanak-kakak yang bermain ‘roller skate’ secara berantai. Kawasan tu berbukit, jadi seronok mereka meluncur menuruni bukit dengan  laju serta membelok dengan cekapnya. Yang tak boleh tahan nak gelak bila melihat mereka menggunakan selipar untuk dijadikan ‘brake’ tangan. Kreatif. Jangan ingat kat pulau tak boleh  nak berkasut roda.



Matahari makin meninggi, Wak terus memecut melintasi  Pantai Pasir Putih diikuti dengan Naqi tanpa berhenti. Entah ke mana Wak dan Ija nak pergi. Aku hanya ikut dari belakang. Sesekali memintas Wak dengan laju  jika di hadapan  ada bukit yang tinggi. Maaf Wak, aku terpaksa dapatkan lajakan supaya  motor mampu melepasi kecuraman bukit di sini. Naqi mengikut dari belakang,  aku yakin Wak panas  hati tengok  lagak kami saling memintas  bila layan ‘corner’.  Bukan sekali buat perangai tu, tapi berkali-kali. Hiks.


Tiba di satu kawasan yang bernama Guha Sarang, aku terkesima . Uih, lawanya tempat ni. Dari atas nampak air laut membiru hingga nampak ke dasarnya. Aku  perhatikan  ‘bunting’  yang tergantung memaparkan lokasi gua dan beberapa aktiviti lasak yang boleh dilakukan di situ. Ala, kalau gua malas la nak trekking masuk  gelap-gelap tu. Mata aku meninjau-ninjau juga, kat mana  guanya sebab  tak nampak pun bukit. Rupanya  gua tu  terletak di bahagian bawah. Pengunjung perlu  menuruni bukit hingga ke  gigi air. Kemudian berjalan dicelah-celah batu untuk sampai ke pintu gua. Bila air pasang gua tu tenggelam. Jadi pastikan kita tidak masuk ketika air mula pasang. Tiket masuk seorang cuma 5,000rp/ RM1.50.









Misi akhir untuk hari ke-2  di Pulau Weh adalah menuju ke titik 0KM. Syok layan ‘corner’ bukit-bukit sambil pancung motor Wak laju-laju. Bila agak jauh, tunggu dia.  Bila Wak sampai  pancung lagi dan lagi. Hahaha berasap ja member  terkial-kial tukar gear 1 bila hadap bukit yang curam.


Kami tiba di monument Titik 0KM jam 1415. Cuaca kelihatan redup seperti mahu hujan. Tidak berlengah lagi terus menyusun motorsikal untuk mengabadikan kenangan bersama di titik paling hujung di Indonesia.  Cepat semua posing, kiraan 1, 2, 3, tit tit tit klik ! (self timer)




Ija, Wak dan Naqi mengambil peluang melihat di persekitaran kawasan hingga ke bawah bukit. Ada pelantar pejalan kaki dibina turun ke bawah.  Aku  seperti biasa, malas. Tengok  saja  gambar yang mereka ambil nanti. Hiks.



Terasa rintik-rintik hujan jatuh di muka.  Masing-masing sudah  faham dan bersedia untuk beredar.  Esok sudah mahu keluar dari pulau, jadi sebelum keluar, mesti nak dapatkan sesuatu cenderamata dari acara yang bakal diadakan hujung minggu tu.  Jak terus  ke tapak pesta.



Jam 1713 kami sampai ke lokasi. Wak cuma mahu berjumpa dengan Surya bagi mendapatkan t-shirt acara. Untuk mendapatkan t-shirt itu bukan mudah kerana ianya terhad. Hanya ada 500 helai sahaja. Setelah mengatur ayat power, akhirnya permintaan Wak ditunaikan. Dapatlah kami membeli  dengan harga 100,000rp /RM30 atas  tiket tetamu dari Malaya. Bukan itu sahaja yang kami dapat, sijil titik 0km , sijil hadir ke acara dengan tulisan tangan, sticker dan butang lambang monument titik 0KM pun disertakan sekali.  Cukup terkesan dengan layan rakan bikers  dari sana.






Bila hajat tercapai, kami terus pulang ke Ujung Kareung. Wak , Ija dan Naqi nak mandi laut. Aku lebih suka mengambil  gambar pemandangan. Arus  air laut petang ni lebih kuat dari semalam. Nampak Wak terumbang ambing ditolak air laut ke dinding batu karang yang tajam.  Auch ! Lebih baik aku pergi mandi di bilik air.




Maghrib tu kami didatangi oleh seorang tetamu yang tidak diundang. Dia duduk di antara khemah Wak dan khemah Naqi  sambil menghisap rokok dan melihat aktiviti yang kami buat. Sungguh, kami rasa cukup tidak selesa. Melihat keadaan itu aku lebih banyak duduk dalam khemah sambil layan FB. Perut masing-masing memang rasa lapar, tapi nak keluar masak sesuatu, terasa berat sangat kerana adanya makhluk seketul itu.


Akhirnya Wak berkeras, keluar  juga dari khemah dan meminta Naqi menjerang air minuman. Bancuh air teh cicah dengan biskut. Itu sahaja menu yang pantas untuk buat lapik perut. Sedang kami  duduk berkumpul, datang la pengurus  resort  bertanyakan khabar.  Mungkin dia pun perasan yang makhluk seketul itu menganggu keselesaan kami, lalu dia memujuk untuk pergi ke tempat lain.

Yes !  punya lah lega perasaan kami, seperti dapat bernafas  semula setelah leher dijerut  tali.  Kalau tak, sesak dengan bau asap rokok dia yang busuk.  Malam semakin dingin. Masing-masing masuk semula ke dalam khemah sambil layan jiwa sendiri. Dari dalam khemah aku dengar Naqi menyanyi-nyanyi hingga aku tak sedar bila aku tertidur.

Tiba-tiba aku terjaga, aku tak pasti jam berapa rasanya sekitar jam 3 atau 4 pagi. Bunyi plastik betul-betul sebelah khemah aku. Dengar orang mengunyah sesuatu, krup krap kruk krap. Kemudian dia minum air. Glup glup glup.

Ahh sudah ! Dia datang balik. Bunyi pemetik api dinyalakan berkali-kali. Aduh, jangan dibakar khemah aku ni sudah. Matilanak ! Sejurus aku  tercium bau rokok. Bluwerk. Aku  terus  membatukan diri dalam 'sleeping bag' tanpa sebarang bunyi. Nak wasap Wak mintak tolong, bateri talipon dah habis. Powerbank ada kat luar tengah cas. What to do meh ? Dalam hati aku menjerit ; Yuhuuuu..help me please !

Tanpa aku sedar Wak dan Naqi memang dah ‘standby’ bila-bila masa sahaja  jika sesuatu berlaku.  Akhirnya Wak keluar memeriksa khemah aku.  Barulah  makhluk tu pergi duduk jauh di bawah pokok kelapa. Aku  tak lepaskan peluang, bingkas  bangun  dan terus  keluar dari khemah. Tatkala itu, azan subuh pun berkumandang bagi kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.  Eheks.


Terima kasih Wak dan Naqi menjaga keselamatan aku dengan baik.

Bersambung di sini