Kepulauan Riau ada 8 :
Bintan
Batam
Karimun
Kundur
Singkep-Lingga
Anambas
Natuna
Moro
HARI PERTAMA
PULAU KARIMUN
Pengembaraan kali ini, aku memilih untuk ke 3 dari 8 buah pulau. Lokasi pertama ialah Pulau Karimun. Menurut cerita, pulau ini diberi nama mengikut nama penduduk asal iaitu Karim dan Maimunah. Seawal jam 8 pagi aku bergerak dari Klang ke Kukup dengan menaiki kereta rakan kayuhan Sham Shahrul dan anaknya.
Di Tanjung balai aku menginap di Hotel Holiday rp242,000 = RM70. Ada hotel yg lebih murah, tetapi memandangkan ketika itu Majlis Tilawah Al Quran peringkat seluruh KepRi sedang berlangsung, maka semua hotel telah penuh.
Sampai di Pulau Karimun pun sudah jam 5 petang. Jadi aku hanya sempat untuk melawat di pesisir pantai di mana lokasi Tilawah Al-Quran peringkat KepRi sedang berlangsung. Kelihatan gerai-gerai yang sangat cantik reka bentuk dan hiasannya.
Terdapat juga sebuah tugu peringatan berbentuk kapal layar yang baru dibina di tengah-tengah pusingan bulatan.
Malam itu, aku hanya berehat di dalam bilik hotel kerana masih keletihan akibat perjalanan yg jauh dr Klang ke Kukup.
HARI KEDUA
PULAU KUNDUR
Pagi itu, sebelum bertolak ke Pulau Kundur, aku bersarapan dulu dengan hidangan yang baru aku jumpa iaitu roti goreng. Roti yang dicelup dengan telur kemudian digoreng garing. Diletakkan sedikit kaya untuk dicicah.
Sedang aku mengayuh, terjumpa dengan sebuah bas yang unik, di mana ia dibina dari kayu. Bas ini digunakan untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Kira bas sekolah lah tu. Hanya terdapat di Karimun saja.
Seterusnya menuju ke Masjid Agung. Masjid yg mempunyai ruangan tempat yang luas untuk latihan mengerjakan ibadat haji. Di sekeliling masjid ini juga ditanam dengan pokok-pokok kurma dan pokok buah naga.
Jam 12, aku sudah sampai di jeti Tanjung Balai. Jam 12.30 tghari bot mula berlayar ke Pulau Kundur. Guider dari sana bernama Bang Ijol sudah lama menunggu. Kayuhan penyerahan diri untuk penyiksaan pun bermula.
Tiket bot dari Tanjung Balai ke Pulau Kundur Rp20,000 = RM5.78 seorang.
Hotel Pelangi : Rp120,000 = -+RM35
Upah tukang angkat basikal naik ke bot Rp10,000 = -+RM3
Sampai di Tanjung Batu sudah jam 5 petang. Cadangnya lepas berehat sebentar, aku nak keluar semula untuk mencari 'tangga ajaib' yang terletak di Pantai Gading. Malangnya, hajat tak sampai kerana keletihan. Hanya keluar untuk mencari makan malam dan duduk melihat Bang Ijol bekerja.
Ini lah pekerjaan sambilan Bang Ijol di sebelah malam, kerana kecintaannya terhadap basikal dia membeli 'odong-odong' dr Jakarta. Kebiasaan duit akan dimasukkan ke dalam kotak dan dia akan bergerak, tetapi bang Ijol hanya kayuh sahaja. Selain itu dia juga menyediakan servis basikal tandem untuk pusing2 pekan selama 1 jam berharga Rp20,000 = -+RM5. Basikal2 ni dia beli dari Jakarta menggunakan duit hadiah Jambori basikal yang dia selalu menangi.
HARI KETIGA
PULAU GALANG
Seawal jam 7 pagi WIB, aku dah bersedia untuk berlayar dari ke Pulau Galang. Aku bersarapan dahulu dengan lontong sayur. Ada mee hoon ?
1. Jambatan Tengku Fisabilillah
2. Jambatan Nara Singa
3. Jambatan Raja Ali Haji
4. Jambatan Sultan Zainal Abidin
5. Jambatan Tuanku Tambusai
6. Jambatan Raja Kecik
Tiba di jeti Pulau Galang, keadaannya tidak sesibuk seperti jeti-jeti bot yang lain. Kelihatan beberapa warga Flores sedang menantikan kedatangan bot mungkin untuk mencari upah mengangkat barang-barang dagangan
penumpang yang datang.
Aku ambil keputusan untuk teruskan saja perjalanan ke lokasi seterusnya.
Di antara jambatan 5 menuju ke jambatan 4 jaraknya sangat jauh. Laluannya sangat menyiksakan. Kita akan jumpa satu jalan yg sangat lurus seolah2 tiada penghujung. Jalan itu juga dijadikan 'landasan darurat' untuk pendaratan kapal terbang jika Airport Hang Nadim bermasalah.
Beginilah pemandangan di sepanjang jalan. Kesan kebakaran jelas kelihatan.
Aku sampai ke jambatan 1 pun sudah jam 6 petang. Berlegar-legar mencari tempat bermalam. Ada hotel tapi harganya Rp700,00 = RM200 untuk hari biasa dan Rp900,000 = RM260 harga hujung minggu. Akhirnya aku memilih untuk tumpang bermalam di sebuah masjid bernama Nurul Huda di jambatan 2. GRATIS !
Tapi sebelum tu makan malam dengan ayam penyet yang paling sedap pernah aku makan. Ayam kampung yang diperap dengan rempah digoreng garing.Terkenang kenang hingga hari ni.
HARI KE EMPAT
BATAM
Perjalanan diteruskan selepas solat subuh. Berhenti sebentar untuk mengabadikan gambar di jambatan Barelang.
..dan sesungguhnya benarlah Melayu berasal dari Kepulauan Riau. Pertuturan penduduk tempatan pun lebih kurang sama saja dengan bahasa kita di Semenanjung.
Walaupun cuaca baru jam 8 pagi tapi bahang mataharinya amatlah menduga kesabaran. Jeti Sekupang jadi destinasi untuk hari ini.
Harganya Rp85,000 = -+RM24.50.
Cas pelabuhan Rp6,000 = -+RM1.70
Upah muat naik basikal Rp10,000
Di Tanjung Balai ke Kukup
Pengesahan tiket pun kena bayar Rp60,000 = -+RM17
Cas pelabuhan Rp60,000
-+ budget aku abis dalam RM450-500.
Dengan rasminya, aku istiharkan Kepulauan Riau ni adalah tempat terbaik untuk RAJA BUKIT dan racer2 yg dah super power ranger untuk mantapkan stamina. Lagipun korang bukannya nak tengok sangat pemandangan kan, so boleh lah kayuh lelaju.
Sekian, jika diberikan umur yang panjang, dimurahkan lagi rezeki, aku mau backpacker ke Lingga.
***
~ A traveler, mender a broken heart ~