Anggaran jarak perjalanan aku jarak sehala : 376km
Rumah aku - Danau Kota : 58km
Danau Kota - Jerantut :166km
Jerantut - Kuala Tahan : 68km
Kuala Tahan - Kampung Pagi :30km
Kampung Pagi - Kampung Bantal Seberang : 41km
Kampung Bantal Seberang - Kampung Bukit Mat Daling : 13km
5 kali isian minyak dengan jumlah rm5 sekali isi. (sehala)
Kos minyak : -+ RM25 (sehala)
Chalet : RM25 (semalam)
Makan : -+RM30 (3 hari)
Ini adalah pengembaraan aku yang pertama menunggang motosikal. Sehari sebelum hari raya Aidil Adha, abang aku datang dan mengajak untuk mengikutnya melihat lokasi popular di kalangan kaki permotoran lasak.
MAT DALING.
Mata aku terbeliak. Mat Daling ? nak masuk sana ? terkejut dan teruja. Dari pembacaan aku, lokasi tersebut tersangat lah jauh masuk ke dalam hutan. Jalan-jalannya juga masih bertanah merah. Pernah jugak aku terfikir nak buat kayuhan berbasikal masuk ke sana. Ok inilah masanya untuk aku
me' recce' lokasi tersebut. Persetujuan telah diberi tanpa banyak fikir. Bajet makan dan isi minyak guna ja duit syiling.
Siap2 asingkan lima lima ringgit. |
Pagi raya, setelah aku menyiapkan makanan nasi impit, kuah kacang, kari ayam dan cheese kek untuk anak-anak aku, aku pun mengemas barang keperluan yang hendak dibawa nanti. Usai solat hari raya, aku pun hidupkan enjin motor, baca doa dan ~ vroom.
Bawa motor tak laju dengan sticker L depan dan belakang. 70-80kmsj. Kali pertama turun KL menunggang motor buat aku keliru dengan jalan khas untuk motor. Tersesat sekejap la jugak, ingat nak lalu KESAS, alih2 keluar kat DUKE. Eh entahlah aku main ikut ja papan tanda. Asal sampai, Alhamdulillah.
Sampai Danau Kota jam 11 pagi. Lepak2, makan minum dan berehat kejap tunggu sampai abang aku datang. Jam 2.30 petang baru mulakan perjalanan ke Kuala Tahan. Hanya aku dan abang. Berdua sahaja. Ikut keperluan minyak motor Honda EX5 aku ni, isi penuh tangki dalam RM5 boleh lajak hingga 75km. Tapi tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan membawa botol 'spare' untuk minyak petrol. Setiap kali minyak kurang setengah di penanda aras, abang aku suruh tambah. Bimbang katanya tengah jalan tak ada stesen minyak.
Berhenti solat di Padang Piol, kemudian jam 6 petang meneruskan perjalanan masuk terus ke Kuala Tahan dan sampai jam 8.20 malam.
25hb September 2015
Pagi yang indah, aku teruja. Keterujaan yang berganda untuk melihat sendiri lokasi yang menjadi kegilaan kaki -kaki permotoran lasak dua roda mahupun 4 roda. Keluar dari perkarangan masjid terus mencari sarapan buat lapik perut sepanjang 84km kehadapan. Masih dalam mod hari raya, kedai-kedai makan masih tutup. Cuma ada 1 saja kedai yang beroperasi. Menu ? hrm..boleh lah. Paksa makan, nasi putih, ayam goreng, sambal nasi lemak dan air teh tarik. Burbb ! Alhamdulillah.
air minuman SUKAHATI. Ha ha ha |
Aku mencari papan tanda yang menjadi kebanggaan mereka yang telah masuk ke Mat Daling.
Ahah ! aku pun ndak jugak.
Jalan masuk dari simpang papan tanda 'Mat Daling Pacuan 4 Roda Sahaja' hingga ke Kampung Pagi elok dan sudah berturap. Kelajuan motor cuma 40-60kmsj, saja nak tengok keindahan alam TAMAN NEGARA katanya. Nak tengok kabus, nak dengar kicauan burung, nak tengok burung keluar mencari makan, atau kot-kot lah terjumpa gajah melintas. Jalanraya yang dibina besar dan luas. Sayup mata memandang dari hujung ke hujung.
Jam 9.31 pagi aku sampai di Kampung Pagi. Tengok biasa ja tak ada yang menarik melainkan kerja-kerja pembinaan yang sedang dijalankan. Nak berhenti minum tengok tak ada kedai minum pulak. Akhirnya teruskan perjalanan ke lokasi seterusnya, Kampung Bantal.
Aku tak pasti, kereta yang banyak-banyak ni kenderaan milik pelancong atau milik pekerja-pekerja binaan jalanraya. Kalau pelancong, apa yang menarik di sini ?
Melepasi Kampung Pagi aku disajikan dengan keadaan dan pemandangan seperti gambar dibawah.
Lepas satu bukit ke satu bukit, semuanya lebih kurang sama. Hilang terus keterujaan aku terhadap keadaan hutan di sini, Kenapa mesti jadi seteruk ini. Jika nak buat jalanraya pun tak kan sedahsyat ini pengambilan tanahnya. Kalau kaji semula cara orang dahulu membina jalan raya lama seperti di laluan 64 (Jerantut- Benta) Lembah Klau dan banyak lagi jalan lama yang kekal hijau dan sejahtera, mereka cuma ambil tanah seadanya untuk membuat jalan raya. Ternyata pokok-pokok di kiri dan kanan tidak diusik langsung dan itu akan mengekalkan ketahanan dari hakisan tanah. Redup dan dingin ja bila lalu di situ. Tapi di sini, sayang seribu kali sayang. Kecewa berganda ganda.
Sejauh 41km aku perlu menempuh laluan seperti di atas. Syukur alhamdulillah tak hujan. Seandainya hujan, tak tahu la nak kata apa. Jatuh berguling-guling dan tergolek-golek agaknya. Cuba bayangkan..bayangkannn... Ngeri.
siap sedia untuk meratakan bukit |
Selagi boleh ditebang. |
Ingatkan kabus, rupanya jerebu. |
Baru sampai simpang Kg Sat. |
Jam 2 petang aku sampai di Kampung Bukit Mat Daling, cuaca agak redup dek kerana jerebu. Berhenti melihat sungai yang suatu ketika dahulu menjadi penghubung antara kampung ke kampung atau terus ke Kuala Tahan. Dulu tambang bot hanya sekitar rm28, itu adalah tambang mampu bayar oleh penduduk untuk keluar ke pekan Kuala Tahan/Jerantut.
Kini tidak lagi. Sungai sudah dipenuhi dengan pasir akibat hakisan tanah dari penebangan balak dan hutan yang membuatkan paras air sungai menjadi cetek. Bot- bot penambang sudah tidak boleh menyelusuri sungai lagi. Bila hujan, banjir besar pasti melanda. Dalam keadaan kecemasan, penduduk kampung terpaksa menggunakan khidmat pacuan empat roda untuk keluar ke bandar. Harga untuk perkhidmatan 4x4 adalah rm400. Untuk mengurangkan kos, penduduk perlu berkongsi dengan 4 orang untuk menggunakan perkhidmatan 4x4. Cukup mahal.
Berhenti berehat di sebuah kedai makan, tapi tak ada makanan yg dijual. katanya mula berniaga waktu petang. Dalam pada itu sempat bersembang dengan penduduk kampung Mat Daling mengenai pencerobohan dan penebangan balak di hutan. Sedikit sebanyak dapatlah tahu masalah sebenar penduduk di sini. Tapi apa yang mereka boleh buat, kehidupan makin tersepit. Harga sekilo getah pun tak mampu untuk membeli sekilo gula.
Nak harap pendapatan dari produk pelancongan ? Apa produk yang ada jika hutan dan sungai dah jadi macam tu. Sekarang ni mereka mengusahakan chalet, itu pun kalau ramai yang masuk ke situ.
Jika tidak ? Hanya ada 1 produk pelancongan yang jarang diketahui oleh orang awam kecuali kaki pancing. Pakej 3 hari 2 malam dengan harga RM700 ke lokasi yang sangat jauh dan damai. Kenapa mahal ? sebab nak ke lokasi tersebut perlu mengharungi jeram dan kadang terpaksa mengangkat bot untuk kelaluan seterusnya. Menurut cerita penduduk di situ tempat itu cukup 'heaven'. Untuk mengekalkan kelestariannya biarlah aku tidak menyebut nama lokasi tersebut.
surau lama |
Ini adalah salah satu chalet yang aku inap. Satu malam berharga Rm25. Ada 1 katil kelamin dan 1 katil bujang. Bilik air kat luar. Pada aku cukup selesa. Jika nak menonton tv boleh la duduk di beranda. Ada banyak plug untuk cas bateri hp atau kamera.
Kedai makan terletak di belakang chalet tu saja. Sambil makan aku boleh menikmati pemandangan di tepi sungai. Ada pangkin dan ada buaian kecil disediakan. Kalau air cetek boleh turun ke sungai dan berjalan merentasi pasir untuk ke seberang sana. Kalau bernasib baik dapat lah tengok kerbau bersantai di tengah sungai.
port kedai makan yg mengubat hati aku |
Di satu sudut aku nampak pemilik kedai makan sedang membaiki jala. Masih ada ke ikan untuk di jala ? Kebanyakkan mereka masih mempunyai kuderat walaupun berumur 70 tahun, tetapi tiada pekerjaan. Ada yang mempunyai kemahiran membina sampan, tetapi tiada modal untuk membinanya dan nak guna sampan di mana sedangkan sungai-sungai sudah makin cetek. Sayang jika kemahiran itu dibiarkan terkubur bersama jasad tukang-tukangnya.
Lepas makan aku balik ke chalet untuk bersihkan diri dan solat. Ada masa lagi sebelum menjelang malam, kami keluar untuk melihat-lihat apa yang menarik di kampung ni. Dengan keadaan sungai yang begini aku cuba jadikan ianya perkara yang positif. Menarik jugak kan dapat berjalan di tengah-tengah sungai. Boleh buat produk pelancongan tak ?
tapak kaki kerbau |
Malam tu bunyi guruh berdentang dentum. Aku risau ja kalau hujan. Tak keluar aku nanti. Alhamdulillah tak hujan.
26hb September 2015
Pagi lagi aku dah keluar. Cari kedai makan pun tak buka. Cuma makan biskut kering dan air SUKAHATI buat alas perut. Cadang nanti cari makan di Kampung Bantal.
sini semua layan Astro |
Pemandangan di Kampung Bantal Seberang.
Kalau penduduk di Kampung Bantal Seberang hendak ke Kampung Bantal di seberang sungai sana, mereka kena menaiki bot dengan harga RM1 sehala. Aku tak bercadang nak menyeberang ke sana kerana terikat dengan masa. Bergegas nak keluar dari situ segera sebelum hujan.
Yang ni lagi lucu, larangan membakar. Nak bakar apa kalau kawasan ni sudah gondol kering kontang.
Aku dah tak sanggup lagi nak hadap pemandangan rupa ni, cepat lah sampai ke Kampung Pagi. Tepat jam 12 tghari aku sampai di jambatan Kampung Pagi. Hajat hati nak berhenti mencari makan, tapi bila bertanya tiada kedai makan kat situ. Uhf.
Perjalanan diteruskan menuju ke Lembah Piol untuk berhenti solat. Ternampak pulak replika alat muzik tradisional ni di simpang masuk. Ambik gambar dulu buat tanda sudah sampai.
Laluan 64 telah dipilih untuk menuju ke Ulu Cheka. Ia menghubungkan Jerantut ke Benta/ Kuala Lipis dan akan melintasi Hutan Lipur Som. Aku singgah sekejap untuk melihat apa yang ada di situ. Tiada penjagaan serta penyelenggaraan. Sampah bersepah-sepah dan agak sunyi. Keluar semula dan terus hingga sampai ke Jerangsang. Di tepi jalan raya tersergam sebuah rumah lama yang tidak didiami. Cantik.
Melawat ke masjid tua di Jerangsang. Terletak di kawasan perkuburan. Hampir diliputi pokok dan ruang dalamannya penuh dengan tahi kambing. Warisan yang langsung tak berjaga. Jika mahu mengetahui cerita dan gambar-gambar masjid ini, sila baca di sini
Owh ! Kemalangan langgar lari lagi. Sadis.
Dari Jerangsang masuk ke laluan Kampung Budu. Seingat aku , jalan inilah yang aku ambil ketika melakukan kayuhan DOP bulan April yang lepas. Bukit sempadan ini juga yang aku harungi setengah mati kerana rasanya kayuh-kayuh tak sampai-sampai.
Hari makin gelap, dan perjalanan mesti diteruskan menuju destinasi tamat pada malam tu juga. Makin gelap, mata aku bertambah kabur dan silau. Apa nak buat kena bawa 60-70kmsj la.
Lebih kurang jam 11 malam aku sampai di Danau Kota. Syukur Alhamdulillah perjalanan dalam keadaan baik baik sahaja,
TERIMA KASIH ALLAH.
Kesimpulannya, hasrat aku nak ke sini dengan menaiki basikal aku batalkan serta merta. Cari penyakit dan cari nahas ja.
HINGGA BERTEMU DI LAIN EKSPIDISI.. DAAA.. !
#Terima kasih kepada abang aku yang telah sudi membawa aku mengembara ke lokasi ini.
# Gambar-gambar aku tak kuasa nak edit dan letak watermark sebab tak de hati. Aku biarkan ia kekal begitu.