Sunday, May 3, 2015

Port berkhemah di RnR Titiwangsa [DOP]

Cerita semalam.

Hari ketiga belas -18/4/2015
RnR Titiwangsa - Gerik ( 73 km)

Menanti matahari terbit. Begini lah suasana di banjaran. Sejuk dan khemah diselaputi embun.

pemandangan di siang hari



Sebelum meluncur turun, aku rakamkan gambar kat puncak dulu. Cuaca cantik, cerah dan langit pulak membiru. Apalagi. Senyum !


Gerai makan kat RnR ni tak buka waktu pagi. Terpaksa lah mencari makan kat RnR lagi satu. Tak pasti pulak apa nama dia. Di sini ada jual masakan tengahari. Di belakang surau ni ada beberapa buah chalet, tapi macam tak digunakan lagi. Kawasannya agak bersih sebab dijaga rapi. Ada tandas, tapi kena bayar 50sen.

Surau Nur Shahadah

Sampai di Tasik Banding ingat nak berhenti rehat, tapi tengok kawasan jeti dalam pembinaan. Entah nak buat apa lagi agaknya. Jadi teruskan ja kayuhan hingga ke Gerik. Tak banyak gambar yang dapat diambil sebab cuaca terlalu panas. Lagipun aktiviti pendakian sudah bermula sejak melepasi Tasik Banding dan Dataran Juang Tentera Darat.


Ada satu lokasi perkelahan yang baru dibina di tempat tugu peringatan Lebuhraya Timur-Barat. Dulunya hanya ada tugu peringatan ja, tapi kini sudah dibina 2 buah wakaf untuk berehat serta tempat parkir kenderaan. Rupanya di belakang tugu tu ada sebuah sungai yang jernih airnya. Kita kena turun ke bawah. Aku malas nak keluarkan kamera nak ambik gambar. Rakam dalam minda ja la. Cumanya sedikit kecewa bila tengok sikap kebanyakkan orang MY memang pengotor. Di tepi sungai tu sampah bekas makanan dibuang begitu saja. Bersepah-sepah. Haish. Aku berhenti untuk bersolat dan berehat sekejap. 

Kami sampai di bandar Gerik sekitar jam 1700 petang. Isi perut dulu di restoren Nasi Lemak Ayam Berempah, kemudian singgah di Balai Polis Gerik untuk memaklumkan dan meminta izin bermalam di taman bersebelahan Masjid Jamek Gerik. Malam tu pasang hammock ja. Mandi dan solat boleh pergi ke masjid. Dekat ja pun.

Esok punya cerita..

Tak larat kayuh ,tolak. [DOP]

 Semalam punya cerita

Hari kedua belas - 17/4/2015
Gunung Reng - RnR Titiwangsa (40 km) 

Hari yang dinantikan telah pun tiba. Perjalanan untuk hari ni agak mencabar juga. Sebelum ni, aku dengar cerita dari rakan-rakan yang mengatakan, laluan dari Jeli ke Gerik lah paling mental sekali. Pada hari ini aku akan rasa sendiri mentalnya.


Di sinilah lokasi air terjun yang diceritakan oleh pasangan dari Estonia. Ia agak tersorok dan terpaksa menuruni bukit sikit. Trek nya agak licin. Sebenarnya airnya datang dari aliran sungai yang kecil yang mengalir melalui kolong air. Air tu yang jatuh dari tempat tinggi yang membentuk air terjun.


aliran sungai yang membentuk air terjun
lokasi air terjun di belakang pondok tu
selekoh tanda lokasi air terjun
Gambar ni diambil dengan 'zoom' yang paling dekat. Tinggi jugak jatuhan air ni. Di bawahnya terbentuk seperti kolam kecil. Aku rasa pasangan dari Estonia tu berkhemah lebih dari sehari kat sini. Memang privasi lokasi ni. Aku pun tak turun sampai ke bawah. Ah tak kuasa aku nak  mendaki naik semula. Dah la tak de trek. Mengelungsur ja nanti.




Satu lagi produk pelancongan di daerah Jeli. Kolam air panas. Pernah sampai tapi hanya di gerbang ni ja. Kali ni aku rasa patut aku masuk dan tengok sendiri keadaan di dalamnya. Pada ketika aku sampai, datang lah seorang pakcik bersama cucunya menaiki motor. Namanya Pakcik Mizi. Beliau mempelawa aku untuk masuk melihat ke dalam dengan menaiki motornya. Eh ! aku apa lagi, pucuk di cita ulam mendatang.Aku pun bonceng motor pakcik Mizi.


Rupanya masuk ke dalam di kena menuruni bukit yang sangat curam. Jarak dari pintu masuk sejauh 1 km. Mak ai. Jauh dan curam jalan dia. Aku ada gak nampak najis gajah di tepi jalan masuk ke sini. Wuu.. Pakcik Mizi ada gak menyatakan rasa kecewa kerana pihak bertanggungjawab langsung tidak menjaga dan menguruskan keadaan di sini. Anaknya pernah memohon kontrak untuk mengambil alih pengurusan di sini tapi tidak dilayan.


mata air panas
ada 2 kolam air panas, di tepi nyalaluan air sungai. Bila bercampur jadilah air suam


kalau dijaga memang cantik
wakaf yang menanti saat untuk roboh

Pakcik Mizi bercerita lagi, pernah sekumpulan pengembara berbasikal luar negara pernah datang dan berkhemah di sini selama seminggu. Makan dan minum dibeli dari restoren Pakcik Mizi di sebelah pintu masuk kolam air panas ni. Maka setiap pagi dan bila tiba waktu makan, makanan akan dihantar masuk ke kawasan kolam air panas. Perghh, memang sorga bagi mat saleh la mandi air panas. Tempat tak da orang berkunjung lak tu. Jadi cam 'private pool'.


Surau dan tandas yang mereput. Kayu yang digunakan membuat surau adalah dari kayu yang terbaik.


Di sepanjang laluan dari Jeli ke Gerik memang banyak tempat rawat dan rehat. Elok jugak lah sebab aku rasa sangat jauh. Dah la mendaki, memang aku rasa mental tahap ke 10. Kalau tak pernah lalu, kira kurang sikitlah tekanannya. Tapi aku pernah lalu, jadi dah tau keadaannya. Minda mengingatkan, ok lepas ni nanti jumpa ni, lepas tu jumpa tu..tapi tak sampai-sampai. Gila lah !



Sampai hentian ni aku dah mula goyah. Tengok ada air terjun. Lokasi pun memang sesuai kalau nak bermalam. 'Apakata kalau kita berhenti bermalam kat sini ja'. Wahid kata,' ala Tun, sama ja kalau nak mula esok, kena hadap jugak banjaran ni.' Adeh ! leccenya. ~ Dush.



boleh treking naik ke atas

Aku pingin jumpa gajah, tak dapat gajah papan tanda gajah pun jadi lah.

 Masuk ja sempadan Kelantan/Perak dah nampak tempat pengumpulan kayu-kayu balak. Apa daaa...



Haiyoh. Kayuh terus kayuh kemudian berhenti. Tak larat aku tolak. Padahal 40km je antara Gunung Reng ke RnR Titiwangsa. Sesungguhnya memang benarlah kata-kata mereka yang telah menikmati kayuhan di sini. Sungguh jahat !
Jam 1830 baru lah aku sampai. Termengah-mengah aku mengayuh basikal sambil mencari sebatang tiang untuk berpaut. Hajat hati untuk tompang bermalam di surau. Malangnya surau dalam proses naik taraf kemudahannya. Okey la. Apada hal.


Tidur di sini sememangnya seronok, sejuk dan berangin. Cuma yang tak berapa nak nikmat adalah gangguan dari sikap pemandu lori yang menghidupkan enjin lori mereka di tepi khemah aku. Kadang terjaga bila dengar ada suara-suara yang menghampiri khemah aku. Mungkin dorang hairan ada khemah pulak.
pemandangan ketika malam
Lokasi khemah aku ni adalah lokasi yang sangat strategik. Pada sesiapa yang berhajat nak cuba buat macam aku buat ni, dipersilakan. Syok oo !

Cerita hari esok..

Menukar haluan [DOP]

Semalam punya cerita

Hari ke sebelas - 16/4/2015
Masjid An Nur Guchil - Gunung Reng, Jeli ( 94km)

Pagi ni mendapat sms dari seorang rakan yang ingin bersama-sama mengikuti perjalanan kembara aku. Beliau sudah sampai di Kuala Krai. Setelah mendapat maklumat lokasi yang tepat di mana beliau berada aku memulakan perjalanan di pagi yang sangat sejuk dan berkabus.

teringat suasana di Laos, sama.
Aku kena kayuh 5 km kehadapan kerana rakan kayuhan menunggu aku di stesyen minyak Caltex menuju ke arah Machang. Pagi-pagi kayuh basikal rasa ketat ja kaki ni. Apalagi dengan kabusnya, uhf. ~ Dingin
Sepatutunya hari ini aku plan nak menuju ke Tumpat seterusnya menyemberang sungai Golok masuk ke Tak Bai, tetapi bila mendengar berita dan nasihat dari rakan-rakan supaya aku tak meneruskan kayuhan memasuki selatan Thai atas sebab keselamatan, aku terpaksa ubah rancangan. Berita ini yang akan aku bincangkan dengan rakan kayuhan nanti.
jambatan Sultan Ismail
Aku suka tengok tulisan di stesyen minyak kat sini. Macam ni la baru dikatakan salah satu komitmen negara Islam. Pihak pemerintah yang mesti menunjukkan ketegasan. Bukan sekadar gah bercakap, tapi hrm..


 Berhenti kejap di stesyen minyak ni sebab nak buang air dan angin. Ahaks !


Wahid Misbah adalah rakan kayuhan aku sepanjang 9 hari yang terakhir. Dia nak merasa berbasikal melalui Jeli - Gerik dan cadangnya nak layan Kenyir- Jalan Felda Aring, tapi atas sebab kerjanya yang masih belum selesai, hanya dapat layan Jeli - Gerik ja.




Sepanjang jalan aku memasuki negeri Kelantan ni, banyak ja aku nampak orang jual air tuak. Teringin nak berhenti tapi bila tengok keadaan gerainya yang sekadar boleh, terbantut nafsu aku tapi tidak yang ini. Papan tanda dia ja dah menunjukkan yang air tuak dia mesti segar. ~ aku agak la.
Ok berhenti !


Teringat pada kembara aku yang lalu. Setiap jenis air nira/tuak, aku mesti rasa. Samada di negeri Perak, Kedah atau Kelantan berbeza rasanya. Jika air nira yang baru dituai, rasanya manis ya amat. Ho ho teringat-ingat sampai hari ni. Berbeza dengan yang ini. Tuak nya memang rasa tuak. 'Power gile'. Masa aku sedut airnya tersentap. Uih ! apasal ada sikit masam dan ada gas. Ni mesti dah lama ni tu pasal sampai keluar gas. Ayo yo.. jahatnya tuak dia ni. Pada aku, ada la rasa sikit weong. Sikitttt la. Sikit ja. Sebab dia dingin, sejuk sampai ke otak, aku paksa sedut sampai habis. Ha ha haprak !


Mengenai rancangan aku untuk mengubah haluan dari Kuala Krai terus ke Jeli, tiada sebarang bantahan dari rakan kayuhan. Dia 'follow' ja. Kalau macam tu, aku dah jimat satu hari. Lagipun aku dah pernah kayuh di laluan Tumpat - Rantau Panjang- Jeli. Tak payah la buat lagi. Baik buat laluan baru Kuala Krai via Tanah Merah ke Jeli. Ingat jalannya berbukit-bukit, tapi landai ja. Aku sangat suka !.




Nampak kedai tu ? haa, kedai tu lah yang ada jual keropok lekor rebus dan sata. Dua makanan ni yang aku tak dapat makan ketika berada di Trengganu. Bila dah jumpa, aku beli la sata 3 cucuk seringgit ja. Keropok lekor RM5. ~ Berbaloi

gambar diambil dari kedai jual ABC~ aku minum coconut shake
Sata ini secukup rasa  ~ yummy !




Sekitar jam 1300 petang, kami sampai di Bukit Bunga, Air Lanas. Di sini lah lokasi sempadan yang aku akan masuk sekiranya aku dari Tak Bai - Buketa / Bukit Bunga. Cuaca punya la merelit-relit panas. Duit dalam poket aku tinggal 500 bhat. memandangkan aku dah batalkan kembara ke negara Thailand maka terpaksa aku buat tukaran wang segera. Mata melilau mencari 'money changer' kot-kot ada. Yiel lek !



Berbekalkan rasa terdesak, aku pun pergi ke kedai yang terdekat. Bertanyakan tentang tempat tukaran wang asing yang ada di sekitar pekan ni. Pemilik kedai tu kata memang tak ada. Aku pun mula meminta simpati beliau sekiranya boleh menerima duit 500 bhat aku ni untuk ditukarkan kepada ringgit MY. Sejenak dia berfikir, akhirnya dia bersetuju. Dia beri aku RM50. Pergghh..syukur alhamdulillah. Rasa nak melompat YAY ! ja kat depan kedai tu. tapi aku tahankan dan buat 'slumber'.
Aku kembali ke tempat basikal dengan muka berseri-seri dan muka kekal tersengeh. ~ girang gembira betul rasa hati ketika itu. Korang pernah rasa gembira pada sesuatu yang tak diduga ? ha cam tu la rasanya.


Bukit Bunga ni sorga membeli belah sama seperti di mana-mana pintu sempadan MY/Thailand. Melintasi deretan kedai-kedai ni membuatkan mata aku sempat menjeling-jeling pada seluar panjang yang bercorak kain pelikat/batik. Waduh lawa-lawa belaka. Selok kocek..errkk.. kensel lah.





Dalam perjalanan menuju ke bandar Jeli, kami berselisih dengan sepasang pengembara dari Estonia. Mereka datang dari arah Gerik nakmenujuk ke Gua Musang. Bila tanya di mana tempat dia bermalam, mereka mengatakan ada sebuah air terjun dalam jarak 10km dari tempat kami berbual. DI situlah mereka bermalam. Dengar ja tentang air terjun dah buat aku teruja. Selama ni tak pernah tau pun ada air terjun di laluan Gerik- Jeli selain dekat dengan Empangan Pergau, itu pun itu jauh ke bawah. Kalau begitu aku akan cari nanti



Pasangan ni cuma bertanya di manakah pasaraya atau kedai yang menjual keperluan makanan seperti beras, kentang dan sebagainya. Mungkin mereka kehabisan bekalan sejak naik ikut Gerik kot. Aku peratikan juga basikal yang mereka gunakan, Merida MTB 8 speed je. Ha kann. Nak mengembara guna basikal apa-apa pun boleh. Jangan la risau, tak semestinya kena beli basikal berjenama yang mahal-mahal. Daripada beli basikal mahal, baiklah guna separuh dari duit tu untuk kegunaan perbelanjaan ketika mengembara. Boleh pergi lagi jauh dengan tempoh yang lama. Kalau dah habiskan duit beli basikal mahal, akhirnya basikal buat pusing taman je la. Lain lah kalau memang dah banyak duit bertimbun-timbun. Kesimpulannya ialah, mengembara ni cuma perlukan satu perkara ja iaitu : #BERKEHENDAK . Ini hanya pendapat aku, pendapat orang yang tak berapa nak ada-ada.


Untuk hari ke sebelas, aku dah tetapkan lokasi untuk bermalam sebelum mendaki ke rnr banjaran Titiwangsa. Gunung Reng yang terletak di kawasan Batu Melintang. Ianya tempat rekriasi di mana ada sebuah gua dan sebatang sungai yang mengalir ditepinya. 


Aku pernah bercerita tentang Gunung Reng semasa kembara aku yang lalu. Dulu hanya melihat gunung ni dari jarak jauh. Sejak hari itu aku berdendam untuk datang kembali dan melihat secara dekat. Sekarang bukan saja dapat tengok dekat malah dapat bermalam di kawasan gunung ni.




Gambar- gambar di bawah ini aku rakamkan di waktu pagi. Pasal tu ada kabus.





Berkhemah di sini memang menarik dan seronok, cumanya tiada kemudahan asas. Ops ! Yang sebetulnya tandas ada tapi api dan air tak ada. Kotor. Senang cerita kawasan ni tak berjaga langsung. Sayang seribu kali sayang. 

wakaf pun dah senget
Sungai Pergau yang mengalir di sebelah gunung ni
Aku nak mandi pun terpaksa berkayuh basikal pergi ke masjid berdekatan. Tengah malam sakit perut pun kena kayuh basikal redah dalam gelap ke masjid. Di Jeli ni banyak tempat menarik yang telah dijadikan tempat rekriasi tetapi pihak bertanggungjawab hanya menyediakan kemudahan asas pada peringkat awal saja, setelah itu tiada yang menguruskan. Akhirnya terbiar. Cuba kalau diberi kepada badan swasta yang menguruskan, mesti lebih maju dan meriah. 

Jom kita masuk ke dalam gua. Menurut kakak yang berniaga di situ, gua ni boleh dinaiki hingga ke puncak. Ada jalan ke atas sana tapi dengan syarat mesti dengan orang tempatan kerana mereka dah mahir dengan lorong-lorong di dalam gua ni. Kalau pandai memandai, tak mustahil akan tersesat. Aku tengok pun dinding gua ni sesuai untuk wall climbing. Aktiviti 'wall climbing' kalau diperkenalkan  menjadi tarikan para pelancong. Secara tidak langsung akan meningkatkan lagi ekonomi penduduk di sini.



Ruang dalam gua ni sangat besar. Ada tangga semulajadi yang terbentuk dari batuan gua  membawa hingga ke bahagian atas.


vanderlisma

ruang seperti kubah masjid menjadi tempat tinggal kelawar

Sepanjang malam aku tidur dengan selesa, cumanya sekali sekala bila angin bertiup terhidu lah bau sampah dari tong-tong sampah besar yang diletakkan di sebelah sungai ni. Jika tak dibendung, tempat ni akan menjadi tempat pembuangan sampah. ~ Mendukacitakan.

Cerita esoknya pulak.