Wednesday, January 15, 2014

Pulau Seribu Pura

Sekian lama aku menanti, akhirnya impian menjadi kenyataan. Allah telah memberi kemudahan dan memurahkan rezeki aku untuk pergi mengembara ke pulau impian aku.

 



 

 Sepanjang perjalanan aku lihat, aku rasa dan aku fahami :

1. Di setiap bulatan jalan atau pertemuan dua sungai, mesti ada patung besar atau pura.
2. Tak akan jumpa bangunan yang tinggi-tinggi kerana pemerintah tidak membenarkan membina bangunan melebihi ketinggian pokok kelapa.


3. Walaupun rumah-rumah rapat-rapat tapi tersusun dengan pagar batu.
4. Atap zink, susah nak nampak. Semuanya menggunakan atap genting.
5. Ukiran berseni dan kerawang di setiap pintu gerbang rumah, pagar batu dan bangunan.


6. Jalanraya kecik.
7. Bersih, jika ada sampah pun cuma sampah bekas bunga untuk sembahyang saja.
8. Masakan tradisi yg paling terkenal : babi guling dan ayam betutu.
9. Pokok kemboja di mana-mana saja.
10. Setiap desa punya keistimewaan :
Kintamani - desa buahan. Buah saja sepanjang jalan terutama nangka.
Ubud - desa ukiran kayu
Celuk - Desa barangan buatan perak. Segala benda berasaskan perak dikeluarkan di sini.
Batu Bulan - desa batik dan tenunan.
Batuan - desa lukisan.

11. Setiap tempat pelancongan ada gerai-gerai jualan. Persiapkan duit untuk memborong, pandai tawar dpt lah dengan yg harga yang luar biasa.

12. Pura Besakih


a. Sebijaknya bawa kain sarung sendiri, jika tidak, supir akan turunkan kita depan gerai-gerai kain, dan kita kena beli kain sarung untuk masuk ke Pura Besakih.

b. Beli tiket, aku dapat harga local Rp5k , harga tourist Rp30k kot dan ketika itu ojek ( teksi motor) akan mengerumuni kita untuk menghantar ke pintu pura. Tawar harga seminima mungkin. Jgn bayar sekaligus, bayar separuh dulu waktu pergi dan bila balik kalau ada rezeki ojek yg sama menunggu, kalau tidak, kena naik ojek lain. Harga dia letak Rp50k, tawar Rp10k = RM2.70 sehala. Bukan jauh 500m ja kot, cuma mendaki bukit ja yg agak semput. Ngee !

c. Turun saja dr ojek sekumpulan wanita yg berniaga bunga akan terus meletakkan bunga ke telinga anda, kemudian meminta bayar. Jgn kaget, kalau mahu ambil dan bayar, jika tidak pulangkan semula dan blah. Buat cam aku, hati kena kering. Sorry aku tak berminat keluarkan duit pada perkara yang aku tak perlukan.

d. Guider sudah sedia menunggu di pintu pura walaupun kita tak mahu menggunakan khidmat guide. Dengan hanya tawaran untuk mengambilkan foto, kita sudah terikat perjanjian mengupah guide. Harga guide Rp50k = RM13.80. Kalau anda banyak duit apasalahnya bayar sajalah. Hati-hati.

12. Masih mengekalkan tulisan dan bahasa sangkrit asli Bali.

13. Kenapa pantai Kuta kotor dengan sampah ? Persoalan aku terjawab bila aku nonton forum di telibisen dorang. Ngam2 mereka sedang membicarakan persoalan permasalahan tersebut.
Setiap tahun mulai Dis- Mac, pemerintah Bali akan menghadapi masalah kedatangan 'sampah kiriman'. Kerana pantai Kuta berbentuk teluk, jadi bila musim angin barat datangnya hujan, angin kencang, tekanan udara rendah di Benua Aussie tu yg segala sampah dari laut Hindi termasuk sampah dari Pulau Jawa yg lain akan dibawa terus ke pantai Kuta, Seminyak dan Legian. Phews ! aku baru nak kritik. hahaha...

MOTS : kalo nak datang bali elakkan bulan Dis hingga Mac.

http://id.wikipedia.org/wiki/Bali

Di Bali ada 4 kasta iaitu:

Brahmana, Ksatrya, Wesya dan Sudra :

Brahmana : merupakan kasta dari golongan Pendeta. Di mana sampai sekarang mereka diberi gelaran Ida Bagus (laki-laki) dan Ida Ayu (perempuan).

Ksatrya: kasta dari golongan abdi Negara/kerajaan, yg diberi gelar Anak Agung.

Wesya : kasta golongan prajurit. Mereka diberi gelar Gusti Bagus (laki-laki) dan Gusti Ayu (perempuan).

Sudra : ini adalah kasta yg terakhir di Bali, dimana kasta Sudra tidak mempunyai gelar, mereka hanya diberi nama menurut urutan kelahiran seperti;
Wayan (anak pertama), Made (kedua), Nyoman (ketiga) dan Ketut (keempat). Jika ada yg mempunyai lebih dari 4 orang anak namanya akan kembali lagi keurutan pertama (wayan), begitupun seterusnya.

http://yellowcyber.wordpress.com/2010/04/05/tradisi-kasta-dan-nama-orang-bali/

Ya, aku suka Bali kerana kesenian ukiran halusnya, dekorasi setiap rumah dan bangunan tak tercapai akal ku untuk memikirkannya betapa mereka sangat teliti, sabar, taat dan patuh. Banyak lagi yang aku tidak ketahui, ini baru 1% yg aku tahu tentang Bali.

Nah, jika anda pergi ke Bali atau bertemu dengan orang Bali, anda sudah tau serba sedikit tentang mereka.
Ok, cukup sudah cerita perjalanan kali ni. Dari laut dan pantai, gunung dan danau serta sungai dan air terjun semua aku tapau dalam masa 5 hari. Boleh lah, janji sampai. Peace dan terima kasih buat teman2 seperjalanan. Cheers !

NUSA CENINGAN


Lokasi yang jarang orang pergi ialah di Nusa Ceningan. Untuk ke sana aku perlu menaiki bot laju dan turun di Nusa Lembungan, kemudian boleh menyewa motor. Pulau Nusa Ceningan dihubungkan dengan sebuah jambatan seperti gambar di atas. 
Harga speed boat Rp300,000 = -+RM86 (pergi/balik)
Motor = Rp60,000 = -+RM17 sehari.


Penginapan yang aku pilih ala-ala di Maldives - Le Pirate. Sangat simple dan menarik. Satu malam Rp500,000 = -+RM144


Di Nusa Ceningan kita boleh tengok sumber pendapatan penduduk setempat yang mengusahakan rumpai laut. Setiap hari, seawal jam 4 pagi sudah kelihatan lampu-lampu di tengah laut.




Hampir setiap ceruk di Nusa Ceningan aku redah, dan pemandangannya amat meruntun jiwa aku. Terkesima.




Laut, pantai, gunung aku redah, termasuklah sungai dan air terjun. Dapat lah layan WWR di Telaga Waja.




Ini adalah sebahagian lokasi yang aku sempat pergi. Ternyata Bali memang telah menarik hati aku. Mungkin jika diberi rezeki yang lebih aku akan kembali lagi ke sini untuk menjejak :
Desa Tenganan, di mana itu adalah perkampungan orang Bali yang asal.
Desa Trunyan, (penduduk asal Bali) yang tidak menanam mayat, sebaliknya diletakkan di bawah pokok yang harum.

ULUWATU


 PANTAI LEGIAN


TUGU PERINGATAN 


TANAH LOT

Bayaran masuk ke Tanah Lot sebanyak Rp30,000 = -+ RM8.67




 ~ A traveler, mende a broken heart ~

***