THAILAND
Di mana aku nak
mulakan kisah perjalanan aku kali ini. Hrm. Jap, carik nota yang aku dah tulis sepanjang perjalanan kelmarin.
Owh
sebelum itu, aku nak terangkan di sini bahawa trip kali ni adalah trip
betul-betul budget. Jangkaan hanya RM900 diperuntukkan untuk perjalanan ke 3 buah negara seperti Thailand, Kemboja dan Laos. Myanmar sebagai bonus. Peruntukkan tempoh 20 hari memang rasanya boleh lepas ke Myammar.
Boleh ? tak boleh ? boleh ? tak boleh ? lalala.
Segala persediaan aku dah buat, dari segi laluan perjalanan,
tukaran wang, tempat-tempat yang boleh menginap, plan A, plan B. Semua aku dah siap cetak dalam kertas A4 sebagai rujukan. Inilah cerita perjalanan aku kali ni.
Aku mulakan dari stesen keretapi di KL Sentral.
4hb Disember 2011
Bergegas mencari nombor 'coach' yang tertulis di tiket. Katil
no 3. Ahah ! jumpa. Yay ! Setelah selesakan
diri, aku letakkan 'backpack' di tempat yang selamat sementara keretapi
pun mula bergerak perlahan-lahan melewati malam itu dan aku pun
mula. Zzz.
5hb Disember 2011
Sekitar 08:45 pagi
Katil
aku diketuk oleh petugas beruniform menyuruh aku dan semua penumpang
bersedia untuk turun di Padang Besar untuk proses cop pasport memasuki
sempadan negara Thailand. Setelah siap berkemas apa yang patut, aku pun
mulai turun dari keretapi dan mengikut laluan yang telah diberitahu.
Setelah selesai urusan kastam, dengan waktu yang ada, aku ambil kesempatan
untuk mengalas perut..
Nasi goreng + ayam goreng + teh tarik = pun boleh.
Perjalanan
ke Hatyai disambung semula kira-kira jam 10:54. Di sepanjang laluan aku
lihat keadaan banjir di Thailand masih belum surut. Kiri kanan
kelihatan sampah sarap yang berselerak dan bertimbun-timbun. Uhhf, sukarnya kehidupan. Sawah , kebun pisang, kebun getah habis
ditengelami air. Fikiran aku kembali ke tanah tumpah darahku. Terlalu
beruntung hidup di MY.
stesen keretapi Hatyai |
Jam 11:45, keretapi berhenti di stesen Hatyai. Aku tak bertangguh lagi terus turun dan mencari kaunter tiket untuk membeli tiket ke Bangkok pula. Yes! Ada tiket dengan harga 835 THB =RM84.72, macam biasa perjalanan terlalu jauh, maka aku harus mengambil koc yang berkatil. 18:10 sampai 10:10 ( keesokkan harinya) uhhhh. Lama tu. Aku tak cerita lagi berapa lama yg aku kena tunggu dari pukul 12:00 sampai masa aku naik keretapi. Apa aku nak buat ? takkan nak duduk melanguk kat stesen tu. Aduhhh. Perut memang dah lapar gile. Kiri kanan memang banyak peniaga yang berniaga makanan, tapi was-was aku mengatasi segalanya. Jadi, tahan je la. Aku habiskan masa dengan mengambil gambar persekitaran yang aku rasa ok-ok dan melihat gelagat manusia dan kehidupan di situ.
Pertama : sedang aku leka menjengah-jengah kelibat
keretapi ke Bangkok , tiba-tiba kedengaran lagu mcm lagu kebangsaan
dimainkan. Semua orang berdiri tegak, Aku pun terus ikut berdiri tegak
untuk menghormati lagu negara Thailand. Walaupun aku tak la paham
sangat, tapi aku cuma fikir, sekiranya lagu kebangsaaan negara aku
dimainkan tapi orang tak hormatinya, apa perasaan aku ? Aku lihat jam
tepat pukul 18:00. Ooo, agaknya setiap hari, pada waktu begitu lagu
kebangsaan akan dimainkan. Bagus lah semangat kenegaraan Thailand. Aku tabik !
Kedua : petugas-petugas
beruniform di stesen keretapi memang sangat ramah dan mesra, pantang nampak
penumpang tercangak-cangak mencari keretapi, mereka akan terus menghampiri
kita dan beri bantuan. Aku memang hormat la, dorang akan bantu kita
hingga naik keretapi. THAILAND is the best place to visit.
Okeh , masa untuk aku naik keretapi sudah tiba. Koc dia agak
lain sikit dari keretapi KTMB. Katil dorang katil transformer. Ambil
beberapa saat ja untuk ubah kerusi kepada katil. Menarik bukan ? Bila
aku dapat katil aku, macam biasa. Tiada apa yang boleh dilihat di luar
tingkap. Dah malam. Baik tidur ja.
6hb Disember 2011
Beberapa kali aku terjaga, takut terlepas
stesen. Setiap kali jaga,tak sampai-sampai lagi. Haishhh! bila nak
sampai ni ? waduh letih oo asyik baring ja. Kelihatan di luar
tingkap cuaca sudah cerah. Keretapi melewati Wat Suwan dan Sala Ya, dan
kelihatan air bekas banjir masih belum surut lagi. Hrm. Teruk nye
banjir kat Thailand ni, bisik hati aku.
Sekitar jam 12:00, keretapi berhenti di stesen Hua Lamphong. Agak
lewat juga sampai di Bangkok, mungkin sebab keadaan tanah yang masih basah
menyebabkan keretapi perlu bergerak perlahan. Bila aku turun dari
keretapi, aku mula mengimbas kembali gambaran stesen keretapi.
Okeh, sama macam yang aku tengok dalam internet. Hehehe. Tapi aku perlu
cepat sebab keretapi hanya ada 2 kali trip ja. Jam 05:55 dan 13:05. Sekarang
dah pukul 12:00 lebih. Aiyakkkk. Mesti cepat. Tanya kaunter tiket ke
Aranyaprathet di 'Information center', mereka tunjuk kaunter 13 dan 14.
Dengan
pantas aku pergi ke kaunter tersebut. Phew ! 48 THB ja = RM4.80 ? cam
tak caya jek. Aku kena la percaya sebab itu keretapi kelas ke 3. Keretapi
yang macam yang kat Gua Musang. Berhenti-henti. Ahh! belasah je la. Kata
nak menyusur akar melihat kehidupan sebenar masyarakat negara-negara SEA yang aku lawati jadi ini la masanya. Meninjau-ninjau keadaan gerabak
tiba-tiba aku terpandang satu tanda 'RESERVED FOR MONK' ada ruang khas
telah disediakan untuk golongan sami (monk). Tinggi sungguh taraf sami
di Thailand ni, aku hanya tersenyum panjang. Menarik sungguh.
Keretapi terus menuju ke destinasi. Bunyi enjinnya seperti bunyi bas 'Len Seng'. Menderum dan
mengaum. Hik hik, aku leka melihat gelagat penumpang-penumpang yang
ada. Segala macam barang-barang dibawa naik ke gerabak. Anjing pun
ada. Huh. Sekali-sekala aku memandang ke luar tingkap gerabak. Melihat
pemandangan sawah padi, kebun-kebun. Nun di hujung horizon kelihatan
matahari ingin melabuhkan kedudukannya. Perut makin mencuit-cuit minta
diisi. Aduh !
Setiap kali keretapi
berhenti di setiap hentian kecil, menderu-deru penjaja naik ke setiap
gerabak untuk menjual barang dagangan mereka dan kebanyakkannya adalah
makanan. Pelbagai makanan yang berwarna warni menjamu mata aku
ni. Eh, apa benda tu eh ? boleh ke aku makan ? Dalam bag aku
cuma ada roti perancis, serunding dan gula-gula hudson's madu
ja. Krukk krukk perut ku berdendang. Ku raba-raba bag kecil kaler
ping mencari gula-gula. Ah ! boleh la buat alas perut. Huhuhu.
Sepanjang
perjalanan aku dari Kuala Lumpur hingga ke Aranyaprathet, dalam keadaan
terancang. Bagus sekali. Sehingga lah jeng jeng jeng.
Jap, nak berhenti rehat jap. Pekena teh tarik sechawan's.
No comments:
Post a Comment