Tuesday, December 20, 2011

Laos : Tuk Tuk & Dolar


LAOS

Cerita hari sebelumnya ku bawa dalam lena. Dalam kedinginan malam aku terjaga berkali-kali kerana kesejukan. Aku selak hammock untuk memandang ke luar. Waw ! Subhanallah. Langit cerah sangat, bulan mengambang penuh, bintang-bintang penuh berselerakan di langit. Sangat santek. Nak ambil gambar, kamera aku tak mampu nak tangkap semuanya, nanti gelap ja, jadi baik tak payah. Kembali menyorokkan badan dalam hammock. Sejuknya tidur tepi sungai Mekong. Tertidur semula.

9hb Disember 2011

Seperti selalu, aku sentiasa menetapkan waktu pada talipon bimbit, jadi aku tidak terlewat. Tepat 04:30, jam berbunyi, aku bingkas bangun dan terus mengemas hammock yang aku gantung di tiang pondok. Cepat ! kejap lagi bas pertama akan sampai. Sebenarnya bukan bas la tapi 'tuk-tuk ' yang bersaiz besar sedikit dari yang macam biasa. Cam lori pun ada.

ni la rupanya tuk-tuk tersebut

Setelah bag aku dinaikkan di atas bumbung 'tuk-tuk', maka perjalanan pun bermula. Pagi tu aku cuma meneguk mineral water saja untuk mengalas perut. Pemandu 'tuk-tuk' mempelawa aku duduk di bahagian hadapan. Agak selesa sikit la, tak perlu lah aku bersempit dan berhimpit-himpit kalau duduk di belakang. Di sini, yakni Laos 'tuk-tuk' mencari penumpang. Mata pemandu 'tuk-tuk' liar memandang kiri dan kanan jalan untuk mengesan penumpang dan harga tuk-tuk tidak seragam, ikut suka dorang ja nak letak berapa. Agak bingung juga la nak mengira matawang Kip nih.

pemandu tuk-tuk.

Dalam perjalanan, aku sentiasa memerhatikan keadaan persekitaran laluan. Sistem jalanraya mereka agak bagus. Semua jalan ber 'tar'. Tak la seteruk jalanraya di Vietnam. Hingga sampai suatu kawasan di mana di kiri kanan jalan penduduk menjual ' kaolam' di sepanjang laluan. Aku pun berteriak kecil, Eh eh ! itu benda yang aku makan la. Tak lama kemudian 'tuk-tuk' pun berhenti untuk mengambil penumpang. Penjaja 'kaolam' pun datang hampir ke tingkap di mana aku duduk, sambil menunjukkan barang dagangannya.

Aku memerhatikan  perbezaan 'kaolam' versi Laos. Di atasnya dia letak kelapa parut pulak. Ah! tak pe la. Beli ja. Serunding aku masih ada, boleh la makan, lagipun belum bersarapan lagi ni. Jadi, ambil 2 batang. Tanpa berlengah, 'kaolam' pun dibuka. Aikkk ! kenapa ada kelapa parut ? warna lain pula ? Di sini dorang gunakan pulut hitam. Tapi rasanya tetap sama dan sedap sedap sedap.

begini lah rupa isi 'kaolam'
Aku mengeluarkan serunding di dalam bag merah jambu. Apalagi, kelapa parut yang menutup atasnya aku buang, padahal sebenarnya kaolam tu makan dengan kelapa. Hehehe. Mana aku tau. Dengan rakusnya aku makan kaolam cicah serunding. Wallah.! makan tak muak, sebab bukan guna santan. Jadi dia agak kering dan tidak melekit-lekit.

Teringat-ingat la. Mana nak cari 'kaolam' kat MY ni ? ada gak 'orang' KEMPUNAN dengan makanan ni. Hahaha sadis. Sungguh sadis.  Ketika aku makan, aku beri sedikit pada pemandu 'tuk-tuk' tu merasa kaolam + serunding. Ha, rasa pulak makanan dr MY. Sedap bukan ? 

Sepanjang jalan ke Pakse, aku didendangkan lagu-lagu negara Laos. Best juga musik nya. Dia tak guna kaset atau cd player. Tapi guna mp3 thumbdrive. Hah! ambik kau. Majunya dia. Kereta aku pun tak ada benda tu. 

Sampai di suatu bandar 'tuk-tuk' pun berhenti, dan mengarahkan aku turun. 'Pakse' katanya. Owh ok, dah sampai rupenya. Seperti biasa penumpang akan di kerumuni oleh 'ulat tuk-tuk'. Ala ramainya kerumun. Aku jadi takut nak buka bag dompet. Mana lah tau kan. Tak pasal-pasal kena samun, dah la tempat dorang. Sejujurnya aku tak mempunyai matawang 'kip', semua urusan matawang aku gunakan baht dan dolar ja. Pasal tu la duit aku cepat susut.

Aku tak tahu mana nak pergi sebenarnya, tapi buat-buat tahu ja. Ku tolak semua pujuk rayu 'ulat' yang ada dan terus berlalu menuju bas station yang berada di sebelah kawasan teksi. Pergi di kaunter tiket bertanyakan lokasi air terjun yang aku nak pergi. Semua geleng kepala. Apakah mereka tak tahu ? mustahil. Adakah mereka tak faham ? mungkin juga. huh! sunggoh !@#$%^ . Tak friendly langsung, sombong juga. Tak ada sikap suka membantu seperti rakyat Thailand dan Vietnam. Patut la negara masih mundur tak maju-maju.

Vietnam pun mundur juga tapi bersemangat nak belajar dan ambil tahu. Tu pasal Vietnam cepat membangun.(kes sumpah seranah versi aku).

Jadi lah aku macam peminta sedekah, ke sana ke mari bertanyakan arah tuju. Dah la bahasa Inggeris mereka tak reti dan tak paham, tunjuk nama tempat pun  tak boleh nak baca. So how ? yang dorang tau hanya $ $ $. Yang tu laju ja. Ceh!

keadaan di station bas Pakse
Di Laos dan Kemboja, aku memang sentiasa pakai penutup mulut (mask) sebab keadaan udara dan cuaca mereka sunggoh kotor dan berdebu. Walaupun nampak terang dan panas matahari tetapi keadaan nya dingin dan berangin. Pasal tu mereka pakai jaket ditengah hari panas terik.


Tengok saja la muka aku yang pahit. Agak rimas dan stress dengan keadaan keliling. Mana tak nya, duit makin susut. Lokasi tak sampai-sampai lagi. Perjalanan masih jauh, tempoh hari masih banyak lagi. tapi duit dah nak habis. Stres!

'Tuk-tuk' ni, selagi tak penuh muatannya macam isi sardin dalam tin, dia tak jalan. Kuat betul kapasiti lori kecik ni. Dengan ayam, itek semua dia bawak naik lori ni..Ada satu keadaan , aku tiba-tiba terhidu bau yang amat memualkan.Ya ampunnn. Busuk gile-gile. Hampir aku nak muntah. Apa benda yang dorang bawak ni ? busuk! busuk ! macam sesuatu yang diperam. Cepat la gerak wahai lori kecik. Ada macam bau dalam kandang babi.(wei..aku pernah duduk dalam toilet yang di sebelahnya kandang babi tau @Vietnam) Pergh! menusuk tajam sampai rongga paru-paru aku. Uhuk! bluwerk.

Mintak nyawa, mintak ogygen.

Ok setelah muatan penuh, lori kecik tu pun mulakan perjalanan. Ah! lega. Duduk la aku dendiam kat hujung sisi lori tu. Asal toleh ke kiri dan kanan bau busuk akan terhidu. Sekitar 20 minit perjalanan, 'tuk-tuk' pun berhenti di tepi jalan sambil mengarahkan aku turun. Dah sampai agaknya. Terkial-kial la menurunkan bag yang berat tu dari atas bumbung lori dengan muatan lain lagi yang bersesak-sesak.

cam dalam tin sardin
Aku rasa cam kena tipu lagi. Sebab, lokasi yang aku nak pergi tu 14.5km masuk ke dalam lagi. Kenapa dia turunkan aku kat sini ja. Apasal masa kat station dia kata dia melalui jalan ke lokasi tersebut ? Ah sudahh! 14.5 km jauh tu. Kira-kira dari rumah aku pergi ke pekan Klang. Ala, takkan nak jalan kaki masuk ke dalam kot. Takkan nak ambik tuk-tuk lain ? Ala, duit lagi! tak pe, jalan kaki ja. Eh! tapi bila nak sampai nya. Haru !

Kata nomad kan ? apa lagi jalan daa ! Dengan rasa bengkek, aku mulakan langkah. Jam menunjukkan masih awal pagi, tapi terik matahari dia cam pukul 12 tengahari. Panas terik + dingin + berangin. Macamana tu ? sistem badan aku pun kompius. Nak pakai jaket ke tak ? lebih kurang 3 batu kot aku berjalan kaki. Datang sebiji motor dok bertanya-tanya dalam bahasa Laos. Eh, apa dia nak ni. Agak menganggu jugak la. Takut pun ada, asyik mengekor ja time aku berjalan. Lastly ambil keputusan tahan 'tuk-tuk' demi keselamatan.
Setelah bertanya arah tuju dan harga , maka dipersetujui dengan harga $3 hingga ke lokasi. Huh! mata DOLAR sunggoh. Duit dolar makin habis. Maka , di bawa lah aku ke tempat yang diberitahu, sampai di pintu masuk, kena bayar tiket pulak 5,000 kip. Uih! gile ah, nak masuk kawasan air terjun ja. Bukan nak tgok binatang kat zoo. Terpaksa hulur jugak la.

Setelah urusan upah tuk-tuk di selesaikan, aku bergegas mencari air terjun yang menjadi buruan aku selama ni. Cepat, dah dengar dah bunyi deruan air terjun tu, tapi di mana ya ? teng teng teng

Seperti yang pernah aku perkatakan atau berjanji...aku akan duduk di kerusi kayu no 3 dan akhirnya aku tunaikan. Lihat lah dunia. ~TAD PHA SUAM


amacam ? segak dan ensem tak aku ? 

Setelah puas bergambar. Eh puas ke ?  Cuma dapat rakam sikit ja gambar untuk buat syarat. Maklum lah kamera cap kura-kura.  Tidak la cantik sangat hasilnya. Tengok muka aku pun tak berseri.  Walau apa pun kira ok-ok la sampai juga ke tempat ni. Kat sini memang tak nampak tempat boleh berkhemah. Cuma ada chalet ja. Itu pun $25 semalam. Mahalnya. 

Melawat dan meronda-ronda keadaan sekitar mencari lokasi yang sesuai untuk berteduh. Hari mulai gelap. Ada satu kawasan air terjun lain yang terdapat di situ. Agak tersorok dari umum. Jadi mulakan operasi Shhh.


Untuk malam ini, aku berkhemah di dalam hutan.  Hutan asing yang aku tak tahu apa yang ada di dalam nya. Lokasinya bersebelahan dengan air terjun dan ada gua di belakangnya. Bimbang juga kot-kot nanti kena halau tak pasal-pasal. Mula mencari kayu api untuk keselamatan. Unggun api dinyalakan. Bersedia untuk menyediakan makan malam. Cuma masak maggie sebagai alas perut. Keletihan mengatasi segalanya. Mau tidur. Tapi tak boleh. 
Uhh ! ~ Keselesaan atau Keselamatan~  
Nak carik kayu, nak cari kayu, nak cari kayuuu !

Malam tu aku tak boleh tidur, mesti menjaga unggun api agar tidak padam. Sesekali tersengguk-sengguk juga. Mata dan kepala nak berpusing dah. Suasana malam agak terang dari cahaya bulan mengambang penuh. Dari sinar cahaya bulan kelihatan jalur-jalur putih menerusi celahan rimbun dedaunan pokok akibat dari kepulan asap. Sangat menarik. Leka dengan keadaan itu hingga terlupakan rasa mengantuk. 

Bila dah berjaga sepanjang malam sudah tentu perut akan sentiasa lapar. Hrm..apa lagi makanan yang tinggal. Owh ada bubur nasi segera perasa ayam. Bubur pun bubur la. Sedap juga masak dengan kayu api. 

Malam terus berlalu dan aku terus merenung api yang ligat membakar kayu. Kurang tambah kayu lagi. Kayu habis. Pergi cari, cari dan cari lagi hingga menjelang 4 pagi.

Owh. Kalau lah dapat tidur dalam hammock, alangkah indahnya, indahnya, indahnya..

Kayu dah habis ! ala...pasang headlamp dan mulakan pencarian. Nak cari kayuu, nak cari kayu, nak carik kayu, nak carik kayu.

No comments:

Post a Comment