CAMBODIA
Sambungan dari tarikh 6hb Disember 2011.
Sekitar
jam 19:06, keretapi berhenti. Aku kira itulah stesen terakhir sebab
semua penumpang pakat turun secara berjemaah. Aku bertanya pada
penumpang yang ada " Aranyaprathet ?''. Mereka mengangguk-anggukkan
kepala. Okeh yakin. Aku pun turun sambil terfikir-fikir, nak kemana
lepas ni. Hari dah gelap. Terus menuju ke pangkin di sekitar stesen,
konon-konon nak duduk dan menarik nafas barang sebentar. Tapi datang
beberapa orang pemandu 'tuk-tuk' mengerumuni. Erkk..! yang ni aku tak boleh nak cerita sebab ianya berlaku sepintas lalu. Tak dan nak
fikir. Kemungkinan disebabkan tekanan masa sehingga keputusan yang
tergesa-gesa diambil. Oh yeah. Aku TERnaik la 'tuk-tuk' tersebut.
Dalam
perjalanan, aku teringat maklumat dan nasihat yang aku baca dari blog
backpacker yang pernah ke situ. Dalam hati aku berkata, jangan la aku terkena kat sini. Fuh fuh! Tetiba 'tuk-tuk' membelok
masuk ke suatu kawasan seperti tempat kastam. Aku kira di situlah tempatnya sebab dia memberhentikan 'tuk-tuk' dan menyuruh aku turun. Setahu aku cas cuma
15THB ja, tapi dia mintak 180THB. Woiyoooo ! DAMN ! sah aku dah
kena cit ! cit !
Kat situ mmg dah tunggu 'ulat' yang menyediakan
perkhidmatan teksi dari border masuk ke Siem Reap. Masing-masing memujuk
supaya kita ambil perkhidmatan mereka. Aku dah mula bengang, rasa bodoh
sangat. Huh! Isi borang 'arrived & departure', kemudian aku terus keluar dari situ. Sempadan cuma 500 meter ja dari tmpt 'ulat' tu. Hampeh!
Cepat-cepat
aku berjalan menuju 'border', dan kelihatan seorang polis sedang
mengawal, dan dia terus bertanya, ' Where are you from?'
Aku jawab : I'm from Malaysia..' Dia terus tunjuk arah tempat pos kastam.
Aku tanya lagi :'What time the border close ?
"8 o'clock "
Aiyark! tinggal beberapa minit ja lagi. Aku rasa dah macam explore race ja. Hahaha. Berlari laju-laju.
Masuk
ja border, dah memang ada 'ulat2' yang menunggu. Adoii. Letih aku
ah. Mereka ni memang bagi tekanan pada pelancong Memang tak bagi peluang untuk
berfikir. Ada ja berkeliaran. Semua nak cepat-cepat. Ala lece
la. Mengekor ja. Rimasnya.
Poi Pet |
Arhh. 'Ulat' terus mengekor untuk memujuk aku membeli tiket bus ke Siem Reap. Macam-macam cerita diberi. Konon, bas tak de la. Bas cuma ada lewat petang keesokkan hari la. Bla bla aduh, mana kertas aku. Aku rujuk semula maklumat yang aku dah buat. Harga tiket bas dan waktu bas.
'Ulat' tu tawarkan tiket $10 = RM31, aku
menolak dan terus tunjuk kertas yang bertulis $9=RM29. Akhirnya dia
bersetuju, walaupun aku nampak riak wajah dia dalam keterpaksaan.
Ah, ada aku kesah ?!
Setelah urusan passport selesai, 'ulat' tu telah menanti untuk membawa
aku ke kaunter tempat bas. Dia mengajak naik 'tuk-tuk'.
La, 'tuk-tuk' lagi ? adoi, berapa pulak la kena bayar lagi nanti. Argh sakit kepala. Dah la Kemboja memang guna dolar
ja. Duit 'riel' dia taknak guna. Ceh! Sampai tempat kaunter bas, kena
bayar 'tuk-tuk' $1=RM3.17 pulak. Tiket bas $9 dolar.
Aku ingat takat tu ja, dengan slumber 'ulat' tu mintak ' my tip please' Erkks! aku tak terkata apa dah.
Agak tensi gak la. Kena dan kena lagi dan lagi. Bongok's!
Tiket
bas aku ke Siem Reap jam 21:00. Tunggu la dalam sejam. Sambil-sambil tu
tercari-cari la kot ada jual roti buat alas perut. Tapi tak de. Tak pe la. Masih boleh tahan. Korek-korek saki baki makan serunding
yang ada. Tak lama kemudian, bas yang ditunggu pun tiba. Agak
selesa jugak la. Siap disediakan selimut. Sepanjang
perjalanan tu aku lelapkan mata sehingga jam 23:25 bas berhenti di
bandar Siem Reap.
Aku mengeluarkan kertas rujukan untuk melihat alamat 'guest house' yang
termurah. Cuba bertanya kepada penjual yang ada di sekitar, tapi
hampa, masing-masing tak paham dan tak boleh berbahasa Inggeris. Malam
makin larut. Ambil keputusan untuk terus berjalan mengikut kata
hati, hingga terdetik untuk bertanya kepada pemandu 'tuk-tuk' yang ada di
seberang jalan.
Dia seorang
pemuda lewat 25 tahun, yang bernama Nakrie, dan yang menariknya dia
boleh berbahasa Melayu. Itu sudah memudahkan urusan aku. Dengan bersungguh-sungguh dia menawarkan khidmat untuk
membantu aku mencari tempat penginapan dengan harga serendah $4=RM12.
Setelah puas berlegar-legar di bandar Siem Riep ternyata semua bilik
yang murah sudah penuh. Hanya tinggal bilik yang berharga
$8=RM25. Hrm, boleh la. So aku ambil untuk 2 malam. Kos $16=RM50.
Nakrie
bertanya, sekiranya aku nak gunakan khidmat 'tuk-tuk'nya pada keesokkan
harinya untuk mengunjungi Angkor Wat. Setelah berfikir aku pun
bersetuju dengan bayaran $15=RM47 sehari.
Mahalkan ? hrm.
Malam tu, aku setkan jam pada pukul 04.30 (waktu Kemboja) sebab Nakrie akan menjemput seawal jam 05:30.
Zzzz.
7hb Disember 2011
Titt tit tit. Jam di talipon bimbit
berbunyi tepat pada waktunya 04:30. Bingkas bangun, mandi dan bersiap
dengan barang-barang keperluan yang harus dibawa. Tepat jam 05:30,
Nakrie mengetuk pintu bilik. Di kegelapan dan kesejukan, aku keluar dan
menaiki 'tuk-tuk' menuju lokasi. Setiba di pintu masuk Angkor, kelihatan
ramai pelancong sudah sedia menunggu untuk membeli tiket masuk. Uih!
dasyatnya
Tiket masuk untuk 1 hari $20 AJE = RM64. Tapi sebelum tu kita kena ambil gambar untuk buat pas masuk.
perlu diingat, pas masuk tu kita kena sentiasa simpan kerana setiap
Angkor yang kita lawat, penjaganya akan meminta untuk melihat pas. Kalau
hilang , kita dikehendaki membeli semula pas masuk. Lece.
Jadi
satu hari tu Nakrie menjadi pemandu pelancong mengelilingi kawasan
Angkor Wat, Angkor Thom, Jungle Temple dan beberapa lagi temple yang aku
lupa namanya. Agak luas juga kawasan tu. Letih gak la. Ada satu insiden
yang aku rasa cam terkena lagi. Aku berjalan memasuki
satu ruang di mana ada patung dewa, kemudian ada seorang penjaga
memberikan aku colok yang siap dibakar. Aku cam blur main ambik ja, ye
la mana la aku tahu kot-kot itu tanda menghormati tempat tersebut, kemudian
dia pun menunjukkan perlakuan yang perlu aku buat. Berdoa itu dan
ini bla bla bla. Dalam kepala otak aku dan hati aku berkata. Apa aku
buat ni ? eh? memuja patung la pulak gile ah! Akhir sekali lelaki tu
menyelak kain yang terletak dalam bekas di bawah patung tu meminta aku
donate $10. Ahhh sudah. Apa kes ni !
Aku
menggeleng-gelengkan kepala menunjukkan tanda tidak membawa
wang. Terus aku blah. Cit! macam tu cara cari duit pun ada ke ? Aku
terus berlegar-legar melihat ukiran di setiap sudut Angkor Wat.
Setelah puas melawat semua temple yang popular, aku
ambil keputusan untuk pulang, tapi sebelum tu nak pergi beli tiket ke
Laos. Dalam perjalanan, Nakrie membawa aku ke kampung Melayu Champa,
di mana hampir 200 keluarga muslim tinggal di daerah Siem Reap. Ada
masjid, ada sekolah mengaji quran dan aku bertemu dengan bilal di masjid
itu bernama tuan Haji Mansur. Menarik, mereka boleh berbahasa Melayu
dialek Kelantan.
Hampir 1/2 jam berada di sana , tiba masa
untuk beredar untuk membeli tiket bas. Nakrie membawa aku ke kaunter bas
Phnom Penh Sorya Transport. Di papan iklan aku ternampak tertulis '
Siem Riep - 4 Thousand Islands'. Ha, ada pun. Aku terus membeli
tiket ke 4 Thousand Islands, sebab aku fikir itu adalah laluan ke Pakse
juga.
Bagi aku Zzzz dulu sbb keesokkan harinya aku perlu bangun pagi-pagi.
8hb Disember 2011
Jam 05:30, van untuk membawa aku ke perhentian bas
sudah sedia menunggu. Tiket berharga $25 sudah ku beli, dan bas akan
berhenti di Kampung Cham, dan dari situ akan bertukar bas VIP. Setelah
berjam-jam dalam perjalanan, bas berhenti untuk makan tengahari. Aku
turun untuk mencari makanan yang boleh dijamah. Mata terpandangkan
sesuatu yang agak menarik. Eh! apa benda tu eh ? Buluh la. Makanan ke
tu ? Gadis penjual itu pun mungkin faham maksud aku lalu dia pun
membukanya. Eh, eh isinya pulut la, ada kacang lagi tu. Hrm, boleh
makan kot. Apalagi terus beli 2 batang la. Makan dengan serunding sedap la.
Bentuk dia macam lemang. tetapi dikukus dengan
air ja kemudian dibakar. Kulit buluh yang berwarna hijau di buang, hingga
tinggal yang berwarna putih.
kaolam versi Cambodia |
Di pertengahan
perjalanan, pemandu pelancong memberi borang 'arrived &departure'
untuk melalui sempadan Cambodia /Laos dan dia meminta $5 setiap
pelancong, aku dari MY tak perlukan visa.
$5=RM15 untuk apa eh ?
$2
untuk urusan pasport di sempadan Kemboja, $2 untuk urusan pasport di
sempadan Laos dan $1 untuk upah perkhidmatan. Woiyoooo!! itu macam ka ?
VIP bas..ada toilet dlm bas ni.. |
Menjelang petang sampai di sempadan Kemboja/ Laos. Bas berhenti setakat palang besi tu ja, kemudian kena
naik van menuju Nakasang. Hrm, perjalanan yang sangat meletihkan. Sampai
di jeti 4 Thousand islands, kena bayar tiket feri pulak $3 sehala.
kalau pergi balik dah $6 Aduhh! Keputusan pantas perlu dibuat. Batalkan. Patah balik ke jeti, padahal dah naik boat dah
tu. Jadi malam tu tidur kat pondok tepi jeti tu ja, dalam
keadaan yang dingin. Makanan yang serba kekurangan. Saki baki roti dan
serunding, aku buat alas perut. Kemudian gantung 'hammock'. Sementara
menunggu keesokkan harinya aku pun Zzzz.
hotel 5 thousand stars...hik.hik.. |
No comments:
Post a Comment