Gass ke Dunia Tersembunyi
6hb-20hb Disember 2017
3 Unit 4 Jiwa
Loen Dari Malaya
~~~~
PULAU WEHLoen Dari Malaya
~~~~
Sebelum subuh kami sudah bangun. Membersihkan diri, solat dan menyediakan kelengkapan motorsikal. Beg pannier sudah siap dipasang di tempat duduk belakang. Berdebar. Sebab belum pernah memandu di Negara Indonesia. Trafik dia boleh tahan jugak. Seriau oo.
Bila nak mula bergerak sahaja, motorsikal aku tak mahu
hidup. Aku pandang Naqi, Naqi pandang
aku sambil tersengeh.
Minyak kering daa.
Aduhh ! Terpaksa punggah semula beg, sebab tangki minyak dibawah ‘seat’
motor. Mujur kedai Santi ada jual bensin. Aku isi penuh-penuh, 4 liter.
1 liter = 10,000/rm3.05-+. Ini harga yang dijual
di kedai-kedai.
Jika di Pertamina 1
liter sekitar 7,500rp/rm2.05-+ sahaja.
Semua dah siap ?
Oke
go !
Destinasi pertama adalah menuju ke Pulau Weh sejauh 8 km
dari Lhong Raya. Dikhabarkan Kelab Motorsikal Aceh akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran “Ride to Zero KM” yang berlangsung
pada 9 & 10 hb Disember nanti. Oleh
kerana kami tiba awal, sekurang-kurangnya dapat melihat persiapan pun sudah
memadai.
Sebelum tiba di pelabuhan Ulee Lheue, berhenti sebentar di Masjid Baiturrahim. Masjid ini adalah masjid bersejarah peninggalan Sultan Aceh abad ke - 17. Ketika gempa bumi serta disusuli dengan Tsunami, masjid ini terselamat dari kemusnahan. Bangunan masjid ini yang hanya diperbuat dari batu bata cuma mengalami kerosakan sekitar 20% sahaja. (Sumber Wikipedia)
Melihat
pemandangan persekitaran dari atas jambatan.
Cuba mengimbau dan membayangkan
keadaan kemusnahan ketika Tsunami dahulu. Tidak tercapai dek akal aku. Huh.
Kami dipintas oleh rakan FB Wak, Surya yang bertindak sebagai panitia pelaksana acara RTZKM ketika kami
berhenti untuk merakamkan gambar runtuhan sebuah bangunan yang terbiar.
Mungkin beliau sudah maklum akan
kedatangan kami melalui ‘posting’ di FB.
Terus dibawa kami menuju masuk ke
jeti pelepasan.
Sementara menunggu feri berlepas, kami bersarapan di gerai berdekatan. Di sini tak ada nasi lemak, tetapi ada nasi gurih. Nasi gurih ni macam nasi lemak jugak. Nasi yg dikukus dengan santan, kemudian dibungkus dengan daun pisang bersama sambal yang berlainan. Ada sambal ikan bilis (teri), ikan, udang dan telur.
Kuih muih lebih kurang macam kat MY, cuma kalau aku jumpa
yang pelik dan berbeza ja aku ambik
untuk dirasa. Kuih ni namanya Puding. Mengikut deria rasa aku, bahannya cuma tepung gandum,santan,gula dan garam. yang kuning tu hirisan nangka. Orang sini suka letak nangka la.
Ferinya lebih kurang macam feri Pulau Pinang, tapi kecil
sedikit. Harga untuk 4 orang dalam 100,000rp. Seorang kira 25,000rp/RM7.50
Perjalanan agak lama juga sekitar 2 ½ jam, lebih lama dari penerbangan MY ke
Aceh. Mula-mula teruja lah nak naik atas dek
tengok pemandangan laut lepas,
berswa foto dan merakam video bagai artis. Setengah jam kemudian,
semua pakat turun cari kerusi untuk.
Pelabuhan Balohan, pintu masuk ke Pulau Weh.
Keluar sahaja dari pagar pelabuhan, kami sudah ditunggu dan disambut oleh rakan-rakan bikers dari komuniti acara RTZKM. WoW ! Luar biasa sekali. Tanpa berbasa basi, kami mengikut sahaja gerakan motor mereka.
Sebelum terlupa, motorsikal di sini mereka panggil ‘kereta @
honda’. Kereta mereka bilang ‘motor
@mobil’. Bingung ? Dihafal ya !.
Tengok saja motorsikal yang mereka tunggang. Semuanya rangka. Nak hidupkan enjin hanya sambung wayar ja, tapi boleh jalan jauh. Mereka ini ada yang datang dari Riau, Lampung, Bali, Medan dan dari segenap wilayah Sumatera ni. Tong-tong minyak, cerek, selipar semua main gantung ja. Mereka bangga dengan identiti tempat kelahiran mereka dan tetap teguh dengan mempamirkan stickers, logo di jaket dan kibaran bendera Merah Putih. Terasa semangat mereka mengalir ke jiwa aku pulak. Eceywah.
Kami dibawa menuju ke ‘basecamp’ mereka. Nah, kat situ aku dihinggapi kejutan budaya. Mak aih, banyaknya motor ‘ rangka bergerak’. Pelbagai bentuk dan kreativiti yang mereka pamirkan.
Yang menarik perhatian aku adalah sebuah motorsikal yang menjadikan tikar mengkuang sebagai lapik rangka motor . Aku tak tau nak terangkan macamana, tengok sendirilah.
Seperti yang pernah aku ceritakan pada kisah sebelum ni, seboleh-bolehnya mereka ini, mesti memberikan sesuatu kepada tetamu. Walau sekecil apapun, yang pasti harus memberi.
Stickers. Berebut-rebut mereka memberikan sticker kumpulan mereka pada kami. Rasa malu jugak sebab kita datang dengan tangan kosong.
Nampaknya aku kena buat sticker jugak la. Kan ?
Haa, ada benda aku nak kongsi. Tentang kopi lagi. Aku dah rasa 'kopi paling enak'. Kali ini aku nak rasa kopi SANGER pulak. Sekali cuba, memang sedap. Rasanya macam kopi kat Amazon. Sembang punya sembang dengan geng-geng ni, bila mereka terangkan erti 'sanger', baru lah tahu. Laaa, ianya dua ayat yang disingkatkan menjadi satu 'Sama-sama ngertik' ~> Sa Nger. Bersungguh la aku ingat kan nama kopi yang special. Kopi susu ja. Mengilai aku. Sanger paling enak hanya di cafe berdekatan dengan Bacecamp Bikers di Pulau Weh. Kat tempat lain, tak sama rasanya.
Wak ajak pergi ke tapak acara di Laman Seni Sabang Fair untuk melihat persiapan. Belum ada apa-apa pun di sana, melainkan grup-grup motor sekadar berkumpul dan berehat setelah menempuh jarak perjalanan yang jauh
Wak mengambil peluang untuk mencuba beberapa buah motorsikal yang agak 'rare'. Aku ngan Ija apalagi, tumpang sekali lah naik satu pusingan. Kelakar.
Dek kerana terlalu leka dengan motorsikal pelbagai bentuk, hingga terlupa nak makan tengahari.Sebelum mencari lokasi untuk bermalam, kami berhenti makan di sebuah kedai makan bersebelahan dengan masjid. Rumah makan yang hanya menjual mee. Makanan khas dari Cilacap. Adudu, tak de nasi ke ?
Mee Ayam Pangsit. Apa benda pulak tu ?
Jak kita cuba ya.
Hrm, macam mee sup, supnya terasa rempahnya, mee dia kenyal, ada ayam dan makan dengan keropok. Mee yang diberi diisi padat, pasal tu bila makan, meenya tak abis-abis. Mengah makan semangkuk tu.
Sungguh ! sedap, atau masa tu aku tengah kebulur ?
Teh ais kat sini dipanggil teh manis dingin.
Dah kenyang kan ? Ayoh cari tempat tidur.
Berpusing-pusing mencari lokasi yang diberi oleh Mr Agus (agen motor) di
Ujong Kareung. Jam 1700 baru jumpa. Nama tempat nya UKCC. Wak
meminta izin dari penjaganya untuk memasang khemah selama 2 malam. Bayaran untuk tapak, tandas dan elektrik untuk 4 orang sebanyak 150,000rp.
Ternyata lokasi ini terlalu indah dan aman. Ujong Kareung bermakna Hujung Karang, memang
pun tapak khemah kami terletak di atas batu karang. Sedaplah malam nanti tidur
atas karang tajam. Di situ telah dibina
satu papan anjal untuk pengunjung melompat terjun ke laut. Warna air lautnya
melekakan aku. Biru mata hitamku.
Melihatkan arus laut terlalu kuat, aku membatalkan hasrat
untuk berendam dalam air yang ‘super’
jernih. Nak cecah hujung kaki ke dalam air tu pun aku tak mau. Alasannya ; Lece la nak basahkan baju. Padahal gerun tengok hempasan ombak ke batu
karang yang tajam tu, tak pasal-pasal tersagat kulit kat batu kang. Dah la tak reti berenang. Abaikan je la.
Aku segera memasang khemah di tapak yang aku rasanya sangat
strategik. Motorsikal aku letakkan di sebelah khemah sebagai penghadang
angin. Sebelum hari gelap aku dah selesaikan semuanya. Lepas
mandi dan solat, terus masuk dalam sleeping bag diam-diam. Sejuk oi. Bila
dipanggil untuk makan atau minum, baru aku keluar. Haha, aci ?
Suasana matahari terbenam dan matahari naik sangat cantik di sini. Bukan itu sahaja, ketika malam jelas kelihatan bintang-bintang berselerakan. Sesekali nampak ‘shooting star’. Kami baring sambil memandang ke langit. Dihiburkan dengan nyanyian Wak Rahim “ku petik bintang-bintang” disusuli juga dengan suara cengkerik krik krik dan hempasan ombak yang keras. Malam yang sangat indah.
Jumaat, 8hb Disember 2017
Selama 3 hari 2 malam kami berkampung di Pulau Weh. Puas bertawaf keliling pulau menghadap bukit bukau, seronok tidak
terkira.
Kami melalui jalan pesisir pantai hingga ke Anoi Itam. Kelihatan beberapa buah sampan Aceh disusun setempat. Bentuknya melengkung dan
agak unik. Warna yang digunakan juga agak terang. Sekali imbas nampak sampan ni macam kecil dan cukup untuk
muat 1 hingga 2 orang, tapi sebenarnya besar dan mampu memuatkan lebih dari 5
orang.
Kami meneruskan perjalanan mengikut jalan Ujung Kareung hingga
berjumpa dengan pelantar yang dibina di
lereng bukit, Cot Bakgutom Balohan Hill. Dari atas pelantar aku dapat lihat laluan curam
berkelok seperti badan ular menuju ke pelabuhan Balohan berlatar
belakangkan teluk dan bukit bukau yang menghiasi pemandangan.
Lawanya. Macam ni punya jalan nak suruh aku kayuh basikal ? memang TAK la. Aku mengambil peluang untuk merakamkan seberapa banyak gambar yang boleh, sebelum turun ke Pelabuhan Balohan untuk mencari sarapan pagi.
Pelabuhan Balohan
Untuk mencari sarapan
pagi yang sesuai untuk perut orang MY ni agak sukar sedikit di sini. Mahu tidak
mahu terpaksa juga makan nasi, ikan
goreng dan kuah sayur rebus sebagai lapik perut. Itu pun pilih yang masih
panas. Pagi-pagi makan bakso, mee Aceh
atau pop mee memang kenot go lah.
Lagi-lagi kalau tengok nasi padang. Perut aku ni agak sensitif dengan masakan
nasi padang sejak kejadian di Danau Toba dulu. Memang perlu berhati-hati.
Semasa bersarapan Ija memberitahu plan laluan seterusnya.
Aku dan Naqi menganggukkan kepala tanda tiada
bantahan. I will follow you. Don't worry, be happy.
Tiba lah masa untuk penjelajahan seterusnya.
Di pulau ini, ke mana sahaja kita pergi, kita akan nampak batang-batang pokok yang dijadikan pagar. Bila tunasnya tumbuh, ia akan membesar dan akan menjadi rimbun kemudian akan memayungi laluan jalan raya. Jadi suasana akan menjadi redup. Orang Aceh memanggil pokok ini Bang Lundong, dalam bahasa Indonesia Pohon Kuda-Kuda.
Segala ceruk
kampung dan lorong kami redah hingga tiba di Gunung Api Jaboi. Gunung Api ini
termasuk dalam kawasan Hutan Lindung. Kawasannya agak luas, mempunya 4 kawah
‘view spot’ yang dibenarkan melawat.
Kami cuma pergi setakat kawah 1
sahaja. Tempatnya agak sunyi, oleh kerana rasa ingin tahu, kami terus
masuk dengan motorsikal hingga ke tapak belerang.
Uhf baunya cukup tengek
mencucuk hingga ke rongga hidung. Masih kelihatan asap keluar dari rekahan tanah yang dipenuhi belerang.
Aku terus meninjau-ninjau dipersekitaran
untuk melihat apalagi yang menarik di situ. Hanya ada pokok-pokok yang kering dan reput. Tempat ini cantik untuk
photografi. Lanskapnya begitu dramatik dan menakutkan. Bila aku halakan lensa
kamera, tak semena-mena muncul saja model dua ketul ini dengan gaya 10. Oke la, aku bayangkan model ni macam Remy Ishak, lagi sorang macam Zul Ariffin. Hihihi
Lebih kurang setengah jam di situ, kami pun bergerak keluar, tanpa pergi ke kawah 2,3 &
4. Jika mahu ke sana kenalah trekking masuk hingga ke dalam. Kami abaikan kerana bimbang nak tinggalkan motorsikal tanpa pengawasan.
Motorsikal terus dipecut
melalui jalan kecil yang
menjadi jalan utama di situ. Kiri kanan
jalan ditanam pokok bang lundong. Jauh juga aku dan Naqi meninggalkan Wak di belakang, mungkin
Wak berhenti di satu kawasan berpagar
tadi agaknya. Kawasan yang kelihatan asap tebal berwarna putih keluar dari tanah. Adalah tu
cerita Wak sedang cari.
Aku memberhentikan motorsikal, sambil menunggu Wak dan Ija
aku halakan lensa kamera pada satu kawasan perkuburan kecil. Hrm, persoalan
timbul. Jika pulau ini dalam wilayah Aceh, kenapa batu nisannya
tidak seperti batu nisan
(bersejarah) yang biasa aku lihat di Semenanjung ? Kenapa tiada ukiran ? Keturunan apa yang
gunakan batu berukir tu ya ?
Teng ! teng ! teng !
Pengembaraan adalah Pencarian.
Perkataan A C E H rupanya
asal dari gabungan huruf awal bagi bangsa Arab, Cina, Eropah dan Hindu. Kini baru ku
tahu. Pada pendapat aku yang lemah ini, mungkin batu nisan berukir itu dari keturunan Arab. Agaknya la.
Wak dan Naqi berhenti di sebuah kedai runcit untuk
mengisi minyak. Aku pun
ikut berhenti rehat.
Sedang asyik berbual dengan pemilik kedai, kami melihat segerombolan anak-anak
pulang dari sekolah menaiki motor roda
4. Wajah setiap seorang begitu ceria sekali turun dari kenderaan tersebut. Aku tengok jam di tangan baru jam 10.55 (WIB).Eh, awalnya dorang
balik sekolah. Apa aja yang dorang
belajar ?
Kemudian, setelah beberapa ketika muncul pula kanak-kakak
yang bermain ‘roller skate’ secara berantai. Kawasan tu berbukit, jadi seronok
mereka meluncur menuruni bukit dengan laju serta membelok dengan cekapnya. Yang tak
boleh tahan nak gelak bila melihat mereka menggunakan selipar untuk dijadikan
‘brake’ tangan. Kreatif. Jangan ingat kat pulau tak boleh nak berkasut roda.
Matahari makin meninggi, Wak terus memecut melintasi Pantai Pasir Putih diikuti dengan Naqi tanpa berhenti. Entah ke mana Wak dan Ija nak pergi. Aku hanya ikut dari belakang. Sesekali memintas Wak dengan laju jika di hadapan ada bukit yang tinggi. Maaf Wak, aku terpaksa dapatkan lajakan supaya motor mampu melepasi kecuraman bukit di sini. Naqi mengikut dari belakang, aku yakin Wak panas hati tengok lagak kami saling memintas bila layan ‘corner’. Bukan sekali buat perangai tu, tapi berkali-kali. Hiks.
Tiba di satu kawasan yang bernama Guha Sarang, aku terkesima
. Uih, lawanya tempat ni. Dari atas nampak air laut membiru hingga nampak ke
dasarnya. Aku perhatikan ‘bunting’ yang tergantung memaparkan lokasi gua dan
beberapa aktiviti lasak yang boleh dilakukan di situ. Ala, kalau gua malas la
nak trekking masuk gelap-gelap tu. Mata
aku meninjau-ninjau juga, kat mana guanya
sebab tak nampak pun bukit. Rupanya gua tu
terletak di bahagian bawah. Pengunjung perlu menuruni bukit hingga ke gigi air. Kemudian berjalan dicelah-celah
batu untuk sampai ke pintu gua. Bila air pasang gua tu tenggelam. Jadi pastikan
kita tidak masuk ketika air mula pasang. Tiket masuk seorang cuma 5,000rp/
RM1.50.
Misi akhir untuk hari ke-2 di Pulau Weh adalah menuju ke titik 0KM. Syok
layan ‘corner’ bukit-bukit sambil pancung motor Wak laju-laju. Bila agak jauh,
tunggu dia. Bila Wak sampai pancung lagi dan lagi. Hahaha berasap ja
member terkial-kial tukar gear 1 bila hadap
bukit yang curam.
Kami tiba di monument Titik 0KM jam 1415. Cuaca kelihatan redup seperti mahu hujan. Tidak berlengah lagi terus menyusun motorsikal untuk mengabadikan kenangan bersama di titik paling hujung di Indonesia. Cepat semua posing, kiraan 1, 2, 3, tit tit tit klik ! (self timer)
Ija, Wak dan Naqi mengambil peluang melihat di persekitaran
kawasan hingga ke bawah bukit. Ada pelantar pejalan kaki dibina turun ke
bawah. Aku seperti biasa, malas. Tengok saja gambar
yang mereka ambil nanti. Hiks.
Terasa rintik-rintik hujan jatuh di muka. Masing-masing sudah faham dan bersedia untuk beredar. Esok sudah mahu keluar dari pulau, jadi
sebelum keluar, mesti nak dapatkan sesuatu cenderamata dari acara yang bakal
diadakan hujung minggu tu. Jak terus ke tapak pesta.
Jam 1713 kami sampai ke lokasi. Wak cuma mahu berjumpa
dengan Surya bagi mendapatkan t-shirt acara. Untuk mendapatkan t-shirt itu
bukan mudah kerana ianya terhad. Hanya ada 500 helai sahaja. Setelah mengatur
ayat power, akhirnya permintaan Wak ditunaikan. Dapatlah kami membeli dengan harga 100,000rp /RM30 atas tiket tetamu dari Malaya. Bukan itu sahaja yang
kami dapat, sijil titik 0km , sijil hadir ke acara dengan tulisan tangan,
sticker dan butang lambang monument titik 0KM pun disertakan sekali. Cukup terkesan dengan layan rakan bikers dari sana.
Bila hajat tercapai, kami terus pulang ke Ujung Kareung. Wak ,
Ija dan Naqi nak mandi laut. Aku lebih suka mengambil gambar pemandangan. Arus air laut petang ni lebih kuat dari semalam.
Nampak Wak terumbang ambing ditolak air laut ke dinding batu karang yang
tajam. Auch ! Lebih baik aku pergi mandi
di bilik air.
Maghrib tu kami didatangi oleh seorang tetamu yang tidak diundang. Dia duduk di antara khemah Wak dan khemah Naqi sambil menghisap rokok dan melihat aktiviti yang kami buat. Sungguh, kami rasa cukup tidak selesa. Melihat keadaan itu aku lebih banyak duduk dalam khemah sambil layan FB. Perut masing-masing memang rasa lapar, tapi nak keluar masak sesuatu, terasa berat sangat kerana adanya makhluk seketul itu.
Akhirnya Wak berkeras, keluar juga dari khemah dan meminta Naqi menjerang air minuman. Bancuh air teh cicah dengan biskut. Itu sahaja menu yang pantas untuk buat lapik perut. Sedang kami duduk berkumpul, datang la pengurus resort bertanyakan khabar. Mungkin dia pun perasan yang makhluk seketul itu menganggu keselesaan kami, lalu dia memujuk untuk pergi ke tempat lain.
Yes ! punya lah lega
perasaan kami, seperti dapat bernafas
semula setelah leher dijerut tali. Kalau tak, sesak dengan bau asap rokok dia
yang busuk. Malam semakin dingin.
Masing-masing masuk semula ke dalam khemah sambil layan jiwa sendiri. Dari
dalam khemah aku dengar Naqi menyanyi-nyanyi hingga aku tak sedar bila aku
tertidur.
Tiba-tiba aku terjaga, aku tak pasti jam berapa rasanya
sekitar jam 3 atau 4 pagi. Bunyi plastik betul-betul sebelah khemah aku. Dengar
orang mengunyah sesuatu, krup krap kruk krap. Kemudian dia minum air. Glup glup
glup.
Ahh sudah ! Dia datang balik. Bunyi pemetik api dinyalakan
berkali-kali. Aduh, jangan dibakar khemah aku ni sudah. Matilanak ! Sejurus
aku tercium bau rokok. Bluwerk. Aku terus
membatukan diri dalam 'sleeping bag' tanpa sebarang bunyi. Nak wasap Wak
mintak tolong, bateri talipon dah habis. Powerbank ada kat luar tengah cas.
What to do meh ? Dalam hati aku menjerit ; Yuhuuuu..help me please !
Tanpa aku sedar Wak dan Naqi memang dah ‘standby’ bila-bila
masa sahaja jika sesuatu berlaku. Akhirnya Wak keluar memeriksa khemah
aku. Barulah makhluk tu pergi duduk jauh di bawah pokok
kelapa. Aku tak lepaskan peluang,
bingkas bangun dan terus keluar dari khemah. Tatkala itu, azan subuh
pun berkumandang bagi kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Eheks.