Thursday, December 22, 2011

Selamat Kembali Ke MY


Sambung cerita masa kat Hadyai

Love to be here
Aku masih tak puashati dengan perjalanan kali ni. Hati menarik-narik untuk aku terus bercuti. Perancangan drastik telah dibuat. Akhirnya LANGKAWI destinasi pilihan. Berbekalkan saki baki wang yang ada, termasuk mintak duit kat Enchek Rimau. Hajat terus ditunaikan. Menaiki teksi sapu dan kemudian menaiki bas ke jeti Kuala Perlis. 

senja di Langkawi

Untuk meminimakan lagi kos hidup kat Langkawi ni, aku sewa kereta RM50 sehari. Buat muka kesian , siap tunjuk duit dah abis. Makan tak kesah, tidur lagi la tak kesah. 
Tak de hotel, tak de chalet.
Hanya hamok.

tempat tidur percuma
Pusing-pusing pulau dan rehatkan minda yang memang STRES.





Akhirnya, setelah puas hati sebab duit dah abis, aku pun AKUR untuk pulang ke sarang.
Walau bagaimana pun, semua pengalaman yang aku dapat akan aku simpan hingga akhir hayat.
Asam garam gula-gula kehidupan.
MENARIK!

Kupasan : Lepas ni guna alternatif lain untuk berpetualang. Kos murah dan jimat. 
Persoalan : Apa dia ?
Jawapan : Naik BASIKAL  ja.

Wednesday, December 21, 2011

Hadyai


Sambung semula cerita tempohari,

Agak lama jugak la aku duduk menadei kat stesen keretapi Nang Khoi. Berkali-kali masuk tandas. Ke hulu hilir mengukur landasan, mengabiskan bateri kamera dengan meng'snap' gambar entah apa-apa tah. Siap lelapkan mata kat kerusi yang ada kat stesen tu. Tetiba aku teringat yang aku ketiadaan wang Thai baht. Mana pulak la aku nak buat pertukaran ni. Seharian duduk kat stesen sudah pasti akan rasa kelaparan. Maka aku pun masuk ke kedai yang ada kat situ. Bertanya-tanya sekiranya boleh menerima wang dolar. Hanya gelengan kepala yang aku terima. 

Wanita penjaga kaunter hanya menunjuk ke arah seorang lelaki yang aku rasa bekerja sebagai kerani di bahagian stor barang-barang di stesen keretapi tu. Aku pun pergi la, kira aku ni main agak-agak je la. Terus tanya 'can change MYR to Thai baht ? dia anggukkan kepala.Wahh, senangnya, walau aku tau nilai MYR akan susut banyak, but what can I do. Aku dalam keTERdesakan. Ah! lantak ah malas fikir. Wang bertukar tangan. Yes I'm done! boleh beli makanan. Yay! Apa yang boleh beli, biskut dengan air mineral ja.

Setelah lama menanti, masa yang ditunggu pun tiba. Keretapi menuju ke Hatyai telah bersedia untuk memulakan perjalanan. Apa yang menarik juga, di sini bila sesuatu perjalanan akan dimulakan. Semua petugas beruniform di stesen keretapi akan berkumpul di hadapan keretapi tersebut. Bertujuan untuk memberi bantuan kepada para penumpang aka pelancong untuk mencari koc masing-masing. Sangat bagus la layanan yang diberikan.



Aku tiba di Hadyai waktu pagi setelah sepanjang malam menaiki keretapi. Kelihatan di Hadyai ramai Muslim, jadi pasti banyak restoran halal. Pelbagai makanan tempatan yang aku jumpa dan cuba. Sedap !

Restoren halal

Kaonew ~ pulut manis inti kelapa

Kaonew ~ pulut manis inti sekaya
Hadyai tempat transit aku sebelum bergerak turun ke border Padang Besar. Hotel untuk traveler memang banyak dan agak murah juga. Akses untuk internet juga disediakan. Maklumlah Hadyai lokasi pelancong serata dunia.

di sini aku bermalam

Aku ambil keputusan untuk menaiki kenderaan bas awam untuk masuk hingga ke sempadan MY. Kos tiket bas biasa agak lebih murah dan apa yang paling penting adalah pengalaman sepanjang perjalanan tersebut.

edisi oldskol

berwarna warni

tempat tiket

brek ke 3
Menjelang tengahari aku sampai di sempadan Thailand / Malaysia. Setelah urusan pasport selesai, aku pun bergerak masuk dengan berjalan kaki.

Jalan, jalan dan terus berjalan sambil cuba mencari kegembiraan atau meng 'tranformasi'kan trip kali ini kepada perjalanan yang lebih POSITIF dan gumbira.

Berhenti sebentar eh. Nak makan dulu.  

Tuesday, December 20, 2011

Terpaksa Pulang


10hb Disember 2011


Masih ingat kah insiden pada 7hb Disember 2011 tentang aku membeli tiket ke 4 Thousand Islands dan bukan terus ke Pakse ? kontroversi tu. Hik hik.
Okeh..setelah membaca cerita ini, dan melihat keadaan di bandar Pakse itu, korang boleh fikir sendiri andai aku membeli tiket terus ke Pakse, sudah tentu akan tiba lewat malam di bandar tu dan di mana arah nak ku tuju ? nak tido di mana ? sedangkan waktu siang pun ulat-ulat terlalu mendesak, apalagi di malam hari. Woo, keselamatan belum tentu terjamin. Maka, kesimpulan yang aku boleh buat adalah aku berbangga dan bersyukur dengan kelembapan aku berfikir selembab kura-kura. Setidak-tidaknya pada malam itu ada gak tempat berteduh walau tidur di tepi sungai Mekong. Yang pastinya SELAMAT. Phew! I love my instinct.

Okeh sambung cerita.

Setelah seronok aku mencari kayu api di tengah malam buta tu, akhirnya subuh pun menjelma. Aku bersihkan diri seala kadar kemudian kemaskan 'backpack'. Bersedia untuk keluar dari tempat tu, cuma sebelum tu aku nak gak mandi dan membersihkan badan yang dah lebih 24 jam tak mandi. Mujur di kawasan tu disediakan tandas yang cukup selesa dan bersih. Di situ juga ada seekor burung nuri yang sangat jinak. Selesai aku mandi, sempat juga la aku bermain-main dengannya, ternyata dia lapar dan mencari-cari makanan. Nak tahu aku bagi apa ? Aku seluk bag merah jambu aku dan mengambil sebiji gula-gula lemon + madu hudson aku tu. Hahaha. Aku blasah ja suap kat mulut dia. Eh! burung ni kalau goreng pun sedap kan ? Apakata anda ? 


Lokasi seterusnya Luang Prabang. Jom gerak !
Tapi sebelum tu nak keluar ke jalan utama 14.5km. Pepagi ni mana ada 'tuk-tuk' haiya ! 
So what to do meh ? Walk lah! 2km AJE sampai ke jalan besar. Morning walk. cargasss !

Tiba di jalan utama, tahan lah 'tuk-tuk' nak ke Luang Prabang, sume geleng kepala. Aduih, memang tuk-tuk tak pergi arah sana sebab jauh sesangat ke. Ala, mana la aku tau. Ingat jalan sehala.  Yang ni aku ngaku aku silap tapi yang pasal tiket bas kontroversi tu aku ada alasan kukuh. Pilihan aku tepat. (korang tak paham eh? tape, biar aku sorang ja faham)

Maka, aku pun kata kat pemandu tuk-tuk berhentikan aku kat simpang 'jalan utama' pun cukup lah. Sampai jalan utama aku diturunkan. Bayar tetap bayar. Entah berapa tah aku dah malas kira. Bertanya lah aku pada orang-orang yang berada di kedai tepi jalan tu, mana arah nak ke Luang Prabang. Diberitahu bahawa aku mesti berpatah balik pergi ke Pakse, untuk mengambil bas arah ke utara. Hah? hapa?? Gulps.

Errkk. Kena naik 'tuk-tuk' lagi. Maknanya duit lagi dan lagi. Takpe la, perjalanan harus diteruskan. Naiklah aku 'tuk-tuk' berikutnya. Pakse ?! Pemandu tuk-tuk mengangguk-angguk. Aku pun naik lah. Rasanya separuh ja perjalanan nak sampai ke bandar Pakse tiba-tiba 'tuk-tuk' berhenti di tepi jalan, yang mana di situ telah menunggu 2 buah 'tuk-tuk yang lain. Aku disuruh turun dan naik 'tuk-tuk' yg baru. Siap bag aku telah sedia dipindahkan. Eh! konspirasi apa ni ? beberapa org penduduk tempatan juga kena bertukar 'tuk-tuk.' Jangan tak tahu, aku kena bayar harga tuk-tuk yang pertama tu juga. Ish.gile ah !

Masih termanggu-manggu, tapi terus naik 'tuk-tuk' kedua. Bila tiba di simpang stesen bas yang sepatutnya aku berhenti, pemandu 'tuk-tuk tidak berhenti malah terus memandu hingga ke stesen 'tuk-tuk'. Haishh. Ini sudah menaikkan kemurkaan aku nih. Sampai bila mau dipermainkan. Aku terus cakap. NO! not this station. Send me to the bus station. Pemandu 'tuk-tuk' mula tarik muka masam. Ahh! aku peduli hapa, dah ko bodoh sombong nak ikut jalan dia mana boleh jadi.

Dia start enjin tuk-tuk dan terus memandu entah nak dibawa kemana pula. Dia berhenti kat stesen bas awam di mana ada kaunter tiket bas express terus ke Vientien. Di suruh turun. Eh! apa ni ? kat mana pulak dia bawak ? mmg terbakar hati wei. Aku nak bayar $2 ja. Tapi dia mintak $5. Bertekak jugak la.. Akhirnya aku bagi $3. Terus dia pergi. 

Gelagat aku diperhatikaan oleh seorang pemuda yang sedang menunggu bas di pondok bas. Mujur dia boleh berbahasa Inggeris. Maklumlah pelajar. Bagus. Pandai skit. Dia memberitahu bahawa kalau nak ke Luang Prabang perlu mengambil 2 kali bas. Yang pertama mesti turun di Vientiene, dari situ ambil bas lain terus menuju Luang Prabang. Owh iye ke ? Aduhai. Ku buka dompet, tinggal 1000 baht. Cukup kot nak ke sana..Okeh terjah aje la. Jadi, aku tiada pilihan lain melainkan menaiki bas awam yang macam nak roboh.

Pakse to Vientiene = 670km
Jauhnya. Lepas tu kena naik bas yang macam ni ? Dengan hati yang terkedu, aku terus naik bas serupa ini. 670km jauh sangat, camana kalau aku nak buang air kecil ? nak berhenti kat mana ?
Hrm. Jom kita tengok bagaimana keadaannya bila nak ke tandas.

Setelah berbatu-batu perjalanan, aku tidur, aku jaga, kemudian aku tidur semula. Aku terjaga lagi dan lagi. Tetap tak sampai-sampai. Pemandu bas tiba-tiba memberhentikan kenderaan, dan dia turun terus menuju ke balik belukar. Penumpang lain turut mengikut perbuatannya. Hrm, nak kemana eh dorang.
Aku terus buat kesimpulan. TANDAS ? Cam tu je ke ? abis kalau pompuan nak ke tandas macam tu gak ke ? alahai. Wahai perut jangan la kau buat perangai. Sabar ya sabar sampai ke destinasi yang agak selesa skit. 

Bila tiba di setiap stesen bas yang kecil aku bergegas mencari toilet. Nak masuk toilet dorang pun kena bayar tau 1000kip = RM0.30sen.  Dorang takde duit syiling. Semuanya guna duit kertas. Rasanya berkepuk-kepuk la duit  kertas kip eh.

Seingat aku, dalam perjalanan ni ada sekali pertukaran bas dibuat. Sama gak keadaannya, bag aku sudah sedia dimasukkan kedalam bas yang lain. Kemudian disuruh pindah ja. Mujurlah tak payah bayar apa-apa. Kalau tak mesti aku mental kat situ juga.

Bas meneruskan perjalanan menuju Vientiene. Mejelang 23:00 baru bas sampai ke pinggir bandar Vientiene. Hari dah gelap.'tuk-tuk' tetap berada di mana-mana. Mengekor ja kemana kita pergi. Rimas betul. Ambil keputusan untuk berhenti berehat untuk berfikir. Ada papan kenyataan yang besar menunjukkan peta lokasi negara Laos. Aku tgok dan tercari-cari di mana letakkan Luang Prabang. Mata tertumpu di arah utara Laos dan membaca maklumat yang tertulis di situ. Luang Prabang - 387km.. GULPS!

Mak aihhh jauh lagi..aku mulai berkira-kira kali yg ke 365. Duit tinggal sikit ja.

Ke :
Luang Prabang naik bas = $, 
Luang Prabang nak masuk Chiang Mai = $
Chiang Mai nak masuk Myanmar = $
Myanmar patah balik ke Chiang Mai = $
Chiang Mai ke Bangkok = $
Bangkok ke Hatyai = $
Hatyai ke KL = $..

Hrmm 1 ,2, 3, 4, 5 ,6 ,7 Uhf. Apa plan C ? Arrggh
Takkan nak balik baru berapa hari. Tak suka, tak suka, tak suka !

                                                       BUNTU..!

Aku bentang sleeping bag dan buat bodoh ja tido kat stesen bas. Carik ilham.

ala-ala gelandangan..
11hb Disember 2011

Setelah berehat dan tenangkan fikiran. Keputusan pun diambil. memandangkan Vientiene tidak jauh dari sempadan Thailand, haruslah berpatah balik masuk ke Thailand. Dengan berat hati dan sedikit kecewa, harapan terpaksa dilupakan. Naik 'tuk-tuk' hingga ke sempadan. Aku terus menyeberangi sempadan Laos, tetapi sebelum tu kena bayar fee 9000kip = RM3.59. Eh ! banyak tu ja ? yang aku kena sampai $5 tu apa ?
Grr grrr.
Melepasi sempadan Thailand pula. Free tak perlu bayar apa-apa. Di situ sudah menanti van yang menyediakan penghantaran ke stesen keretapi Nong Khai.



Hrm, lega sikit dah masuk Thailand. Walaupun ada banyak tuk-tuk tetapi mereka tak la mendesak dan berkerumun. Di sini lebih sopan. Aku masuk ke stesen keretapi mencari kaunter tiket, ada tiket ke Bangkok jam 18:20, sedangkan masa aku membeli tiket tu baru jam 08:09. Berapa lama mau tunggu da.
Tiada pilihan. Buat la macam rumah sendiri.

Keluar ke seberang jalan, hajat hati untuk mencari makan pagi, tapi semua tak halal. Cuma minta air panas untuk membancuh nescafe dan cicah dengan roti perancis saja. Jadi la.

Aku suka tandas kat sini ,sempoi dan bersih. memang bersih sesangat. Pintu masuk dia pun menarik.
3baht - tandas
10 baht- mandi
Kalau tak kena bayar memang aku duduk lelama dalam tu. Hehehe

bersih dan wangi


macam nak masuk Zoo Negara zaman dulu2 kan ? 

sejuk mata memandang

adakah cerita perjalanan aku terhenti di sini ?
Ada lagi ke cerita lepas ni ? macam dah takde ja yang menarik. Hrm. Nanti la aku fikir. Yg tak berapa nak menarik aku akan olah bagi menarik. Boleh gitu ?


Nak rehat sebentar.

Moral of the story :
Beli PETA negara yang nak kita lawati SIAP-SIAP !

bersambung

Laos : Tuk Tuk & Dolar


LAOS

Cerita hari sebelumnya ku bawa dalam lena. Dalam kedinginan malam aku terjaga berkali-kali kerana kesejukan. Aku selak hammock untuk memandang ke luar. Waw ! Subhanallah. Langit cerah sangat, bulan mengambang penuh, bintang-bintang penuh berselerakan di langit. Sangat santek. Nak ambil gambar, kamera aku tak mampu nak tangkap semuanya, nanti gelap ja, jadi baik tak payah. Kembali menyorokkan badan dalam hammock. Sejuknya tidur tepi sungai Mekong. Tertidur semula.

9hb Disember 2011

Seperti selalu, aku sentiasa menetapkan waktu pada talipon bimbit, jadi aku tidak terlewat. Tepat 04:30, jam berbunyi, aku bingkas bangun dan terus mengemas hammock yang aku gantung di tiang pondok. Cepat ! kejap lagi bas pertama akan sampai. Sebenarnya bukan bas la tapi 'tuk-tuk ' yang bersaiz besar sedikit dari yang macam biasa. Cam lori pun ada.

ni la rupanya tuk-tuk tersebut

Setelah bag aku dinaikkan di atas bumbung 'tuk-tuk', maka perjalanan pun bermula. Pagi tu aku cuma meneguk mineral water saja untuk mengalas perut. Pemandu 'tuk-tuk' mempelawa aku duduk di bahagian hadapan. Agak selesa sikit la, tak perlu lah aku bersempit dan berhimpit-himpit kalau duduk di belakang. Di sini, yakni Laos 'tuk-tuk' mencari penumpang. Mata pemandu 'tuk-tuk' liar memandang kiri dan kanan jalan untuk mengesan penumpang dan harga tuk-tuk tidak seragam, ikut suka dorang ja nak letak berapa. Agak bingung juga la nak mengira matawang Kip nih.

pemandu tuk-tuk.

Dalam perjalanan, aku sentiasa memerhatikan keadaan persekitaran laluan. Sistem jalanraya mereka agak bagus. Semua jalan ber 'tar'. Tak la seteruk jalanraya di Vietnam. Hingga sampai suatu kawasan di mana di kiri kanan jalan penduduk menjual ' kaolam' di sepanjang laluan. Aku pun berteriak kecil, Eh eh ! itu benda yang aku makan la. Tak lama kemudian 'tuk-tuk' pun berhenti untuk mengambil penumpang. Penjaja 'kaolam' pun datang hampir ke tingkap di mana aku duduk, sambil menunjukkan barang dagangannya.

Aku memerhatikan  perbezaan 'kaolam' versi Laos. Di atasnya dia letak kelapa parut pulak. Ah! tak pe la. Beli ja. Serunding aku masih ada, boleh la makan, lagipun belum bersarapan lagi ni. Jadi, ambil 2 batang. Tanpa berlengah, 'kaolam' pun dibuka. Aikkk ! kenapa ada kelapa parut ? warna lain pula ? Di sini dorang gunakan pulut hitam. Tapi rasanya tetap sama dan sedap sedap sedap.

begini lah rupa isi 'kaolam'
Aku mengeluarkan serunding di dalam bag merah jambu. Apalagi, kelapa parut yang menutup atasnya aku buang, padahal sebenarnya kaolam tu makan dengan kelapa. Hehehe. Mana aku tau. Dengan rakusnya aku makan kaolam cicah serunding. Wallah.! makan tak muak, sebab bukan guna santan. Jadi dia agak kering dan tidak melekit-lekit.

Teringat-ingat la. Mana nak cari 'kaolam' kat MY ni ? ada gak 'orang' KEMPUNAN dengan makanan ni. Hahaha sadis. Sungguh sadis.  Ketika aku makan, aku beri sedikit pada pemandu 'tuk-tuk' tu merasa kaolam + serunding. Ha, rasa pulak makanan dr MY. Sedap bukan ? 

Sepanjang jalan ke Pakse, aku didendangkan lagu-lagu negara Laos. Best juga musik nya. Dia tak guna kaset atau cd player. Tapi guna mp3 thumbdrive. Hah! ambik kau. Majunya dia. Kereta aku pun tak ada benda tu. 

Sampai di suatu bandar 'tuk-tuk' pun berhenti, dan mengarahkan aku turun. 'Pakse' katanya. Owh ok, dah sampai rupenya. Seperti biasa penumpang akan di kerumuni oleh 'ulat tuk-tuk'. Ala ramainya kerumun. Aku jadi takut nak buka bag dompet. Mana lah tau kan. Tak pasal-pasal kena samun, dah la tempat dorang. Sejujurnya aku tak mempunyai matawang 'kip', semua urusan matawang aku gunakan baht dan dolar ja. Pasal tu la duit aku cepat susut.

Aku tak tahu mana nak pergi sebenarnya, tapi buat-buat tahu ja. Ku tolak semua pujuk rayu 'ulat' yang ada dan terus berlalu menuju bas station yang berada di sebelah kawasan teksi. Pergi di kaunter tiket bertanyakan lokasi air terjun yang aku nak pergi. Semua geleng kepala. Apakah mereka tak tahu ? mustahil. Adakah mereka tak faham ? mungkin juga. huh! sunggoh !@#$%^ . Tak friendly langsung, sombong juga. Tak ada sikap suka membantu seperti rakyat Thailand dan Vietnam. Patut la negara masih mundur tak maju-maju.

Vietnam pun mundur juga tapi bersemangat nak belajar dan ambil tahu. Tu pasal Vietnam cepat membangun.(kes sumpah seranah versi aku).

Jadi lah aku macam peminta sedekah, ke sana ke mari bertanyakan arah tuju. Dah la bahasa Inggeris mereka tak reti dan tak paham, tunjuk nama tempat pun  tak boleh nak baca. So how ? yang dorang tau hanya $ $ $. Yang tu laju ja. Ceh!

keadaan di station bas Pakse
Di Laos dan Kemboja, aku memang sentiasa pakai penutup mulut (mask) sebab keadaan udara dan cuaca mereka sunggoh kotor dan berdebu. Walaupun nampak terang dan panas matahari tetapi keadaan nya dingin dan berangin. Pasal tu mereka pakai jaket ditengah hari panas terik.


Tengok saja la muka aku yang pahit. Agak rimas dan stress dengan keadaan keliling. Mana tak nya, duit makin susut. Lokasi tak sampai-sampai lagi. Perjalanan masih jauh, tempoh hari masih banyak lagi. tapi duit dah nak habis. Stres!

'Tuk-tuk' ni, selagi tak penuh muatannya macam isi sardin dalam tin, dia tak jalan. Kuat betul kapasiti lori kecik ni. Dengan ayam, itek semua dia bawak naik lori ni..Ada satu keadaan , aku tiba-tiba terhidu bau yang amat memualkan.Ya ampunnn. Busuk gile-gile. Hampir aku nak muntah. Apa benda yang dorang bawak ni ? busuk! busuk ! macam sesuatu yang diperam. Cepat la gerak wahai lori kecik. Ada macam bau dalam kandang babi.(wei..aku pernah duduk dalam toilet yang di sebelahnya kandang babi tau @Vietnam) Pergh! menusuk tajam sampai rongga paru-paru aku. Uhuk! bluwerk.

Mintak nyawa, mintak ogygen.

Ok setelah muatan penuh, lori kecik tu pun mulakan perjalanan. Ah! lega. Duduk la aku dendiam kat hujung sisi lori tu. Asal toleh ke kiri dan kanan bau busuk akan terhidu. Sekitar 20 minit perjalanan, 'tuk-tuk' pun berhenti di tepi jalan sambil mengarahkan aku turun. Dah sampai agaknya. Terkial-kial la menurunkan bag yang berat tu dari atas bumbung lori dengan muatan lain lagi yang bersesak-sesak.

cam dalam tin sardin
Aku rasa cam kena tipu lagi. Sebab, lokasi yang aku nak pergi tu 14.5km masuk ke dalam lagi. Kenapa dia turunkan aku kat sini ja. Apasal masa kat station dia kata dia melalui jalan ke lokasi tersebut ? Ah sudahh! 14.5 km jauh tu. Kira-kira dari rumah aku pergi ke pekan Klang. Ala, takkan nak jalan kaki masuk ke dalam kot. Takkan nak ambik tuk-tuk lain ? Ala, duit lagi! tak pe, jalan kaki ja. Eh! tapi bila nak sampai nya. Haru !

Kata nomad kan ? apa lagi jalan daa ! Dengan rasa bengkek, aku mulakan langkah. Jam menunjukkan masih awal pagi, tapi terik matahari dia cam pukul 12 tengahari. Panas terik + dingin + berangin. Macamana tu ? sistem badan aku pun kompius. Nak pakai jaket ke tak ? lebih kurang 3 batu kot aku berjalan kaki. Datang sebiji motor dok bertanya-tanya dalam bahasa Laos. Eh, apa dia nak ni. Agak menganggu jugak la. Takut pun ada, asyik mengekor ja time aku berjalan. Lastly ambil keputusan tahan 'tuk-tuk' demi keselamatan.
Setelah bertanya arah tuju dan harga , maka dipersetujui dengan harga $3 hingga ke lokasi. Huh! mata DOLAR sunggoh. Duit dolar makin habis. Maka , di bawa lah aku ke tempat yang diberitahu, sampai di pintu masuk, kena bayar tiket pulak 5,000 kip. Uih! gile ah, nak masuk kawasan air terjun ja. Bukan nak tgok binatang kat zoo. Terpaksa hulur jugak la.

Setelah urusan upah tuk-tuk di selesaikan, aku bergegas mencari air terjun yang menjadi buruan aku selama ni. Cepat, dah dengar dah bunyi deruan air terjun tu, tapi di mana ya ? teng teng teng

Seperti yang pernah aku perkatakan atau berjanji...aku akan duduk di kerusi kayu no 3 dan akhirnya aku tunaikan. Lihat lah dunia. ~TAD PHA SUAM


amacam ? segak dan ensem tak aku ? 

Setelah puas bergambar. Eh puas ke ?  Cuma dapat rakam sikit ja gambar untuk buat syarat. Maklum lah kamera cap kura-kura.  Tidak la cantik sangat hasilnya. Tengok muka aku pun tak berseri.  Walau apa pun kira ok-ok la sampai juga ke tempat ni. Kat sini memang tak nampak tempat boleh berkhemah. Cuma ada chalet ja. Itu pun $25 semalam. Mahalnya. 

Melawat dan meronda-ronda keadaan sekitar mencari lokasi yang sesuai untuk berteduh. Hari mulai gelap. Ada satu kawasan air terjun lain yang terdapat di situ. Agak tersorok dari umum. Jadi mulakan operasi Shhh.


Untuk malam ini, aku berkhemah di dalam hutan.  Hutan asing yang aku tak tahu apa yang ada di dalam nya. Lokasinya bersebelahan dengan air terjun dan ada gua di belakangnya. Bimbang juga kot-kot nanti kena halau tak pasal-pasal. Mula mencari kayu api untuk keselamatan. Unggun api dinyalakan. Bersedia untuk menyediakan makan malam. Cuma masak maggie sebagai alas perut. Keletihan mengatasi segalanya. Mau tidur. Tapi tak boleh. 
Uhh ! ~ Keselesaan atau Keselamatan~  
Nak carik kayu, nak cari kayu, nak cari kayuuu !

Malam tu aku tak boleh tidur, mesti menjaga unggun api agar tidak padam. Sesekali tersengguk-sengguk juga. Mata dan kepala nak berpusing dah. Suasana malam agak terang dari cahaya bulan mengambang penuh. Dari sinar cahaya bulan kelihatan jalur-jalur putih menerusi celahan rimbun dedaunan pokok akibat dari kepulan asap. Sangat menarik. Leka dengan keadaan itu hingga terlupakan rasa mengantuk. 

Bila dah berjaga sepanjang malam sudah tentu perut akan sentiasa lapar. Hrm..apa lagi makanan yang tinggal. Owh ada bubur nasi segera perasa ayam. Bubur pun bubur la. Sedap juga masak dengan kayu api. 

Malam terus berlalu dan aku terus merenung api yang ligat membakar kayu. Kurang tambah kayu lagi. Kayu habis. Pergi cari, cari dan cari lagi hingga menjelang 4 pagi.

Owh. Kalau lah dapat tidur dalam hammock, alangkah indahnya, indahnya, indahnya..

Kayu dah habis ! ala...pasang headlamp dan mulakan pencarian. Nak cari kayuu, nak cari kayu, nak carik kayu, nak carik kayu.

Monday, December 19, 2011

Cambodia : Ulat & Dolar


CAMBODIA

Sambungan dari tarikh 6hb Disember 2011.

Sekitar jam 19:06, keretapi berhenti. Aku kira itulah stesen terakhir sebab semua penumpang pakat turun secara berjemaah. Aku bertanya pada penumpang yang ada " Aranyaprathet ?''. Mereka mengangguk-anggukkan kepala. Okeh yakin. Aku pun turun sambil terfikir-fikir, nak kemana lepas ni. Hari dah gelap. Terus menuju ke pangkin di sekitar stesen, konon-konon nak duduk dan menarik nafas barang sebentar. Tapi datang beberapa orang pemandu 'tuk-tuk' mengerumuni. Erkk..! yang ni aku tak boleh nak cerita sebab ianya berlaku sepintas lalu. Tak dan nak fikir. Kemungkinan disebabkan tekanan masa sehingga keputusan yang tergesa-gesa diambil. Oh yeah. Aku TERnaik la 'tuk-tuk' tersebut.

Dalam perjalanan, aku teringat maklumat dan nasihat yang aku baca dari blog backpacker yang pernah ke situ. Dalam hati aku berkata, jangan la aku terkena kat sini. Fuh fuh! Tetiba 'tuk-tuk' membelok masuk ke suatu kawasan seperti tempat kastam. Aku kira di situlah tempatnya sebab dia memberhentikan 'tuk-tuk' dan menyuruh aku turun. Setahu aku cas cuma 15THB ja, tapi dia mintak 180THB. Woiyoooo ! DAMN ! sah aku dah kena cit ! cit !
Kat situ mmg dah tunggu 'ulat' yang menyediakan perkhidmatan teksi dari border masuk ke Siem Reap. Masing-masing memujuk supaya  kita ambil perkhidmatan mereka. Aku dah mula bengang, rasa bodoh sangat. Huh! Isi borang 'arrived & departure', kemudian aku terus keluar dari situ. Sempadan cuma 500 meter ja dari tmpt 'ulat' tu. Hampeh!

Cepat-cepat aku berjalan menuju 'border', dan kelihatan seorang polis sedang mengawal, dan dia terus bertanya, ' Where are you from?'
Aku jawab : I'm from Malaysia..' Dia terus tunjuk arah tempat pos kastam.
Aku tanya lagi :'What time the border close ?
"8 o'clock "
Aiyark! tinggal beberapa minit ja lagi. Aku rasa dah macam explore race ja. Hahaha. Berlari laju-laju.
Masuk ja border, dah memang ada 'ulat2' yang menunggu. Adoii. Letih aku ah. Mereka ni memang bagi tekanan pada pelancong Memang tak bagi peluang untuk berfikir. Ada ja berkeliaran. Semua nak cepat-cepat. Ala lece la. Mengekor ja. Rimasnya.

Poi Pet
Arhh. 'Ulat' terus mengekor untuk memujuk aku membeli tiket bus ke Siem Reap. Macam-macam  cerita diberi. Konon, bas tak de la. Bas cuma ada lewat petang keesokkan hari la. Bla bla aduh, mana kertas aku. Aku rujuk semula maklumat yang aku dah buat. Harga tiket bas dan waktu bas.

 'Ulat' tu tawarkan tiket $10 = RM31, aku menolak dan terus tunjuk kertas yang bertulis $9=RM29. Akhirnya dia bersetuju, walaupun aku nampak riak wajah dia dalam keterpaksaan. Ah, ada aku kesah ?!

Setelah urusan passport selesai, 'ulat' tu telah menanti untuk membawa aku ke kaunter tempat bas. Dia mengajak naik 'tuk-tuk'. La, 'tuk-tuk' lagi ? adoi, berapa pulak la kena bayar lagi nanti. Argh sakit kepala. Dah la Kemboja memang guna dolar ja. Duit 'riel' dia taknak guna. Ceh! Sampai tempat kaunter bas, kena bayar 'tuk-tuk' $1=RM3.17 pulak. Tiket bas $9 dolar. 
Aku ingat takat tu ja, dengan slumber 'ulat' tu mintak  ' my tip please' Erkks! aku tak terkata apa dah.
Agak tensi gak la. Kena dan kena lagi dan lagi. Bongok's!

Tiket bas aku ke Siem Reap jam 21:00. Tunggu la dalam sejam. Sambil-sambil tu tercari-cari la kot ada jual roti buat alas perut. Tapi tak de. Tak pe la. Masih boleh tahan. Korek-korek saki baki makan serunding yang ada.  Tak lama kemudian, bas yang ditunggu pun tiba. Agak selesa jugak la. Siap disediakan selimut. Sepanjang perjalanan tu aku lelapkan mata sehingga jam 23:25 bas berhenti di bandar Siem Reap. 

Aku mengeluarkan kertas rujukan untuk melihat alamat 'guest house' yang termurah. Cuba bertanya kepada penjual yang ada di sekitar, tapi hampa, masing-masing tak paham dan tak boleh berbahasa Inggeris. Malam makin larut. Ambil keputusan untuk terus berjalan mengikut kata hati, hingga terdetik untuk bertanya kepada pemandu 'tuk-tuk' yang ada di seberang jalan. 

Dia seorang pemuda lewat 25 tahun, yang bernama Nakrie, dan yang menariknya dia boleh berbahasa Melayu. Itu sudah memudahkan urusan aku. Dengan bersungguh-sungguh dia menawarkan khidmat untuk membantu aku mencari tempat penginapan dengan harga serendah $4=RM12. Setelah puas berlegar-legar di bandar Siem Riep ternyata semua bilik yang murah sudah penuh. Hanya tinggal bilik yang berharga $8=RM25. Hrm, boleh la. So aku ambil untuk 2 malam. Kos $16=RM50. 

Nakrie bertanya, sekiranya aku nak gunakan khidmat 'tuk-tuk'nya pada keesokkan harinya untuk mengunjungi Angkor Wat. Setelah berfikir aku pun bersetuju dengan bayaran $15=RM47 sehari. 
Mahalkan ? hrm.

Malam tu, aku setkan jam pada pukul 04.30 (waktu Kemboja) sebab Nakrie akan menjemput seawal jam 05:30.

Zzzz.

7hb Disember 2011

Titt tit tit. Jam di talipon bimbit berbunyi tepat pada waktunya 04:30. Bingkas bangun, mandi dan bersiap dengan barang-barang keperluan yang harus dibawa. Tepat jam 05:30, Nakrie mengetuk pintu bilik. Di kegelapan dan kesejukan, aku keluar dan menaiki 'tuk-tuk' menuju lokasi. Setiba di pintu masuk Angkor, kelihatan ramai pelancong sudah sedia menunggu untuk membeli tiket masuk. Uih! dasyatnya
Tiket masuk untuk 1 hari $20 AJE = RM64. Tapi sebelum tu kita kena ambil gambar untuk buat pas masuk. perlu diingat, pas masuk tu kita kena sentiasa simpan kerana setiap Angkor yang kita lawat, penjaganya akan meminta untuk melihat pas. Kalau hilang , kita dikehendaki membeli semula pas masuk. Lece.

Jadi satu hari tu Nakrie menjadi pemandu pelancong mengelilingi kawasan Angkor Wat, Angkor Thom, Jungle Temple dan beberapa lagi temple yang aku lupa namanya. Agak luas juga kawasan tu. Letih gak la. Ada satu insiden yang aku rasa cam terkena lagi. Aku berjalan memasuki satu ruang di mana ada patung dewa, kemudian ada seorang penjaga memberikan aku colok yang siap dibakar. Aku cam blur main ambik ja, ye la mana la aku tahu kot-kot itu tanda menghormati tempat tersebut, kemudian dia pun menunjukkan perlakuan yang perlu aku buat. Berdoa itu dan ini bla bla bla. Dalam kepala otak aku dan hati aku berkata. Apa aku buat ni ? eh? memuja patung la pulak gile ah! Akhir sekali lelaki tu menyelak kain yang terletak dalam  bekas di bawah patung tu meminta aku donate $10. Ahhh sudah. Apa kes ni !

Aku menggeleng-gelengkan kepala menunjukkan tanda tidak membawa wang. Terus aku blah. Cit! macam tu cara cari duit pun ada ke ? Aku terus berlegar-legar melihat ukiran di setiap sudut Angkor Wat.





Setelah puas melawat semua temple yang popular, aku ambil keputusan untuk pulang, tapi sebelum tu nak pergi beli tiket ke Laos. Dalam perjalanan, Nakrie membawa aku ke kampung Melayu Champa, di mana hampir 200 keluarga muslim tinggal di daerah Siem Reap. Ada masjid, ada sekolah mengaji quran dan aku bertemu dengan bilal di masjid itu bernama tuan Haji Mansur. Menarik, mereka boleh berbahasa Melayu dialek Kelantan.
Hampir 1/2 jam berada di sana , tiba masa untuk beredar untuk membeli tiket bas. Nakrie membawa aku ke kaunter bas Phnom Penh Sorya Transport. Di papan iklan aku ternampak tertulis ' Siem Riep - 4 Thousand Islands'. Ha, ada pun. Aku terus membeli tiket ke 4 Thousand Islands, sebab aku fikir itu adalah laluan ke Pakse juga. 
Bagi aku Zzzz dulu sbb keesokkan harinya aku perlu bangun pagi-pagi.

8hb Disember 2011

Jam 05:30, van untuk membawa aku ke perhentian bas sudah sedia menunggu. Tiket berharga $25 sudah ku beli, dan bas akan berhenti di Kampung Cham, dan dari situ akan bertukar bas VIP. Setelah berjam-jam dalam perjalanan, bas berhenti untuk makan tengahari. Aku turun untuk mencari makanan yang boleh dijamah. Mata terpandangkan sesuatu yang agak menarik. Eh! apa benda tu eh ? Buluh la. Makanan ke tu ? Gadis penjual itu pun mungkin faham maksud aku lalu dia pun membukanya. Eh, eh isinya pulut la, ada kacang lagi tu. Hrm, boleh makan kot. Apalagi terus beli 2 batang la. Makan dengan serunding sedap la.
Bentuk dia macam lemang. tetapi dikukus dengan air ja kemudian dibakar. Kulit buluh yang berwarna hijau di buang, hingga tinggal yang berwarna putih.

kaolam versi Cambodia
kaolam versi Laos
Di pertengahan perjalanan, pemandu pelancong memberi borang 'arrived &departure' untuk melalui sempadan Cambodia /Laos dan dia meminta $5 setiap pelancong, aku dari MY tak perlukan visa. 
$5=RM15 untuk apa eh ?
$2 untuk urusan pasport di sempadan Kemboja, $2 untuk urusan pasport di sempadan Laos dan $1 untuk upah perkhidmatan. Woiyoooo!!  itu macam ka ? 

VIP bas..ada toilet dlm bas ni..


menunggu proses cop pasport
simple ja border dia
Menjelang petang sampai di sempadan Kemboja/ Laos. Bas berhenti setakat palang besi tu ja, kemudian kena naik van menuju Nakasang. Hrm, perjalanan yang sangat meletihkan. Sampai di jeti 4 Thousand islands, kena bayar tiket feri pulak $3 sehala. kalau pergi balik dah $6 Aduhh! Keputusan pantas perlu dibuat. Batalkan. Patah balik ke jeti, padahal dah naik boat dah tu. Jadi malam tu tidur kat pondok tepi jeti tu ja, dalam keadaan yang dingin. Makanan yang serba kekurangan. Saki baki roti dan serunding, aku buat alas perut. Kemudian gantung 'hammock'. Sementara menunggu keesokkan harinya aku pun Zzzz.

hotel 5 thousand stars...hik.hik..
Dah dah, aku nak tido. Nanti aku sambung lagi ya. Zzz sambil berfikir $ $ $ banyaknya ku tabur duit kali ni.  Zzzz

Berpetualang ke SEA


THAILAND

Di mana aku nak mulakan kisah perjalanan aku kali ini. Hrm. Jap, carik nota yang aku dah tulis sepanjang perjalanan kelmarin.

Owh sebelum itu, aku nak terangkan di sini bahawa trip kali ni adalah trip betul-betul budget. Jangkaan hanya RM900 diperuntukkan untuk perjalanan ke 3 buah negara seperti Thailand, Kemboja dan Laos. Myanmar sebagai bonus. Peruntukkan tempoh 20 hari memang rasanya boleh lepas ke Myammar.

Boleh ? tak boleh ? boleh ? tak boleh ? lalala.

Segala persediaan aku dah buat, dari segi laluan perjalanan, tukaran wang, tempat-tempat yang boleh menginap, plan A, plan B. Semua aku dah siap cetak dalam kertas A4 sebagai rujukan. Inilah  cerita perjalanan aku kali ni.

Aku mulakan dari stesen keretapi di KL Sentral.


4hb Disember 2011

Tiket keretapi yang aku beli dari KL menuju ke Hatyai, menetapkan perjalanan aku jam 2120. Sebelum waktu tersebut aku sudah pun berada di lokasi. Kedengaran makluman tentang waktu perjalanan aku sudah tiba. Maka, aku pun mengucapkan selamat tinggal untuk sementara waktu. Babai MY.

coach yg aku naik
Bergegas mencari nombor 'coach' yang tertulis di tiket. Katil no 3. Ahah ! jumpa. Yay ! Setelah selesakan diri, aku letakkan 'backpack' di tempat yang selamat sementara keretapi pun mula bergerak perlahan-lahan melewati malam itu dan aku pun mula. Zzz.

5hb Disember 2011

Sekitar 08:45 pagi
Katil aku diketuk oleh petugas beruniform menyuruh aku dan semua penumpang bersedia untuk turun di Padang Besar untuk proses cop pasport memasuki sempadan negara Thailand. Setelah siap berkemas apa yang patut, aku pun mulai turun dari keretapi dan mengikut laluan yang telah diberitahu. Setelah selesai urusan kastam, dengan waktu yang ada, aku ambil kesempatan untuk mengalas perut..

Nasi goreng + ayam goreng + teh tarik = pun boleh.

Perjalanan ke Hatyai disambung semula kira-kira jam 10:54. Di sepanjang laluan aku lihat keadaan banjir di Thailand masih belum surut. Kiri kanan kelihatan sampah sarap yang berselerak dan bertimbun-timbun. Uhhf, sukarnya kehidupan. Sawah , kebun pisang, kebun getah habis ditengelami air. Fikiran aku kembali ke tanah tumpah darahku. Terlalu beruntung hidup di MY.

stesen keretapi Hatyai
Jam 11:45, keretapi berhenti di stesen Hatyai. Aku tak bertangguh lagi terus turun dan mencari kaunter tiket untuk membeli tiket ke Bangkok pula. Yes! Ada tiket dengan harga 835 THB =RM84.72, macam biasa perjalanan terlalu jauh, maka aku harus mengambil koc yang berkatil. 18:10 sampai 10:10 ( keesokkan harinya) uhhhh. Lama tu. Aku tak cerita lagi berapa lama yg aku kena tunggu dari pukul 12:00 sampai masa aku naik keretapi. Apa aku nak buat ? takkan nak duduk melanguk kat stesen tu. Aduhhh. Perut memang dah lapar gile. Kiri kanan memang banyak peniaga yang berniaga makanan, tapi was-was aku mengatasi segalanya. Jadi, tahan je la. Aku habiskan masa dengan mengambil gambar persekitaran yang aku rasa ok-ok dan melihat gelagat manusia dan kehidupan di situ.


tanda di setiap coach
Yang menariknya,
Pertama : sedang aku leka menjengah-jengah kelibat keretapi ke Bangkok , tiba-tiba kedengaran lagu mcm lagu kebangsaan dimainkan. Semua orang berdiri tegak, Aku pun terus ikut berdiri tegak untuk menghormati lagu negara Thailand. Walaupun aku tak la paham sangat, tapi aku cuma fikir, sekiranya lagu kebangsaaan negara aku dimainkan tapi orang tak hormatinya, apa perasaan aku ? Aku lihat jam tepat pukul 18:00. Ooo, agaknya setiap hari, pada waktu begitu lagu kebangsaan akan dimainkan. Bagus lah semangat kenegaraan Thailand. Aku tabik !

Kedua : petugas-petugas beruniform di stesen keretapi memang sangat ramah dan mesra, pantang nampak penumpang tercangak-cangak mencari keretapi, mereka akan terus menghampiri kita dan beri bantuan. Aku memang hormat la, dorang akan bantu kita hingga naik keretapi. THAILAND is the best place to visit.

Okeh , masa untuk aku naik keretapi sudah tiba. Koc dia agak lain sikit dari keretapi KTMB. Katil dorang katil transformer. Ambil beberapa saat ja untuk ubah kerusi kepada katil. Menarik bukan ? Bila aku dapat katil aku, macam biasa. Tiada apa yang boleh dilihat di luar tingkap. Dah malam. Baik tidur ja.

6hb Disember 2011

Beberapa kali aku terjaga, takut terlepas stesen. Setiap kali jaga,tak sampai-sampai lagi. Haishhh! bila nak sampai ni ? waduh letih oo asyik baring ja. Kelihatan di luar tingkap cuaca sudah cerah. Keretapi melewati Wat Suwan dan Sala Ya, dan kelihatan air bekas banjir masih belum surut lagi. Hrm. Teruk nye banjir kat Thailand ni, bisik hati aku.




Sekitar jam 12:00, keretapi berhenti di stesen Hua Lamphong. Agak lewat juga sampai di Bangkok, mungkin sebab keadaan tanah yang masih basah menyebabkan keretapi perlu bergerak perlahan. Bila aku turun dari keretapi, aku mula mengimbas kembali gambaran stesen keretapi. Okeh, sama macam yang aku tengok dalam internet. Hehehe. Tapi aku perlu cepat sebab keretapi hanya ada 2 kali trip ja. Jam 05:55 dan 13:05. Sekarang dah pukul 12:00 lebih. Aiyakkkk. Mesti cepat. Tanya kaunter tiket ke Aranyaprathet di 'Information center', mereka tunjuk kaunter 13 dan 14. 

Dengan pantas aku pergi ke kaunter tersebut. Phew ! 48 THB ja = RM4.80 ? cam tak caya jek. Aku kena la percaya sebab itu keretapi kelas ke 3. Keretapi yang macam yang kat Gua Musang. Berhenti-henti. Ahh! belasah je la. Kata nak menyusur akar melihat kehidupan sebenar masyarakat negara-negara SEA yang aku lawati jadi ini la masanya. Meninjau-ninjau keadaan gerabak tiba-tiba aku terpandang satu tanda 'RESERVED FOR MONK' ada ruang khas telah disediakan untuk golongan sami (monk). Tinggi sungguh taraf sami di Thailand ni, aku hanya tersenyum panjang. Menarik sungguh.

tinggi darjat MONK
Keretapi terus menuju ke destinasi. Bunyi  enjinnya seperti bunyi bas 'Len Seng'. Menderum dan mengaum. Hik hik, aku leka melihat gelagat penumpang-penumpang yang ada. Segala macam barang-barang dibawa naik ke gerabak. Anjing pun ada. Huh. Sekali-sekala aku memandang ke luar tingkap gerabak. Melihat pemandangan sawah padi, kebun-kebun. Nun di hujung horizon kelihatan matahari ingin melabuhkan kedudukannya. Perut makin mencuit-cuit minta diisi. Aduh !

duduk berejam2 cam ni letih ooo
Setiap kali keretapi berhenti di setiap hentian kecil, menderu-deru penjaja naik ke setiap gerabak untuk menjual barang dagangan mereka dan kebanyakkannya adalah makanan. Pelbagai makanan yang berwarna warni menjamu mata aku ni. Eh, apa benda tu eh ? boleh ke aku makan ? Dalam bag aku cuma ada roti perancis, serunding dan gula-gula hudson's madu ja. Krukk krukk perut ku berdendang. Ku raba-raba bag kecil kaler ping mencari gula-gula. Ah ! boleh la buat alas perut. Huhuhu.

Sepanjang perjalanan aku dari Kuala Lumpur hingga ke Aranyaprathet, dalam keadaan terancang. Bagus sekali. Sehingga lah jeng jeng jeng.

Jap, nak berhenti rehat jap. Pekena teh tarik sechawan's.