'Sahur' is Sunnah
Fasting, is Patience.
Breaking the fast, that's Rewarded.
Aidil Fitri is Victory
***
Di Malaysia, setiap kali Ramadan, suasana menjadi lebih meriah dengan bazar di sini sana. Muslim dan bukan Islam bersama-sama memenuhi bazar seperti pesta makanan.
Semalam, seperti biasa, aku pergi ke bazaar, berjalan di sekitar kawasan bazar sambil melihat makanan pilihan dan harga yang ditunjukkan. Dengan nilai RM10 aku cuma boleh dapatkan dua barang sahaja.
Kembali pada tahun 80-an. RM10 adalah nilai yang sangat besar. Semua jenis benda kita boleh beli dengan nilai itu, tetapi sekarang, nilai itu berkurang, semua harga melambung.
Ini bermakna perbelanjaan dalam bulan puasa melebihi daripada perbelanjaan dalam bulan-bulan lain. Lebih dari bajet.
Oleh itu, aku memutuskan untuk mengekalkan perbelanjaan tidak melebihi yang sepatutnya dengan memaksa diri untuk menjadi lebih rajin.
Hari ini aku mesti masak. Jangan jadi MALAS.
Menu hari ini ialah 'Kuih Chara Buah Cermai'. Ini adalah resipi dari mak aku
Ni aku kongsikan bahan-bahannya:
7 |
tepung
gula pasir
daun pandan
telur
garam
pati isen vanila
santan
Bagaimana cara-caranya ?
Campurkan semua bahan di dalam bekas, kemudian kacau sehingga sebati dan tekturnya menjadi halus.
Inheritance |
Panaskan acuan tembaga 'buah cermai' kemudian sapukan dengan minyak masak.
Untuk lebih sedap aku gunakan daun pandang sebagai penyapuIsi setiap acuan dengan campuran di atas, selepas itu masukkan sedikit gula di tengah-tengah cecair.
Inilah hasil kejadiannya.
A traditional cuisine |
Selain itu juadah berbuka puasa aku adalah nasi goreng udang.