Tuesday, March 4, 2008

Gunung Bujang Melaka


Gunung Bujang Melaka 
4048 ft ( 1234 m)

Hari 1: 4/5 jam dari titik permulaan (Batu Berangkai Falls) ke perkhemahan

Hari 2: 1 jam 15 minit dari tapak perkhemahan ke puncak

Hari 2: 1 jam dari puncak ke tapak perkhemahan

Hari 2: 4 jam ke air terjun dan tempat letak kereta

***

Ini adalah gunung yang kedua dan ia pengembaraan yang indah bagi aku. Gunung yang terletak di Kampar, Perak menyimpan banyak rahsia alam. Pelbagai flora dan fauna unik yang terdapat di sana.

Perjalanan selama 2 hari 1 malam dengan beberapa kawan baru memberi aku banyak pengalaman menarik. Sedikit demi sedikit aku belajar tentang hutan.

Bermula dari air terjun Batu Berangkai melalui ladang asli ke Kem Balak. Di sepanjang jalan terdapat banyak pacat sehingga sampai ke Kem Lebah. Tapak perkhemahan yang sangat besar boleh menampung sehingga 50 orang dan cukup bersih. Terdapat aliran sungai di sebelah tapak perkhemahan dan airnya sangat sejuk. Suhu di perkhemahan (24 ° c sebelum waktu tidur, mungkin <20 ° c selepas 3:00 pagi).

credit to Somphob for this image

***

Sunday, March 6, 2005

Gunung Kinabalu


GUNUNG KINABALU
4,095m
Gunung Pertama


Buat pertama kali aku terdedah dengan aktiviti luar. Peluang mendaki Gunung Kinabalu aku sambut dengan gembira. Langsung tiada satu pun persiapan dari segi peralatan, persiapan mental dan fizikal. Hanya berbekalkan semangat dan tekad yang tak terhingga. Aku percaya, apabila seseorang mengkehendaki, ia akan melaksanakan. Seperti kata peribahasa: Nak seribu daya, jika tak nak, hanya satu dalih sudah mencukupi.

Akhirnya aku berjaya mendaki hingga ke puncak. Terima kasih Allah.
Jika Allah beri rezeki (wang ,masa dan kesihatan) lagi, sudah semestinya aku akan kembali.
Ya,
Aku ingin mendaki lagi.


***
Puncak Kinabalu,
2005