Thursday, November 13, 2014

Kisah Rebung di Ba Be Lake

Imbas kembali kisah lalu...

Dalam perjalanan kami menuju ke Cao Bang, kami hilang arah dan sampai di Babe Lake. Hari semakin gelap dan kami tidak mempunyai pilihan melainkan menginap satu malam di rumah tamu.

Pada malam itu, pemilik rumah tamu itu menyediakan makan malam. Nasi, telur dadar dan sayur-sayuran. Aku tak pasti apakah ia. Ia dicincang halus dan digoreng bersama bawang. Sesungguhnya aku tidak pernah rasa hidangan seperti itu. Yummy.


Setelah beberapa lama aku mencari barulah aku tahu, rupanya sayur rebung. Itulah pertama kali dalam hidup aku makan sayur rebung.

Kisah berkait.

Tuesday, November 11, 2014

Dongengan Hikayat 1001 malam


One beautiful night, a Rabit says to a Totis... 

Jikalau you ingat sewaktu I kiss your forehead, in anytime you may remember. It's my sign of 'mengasihi' you as you in person, your inner-self ,rasai ? bukan kucupan bibir tanda sebagai kasih-sayang tetapi di dahi you, itu sahaja dapat I perkatakan faham ? so please respect it I do not this simply if I do not respect a person, especially a woman when I respect a situation, I salute it from my heart nothing more, nothing less but if one day suddenly you or me feel like not going to be together anymore (who knows), remember this , always remember, a forehead kiss is more than everything else as a meaningful term lasts till you die. I do not know about you and your expectation but simply I can put it is, when I respect an individual in person, it means something to remember for longest time even anyone of us die, clear ? So I hope you understand this, forever. Nobody knows what happens next, even the next seconds to come. Kita tidak miliki ketentuan, tetapi ketentuan itu tersimpan suratan yang tersirat, amat dalam dan tersembunyi ribuan makna yang perlu dicari untuk dimengertikan.

and the Totis says ...


I will remember till I die.

Monday, November 3, 2014

Kayuhan Penghujung Tahun 2014

KUALA LANGAT, satu daerah yang kurang dikenali. Kebanyakkan masyarakat MY hanya kenal dengan Pantai Morib sahaja. Padahal, di Kuala Langat banyak tempat-tempat bersejarah serta lokasi yang menarik. Kali ini, atas permintaan kawan-kawan aku pun buat satu trip kayuhan berbasikal dua hari satu malam. Kalau nak ikut aku memang malas nak buat trip kayuhan ni lebih-lebih lagi kalau melibatkan Bukit Jugra sebab semestinya aku kena mengadap Bukit Jugra yang kejam berkali-kali dengan basikal. Walau bagaimana pun atas dasar ingin memperkenalkan Bukit Jugra yang kurang dikenalli berbanding Bukit Melawati aku hadapkan juga. Selamat Datang kawan-kawan ke daerah KUALA LANGAT.

Hari pertama, semua peserta berkumpul di kedai makan sebelah Petronas Telok Panglima Garang batu 9 Kebun Baru. Peserta paling jauh yang menyahut jemputan aku ialah dari Ipoh, Kuala Lumpur dan Puchong. Selainnya adalah kawan-kawan pesikal tegar sejati yang tinggal di Klang, Kapar dan Shah Alam yang sama-sama memberi sokongan moral walaupun ada yang tidak berbasikal tetapi tetap menghadirkan diri.



Hari itu, langit kelihatan redup dan mendung. Hujan gerimis mulai turun. Aku memulakan kayuhan dengan perlahan diikuti rakan-rakan yang lain. Aku mengambil jalan pintas di pekan Telok Panglima Garang - Telok Mengkuang yang kurang kenderaan, walaupun jauh sedikit, tapi tak mengapa kerana di situ ada satu pemandangan yang menarik dan comel. Kolam itek dan angsa. Siapa yang lalu di Jalan Perepat akan dapat lihat pemandangan itu.



Aku dah sediakan pelbagai laluan dan cabaran untuk kawan-kawan. Cabaran pertama untuk dihadapi oleh peserta adalah mendaki jambatan Kampung Sawah. Jambatan yang merentangi  Sungai Langat, boleh tahan gak dia punya tinggi dan ia menjadi laluan singkat ke Klang atau Banting untuk penduduk di sekitarnya. Dari atas jambatan kita boleh nampak Bukit Jugra tersergam gagah. Ladang kelapa sawit terbentang luas, dan Sungai Langat mengalir tenang. Sekali sekali kita dapat lihat kapal tunda menarik pelantar besi di sungai. Mujur cuaca redup nak hujan, kalau tak memang masak berpinar-pinar mata kalau lalu kat sini. - Sessi bergambar.



Dalam trip kali ini, aku dibantu oleh kawan-kawan 'leader' dan 'sweeper' yang tersohor. Kerjasama mereka sangat 'well done'. Segala urusan perjalanan selama tempoh 2 hari 1 malam dalam keadaan yang baik. Lokasi kedua adalah Istana Sultan Alaedin di Kampung Bandar. Masuk adalah percuma, pelawat hanya perlu menulis nama di buku pelawat di post pengawal. Pelawat juga dibenarkan masuk ke dalam istana. Jadi kita bebas untuk melihat sendiri rekabentuk dalaman istana ni. Ini lah satu-satunya istana yang tak perlu ada protokol dan tak ada pengawal. Memetik sedikit kata-kata dari pemerhatian pribadi rakan turing yang melawat istana ini :

Rizq Fadzlin Mohd Ramli : 1914-2014 genap usia istana ini 100 tahun, saudara. Kita bagai meraikan ulangtahun seabad nya~

Bahrumsah Abrani : Naik motor..naik kereta tk pernah sampai area ni..dgn basikal kita jejak warisan disini...

Jika mahu mengetahui lebih lanjut boleh klik di sini sejarah serta kisahnya. Untuk pengetahuan semua, gambar-gambar yang aku sisipkan di sini semuanya aku ambil dari sudut pandangan rakan-rakan turing yang mengikuti penjelajahan tempohari. Dari paparan gambar-gambar ini tidaklah aku dikatakan syok sendiri. Biar mereka yang telah melihat /mengalami yang berbicara, aku hanya menunjukkan jalan.




Memandangkan kedudukan setiap tempat berdekatan, maka perjalanan kayuhan menjadi lebih mudah dan tidak membuang begitu banyak masa. Seterusnya aku menuju ke Masjid Alaedin atau Masjid Bandar. Dari jauh dah nampak keunikannya. Masing-masing bergegas mencari 'angle' yang menarik untuk merakamkan gambar masjid ni. Kalau penampilan luarannya saja sudah begini, apa lagi hiasan dalamannya. Berada di dalam masjid ini aku rasa tenang sekali. Terpesona melihat ruang solat dan mimbarnya. Aku ni tak pandai nak menyusun ayat untuk menerangkan apa yang aku lihat, jadi silalah baca di blog ini kerana apa yang diceritakan sama seperti yang aku lihat.


Kebiasaan lokasi setiap pemerintahan mesti berdekatan dengan sungai atau laut. Aku maklumkan kepada Wak Jan untuk mencari sungai atau jeti di sekitarnya. 500 meter dari masjid ini ada jalan kecil yang terletak betul-betul di tepi sungai. Cantik juga pemandangan di sini, boleh nampak bot tunda dan tempat ni jadi lokasi untuk memancing. Jadi sila bayangkan suasana 100 tahun dahulu.


Menyelusuri laluan tepi sungai akan membawa ke Makam Di Raja Kampung Bandar.  Di sinilah tempat persemadian kaum kerabat sultan Selangor dari dulu hingga kini. Kelihatan kawasan makam ini dijaga rapi. Pintu pagarnya juga tidak berkunci dan ia memboleh kan sesiapa saja boleh datang menziarah.


Di dalam kawasan makam ini juga terdapat tinggalan tapak masjid lama. Pada dahulunya, sebelum terbina Masjid Alaeddin atau Masjid Bandar, telah dibina sebuah masjid untuk digunakan oleh penduduk awal Kampung Bandar ini. Masjid lama ini diberi nama Masjid Raja Muda.

Masjid Raja Muda ini dibangunkan  lebih kurang pada tahun 1875 di tapak tanah perkuburan Makam Diraja Kampung Bandar ini. Pada tahun 1920, masjid ini telah rosak teruk dan tidak boleh digunakan untuk solat berjemaah. Sesuatu yang menarik dan perlu untuk difikirkan adalah, bagaimana batu granit yang menjadi bahan asas pembinaan masjid ini dipotong dengan saiz keseluruhannya hampir sama. Cuba fikirkan, zaman dulu mana ada mesin pemotong batu. Adakah mereka menggunakan tukul dan pahat ?


Untuk peringkat  ke tiga, cabaran paling agung yang perlu ditempuh adalah pendakian ke Bukit Jugra. Ini adalah klimak yang dinanti-nanti. Sebelum ni laluan adalah landai, jadi semua macam mengantuk dan lenggang kangkung ja. Aku pulak asyik memikirkan boleh ke tidak aku naik ni ? Kadang-kadang kita bukan nak bertarung kehebatan atau kekuatan dengan orang lain, tetapi hanya nak tahu kemampuan diri sendiri. Setidak-tidaknya mesti nak capai tahap ~ mampu buat dan boleh buat. Dari situ boleh tahu tahap kesihatan diri.


Maka kayuhlah aku mengikut sistem yang biasa aku buat. S1G1 (speed 1, gear 1). Kalau nak ikut mode malas aku, tunggu kat kaki bukit ja. Kawan ngan beruk dan kera. Tapi apa barang gogo lepak bawah. Layan satu kali terus puncak la. Haih ! Basikal aku cuma 7 speed ya. Jadi siapa yang punya basikal 10- 15 speed, jangan kata tak boleh naik. Henjut je lah ! Kecuali ada masalah kesihatan, yang tu elok tolak basikal ja.


Aku 'target' nak buat 1 kali henti, tapi sebab kesilapan aku tidak mengikat kaki seluar dengan kemas, maka berkali-kali lah aku terpaksa berhenti. Habis seluar aku jadi roti kirai. Lece ! Alhamdulillah, kesemua rakan-rakan kayuhan selamat tiba di kawasan rehat Bukit Jugra. Tak kira bagaimana cara sampai ke puncak, asal selamat ya udah !

Cadangan asal untuk terus ke puncak Bukit Jugra yakni di pintu masuk tinggalan kem tentera. Tapi bila nafas masing-masing tinggal nyawa-nyawa ikan, maka sampai di tempat paragliding je la.
Kebiasaannya pada hujung minggu kita akan dapat melihat aktiviti paragliding diadakan. Hari tu memang ada satu kumpulan sedang menunggu ketibaan tiupan angin untuk memboleh kan mereka terbang. Hasilnya pemandangan yang kita dapat lihat seperti gambar ni.


Lama juga duduk berehat kat situ. Leka tengok orang berparagliding. Bila perut masing-masing dah lapar, baru la mulakan kayuhan semula. Hentian akhir ialah di Pantai Kelanang dan akan bermalam di situ.

Walaupun aku dah bertahun-tahun menetap dia daerah ni, tapi tak pernah sekali pun tidur kat sini. Pasal tu lah kali ni aku nak cuba. Gerak hati aku bilang semuanya baik- baik aja. Selepas mengisi perut di restoren yang berdekatan, aku pun mencari kawasan yang strategik untuk mendirikan khemah diikuti rakan-rakan yang lain. 
Tempat ni memang sesuai sekali dan best untuk berkhemah. Keperluan asas semuanya ada disediakan. Dari segi keselamatan semua terjamin. Tandas dan surau pun ada, cuma kalau ada yang rosak sikit-sikit tu adalah disebabkan tangan-tangan pengunjung juga. Tandas akan dikunci pada jam 11 malam, cuma ada tandas OKU saja yang dibuka. Itu pun sebab kuncinya dah rosak. Pintu pulak kena lah sendal dengan batu. Suraunya pulak tak berkunci, bersih telekongnya cuma tenaga elektriknya tidak diaktifkan. Gelap.
Bila semua khemah dah siap, baru lah bancuh kopi, teh dan bakar jagung. Aktiviti sembang menyembang pun bermula. Dari satu topik ke satu topik, sampai la masuk ke topik hantu. Eh ! dia cerita hantu daa. Dah la time maghrib, tepi laut, khemah pulak tu jauh jaraknya dari satu sama lain. Haish ! Lastly aku potong cerita hantu dengan lelongan meh meh makan jagong bako meh ! hihihi.


Malam tu, lepas makan malam di restoren berhampiran, geng-geng yang masih tinggal ni sambung semula bentang tikar dan minum kopi. Sembang lagi dan lagi. Suasana tiba-tiba jadi riuh sedikit dengan bunyi enjin motor. Tak sangka pulak kat Pantai Kelanang ada trek untuk sukan bermotor , tapi untuk anak-anak sekitar usia di bawah 12 tahun. Memang agak bising tetapi setakat 2-3 jam ja. Lepas tu suasana kat situ sunyi senyap. Dapat lah aku tidur lena sehingga jam 5.30 pagi.



Tepat jam 05.30, mata masih pejam. Sayup-sayup aku dengar suara orang datang dari arah pantai. Mungkin nelayan agaknya sebab yang berkhemah di pantai semua geng BikePackers My ja. Aku tarik selimut lagi. Tiba-tiba bunyi tik tik tik tik...eh ! hujan ke ? makin lama makin lebat. Aduh ! terus aku kemas barang-barang masuk dalam beg, pakai tudung dan tudung saji terus keluar cari wakaf. Hujan lebat gile, tak sampai 5 minit lantai khemah dah banjir. Angin pulak kuat,dengan tempiasnya lagi. Tahan je la sejuk.
Aku peratikan ja khemah yang lain. Sorang-sorang keluar cari tempat berlindung. Cuma 2 buah khemah ja masih steady penghuninya tak bergerak. Aik ! elok ja tidur. Owh mungkin khemah dia kalis air agaknya. Nasib badan la. Alang-alang dah bangun, terus bersihkan diri,solat dan jerang air.




Gambar kenangan di Pantai Kelanang sebelum memulakan perjalanan ke lokasi seterusnya.



Ini adalah lokasi yang popular di Pantai Kelanang. Tunggul-tunggul bakau yang telah mati menghiasi panorama tepian pantai. Dengan cuaca yang baik dan langit yang membiru menjadikan pemandangan lanskap begitu menarik. Siapa yang datang ke Pantai Kelanang tapi tidak merakamkan gambar di sini amat lah rugi sekali.



Dari Pantai Kelanang ada laluan pantai terus menuju ke Pantai Morib. Kadang kita boleh nampak orang asli mencari siput pepahat ketika air surut hingga nun ke tengah laut. Jika di lain masa, mungkin kita boleh berhenti dan membeli hasil tangkapan mereka. Sikit-sikit bantu mereka apa salahnya.


Trip kayuhan hujung tahun hampir ke penghujungnya. Sebelum tu tak sah kalau tak berhenti makan dulu di gerai berhadapan dengan Pantai Morib. Macam-macam menu ada kat sini. Tengok memang menyelerakan. jadi aku menyeru kepada kawan-kawan yang lain "Sila datang ke Daerah Kuala Langat untuk menikmati segala pengalaman yang menarik dan pelbagai''


Hentian terakhir sebelum berpisah, aku bawak geng ni berhenti minum kat gerai goreng pisang sebab masing-masing dah kempunan air tebu. Gerai ni memang jadi tempat persinggahan aku bila ulang alik hantar anak pergi ke kolej. Macam-macam hado. Tempe goreng, cucur udang, kopok lekor, kerepek, tolo masin pun hado. Lagi menarik bila semua pekerjanya adalah terdiri dari rusuk kiri. Hahaha. Pastikan korang berhenti rehat di sini ya.


~ Wal akhirul qalam..

-Terima kasih pada para peserta yang bersungguh-sungguh menghadirkan diri ke kayuhan ini.
-Terima kasih pada Atok dan isteri, sebab bagi pakai dapur gas.
-Terima kasih pada Wak dan Ija sebab bagi pinjam 5 million stars hotel dan menunggu hingga lewat
  malam.
- Terima kasih pada King/ Wak Jan sudi jadi sweeper.
- Terima kasih Tok Iski dan isteri belanja jagung.
- Terima kasih Enchek Rizq Fadzlin Mohd Ramli yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak
   ikut kayuhan ni. Sangat menghargainya.
- Terima kasih juga buat Adi Manap, Wan Faiz dan Bahrumsah Abrani kerana meramaikan jumlah
   peserta.
- Mintak izin dari kawan-kawan untuk guna pakai gambar-gambar dari album korang.
- Jangan serik dan jangan jemu. Daerah Kuala Langat masih banyak tempat-tempat yang menarik.
- Silalah menjelajah.
- Minta maaf jika ada banyak kekurangan, minta maaf juga jika ada nama yang tertinggal untuk
  disebut.

J U M P A  L A G I
---

Wednesday, October 29, 2014

Northern Vietnam - Di sini lahirnya sebuah CINTA II


Baca cerita sebelumnya : Northern Vietnam - Di sini lahirnya sebuah CINTA

10HB OKTOBER
-CAO BANG-

Perjalanan dari Dong Van, melalui Ma Pi Leng Pass sehingga ke bandar Meo Vac memang mengujakan dengan pemandangannya yang sebelum ini tak pernah aku terfikirkan ianya wujud di atas muka bumi ni. Sesungguhnya itulah bukti kekuasaan Allah SWT.






Di tengah pergunungan aku banyak berselisih dengan anak-anak peribumi pergi ke sekolah menaiki basikal. Cuba bayangkan hari-hari mendaki gunung. Kadang nampak mereka jalan sendirian entah di mana sekolahnya tidak diketahui. Dah la dari satu kampung ke satu kampung yang lain tu jauh-jauh jaraknya. Apalagi nak jumpa pekan kecik. Fikir-fikirkan lah keselesaan kita di MY jauh lebih baik tapi masih mahu merungut itu dan ini.





Sehingga jam 1 petang aku di atas motor menghadap jalan yang kering berdebu, akhirnya ambil keputusan untuk berhenti rehat. Kering muka aku ni hah, nak senyum pun payah. Dah la cuaca sejuk, jadi tak rasa dahaga, makanya aku kurang minum air, lagi la kering kulit muka. Tempat ni memang best. Tepi sungai dan tempatnya terbuka. Ingat tak de hidupan rupanya ada jugak sekumpulan kambing yang datang mencari makan. Kambing tak pe jangan vavi. Untuk tempoh lebih kurang satu jam dapat la aku solat, masak nasi, masak air dan makan. Sempat lagi tu meluruskan badan, baring-baring tepi sungai ni. Ahh, pengembaraan sebegini yang ku idamkan. Free & easy.


Soal makan di negara luar ni memang menjadi kepentingan utama bagi pengembara muslim macam aku. Pasal tu, persediaan makan diberi keutamaan dengan membawa stove, periuk dan mestin. Makanan asasi memang aku bawak iaitu beras, serunding, maggie, garam, gula dan teh. Ditambah pula dengan makanan tahan lama seperti sardin tin, sambal ikan bilis dan rendang daging. Tak lupa juga produk Brahim's hadiah dari Ija & Wak Rahim. Gas pulak boleh dibeli di kedai jual peralatan eletrik di bandar Hanoi. Jika nak makan sayur atau buah-buahan, boleh la merayau masuk ke dalam pasar. Pilih ja nak makan sayur apa, murah lak tu, seikat sayur sawi kalau kat sini harga dia rm2 tapi aku beli cuma 75sen ja. Banyak pulak tu. Ikan masin, telur itek, cili api turut dibeli. Ha ha ha. Memang syok, sekurang-kurangnya jimat sikit duit belanja. Hidup aku selama 12 hari kat sini tidak le sengsara kebulur kurang makan. 




Dalam perjalanan dari bandar Cao Bang menuju ke air terjun Ban Gioc, aku melalui satu perkampungan yang namanya seperti biasa pada aku "Parang" iaitu Ban Pac Rang  di Phuc Sen. Sepanjang jalan ada gerai menjual parang. 





Kiranya masyarakat di sini memang mahir tentang besi. Ada dua kaedah pembuatan, satu menggunakan tenaga buruh mcm gambar di bawah.


Kaedah lain menggunakan mesin pengetuk untuk membentuk parang.



Berbalik semula tentang perjalanan aku menuju ke Cao Bang. Misi untuk kembali semula ke air terjun Ban Gioc yang pernah aku jejak tahun 2011. Aku cuba mengingatkan kembali jalan yang pernah aku lalu dulu. Hilang, semuanya sudah berubah atau jalan yang berlainan ? Yang pastinya jalan masuk menuju ke lokasi air terjun benar-benar sudah berubah. Aku masih ingat lagi, dulu jalannya hanya tanah merah yang berlubang-lubang dan berdebu. Kini sudah ditambak dengan tarmac. Di kiri dan kanan sudah dibangunkan dengan rumah penduduk.  



-AIR TERJUN BAN GIOC-
Menghampiri lokasi yang dirindui, terdengar bunyi deruan air yang sangat kuat. Melonjak-lonjak rasa gembira di hati. Misi aku kali ni bukan lagi untuk mengambil gambar seperti 'angle' dulu, tapi aku ingin mencari lokasi yang lebih menarik. Ok let's gone babeh !
Seperti biasa pelawat perlu membeli tiket masuk berharga 20kvnd = rm3. Aku mengharapkan sawah padi di sekitar air terjun sedang menguning, tapi malangnya ianya seperti baru saja dituai. Setelah meletakkan motor di tempat yang selamat, ( dipaksa bayar tempat parking pada pemilik tanah kat situ jugak) aku terus mencari trek untuk naik ke tingkat 2 air terjun tu. Ahah ! sungguh 'best' rasanya bila dapat naik dan tengok dengan lebih dekat tingkat-tingkat air terjun tu.







Lama jugak aku berlegar-legar di kawasan ni, segala ceruk jalan aku redah sampai ke sempadan China aku lepas merayap. Pergh, terbaik ! Apa pun boleh la kalau nak dikatakan berpuas hati, cumanya satu ja yang terkilan. Masih tak dapat hasilkan gambar aliran air terjun yang cantik (silky). Tripod tak de, jadi tak boleh nak 'try & error' slow shutter. Ahaa..baru nak belajar sikit-sikit 'mode manual'.



sempadan  China/Vietnam
Masa menghala keluar dari Ban Gioc, aku jenguk-jenguk jugak di sepanjang jalan kot-kot nampak kedai yang jual air botol green tea yang mana kat situ lah aku tumpang buang air kecil yang tandasnya bersebelahan dengan kandang babi jantan yang sangat besar. Mencari-cari jugak, rumah kedai tempat aku tumpang berteduh dari hujan lebat sampai tertidur dengan baju basah lencun dengan keadaan duduk hingga ke pagi. Arhh..semuanya dah tak ada seperti yang dulu. Yang tinggal hanya lah nostalgia.
Hari menjelang petang. Dalam perancangan mahu terus ke Babe Lake. Tapi hati berbelah bahagi rasa macam jauh ja. Akhirnya lepaskan saja hajat nak ke sana. Laluan diubah mahu terus ke Lang Son. Sampai separuh jalan hari sudah pun gelap. Nak tak nak terpaksa berhenti di Trang Dinh memandangkan Lang Son masih jauh lagi, aku tak mahu ambil apa-apa risiko.



11HB OKTOBER
- HA LONG -

Pemandangan dari Trang Dinh hingga ke Ha Long Bay sangat menyakitkan hati dan memedihkan mata. Bukan setakat itu saja, boleh mengantuk aku kat atas motor tu. Kawasan yang sedang membangun menjadikan setiap gunung dan bukit ditarah. Jalan raya sudah banyak kenderaan yang pelbagai saiz, lebih-lebih lagi lori kontena. Beberapa kali aku tersengguk-sengguk menahan mata dan khayalan. Uhf, bosan. 
Aku makin hairan kerana berselisih dengan beberapa buah lori kontena. Lama kelamaan semakin banyak pulak. Kerana perasaan ingin tahu meluap-luap maka laluan sondol pun diaktifkan. Tatkala itu, ikutlah aku laluan yang menghala ke Tan Thanh. Nak tau apa yang aku jumpa ? Rupanya di situlah salah satu pintu sempadan China /Vietnam.




Patutlah sibuk sangat. Keadaannya lebih kurang macam di Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam. Masing-masing menanti giliran untuk melalui pintu imigresen dan kastam. 
Lama jugak aku duduk memerhatikan gelagat orang dan suasana sibuk kat situ. Semuanya begitu asing sekali pada aku. Apalagi bila tengok wanita Vietnam membuat kerja berat mengangkat barang dagangan yang pada aku tak masuk dek akal kalau aku yang mengangkatnya. Mungkin itu adalah salah satu pekerjaannya mengambil upah mengangkat barang. Auch !


Leka aku memerhati sekeliling sambil makan roti perancis dengan serunding daging. Aku sebok tengok orang Vietnam, orang Vietnam sebok tengok aku , kepelikan. Ahaks.
Banyak jugak kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan yang boleh lah dianggap murah. Agaknyer lah, tapi rasanya lagi mahal. Ngeh..ngeh..


- LANG SON-

Cukuplah duduk melangok lama-lama kat border tu, jauh lagi perjalanan ni. Perut pun dah lapar sangat. Nak cari tempat berhenti pun nampaknya macam tak ada ja, sebab dah masuk daerah Lang Son yang mana ini adalah kawasan bandar dan perindustrian yang besar. Bila sampai di satu-satu kampung, mesti ada orang menjual produk pertanian yang khusus bagi sesebuah tempat. Macam yang aku jumpa ni, di tepi jalan nampak orang jual buah. Hrm sengkuang buah ke sayur eh ? 2 biji harganya 5kvnd = 75 sen ja. Boleh buat makan atas motor.


Tak lama selepas tu, ternampak seorang pengembara berbasikal. Bukan main laju dia mengayuh. Sempat ambik gambar dia dari arah belakang dan depan ja. Tengok dari gayanya macam penduduk tempatan. Nampak bakul, teringat pada Wak Jan. Aku kalau orang Vietnam yang berbasikal tak la hairan sangat, sebab dah memang gaya hidup dan jadi darah daging dorang. Setakat Sapa atau Ha Giang, sap sap soi la dorang tapau. Tak de hal lah.



-CAM PHA-
Kalau aku tak merayap ikut lebuhraya 4B dan 18 memang takkan tahu yang kat Vietnam ada lombong arang batu. Siap dibina tugu peringatan mengangkat kejayaan pelombong.


Cam Pha merupakan salah satu tapak lombong arang batu terbesar di selatan Asia yang telah dimanfaatkan selama hampir satu abad. Menurut wikipedia, lombong arang batu  pernah dipaparkan pada setem peringatan Vietnam khusus pada bulan Mac 1959. Arang batu masih membentuk asas ekonomi tempatan Cam Pha, dengan industri lain termasuk penggalian, pengeluaran batu kapur, pelabuhan, pertanian, perhutanan dan perikanan. Sampai sekarang tak habis-habis arang batunya. Hairan betul aku. 


-HA LONG BAY-



Aku sampai di Ha Long jam 17.45. Matahari dah nak terbenam dah pun. Tak ada tempat lain nak pergi selain mencari tempat untuk bermalam. Besar jugak bandar Ha Long ni, rekabentuk bangunan dia nampak betul-betul mewah. Siap berkerawang-kerawang. Mengikut pemerhatian aku, bukan di Ha Long saja tapi di Hanoi  juga reka bentuk rumah lebih kurang sama ja. Atau mungkin seluruh Viet Nam ciri-ciri rekabentuk menyamai dari Rom, Italy atau Perancis. Entah la, yang pastinya memang nampak gah.


Istana Kejayaan (aku translate tulisan kat batu tu)
Aku tak tahu yang Ha Long terbahagi 2 bahagian. Aku cari jugak muka-muka pelancong mat saleh, tapi tak nampak sangat. Nak cari hotel pun agak susah jugak, bila tanya, jawapannya 'penuh'. Cari lah juga, konon-konon nak murah cari jauh sikit dari pusat bandar. Harga standard 250-300kvnd. Bodek punya bodek dapat la 200vnd. Ngeh..ngeh.. Ok, dapat la bersihkan diri, solat, masak, makan dan rehat sekejap. Macam rugi pulak kalau tak keluar semula. Saja-saja nak tengok panorama waktu malam di sini. Wuu..boleh tahan dia punya 'havoc'. Kedai-kedai berlawan-lawan pasang musik. berdentam dentum tengah bandar tu. Peningkatan kenderaan lebih-lebih lagi motor sangat banyak bila menjelang malam. Macam ada pesta pulak.


Di dataran Ha Long bay, aku lihat ramai kanak-kanak bermain dengan pelbagai jenis permainan yang berasaskan roda. Mak bapak dorang pulak duduk minum bir, kopi dan makan kuaci. Mungkin ini lah cara masyarakat Vietnam meluangkan masa bersama anak-anak hanya di waktu malam.


Golongan muda pulak, naik motor berkuasa bateri beramai-ramai. Kadang penuh jalanraya dengan motor dia saja. Nak tengok mat rempit memang tak de, tapi dorang buat willy ada sekali aku nampak. Undang-undang di Vietnam hanya membenarkan had laju dalam bandar untuk motor hanya 40kmsj. Mungkin sebab tu kot, lagi pun jika ditahan atas kesalahan lalulintas memang tak de maaf bagimu. Motor terus disita bawak naik atas lori.


Kehidupan malam nelayan Di Ha Long. Bot adalah rumah mereka juga.


12HB OKTOBER
-NINH BINH-

Hari ke lapan aku lewat sikit keluar dari bandar Ha Long, mungkin di penghujung perjalanan ni rasanya tak da apa nak dicari lagi. Jadi saja ja meleca- leca (lambat-lambat). Pagi tu dalam jam 0900 pagi waktu tempatan dok meronda dari hujung ke hujung Ha Long bay. Segala ceruk lorong diredah sampai lah di suatu kawasan di atas bukit, semuanya hotel sesaja. Eh eh ! kat sini ke tempat pelancong ? banyak betul hotel, semalam punya la susah mencari hotel, rupanya kat sini tempatnya. *Haih!
Tempat nak naik cruise kat belah sini. Patutlah cari tak jumpa, ingatkan sudah berubah tapi silap tempat daaaa. Aku dah pernah sampai ke sini tahun 2008 masa trip 4x4 Mekong Expedition, 'overland' 3 negara Thailand-Laos-Vietnam. Memang ada singgah sini, tak tahu pulak yang tempat cruise ni jauh sikit dari bandar Ha Long. Kira ok lah tu, barulah sempurna lawatan ke Ha Long.

Aku keluar pun dah lewat, jadi cuaca agak panas terik. Pukul 1000 pagi dah macam pukul 1200 tengahari. Panas bedenting tong. Kalau nak cari air tebu memang banyak dijual. Di sini air tebu sangat popular. Kalau nampak tulisan 'mia' itu maknanya tebu, walau korang *tak nampak tebunya. Aku tak de la beli, tapi dengar rasanya sangat-sangat manis. Sampai ada yang ketagih berbungkus-bungkus ikat tepi bagai. Ahaks. Aku tak mau minum sebab nanti badan aku rasa bisa-bisa. 'Kennot go lah.' Cara prosesnya juga agak bersih, tak macam kita di MY. Batang tebu dipotong sehasta dan dibersihkan kemudian *disimpan dalam bekas. Bila ada permintaan baru dia mesin dan tapis. Setiap kali selesai memesin, mesin tebu tu dibersihkan dan ditutup.




Sepanjang jalan nak ke Ninh Binh macam- macam aku nampak. Macam- macam jugak persoalan yang aku nak cari jawapannya.

ini pencawang eletrik atau replika Eifel tower Vietnam ?
boleh makan ke benda ni ?
Ok, setelah bertanya kepada kawan atas kawan, rupanya yang hitam-hitam tu ialah horned water chest nut. Haiya ! menyesal pulak tak berhenti beli hari tu.

jemur padi kat atas jalan raya ja ? 
bangunan apa tu eh ?
Kalau nak ikut terlalu banyak gambar aku nak kongsi, tapi tak muat. Cuma satu ja nak kongsi tentang tandas, tandas awam untuk wanita kat Vietnam rupa bentuk dia macam ni. Aha..! kalau rasa-rasa boleh terkucil kat tempat terbuka macam ni, kira korang memang dasyat. Jangan mimpi lah nak cari tandas yang ada pintu kecuali kat hotel atau stesyen minyak. Ni kira ok gak la tak ada orang. Kalau kat pasar awam, cuba lah masuk tandas dia. Ngeri ya amat. Lubang tandas dia berderet, hanya disekat dengan dinding setinggi lutut dan terbuka. Bau dia pulak, macam nak putus salur kerongkong. Uhuk ! uhuk !. Orang pulak silih berganti masuk tandas. Bukak seluar, mencangkung dan terus shi shi.. Erks !


Untuk mencari lokasi seterusnya agak keliru sedikit, dan terpaksa bertanyakan pada orang tempatan berkali-kali. Seperti biasa orang Vietnam suka membantu. Belum tanya lagi dia dah tunjuk arah. Ha ha ha. Nampak peningkatan perubahan, mereka dari lemah berbahasa Inggeris, kini sudah boleh bercakap, walaupun standard dia macam aku gak la lintang pukang. Paling kurang pun memahami. Jika tak faham mereka seboleh-bolehnya rujuk pada google translater. 

Pintu masuk Tam Coc village
Musim menuai sudah tiba, di sepanjang jalan aku nampak petani sibuk menjemur padi. Dari jauh nampak kuning di bahu jalan. Jemur atas jalan raya je ? tak kena saman ke eh ?#kemusykilan.
Pagi-pagi mereka jemur, tengahari mereka mengais-ngais untuk proses pengeringan padi, lewat petang mereka kumpulkan semula padi-padi tadi masuk ke dalam guni. Keesokkan hari, mereka mengulangi rutin yang sama. 


13HB OKTOBER
-TAM COC-

Oleh kerana sampai di Tam Coc lewat petang, jadi penjelajahan akan dimulakan awal pagi hari berikutnya. Sebelum tu aku nak beli 'tudung saji' buat pakai masa naik sampan. Menurut pembacaan cuaca akan menjadi terlalu panas. Jadi aku tak mau rentung. Kaunter tiket berada berdekatan dengan jeti. Harga seperti dalam gambar. Seorang rm18, sewa bot rm22.50.


Suasana di tepi pengkalan sampan agak tenang, mungkin awal lagi. Kelihatan banyak sampan yang bersusun menunggu giliran. Persaingan untuk mendapatkan giliran sangat mencabar. Bolehlah dikatakan untuk tempoh seminggu barulah dapat semula giliran untuk membawa pelancong. Selain di Tam Coc yang cuma melalui 3 buah gua, di Trang An pun ada servis menaiki sampan. Di sana tempatnya lebih canggih dan cantik. Laluan nya juga agak panjang sedikit dan melalui 9 buah gua. Harganya 150kvnd seorang, tinggi sedikit dari di Tam Coc. Rasanya sesuai dengan harganya kerana di Trang An ada disediakan jaket keselamatan di dalam setiap sampan. Kerana itu ia lebih mendapat perhatian dan menjadi tumpuan pelancong.




Aku rasa, ketika awal-awal dulu, sampan yang dorang gunakan adalah dibuat dari buluh macam gambar di bawah ni. Kalau aku dapat naik sampan ni lagi 'rare'. Mungkin kerana keselamatan dan untuk dikomersialkan maka sampan buluh ditukar kepada sampan besi.


Masa mula-mula aku 'study', aku dapati ada 3 benda yang menarik hati aku untuk pergi ke tempat ni. Yang pertama adalah kerana keunikan dia menyamai pengembaraan di Ha Long Bay. Bezanya hanya dia di darat dan Ha Long Bay di laut.



Kedua, cara sampan dikendalikan oleh tukang sampan. Yang mana kesemuanya kayuh menggunakan kaki.



Keunikan ketiga adalah padi ditanam di atas air. Maksudnya begini, kebiasaan padi yang kita tengok bila sudah masak ranum, sawah akan dikeringkan. Tetapi berbeza di sini. Walaupun padi sudah masak kuning, petak sawahnya masih dipenuhi air. Pemandangan itulah yang aku kejar hingga sanggup datang sejauh ini. Malangnya, masa aku datang dah tak de, samada di luar musim atau dah tak tanam lagi. Aku harap ianya di luar musim.Gambar macam ~> ini yang aku maksudkan tapi aku tak dapat tengok sendiri. Info yang aku baca dalam forum tulis bulan May pemandangan padi yang menghijau. Kecewa lah jugak. 


Pelancong yang menaiki sampan di Tam Coc akan melalui tiga buah gua: Hang Ca, Hang Hai dan Hang Ba, semua yang dihiasi dengan indah dan stalaktit stalagmites dalam bentuk dan warna yang berbeza, berkilauan seperti batu permata.



Oleh kerana masa tu aku memang tak puas hati, seboleh-boleh nya aku nak cari dari mana lokasi gambar itu diambil. Aku rasa mesti dari puncak yang tinggi. Aku cuba cari di Bich Dong, kat situ ada temple di dalam gua. Naik punya naik sampai puncak, tapi tak nampak 'view' apa pun. Cuma ada satu trek tanah merah yang boleh naik tapi tak tahu pergi mana. Nak naik ke tak ? naik ke tak ? well, kerana tak kuasa nak mendaki lagi, aku tinggalkan dan terus turun. Bila fikir balik aku rasa mesti itulah tempatnya yang aku cari. 
Bila balik rumah cari di internet, Travel Guide tulis ~> The top temple has a view of the surrounding countryside, good for sunset. Cit !




Tak terhenti setakat tu ja. Berpandukan pada peta yang diberi serta GPS, pencarian diteruskan. Memang main redah masuk jalan batas-batas sawah padi, lorong-lorong kampung yang kecik, akhirnya sampai kat Hang Mua. 


Tiket masuk Hang Mua 50kvnd = rm7.50. Harapan terakhir aku ingat sini lah lokasi yang betul untuk aku melihat pemandangan laluan di sawah padi. Untuk sampai ke atas kena mendaki beratus-ratus anak tangga. Di atas puncak gunung ni ada temple dan patung naga. Nak punya pasal aku pun mendaki la beratus-ratus anak tangga tu, Uhf! mau pecah dada ni. Sesekali nampak gak bintang-bintang atas kepala aku. Lama tak menggunung, tu yang dah tak fit. Berhenti rehat sambil ambik gambar. 




Cuaca cepat berubah, sekelip mata ja kabus dah mula menutupi seluruh kawasan. Lagi lama aku duduk atas puncak ni mau keras. Aku cepat-cepat turun. Lagi lama nanti hari makin gelap, nak turun tangga tak nampak. Dah la tangga tu kedudukan dia menjunam dan licin. Uiihh bahaya.


Di laluan yang berair itulah pokok padi ditanam kiri dan kanan. Jika di waktu pagi, pemandangannya sangat indah sekali lebih-lebih lagi ketika musim padi masak. Nampak kuning keemasan.



14 & 15HB OKTOBER
HANOI
Hari-hari akhir aku habiskan di bandar Hanoi. Menghabiskan masa, habiskan duit dong juga. Bermacam-macam benda aku nampak, bermacam-macam perkara menjadi persoalan. Aku hanya sempat mengambil gambar dan bila balik MY baru aku cari jawapannya.
Di Vietnam segala jenis kenderaan beroda dibenarkan melalui jalan raya, termasuklah kereta kuda, dan kereta lembu. Dan mereka mendapat kesamarataan hak ke atas jalan raya tersebut.




Begitu juga dengan sistem perniagaan. Seperti telah dibahagi-bahagikan sesuatu tempat dengan satu produk. Kilang kayu, kilang besi, kedai perabot, kedai jual anak itek dan anak ayam. Jadi kita tak perlu tercari-cari kerana dah tahu lokasi khas untuk semua benda tu. Sama juga kalau kita kat bandar Hanoi, setiap lorong akan jual benda yang sama contoh, kalau jual baju, seluruh lorong tu akan jual baju saja. Tak akan jumpa kasut atau barang lain. Oleh kerana lorongnya terlalu banyak, maka jika terjumpa barang yang kita berkenan, terus la beli. Jangan kata 'nanti' sebab nak cari semula lorong tu amat payah kecuali lah kita dah memang 'expert' dengan lorong yang berselirat di Hanoi.

Kehidupan sosial di Hanoi dan penduduk Vietnam umumnya memang selumber. Ikut suka dorang ja nak melintas, atau nak keluar/masuk simpang. Dorang takkan menoleh kiri atau kanan. Hidupkan enjin motor dan terus jalan. Kita ni di laluan yang betul pun terpaksa brek mengejut. @#$%^&!


 Aku melihat mereka lebih suka ber karaoke di 'coffee house'. Payah la nak jumpa disko, pawagam atau club macam kat KL. Yang banyak didirikan adalah KARAOKE. Orang Vietnam suka menyanyi dan menari. Bukan menari yang terkinja-kinja tapi menari tango, salsa dan yang sewaktu dengannya di taman awam. Dua malam aku di Hanoi meronda-ronda seluruh Old Quarter. Tercengang jugak sebab suasana di situ seolah-olah malam minggu. Apa kat sini tiap-tiap malam hari minggu ke ?


Aku berhenti di taman bunga sebab aku tengok kat situ macam meriah ja, ramai orang duduk di bangku kecik sambil makan kuaci dan minum kopi atau bir. Apa yang dorang tengok ?
Rupanya ada gelanggang untuk menari. Ada sebuah kotak $ dan kotak muzik di situ. Sesiapa yang nak menari boleh pilih lagu, dan sedikit sumbangan akan dimasukkan kedalam kotak $, mungkin untuk tampung kos eletrik kot.



Dorang memang 'sporting'. Tak kira budak kecik atau dewasa hatta yang tua pun turut menari sama. Bila habis menari semua bertepuk tangan. Aku yang tengok pun rasa sangat best. Jakun sekejap la tengok suasana yang bagi aku begitu asing sekali. Bila aku fikirkan semula, orang Vietnam menghabiskan masa bersama keluarga dan kawan-kawan pada setiap malam. Kerana di waktu siang mereka dah teruk bekerja. Hanya di waktu malam saja mereka dapat berehat dan bergembira.
Anak-anak muda mereka pun bukannya bawak motor laju-laju merempit tak tentu pasal. mereka lebih kepada naik motor ramai-ramai dengan 'girlfriend', makan-makan dan mabuk.


Apasaja boleh dilakukan di tengah jalan raya. Aku tergelak tengok keadaan ni. Boleh pulak dia main badminton tengah-tengah jalan raya.


Dua perkara wajib mesti buat di Hanoi adalah, belajar melintas jalan cara orang Vietnam dan belajar memandu di tengah kota Hanoi. Pasti menyeronokkan. Kalau tak berani dan tak nak cuba, alamatnya korang akan berdiri di tepi jalan berjam-jam untuk memungkinkan korang dapat melintas. Jalanraya nya memang TAKkan lengang dari kenderaan. Tahun 2011, turn aku bawak motor dari Thai Nguyen memasuki Hanoi. Perghh dia punya 'chaos' boleh buat aku mental. Dengan bunyi honk tanpa henti, dengan lori yang suka nak 'cilok' ja, memang tak kasi peluang pada kenderaan kecik. Sampai sekarang aku ingat bagaimana tahap stres aku yang melampau-lampau tahap gila. Rasa macam nak humban ja motor yang aku tengah bawak tu. Huu..stresss ! Akhirnya aku berhenti kat tepi taman, parking motor dan duduk makan jagung bakar patah kongsi dua orang. Phews !



Setiap perjalanan semestinya ada keadaan yang di luar jangka. Hal-hal yang macam tu lah menjadikan sesuatu pengembaraan lebih kelakar. Begitu jugak dengan kembara aku kali ni. Bila diingatkan semula lucu rasanya. 
1. Misi membeli beras di Sapa dan Ha Giang. Percaya tak, kalau kat kedai dorang tak ada jual beras. Padahal sawah padi banyak ja kot. Puas aku pergi kat kedai-kedai di pekan kecik atau kampung-kampung, semua geleng kepala. Akhirnya dapat jugak bilamana tokey kedai tu anggukkan kepala dan terus masuk ke dapur umah dia. Dapat lah aku 1kg beras dengan harga 20kvnd = rm3. Aku rasa dia ambik dari beras simpanan pribadi kot. Mana taknya, kalau semua orang dah ada mengusahakan beras sendiri nak buat pe jual lagi. Ye dak ?

2. Akibat nak ambik gambar budak-budak main air kat air terjun, kali pertama lalu kat laluan simen basah, lepas ja. Bila kali kedua lalu, sekelip mata boleh tergolek atas jalan tu dengan motor sekali. Haish ! kelam kabut aku bangun, abis separuh badan aku basah. Sejuk giler ! Cepat-cepat tengok keadaan motor, bimbang ada yang rosak. Kalau rosak lece ah..pengembaraan belum pun mula lagi. Ini semua salah tayar tu yang botak tak cukup cengkaman. Ha ha ha. Dulu masa tahun 2011 pun tergolek pasal motor jugak kat kuari di puncak gunung ganang. Vuu best betul masa tu !.

3. Minyak motor habis kat tengah jalan ketika nak ke Dong Van. Ah sudah ! Dah hampir senja lak tu. Mana ada stesen minyak tengah gunung tu. Alamatnya kena tolak la. Walau bagaimanapun sebagai seorang musafir doanya makbul. Sekonyong-konyong lalu lah 2 orang penduduk kampung memandang dan bercakap bahasa yang aku tak paham. Camana nak cakap ? senang ja. Tunjuk tangki motor, lepas tu goyang-goyang kan tangan. Dia paham dan ajak pergi ke rumah. Dia sanggup beri minyak yang disedut dari tangki motor dia. Uhf, terharu betullah. Walaupun dia tak mintak bayaran, tapi bagi jugak lah sikit duit untuk dia. Kita tau dia pun bukan orang senang.


ndak jugak bergaya, ahaks.
4. Dengan keadaan jalan yang pelbagai, tanpa sedar keadaan motor sangat tenat. Tapi sebab motor ni best, terasa macam gagah perkasa masa menunggangnya, sikit pun tak perasan absorber kiri tercabut. Tercabut ? aah. Jadi korang boleh bayangkan lah keadaan jalan di sini macamana. Tapi jangan bimbang, di sini bengkel motor sangat-sangat banyaknya. Asal nampak tulisan 'xe máy' itu lah bengkel motor. Sementara itu, di kedai runcit ni aku tumpang berteduh sementara motor dibaiki. Sempat gak masak dan makan tengahari. 




Aku rasa setakat ini je lah cerita aku. Kalau nak ikut masih banyak lagi gambar-gambar yang nak di kongsi. Tapi macam aku tak de kerja lain pulak ya ? Aku nak pergi kayuh beskal lah. 

16HB OKTOBER
~TANAH TUMPAH DARAHKU~
Pada tarikh ini aku nampak sesuatu. Nampak tak apa yang aku nampak ? Itu tandanya aku dah sampai MY. Mana ada cerita lagi. Wa wee !


Wal akhirul qalam ~

Terima kasih pada limpahan kasih sayang Wak, Ija dan Abang Syaaban. Pada King, terima kasih sangat-sangat sebab membantu aku beli tiket secara atas talian. Tidak lupa juga buat abang, kakak aku serta rakan-rakan yang lain yang mendoakan keselamatan dalam diam. Tanpa bantuan kawan-kawan mana mungkin aku dapat mengembara sejauh ini. Syukur Alhamdulillah.


Ucapan penghargaan serta terima kasih juga buat rakan kembara yang telah berani menyambut cabaran aku untuk sama-sama mengembara ke Vietnam sejauh +- 1,849 km selama 12 hari. Tahniah kerana lulus ujian memandu di Vietnam. Juga kerana telah tersenarai dalam calon rakan kembara terbaik buat aku. Semoga tidak serik dan jika ada rezeki kita boleh bekerjasama lagi dalam ekspedisi yang lain. In sya allah. 


Jika nak lihat gambar lain sila klik di sini.

Hẹn gặp lại..