Thursday, April 6, 2023

Menjenguk ke Sungai Lembing

EKPLORASI 
 SUNGAI LEMBING

Jumaat, 26hb April 2019
Sebenarnya aku tak pernah lagi datang ke Sungai Lembing. Cadangan awalnya nak berbasikal dari Kuantan hingga ke Sg. Lembing, tapi disebabkan masalah cuti bagi kawan-kawan yang bekerja, jadi terpaksa ubah rancangan dengan berkereta sahaja. Sudahnya jadilah trip jalan-jalan cari makan.

Bertolak dari rumah sekitar jam 8 malam, aku tumpang kereta Shila. Sampai di Kuantan dalam jam 3-4 pagi, Shila turunkan aku di Pantai Kempadang. Kemudian dia pergi menjemput Katt di perhentian bas Kuantan dan bawa ke pantai semula. Dapatlah kami tidur sekejap sementara menunggu hari siang. Bila dah cerah Shila bawa ke rumah adiknya untuk membersihkan diri.


Sabtu, 27hb April 2019
Tak de apa-apa aktiviti yang menarik kecuali jalan-jalan cari sarapan. Lepas makan singgah di Pantai Sepat tengok pertandingan memancing.


Lepas tu cari makan tengahari pulak.
Nak cerita sikit tentang restoren ni. Restoren ni bernama MABIQ Restaurant, terletak di Tanjung Lumpur.

Mula ditubuhkan 1 Jan 2010 sebagai tempat makan pelajar tahfiz al-quran. Oleh kerana masalah ke-wangan, MABIQ terpaksa mengadakan jualan makanan  dengan niat 100% keuntungan disedekahkan untuk pendidikan dan pembangunan maahad Tahfiz MABIQ.

Mereka berpendapat sampai bila mahu meminta2 derma.
Itu lah kisah permulaannya.

Lepas makan kita cari puding untuk minum petang. Mengah.


Menjelang senja baru lah mencari tempat tidur. Lokasi pilihan di tepi sungai. Sungai pulak berhampiran dengan kubur. Haish.



Malam tu konon nak buat unggun api, jenuhlah mencari ranting kayu, kertas dan daun kering. Mana maunya sebab dari petang hujan gerimis tak berhenti. Sudahnya duduk ja dalam khemah berborak sampai tengah malam.





Ahad, 28hb April 2019


Pemandangan waktu pagi memang damai. Walaupun tak berapa nak sejuk tapi bila nampak kabus dah dikira bahagia lah.




Disebabkan tiada tandas dan punca air paip, maka aku terpaksa ikut serta mandi sungai. Ha layankan aja lah.


Lepas mandi, kami pun kemas khemah dan membersihkan kawasan sekitarnya jangan ada sampah yang tertinggal.




Muzium Sungai Lembing.







 


Lombong Sungai Lembing














Pekan Sungai Lembing




Punya lama simpan, baru nak post.