Thursday, September 14, 2017

Hanya Tinggal Kenangan


KISAH DAN TAULADAN

Pandang belakang sat.
Ini adalah gambar-gambar yang masih aku simpan. Suasana kehidupan bersama orang asli Hmong. Walaupun tak sampai satu hari, tapi rasanya boleh ingat sampai bila-bila. Cuma satu saja perkara yang aku tak ingat sampai sekarang. Nama dia. Hahaha..Hari tu pun terlupa nak tanyakan pada jirannya. Waduh.


Masa aku sampai di Sapa, dia menegur kawan mat sa leh aku, mengajak bermalam di rumahnya. Tak perlu sewa hotel, cuma beli bahan makan, nanti dia yang masakkan. Kira konsep 'homestay' la. Setelah berbincang, kami bersetuju. Maka berjalanlah dari pekan hingga ke rumahnya. Ingat lagi, bila aku tanya " how far is your house ? Dia cakap 20 kilomit. Fuyoo.. tersedak aku dengar nak kena jalan kaki dengan bagpack. Bila dah guna google map ni  aku kira balik rupanya cuma 4 km ja. Ye la, dia pun main agaknya bila jalan kaki rasa lama sangat.


Dia tunjukkan persekitaran rumahnya, sawah padi dan haiwan ternakan yang dia miliki. Kira dia memang pandai lah melayan tetamu.


Aku ambik peluang untuk mandi, sebab seharian belum mandi sejak turun dari keretapi. Begini lah pemandangan masa tahun 2011. Kawasan rumah meriah dengan haiwan ternakan, dan jiran tetangga.
Masa aku mandi, semua haiwan datang dekat. Dengan babinya, dengan itek, dengan anjing semua tengok aku mandi. Aku pulak yang sebok syuh syuhh halau jangan datang dekat. Gambar aku mandi ketika zaman jahiliah. Kena lah sensor walaupun lukisan. Ahaks.


Halaman rumah sangat luas, dipagari dengan pokok-pokok bunga. 



Jiran tetangga bergotong royong memasakkan kami makan tengahari. Dalam gelap-gelap tu boleh ja mereka masak. Meriah betul dengar mereka bersembang. Aku rasa bila ada tetamu barulah mereka dapat kongsi makanan yang mewah sikit.


Nasi, sayur goreng perencah daging babi dan ikan kelah goreng.


Woo woo..bawak-bawak bertenang.. Mat saleh tu ja yang makan juadah semua tu. Aku makan nasi dengan serunding yang aku bawa dari MY.
Kamon, In sya allah akidah aku masih utuh. 


Atas loteng ni lah dia menyimpan bekalan padi dan jagung

Sememangnya orang-orang Hmong ni tak pernah duduk diam. Ada sahaja kerja yang dia nak buat.



Ocey...

Ini pula cerita terkini tahun 2017



Apa yang boleh aku cakap adalah, aku dapat rasa perasaan kedua-dua mereka.
Begitu tertekannya jiwa isterinya yang setiap hari berjalan kaki 8 km pergi/balik ke pekan mencari rezeki dengan menjual kraftangan jahitan dan bertemu dengan pelancong.
Siapa tak tergoda bila melihat kehidupan mewah dan kesenangan para pelancong yang tak perlu bekerja di sawah, mencari kayu, menjaga keluarga, menjahit, menenun dan menjaga ternakan. Isterinya boleh berbahasa Inggeris. Maka tidak mustahil minda dia lebih terbuka dengan dunia luar. Bila ada peluang dia terus ambil tanpa fikir lagi.

Suaminya pun lagi tertekan bila ditinggalkan isteri. Satu kampung mesti bercakap tentang dia. Boleh jadi mental o.
Banyak juga perubahan yang dilakukan oleh suaminya. Rumah sudah ditambah menjadi lebih besar. Ada tv lcd. Kolah tempat aku mandi dulu pun dah tak ada. Pagar dawai dah tukar ke pagar batu. Babi, anjing dan itek dah tak ada. Gambar-gambar isterinya masih tergantung di dinding, ada juga aku nampak baju isterinya tersidai di luar. Aku rasa dia masih menunggu kepulangan isterinya. 
Mmm..

Aku harap  dia baik-baik sahaja dengan kehidupan baru menjadi isteri kedua kepada lelaki dari China. Harap tidak menjadi seperti hamba

Sekian.




No comments:

Post a Comment