Monday, May 22, 2023

MARI AKU CERITAKAN APA YANG ADA DI PULAU BINTAN

Cerita  ๐Ÿ‘ˆhari sebelumnya.

Hari ketiga di Pulau Bintan, aku merancang nak ke Kijang, tapi sebelum tu , aku nak masuk ke Pulau Dompak dulu. Untuk masuk ke pulau ini, kita hanya perlu melintas jambatan sahaja.

Jambatan yang diberi nama Jambatan Sultan Mahmud Riayat Syah atau Jambatan 1 Dompak .  Jambatan ini adalah jambatan ke tiga terpanjang di Indonesia dengan kepanjangan 1.5km

MASJID NUR ILAHI

Ketika melintas di jambatan ini, kita akan nampak dari jauh  tersergam megah Masjid Raya Nur Ilahi yang berada di atas bukit Bistari Pulau Dompak.


Dan jika dari masjid kita boleh lihat kecantikan jambatan Dompak dari atas.

MONUMEN BISMILLAH

Ini pula monumen dari Bank Riau Kepri. Memaparkan 99 nama Allah di sekeliling monumen. Ianya menjadi hiasan di bulatan bertentangan dengan jalan masuk ke Masjid Nur Ilahi.


MONUMEN TRI MATRA

Monumen ini diberi nama Monumen Tri matra yang dalam bahasa Indonesia bererti 'tiga dimensi'. Tiga dimensi yang dimaksudkan ini adalah darat laut dan udara.




TUGU ANTAM KIJANG

Dari Pulau Dompak ke Kijang tak lah jauh sangat hanya 21 km je. Masuk ja ke dalam jajahan Kijang dah jumpa dengan patung ini pula.

Monumen dan relief sejarah perlombongan bauksit di Kijang mempamirkan sebuah patung yang berdiri dengan gagah berani sambil memegang tukul perlombongan. Patung ini dibuat menghadap ke arah barat, iaitu ke arah Gunung Lengkuas. Di bawah patung terdapat empat relief yang menggambarkan situasi perlombongan pada zaman Belanda dan Jepun.

Dahulu kala , Bintan menjadi lombong bauksit. Bauksit-bauksit ini dijual kepada Singapura. Ketika dalam pemerintahan Sueharto, beliau telah menutup semua perlombongan. Sebab itulah di Bintan banyak bekas lombong yang ditinggalkan.

WISMA RAHMAT

Di Indonesia, tempat penginapan biasanya dikenal dengan WISMA. Inilah penginapan yang  murah dan mudah cari di Kijang . Satu malam cuma 150rp. Kerana murah, aku ambil dua malam.




OTAK-OTAK SEI ENAM

Makanan ringan ini yang banyak dijual di merata-rata  ceruk tempat datangnya dari Sei Enam. Jadi aku tak lepaskan peluang untuk pergi melihat bagaimana dan di mana ianya dihasilkan.


Sei Enam terkenal dengan pengeluar makanan yang bernama otak-otak. Makanan ni dibuat dari isi ikan, tulang ikan dan sotong yang dicampur dengan cili dan rempah tertentu kemudian dimasukkan ke dalam daun kelapa dan dibakar. Rasanya sedap sangat.


Tempat dia sama macam di Terengganu pembuatan keropok lekor. Kiri kanan depan belakang semua jual keropok lekor. Di sini pula jual otak-otak.


Kiri tulang ikan dan kanan sotong ๐Ÿ‘†


SERIBU PATUNG

Ni pun tokong Cina. Tapi aku tak masuk, dak Anje ja masuk.



Untuk warga negara Indonesia 5000 ja. Warga asing 30k.

Entah hapa-hapa tah.

PELABUHAN KIJANG


Kalau nak naik kapal PELNI, naik dari sini lah. Pada hari tertentu kita akan dapat lihat kapal PELNI yang besar berlabuh di dermaga.


BUKIT PANGLONG

Ini semua bekas-bekas lombong bauksit. Budak-budak hiker dan rider basikal di Bintan lah yang viralkan, pasal tu lah aku pun terjebak mencari.

Bukannya kat MY tak ada, ada. Tapi tu la kann… jadi sehe mencari.

GEDUNG LEMBAGA ADAT MELAYU

Nampak kusam dan tak bermaya tempat ni. Nak masuk terawal pagi pula. Maka aku lalu sahaja lah.


Ini pulak perpustakaan di Kijang. Bangunannya berbentuk tanjak.

PANTAI -PANTAI

Pantai di bahagian timur cantik sikit dari yang di barat. Pasirnya pun putih. Tapi memandangkan cuaca asyik hujan di waktu pagi maka semua gambar yang diambil nampak kelam tak cantik.








DESA BERAKIT

Desa Berakit terletak di bahagian utara pulau Bintan. Langit dah gelap, awan pun dah bergulung-gulung nak memuntahkan air hujan. Aku tetap nak selesaikan misi pusing satu pulau ni. Pakai baju hujan dan redah je.



RUMAH ADAT MELAYU HAJI ABDUL SALAM

Sepanjang aku berkeliling di pulau ini, tidak satu pun melihat rumah-rumah bentuk lama yang masih berdiri tegak. Yang ada semua rumah batu. Hanya rumah ni yang tinggal dan telah diwartakan sebagai Cagar Budaya Warisan Rumah Tua Melayu yang kini sudah berusia 115 tahun. Orang Melayu memanggil dinding yang dipasang secara menegak sebagai ‘tindih kasih’ 


Papan dindingnya jelas nampak pembuatan secara manual. Bekas potongan yang tidak sekata menunjukkan papan tu dibuat satu persatu.
Aku cuma merakam gambar dari luar sebab tak berani lah nak menganggu penghuninya, lagi-lagi waktu hujan.

Rumah ini di kelilingi dengan pokok kelapa, menambahkan lagi rasa sentimental seseorang yang melihatnya. Di kedua-dua tangga di letakkan tempayan air yang gunanya untuk membasuh kaki sebelum naik ke atas rumah.

DAPOR ARANG BERAKIT

Aku ingatkan satu tempat ja, rupanya ada 2. Dulu masa sebelum covid, Pulau Bintan meriah dengan aktivit pelancongan. Selama 2 tahun covid melanda habis semua tempat-tempat pelancongan terbiar dan tidak di selenggara dengan baik.




Di sini penduduknya terdiri dari Suku Laut Panglong. Suku Laut ini terkenal dengan ketahanan ketika di lautan dan mahir menangkap ikan.


Terdapat di sebelah dapor arang ini sebuah gereja. Menandakan suku kaum ini menganut agama Katolik.

Hujan turun tanpa henti membuatkan perut lapar sangat. Untuk mengurangkan kesejukan kami berhenti makan di kedai tepi jalan ni. Ternampak kain rentang tulis ‘ayam presto’. Menu apa tu ? Oke aku cuba.


Inilah ayam prestonya. AYAM PENYET !
Ciss. Nak nampak hipster dan up to date tukar bagi macam italian dan mat saleh. Parah ni parahh. Ayamnya tetap kecik kenot.


LAGOY
Lagoy Bay merupakan jantung Pulau Bintan kerana di sini tumpuan tempat pelancongan yang meriah. Berkeluasan 1000 meter persegi, ia menempatkan pelbagai tempat menarik , resort dan safari dalam satu kawasan , khas buat para pelancong dalam dan luar negara.




Ini replika 2 ekor orang utan di pintu masuk.


Di tepi tasik ini pula diletakkan replika pahlawan dahulu kala seperti Sang Nila Utama, Hang Tuah, Gajah Mada, Tuanku Imam Bonjol dan Laksamana Cheng Ho.



Hujan, nak ootd macamana ? Pakai je la baju hujan tu. Buat bukti sudah sampai, cukuplah.


Bukit Teletubbies. Dalam gambar kemain cantik, nampak berbukit-bukit. Sekali aku sampai, tergelak besar. Rasa macam nak terbang ja.



DURIAN BINTAN

Walau pun bukan musim durian di Bintan ni, tapi bila lalu ada ja orang jual durian tepi jalan. Di hari akhir terasa macam duit masih banyak lagi, jadi apa kata kita berhenti makan durian. Sekilo 80k.  Beli dua biji kena la dalam 248k kurang lebih rm74 untuk 2 biji. 



Haa puas hati dapat balas dendam. Ehek. 

MASJID RAYA AN-NUR KAWAL


Masjid Pink berkonsepkan khas Timur Tengah, nampak seperti Taj Mahal.


Sampai sini dulu, nanti sambung lagi. Oke bai.

Sunday, May 21, 2023

PULAU BINTAN DARI KACAMATA AKU.

Cerita awal di SINI

Penceritaan disambung semula.

Setelah selesai urusan sewa motorsikal, tanpa banyak fikir aku terus set ke lokasi yang dak Anje nak pergi Gurun Pasir. Macam biasa, aku mesti cari tempat - tempat yang menarik atau bersejarah di sepanjang laluan dahulu. Kalau boleh tak mahu terlepas satu pun.


Sebelum tu berhenti isi perut dahulu dengan makanan orang Melayu Kepulauan Riau. Nasi dagang. Nasi yang dimasak bersama halba. Hrm. Tapi sayang, nampaknya sudah hilang keasliannya. Sepatutnya nasi dibungkus dalam daun pisang macam yang aku makan di Lingga. Rasanya kosong macam nasi biasa, yang membezakan cuma dia letak halba.  Yang oren tu ubi keledek goreng. Orang zaman dulu bungkus dengan daun pisang untuk di bawa ketika berdagang. Itu ja kisah asalnya. 

DAPOR ARANG

Tempat pembakaran kayu arang ini sudah berusia hampir 50 tahun.


Dahulu banyak dapur arang di dalam Pulau Bintan ni, tapi setelah pemerintah mengarahkan supaya perusahaan ini dihentikan, maka semua pemilik telah membongkar dapur mereka termasuk pakcik Janiti pemilik dapur arang yang aku lawat ni.


Beliau mempunyai 3 buah dapur, dan sebuah sudah dibongkar kerana dua buah dapur kayu ini dia nak jadikan tempat pelancongan. 

WISATA ALAM BUSUNG KENCANA


Tempat ni baru sahaja dibuka. Bila aku tanya tiket masuk berapa ? Percuma je tapi berilah sumbangan untuk beli makanan ikan yang berharga 5000rp. 


Eh ada burung helang la. Bukan seekor tapi dua. Dua-dua belah kaki diikat. Seekor diletakkan di atas pagar di bawah terik matahari. Aku diamkan sahaja, walau hati dah rasa tak best. 


Di sini boleh memancing dengan bayaran yang tertentu. Jika nak bersantai sambil berkelah boleh menyewa pondok-pondok dengan harga 50k.



Selain itu, ia menjadi tempat untuk berfoto-foto ja.


Boleh la buat rasa-rasa.

GURUN PASIR TELAGA BIRU

Asal usul tempat ini adalah tempat perlombongan  bauksit.  Setelah perlombongan ini dihentikan ketika pemerintahan Presiden Soeharto, pasir bauksit ini sudah pun mengeras

Makanya masyarakat mengambil inisiatif untuk menjadikan tempat ini sebagai tempat pelancongan.


Tempat ini mempunyai kemudahan yang lengkap seperti tandas, musolla dan tempat makan. Tiket masuk 10k seorang .


Pemandangan memang cantik. Air yang biru , jernih dan lanskap yang menarik memang memukau pandangan. Walaupun cuaca panas, aku tetap akan bertahan untuk datang merakam gambar di sini. 


Walaupun papan replika unta yang dicetak terus dari google siap ada watermark, tetap aku boleh menerima. 



Tetapi bila aku nampak ada 5 ekor burung helang yang menjadi pamiran untuk pelancong bergambar, itu memang tak boleh terima. Tempat yang pertama aku pergi 2 ekor helang, sini pulak 5 ekor.

Dengan cuaca dan bahang yang sangat panas, burung helang diletakkan di tengah kawasan lapang. Walaupun di bawah bumbung tapi tetap terasa bahang. 



Bukan itu sahaja, dengan tanpa bersalah memandikan burung helang dengan air dari takungan bekas lombong bauksit, siap letak sabun. Kau rasa ?


Sedangkan aku sendiri boleh rasa berpinar mata, kemudian dada rasa sesak sangat ketika berada di tengah kawasan gurun pasir  ni.

Sungguh sadis.

Harap pihak yang berkaitan dengan haiwan liar mengambil solusi terbaik kepada aktiviti mengekploitasi haiwan-haiwan ini.

PENYU BESAR

Tempat ni sebenarnya tempat suci orang Cina. Sebelum datang, manalah aku tahu, bila nampak atas badan penyu tu ada tulisan Cina, eh ! Kau ni siapa? Kau tinggal sini ke?Ingatkan replika penyu ni Dinas pariwisata yang bina.


Saja je la berhenti untuk bergambar memandangkan ia berada di tepi jalan yang menghadap laut. 


Kalau siapa berminat nak tengok THE SLEEPING BUDDHA boleh masuk ke kawasan tokong seberang jalan. 

Info ni pun aku dapat bila bersembang dengan pelancong dari Batam yang dah masuk bergambar dengan patung Buddha tu. Siap tunjuk gambar lagi. Ok lah tu, sekurang-kurangnya aku tahu di Pulau Bintan pun ada patung Buddha tidur.

Sepatutnya banyak lagi tempat aku nak jejak, tapi tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Terpaksa batalkan semua dan balik semula ke hotel. 

Disebabkan hujan, perut pun lapar maka kita berhenti di KFC. Konon nak terai KFC Tanjung Pinang pulak.



KFC Indonesia ada tempat jual CD artis popular


Parkir sekejap nak beli KFC pun kena bayar.

 
Daging ayam di Tanjung Pinang kecik sangat. Cawan air pun kecik. Nasi pun kecik. Tapi harga rm15.



Sesungguhnya, beruntung dan bertuahnya hidup di bumi Malaysia.

Nanti sambung esok.