Thursday, March 30, 2017

Pandangan Mataku Yang Merasa Sesuatu.

Kenapa saya suka ke Thailand ?
kenapa ..
kenapa ?



1. Tak perlu beli tiket kapal terbang. Boleh lintas-lintas aja.
2. Tandas dia bersih, cantik dan wangi walau terletak di dalam hutan rimba.
3. Banyak benda yang unik, menarik dan wOw terutama ukiran kayu rumah-rumah mereka.
4. Kreativiti mereta tanpa batas hatta perkara yang tidak terjangkau oleh akal kita mereka mampu hasilkan.
5. Banyak perkara baru dapat belajar.
6. Wifi percuma di mana-mana.
7. Internet laju
8. Makanan halal mudah dapat.
9. Penginapan 3/4 bintang hanya berharga 450-600 baht. (RM57- RM76)
    Kalau yang paling 'basic' pun 350 baht = RM45 (katil | bilik air | kipas |tv | tuala| sabun | syampoo & bilik seluas-luasnya)

Kao rasa ?
Bukan takat murah, cantek, bersih malah kepuasan itu yang lebih penting. Kerana itulah orang kita lebih rela girang gembira mengembara ke Thailand, walaupun terpaksa beratur panjang di imigresen.


Pegawai Kastam mereka mintak duit RM1 @ RM2 ?
Aku oke ja, dia minta bukan curi. Anggap saja sedekah sudah lah. Itulah perkara pertama disarankan agama bila keluar mengembara. Insya allah perjalanan dipermudahkan.
Ini berdasarkan pengalaman peribadi. Lain orang lain kisahnya. Jadi jangan nak kecam itu ini. Hey hey hey ini cerita aku. Cerita anda bagaimana ?

Walau apapun, sila jaga diri baik-baik di negara orang. Hormati dan patuhi undang-undang mereka. Jaga kebersihan, jangan buang sampah dan puntung rokok merata-rata. Usah bawak perangai MY ke negara Thailand. Buruk padahnya. Kena cakna DO & DON'T !.
Mengerti ? Ayoh dicatit !

--------------------

Tanggal 18hb dapat peluang menyertai Ekspidisi Somtam siri 3 yang diketuai oleh Pak Mid Yellow Cruiser a.k.a ketua ekspidisi. Posisi sebagai 'co-driver & navigator'. Sebanyak 7 buah kereta dan 8 keluarga.

KLANG- HATYAI : 547KM

RV di Hatyai. Oleh kerana aku ada urusan penting yang perlu diselesaikan dahulu, jadi aku pergi ke lokasi RV dengan menaiki bas ekspress Klang- Hatyai pada sebelah malam 17hb Mac. Sebenarnya, aku lebih memilih untuk menaiki keretapi malam. Malangnya, keretapi malam telah dihentikan perkhidmatannya, hanya ada perkhidmatan ETS sahaja, itu pun jadualnya hanya sebelah siang. Akhirnya terpaksa naik bas. Bas pun aku pilih syarikat bas Ekspress Semarak (SE Super) dengan harga tiket RM63. Sebabnya, bas ini memang khas laluan terus Klang- Hatyai dan tempat duduk bernombor. Beza dengan bas-bas lain, walaupun tujuannya ke Hatyai, tapi mereka akan berhenti di lokasi tertentu seperti Kuala Lumpur @ Ipoh untuk mengambil penumpang. No kerusi pun tak tentu. Lecce.


Disyorkan pada sesiapa yang berhajat untuk ke Thailand menaiki bas dari syarikat ini. Basnya selesa. Pemandunya juga berhemah dalam pemanduan. Harga tiket termasuk 'Travel Accident Insurence' bila memasuki Thailand. Tiba di Changlun, pembantu pemandu akan mengutip semua pasport penumpang untuk tulis nama pada borang putih (arrive/departure card).





18hb Mac 2017 

HATYAI - CHUMPHON : 484KM

Kau kalau masuk Thailand tak merasa pulut mangga memang ada yang kurang. Sekarang dah pakai timbang. Harga 40baht = RM5


Berhenti rehat sambil mendengar taklimat perjalanan untuk hari pertama.


Apabila melalui route nombor 41 di AH2 dari Patthalung ke Suratthani, memang wajib lah berhenti di suatu kawasan rehat yang amat terkenal di kalangan pengembara bermotorsikal/basikal dari MY. Terkenal dengan panggilan ROUTE 41 PATTHALUNG. Apa yang ada di sini ?
Tak ada apa pun, cuma binaan kedai-kedai cenderamata dan kedai kopinya yang unik bertemakan 'cowboy' dan seekor kuda hidup untuk kita merakam gambar kenangan. 





Dekorasinya yang membuatkan pengunjung tertarik untuk bergambar di papantanda yang menjadi 'trademark' tempat ini.


Apa yang dijual kat situ ?
Ada jual t-shirt lambang seperti gambar sticker di bawah, ada jual sticker, pemegang kunci, jajan kerepek-keropok, poskad dan kedai kopi.
Aku cuma beli sticker ni ja yang berharga 25baht = RM3.20. Jadilah untuk tepek kat El-Fateh bukti aku dah sampai. Yay !


Kita kat MY pun boleh buat. Boleh.., kita pun boleh buat jugak. Ada beberapa lokasi menarik terutama di Hentian Titiwangsa. ~ Route 4 Hentian Titiwangsa.
Ataupun Route 185 Gua Musang - Kenyir.
Jika peniaga kat situ ambil inisiatif sendiri untuk mempromosikan hentian rnr itu seperti di Thailand, pasti BOOM lah. Kita rakyat MY semestinya la support. Jual t-shirt, sticker dan buat sijil macam 1000 corner Di MHS @ 100 corner di Betong. Bangga juga. Nak gak tepek kat motor sticker made in MY. Boleh juga jadi salah satu produk pelancongan dalam negara. 
Tapi itu lah. Banyak yang tak boleh dari boleh. Semuanya kena kelulusan pihak atasan. Atas yang mana pun entahlah. Owh MYku. Ni hanya pendapat macik kentin ja.

Cerita di sepanjang jalan.
Bila kita isi minyak di PTT (panggilan untuk stesyen minyak terkenal di Thailand). Di MY macam Petronas la. Setiap pembelian minyak 600baht dapat sebotol air mineral percuma. Kalau 4x4 mana isi 600 baht, mesti lebih 1000 baht. Jadi dapat la berbotol-botol air. Dah jimat beli air. Setiap PTT ada kedai Tujuh Sebelas, Cafe Amazon (burung kakaktua) jual cake dan air setaraf Starbuck , tandas dan kedai makan. 



Jangan bimbang, kau tak akan kebulur mencari makanan halal bila di Tujuh Sebelas. Cari saja logo halal yang tertera di pek makanan, contoh maggie cawan atau roti. Nak air panas pun mereka beri percuma.

Pengembaraan adalah pencarian. Aku jumpa sesuatu yang menarik untuk seorang pengembara gunakan. Jujur cakap sampai hari ni aku tak mahu guna lagi benda ni. Sayang oi.


Bila kita memandu di sini, mata akan tertarik dengan pemandangan isi dalam lori. Apasaja muatannya, ia akan disusun kemas satu persatu bertingkat-tingkat. Kayu getah ke, nenas ke, durian ke, kelapa ke, jagung, kobis atau apa saja, hatta lembu kambeng pun mesti disusun kemas dan cantek. Sejuk mata memandang.
Di MY pun ada jugak disusun macam ni kan kan kan ?




Untuk malam pertama berhenti bermalam di daerah Chumphon. Hotelnya terletak di pesisir pantai Pathio. Albatross Guesthouse tidak jauh dari Pantai Thungwualaen. Harga bilik satu malam 400 - 500 baht = RM50- RM60. Sampai pun malam, jadi malam tu memang terus tidur. malas nak jalan-jalan tengok pesta pantai. Esok pagi baru jalan-jalan.

Ke-esokkan paginya.


 Aha, jangan tak tau, Pak Mid adalah seorang pemburu KM0.


Pantai Thungwualaen.


Di sepanjang pantai ini banyak chalet yang comel-comel berwarna warni dengan harga yang sangat murah. Ada juga yang bertaraf resort. Taraf resort pun harga masih mampu inap, contoh gambar di bawah ini. $48-$75 = RM116-RM180.


 Jalan-jalan di kampung nelayan Tambon Saphli, Pathio.


Nampak nelayan sedang mengirai ikan hasil tangkapan pagi, gigih kakak-kakak beli ikan segar, nelayan tu cuma minta 100 baht je =RM12.80


Macam tak percaya kan kak ?


sambung





Wednesday, March 15, 2017

Suatu Penghargaan untuk Kedua-duanya.

Aku kurang berminat untuk menonjolkan tentang peribadi diri. Akan tetapi sekiranya diminta membantu dalam sesuatu urusan kajian sesuatu 'tasks', ok baiklah.
Di sini aku paparkan satu blog yang aku anggap sebagai SUATU PENGHARGAAN untuk dia si penulis dan untuk diri aku sendiri agar dapat dijadikan kenangan untuk anak dan cucu aku kelak.

Sila ketik pada perkataan yang berhuruf besar untuk membaca.

-----------

Sedikit tentang si penulis. Beliau adalah seorang atlit sukan yang dipanggil Roller Derby. Aku yakin tak ramai rakyat MY yang tahu akan sukan lasak ini. Sila ketik  ~> Roller Derby
untuk mengetahui apakah dia.

Di tahun 90'an hanya popular aktiviti 'roller skate' di tempat hiburan ala-ala disko. Kini, di MY 'roller skate' hanya digunakan oleh anak-anak bermain di taman.

Menurut Delphine : "And there is unfortunately no roller derby team in KL, nor in Singapore (not any more). But it is a great great sport 😜"

Nota kaki kuku : Orang MY tulang lembut. Kalau main mau patah riuk. Gagaga. Sejujurnya, roller skate ni memang seronok dimainkan. Menjadi kegilaan zaman jahiliah aku di tahun 90'an. Noktah.

Tuesday, March 14, 2017

Pemeriksaan Kesihatan Untuk Calon IPTA / IPTS [ MEDICAL CHECK-UP ]


Untuk rujukan aku di masa hadapan atau untuk mereka yang berpendapatan kurang dari 1,000MYR.

Setiap bakal pelajar yang ingin memasuki mana-mana Institut Pengajian Tinggi diwajibkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Tahun 2015 rasanya tidak se-cerewet sekarang yakni tahun 2017.
Pemeriksaan kesihatan boleh saja dibuat di klinik kesihatan yang berdekatan.

Untuk tahun 2017 atau mungkin dah mula sejak 2016 lagi sistemnya menjadi makin mengelirukan dan kelam kabut kerana rakyat marhaein tidak mendapat maklumat secara terus.

Aku nak ingatkan, ini untuk mereka yang kurang berkemampuan macam aku memang terpaksa menghadap ke Hospital Kerajaan. Mereka yang kaya raya boleh sahaja terus buat di klinik swasta. Tutup mata kechang ! keching ! $$$. Apa ada hal.

Ini cerpen aku tempohari tentang caca marba dalam sistem dot dot dot yang menyusahkan rakyat yang sedia susah.

-----------------
Khamis.

Curhat (curahan hati) di muka buku.

Entahlah.

Pagi-pagi dah keluar menuju ke Hospital Banting atas urusan 'medical check-up' untuk bakal pelajar kolej.
Pegawai pendaftaran cakap : " Kami dah tak buat urusan MC lagi kerana tempat ini akan ditukar kepada Hospital Pakar. Segala urusan MC boleh buat di Klinik Kesihatan Telok Datok @ Telok Panglima Garang. Sebelum pergi, puan boleh buat pemeriksaan gigi dulu kat bangunan depan "

"Ok baiklah"
Klinik Gigi : RM1

-------

Dengan menunggang motorsikal Ex5 dari rumah ke Hospital Banting jaraknya 22km.
Dari Hospital Banting ke Klinik Telok Datok cuma 3.8km

Di Klinik Kesihatan Telok Datok pulak.
"Maaf, kami dah tak buat 'urine test utk dadah'. Puan kena buat di klinik swasta dulu kemudian bawa keputusannya di sini baru buat pemeriksaan keseluruhannya."

"Ha ? Takkan tak boleh buat yg lain-lain ni dulu ?"

"Tak boleh puan, kena buat 'urine test' dulu.

"Ok"

-------

Terus pulang ke rumah untuk pergi ke klinik / Poliklinik berdekatan. Kiraan jarak 18km.

Di klinik swasta pulak.

" Kami kat sini hanya buat 'urine test' ibu mengandung sahaja. Untuk 'urine test' dadah hanya di klinik terpilih sahaja. Saya syorkan puan pergi ke Klinik Kesihatan Bandar Botanic. Kat situ boleh buat semua tapi kena habiskan masa berjam-jam lah.

"Pulak dah."

Krik Krik Krik !

-------

Dah letih, balik umah dulu 'google' nombor talipon klinik tu minta penjelasan.

Klinik Kesihatan Bandar Botanik : 03-33244260
-----

Pegawai di Klinik Kesihatan Botanik sarankan buat pemeriksaan yang lain dulu, kemudian baru buat 'urine test'.
Tapi keputusan urine test di Klinik Kerajaan hanya akan keluar dalam tempoh sebulan.
Katanya lagi etika Pegawai Kesihatan di Telok Datok tu salah dalam menyampaikan maklumat. "Boleh buat pemeriksaan lain dulu."

( Jangan tanya nama pegawai tu ya, sebab aku memang tak pernah nak tanya nama orang. Aku ja perkenalkan nama sendiri. Ahaks )

Uhf !. (dah mula stres. Rasa macam bola ditendang ke sana sini )

"Boleh syorkan klinik swasta mana yg buat 'urine test' ni ?"

"Puan boleh google BP Lap @ BP Health care."

"Baiklah, terima kasih."

--------
Google. Kawasan Klang. Ok jumpa !

'Call' BP Health care : 03-33239169

Katanya harga utk : Test urine ( dadah) RM 36
Gula : RM18
Keputusan akan mengambil masa 3 hingga 4 hari.

Ok phewss !

Letih. Hari pertama 44km cuma dapat buat pemeriksaan gigi sahaja.

Sistem yang menyusahkan orang susah. Jika mereka yang susah tiada kenderaan kereta @ motorsikal dan terpaksa menaiki pengangkutan awam, bas, teksi dan berjalan kaki, rasanya seharian di jalanan tanpa dapat buat apa-apa. Sadis.

Fasa pertama selesai.

--------

Jumaat

Baiklah. Kita tinggalkan curhat sendu tersebut. Itu adalah ujian untuk aku supaya belajar perkara baru. Terima kasih Allah.

Hari kedua, pagi-pagi aku dah keluar menuju ke Klinik Kesihatan Bandar Botanic. Dengan hasrat nak buat pemeriksaan kesihatan yang lain (mata, jantung dll) la konon.
7 km dari rumah.
Klinik nya luas. Dah macam hospital besar. Kaunternya banyak. Bunyi panggilan nombor tak henti-henti, itu tandanya perjalanan pengurusan begitu pantas. Suka.

Di kaunter pendaftaran :
Sila naik ke tingkat atas bilik pemeriksaan WARGA SIHAT.

oO OKey.

Di kaunter Warga Sihat tiada orang, cuma ada kertas yang bertulis
~ Sila pergi ke Kaunter 14 di tingkat bawah ~

Erkk ! Korang rasa muka aku camana ?
What !
Tak pe lah, positif..positif..eksesais la sikit. Lama sangat mereput dalam rumah ~ makan tidur, makan tidur ja.

Cari..cari cari kaunter 14. Jumpa. Beratur.
Aku beri salam pada misi chantek di kaunter pendaftaran. Terus hulurkan borang pemeriksaan kesihatan sambil memberitahu sedikit hasrat. Dibelek, ditelek dan jawapannya. Kalau nak cepat memang kena buat 'urine test' dulu. Dah dapat keputusan baru buat pemeriksaaan yang lain.
Dang !
Walau bagaimana pun boleh buat ujian 'mantoux' dulu. Nanti hari Isnin boleh datang periksa semula keputusannya. Puan pergi ke kaunter 4 buat bayaran dulu, kemudian datang semula dan boleh masuk ke bilik 21.

"Erkk tumpang tanya, mantoux tu hapa ?"
"Owh itu ujian untuk mengesan penyakit tb@ batuk kering."
Huhu.
Yuran : RM5

Bilik 21.
Misi chantek bersihkan kulit lengan dan memasukkan ubat menggunakan jarum suntikan.
Pesannya :" Jangan sapu minyak atau sapu losyen. Biarkan sahaja. Nanti hari Isnin datang semula, saya nak periksa ambil bacaan."


Selesai  urusan fasa kedua.

----------

Lepas ni nak cari BP Heatlh Care pula. Mujur tak jauh cuma 3km sahaja. Senyum.

Bangunan besar, nak masuk ada pengawal yang bukakan pintu. Aku senyum dan "terima kasihhhh..!"
Terus hulurkan borang dan maklumkan nak buat ujian air kencing (dadah) pada kerani di kaunter pendaftaran.

Borang maklumat bertukar tangan kepada Dr. Chantek. Dia sebut harga dan tanya bila nak keputusan ?
Paling cepat petang nanti dah siap dan boleh ambil. Aku cuma cakap akan datang ambil pada hari Isnin berikutnya. Senang, sekali jalan bila ambil bacaan mantoux nanti.

Bila nama sudah didaftarkan dalam sistem, terus buat bayaran dengan jumlah yang aku ceritakan di awal tadi. Diberikan bekas untuk diisikan air kencing.

Boleh balik.

Fasa ketiga selesai.

-----------

Isnin, hari ni lah !

Sekitar jam 10 pagi aku baru keluar rumah, sebab keadaan jalanraya agak lengang dari kenderaan mereka-mereka yang hendak pergi berkerja.

Lokasi pertama : Pergi BP Health Care dulu.

Tunjukkan saja resit pada kerani kaunter pertanyaan. Dia cari nama dan cetak. Siap !

Eh, cam tu ja ?

Aku tengok keputusannya, bukan aku paham pun. Gagaga. Yang aku faham cuma ; negative, negative, negative, nil, nil.

Oke la tuh. Yang penting keputusan dah ada.

Lepas ni ke Klinik Kesihatan Bandar Botanic.

--------------

Terus ke kaunter pendaftaran 14.
Tunjukkan surat temujanji dan diarahkan terus masuk ke bilik no 21.
Di dalam bilik no 21, misi chantek memeriksa lengan yang dicucuk ubat tempohari. Dia ambil pengukur dan ukur, kemudian tulis bacaan diborang rawatan dan cop. Mantoux selesai.

Sekarang aku dah dapat 3 keputusan rawatan, masih ada rawatan yang lain belum cukup. Alang-alang dah ada di klinik, terus aku tanya bolehkah buat pemeriksaan yang selebihnya di sini tanpa buat sebarang temujanji ?
Jawapannya boleh. Puan naik ke tingkat atas kaunter Warga Sihat serahkan semua keputusan ni.

Alamak ! naik ke sana lagi, harap-harap adalah orangnya.

Alhamdulillah ada. Serahkan borang ke misi. Dia baca, dia telek dan dia suruh buat pendaftaran dan pembayaran dahulu kat kaunter bawah.

Turun balik. Gagagaga.

Beratur lagi. Diberi nombor giliran. Tunggu.

Bila nombor dipanggil buat pembayaran sebanyak RM21. ( Perkhidmatan perubatan kesihatan & pergigian)

Naik semula ke bilik Warga Sihat, tunjuk resit dan disuruh isi borang.

Orang tak ada. Anak aku sorang ja buat pemeriksaan. Cepat je la. Hiks.

Akhir sekali kena jumpa doktor untuk meneliti kesemua keputusan ujian dan cop pengesahan.
Turun semula.

Tunggu nombor dipanggil. Dalam 15 minit, siap.

Phewss !

Mujur dia tak mintak keputusan X-ray. Yay !

Selesai fasa terakhir.

Alhamdulillah.

------------

Kesimpulannya, di masa akan datang, perkara pertama yang perlu kita buat adalah ;
1. Buat panggilan ke klinik kerajaan @ swasta yang terdekat. Tanyakan tentang maklumat rawatan yg     kita nak tahu.
2. Buat ujian air kencing (urine test) di Klinik Swasta. Tanya harga dulu. Jika yakin mampu bayar,
    teruskan.
3. Bila dah dapat keputusan ujian air kencing, baru pergi ke klinik @ hospital kerajaan  untuk buat
    pemeriksaan yang selebihnya.

Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kos; wang, masa dan tenaga.

Ok dicatit tho !