Sambung semula cerita tempohari,
Agak
lama jugak la aku duduk menadei kat stesen keretapi Nang
Khoi. Berkali-kali masuk tandas. Ke hulu hilir mengukur
landasan, mengabiskan bateri kamera dengan meng'snap' gambar entah apa-apa tah. Siap lelapkan mata kat kerusi yang ada kat stesen tu. Tetiba aku
teringat yang aku ketiadaan wang Thai baht. Mana pulak la aku nak buat
pertukaran ni. Seharian duduk kat stesen sudah pasti akan rasa
kelaparan. Maka aku pun masuk ke kedai yang ada kat situ. Bertanya-tanya
sekiranya boleh menerima wang dolar. Hanya gelengan kepala yang aku
terima.
Wanita penjaga kaunter hanya menunjuk ke
arah seorang lelaki yang aku rasa bekerja sebagai kerani di bahagian stor
barang-barang di stesen keretapi tu. Aku pun pergi la, kira aku ni main
agak-agak je la. Terus tanya 'can change MYR to Thai baht ? dia anggukkan
kepala.Wahh, senangnya, walau aku tau nilai MYR akan susut
banyak, but what can I do. Aku dalam keTERdesakan. Ah! lantak ah malas
fikir. Wang bertukar tangan. Yes I'm done! boleh beli makanan. Yay! Apa yang boleh beli, biskut dengan air mineral ja.
Setelah
lama menanti, masa yang ditunggu pun tiba. Keretapi menuju ke Hatyai
telah bersedia untuk memulakan perjalanan. Apa yang menarik juga, di
sini bila sesuatu perjalanan akan dimulakan. Semua petugas beruniform di
stesen keretapi akan berkumpul di hadapan keretapi tersebut. Bertujuan
untuk memberi bantuan kepada para penumpang aka pelancong untuk mencari koc masing-masing. Sangat bagus la layanan yang diberikan.
Aku tiba di Hadyai waktu pagi setelah sepanjang malam menaiki keretapi. Kelihatan di Hadyai ramai Muslim, jadi pasti banyak restoran halal. Pelbagai makanan tempatan yang aku jumpa dan cuba. Sedap !
Restoren halal |
Kaonew ~ pulut manis inti kelapa |
Kaonew ~ pulut manis inti sekaya |
Hadyai tempat transit aku sebelum bergerak turun ke border Padang Besar. Hotel untuk traveler memang banyak dan agak murah juga. Akses untuk internet juga disediakan. Maklumlah Hadyai lokasi pelancong serata dunia.
di sini aku bermalam |
edisi oldskol |
berwarna warni |
tempat tiket |
brek ke 3 |
Menjelang tengahari aku sampai di sempadan Thailand / Malaysia. Setelah urusan pasport selesai, aku pun bergerak masuk dengan berjalan kaki.
Jalan, jalan dan terus berjalan sambil cuba mencari kegembiraan atau meng 'tranformasi'kan trip kali ini kepada perjalanan yang lebih POSITIF dan gumbira.
Berhenti sebentar eh. Nak makan dulu.
No comments:
Post a Comment