Wednesday, April 29, 2015

Gunakan kuasa magik [DOP]

Cerita semalam..

Hari ke lima - 10/4/2015
Pekan Tajau - Kem PGA Galing (83 km )

Pagi tu, waktu aku singgah bersarapan di gerai Pekan Tajau, ada lah sorang abang tu tanya aku, 'malam tadi tidur kat masjid atas tu ke ?' Aku jawab 'aah' sambil mengangguk . Eh tak takut ke tidur sorang-sorang ? Dengan selamba aku jawab, nak takut apa eh ? cuma saya nak bagitau sikit, bila lepas Isyaq kalau boleh pagar masjid tu ditutup sebab malam tadi ada anjing masuk sampai tempat wuduk wanita, sambung aku.
Dah la masing-masing bercerita. Eh iya lah. malam tadi aku dengar suara anjing. Tak tau pulak masuk kawasan masjid. Aku senyum ja terus makan nasi lemak dengan teh tarik sampai kenyang. Hari ni buat permulaan jalan agak landai. Di suatu kawasan aku nampak ada sawah padi menghijau. Terletak berhadapan dengan Stesyen penguatkuasaan JPJ sampai ke Kampung Kertam. Tak pernah tau pulak kat daerah Maran ada orang tanam padi. Sejuk jugak mata aku tengok pagi-pagi ni.



Masuk kampung keluar pekan, masuk pekan keluar bandar. Tiba-tiba ja aku dah sampai kat New Zealand. Terkejut kita. Ahaks ! Tak payah susah-susah naik kapal terbang nak ke sana kan ? Terfikir jugak aku macamana boleh dinamakan NZ. Cari punya cari wikipedia jumpa jugak. Sila baca di sini. Rupanya pembukaan felda ni dapat tajaan dari negara NZ. Juru ukurnya pun berasal dari  sana. Untuk menghargai sumbangan mereka, dinamakan lah tempat ini dengan Felda/ Kampung New Zealand.


Aku sudah memasuki daerah Kuantan. Nak sampai ke bandarnya masih jauh lagi. Kena tempuh pekan Sri Jaya yang mana aku tengok ini pekan Cina. Selepas itu kena mendaki bukit sikit melalui hutan simpan Bungor. Sejuk dan redup ja bila lalu kat sini.


Aku tak pasti apakah tempat ini. Kelihatannya telah terbiar dan mereput. Kawasannya luas sesuai untuk buat tempat rawat dan rehat. Bila aku google rupanya ini adalah Tasik Paya Bungor. Suatu ketika dulu pernah menjadi tempat berlangsungnya sukan air SUKMA.


Aku cuma lalu dan lihat dari luar saja. Nak singgah masuk pun rasanya penuh semak samun. Ambik gambar sudahlah sebagai rekod.

pembangunan yang tak diuruskan - membazir.
Dalam pengetahuan aku yang cetek ni, menganggap Gambang ni cuma tempat rekriasi 'wet world' ja. Dah itu ja yang di popularkan oleh media massa. Rupanya banyak kampung-kampung di pendalaman lebih-lebih lagi perkampungan orang asli.


Bila mengembara sendirian, kita akan berbual dengan diri sendiri. Kadang berkelahi pun dengan diri sendiri ~ HATI dan AKAL. Dua makhluk ni memang memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kehendak 'nak atau tidak'. Berlaku ketika aku lalu di Jalan Gambang, tak pasti kampung mana. Di tepi jalan aku nampak seorang kakak bersama anaknya sedang menjual sesuatu yang bergantung. Dah la aku bergaduh sendirian, nak berhenti ke tak ? berhenti ke tak ? Tak payah lah jawab hati sebab dah keletihan. Akal pulak jawab, mesti berhenti sebab nak tau apa benda yang dijual tu. Sambil kayuh sambl bergaduh sampai terlepas jauh dari tempat kakak tu. Akhirnya akal beri kata putus. Okey patah balik ! kalau tak nanti menyesal sebab tujuan aku mengembara pun sebab nak mengetahui perkara yang tak tahu.


Aku pusing balik dan terus melintas jalan menuju ke tempat kakak tu. Kak boleh tanya ? Akak jual apa ni ya ? Kakak tu jawab , ni la 'cendawan taun/tahun'. Dia tumbuh setahun sekali ja. Susah nak dapat ni. Aku tanya lagi, biasa cendawan ni masak macamana ? Masak tumis biasa pun sedap, masak lemak pun boleh, jawab beliau. Oo.. (dengan muka baru tahu ) Bila dah puas hati aku ucapkan terima kasih dan meneruskan perjalanan. - Riang gembira.


Cuba tengok baby kecik tu. Pipi dia tembam betul kan ? jangan ingat anak orang asli tak cukup zat. Lebih dari cukup tau dengan persekitaran dan udara hutan yang bersih. Bam bam.

Jumpa lagi Kuantan, entah bila nak sampai bandarnya. Stres pulak kita tengok.
Sasaran aku hari ke empat untuk bermalam di pantai Balok. Waktu aku ambik gambar ni pun dah jam 1600 petang. Sempat ke tak ni. Memasuki bandar Kuantan, aku jadi bingung sebab waktu puncak orang balik kerja. Kenderaan banyak bertali arus. Semua nak cepat ja. Aku kurang mahir bila nak melepas kan diri lalu dalam  bandar dan terus ke Balok sebab kena masuk jalan dan lorong- lorong kecik. Aku mintak tolong ada sorang abang yang naik motor tunjukkan aku jalan keluar menuju ke Balok. Kesian abang tu kena tunggu aku kayuh basikal terhegeh-hegeh mendaki bukit. Dia tinggalkan aku bila dah tunjukkan jalan menuju terus ke Balok. 
Bila aku pandang ke depan dengan sekelip mata aku terus pewai. Bukit Berserah? dah petang- petang cenggini dengan tenaga aku yang dah level 1% nak kena hadap bukit ? TIDAKKKK>>>! 
Kena guna kuasa magik jugak ni. Taraf dewa dewi mana boleh paksa-paksa diri. Ini lah masanya guna kuasa magik. Terus aku sms abam kawasan Kuantan, Abang Zaini. Mohon dia izinkan aku bermalam kat tempat dia dan jemput aku naik KERETA. Phews ! respon baik aku terima. Lega hati Cik Tun. kikiki.


Kenapa aku tekankan datang jemput aku nak kereta ? sebabnya aku dah tak larat nak menanjak naik ke Kem Galing. Kena hadap Bukit tinggi ooo.. cukup la sekali aku menangis dalam diam masa POT'13 dulu gara-gara nak menyampaikan ke Kem PGA Galing. Serik. Korang hapa tau !


Aku diberi tempat rehat dan rawat di sini. Syukur alhamdulillah aku tak kesah. Asal ada tandas dan bilik air dah kira selesa untuk aku. Atas idea dari Ija Zahri suruh susun kerusi jadikan macam gambar di bawah tu. Aha..selesa badan aku tidur malam tu. Terima kasih atas khidmat nasihat..~ wee


Malam aku tidur dalam 'sleeping bag' sebab bilik ni ada pasang penghawa dingin. Lena uih sampai ke subuh. Zzz.

2 comments:

  1. Itu lah canggihnya dunia perhubungan skrg. Khidmat nasihat tempat tidur menerusi whatsapp hiks~~

    ReplyDelete
  2. Betul, cepat dan menyenangkan. ~ Terima kaseh.

    ReplyDelete