Friday, June 17, 2011

Gunung Fan Xi Pan ~ The Roof Of Indo China


GUNUNG FANSIPAN
3,147.3m

Cerita sebelumnya

HARI KE 3

6/6/2011...Isnin..

Pinnn...pinnnn...uishhh..bisingnya..( celik mata )
Dah terang ke ? aduhh riuh rendah. Uuhh. Baru pukul 5 pagi la..Adoii..apa la dorang ni..
Malasnya nak bangun..,tapi kena bangun jugak..huh!
Terus berkemas-kemas untuk pergi berjumpa dengan tour Agency Auberge Dang Trung nak bincang pasal pendakian ke Gunung Fansipan.

Zasst~  Passport dan kunci bilik bertukar tangan. Terus check out.
Cuaca pagi itu agak redup sedikit, macam nak hujan sahaja. Mengadap lah kami pagi-pagi di agensi pelancongan itu, moga-moga perbincangan pagi itu dapat lah harga yang berpatutan. Bincang punya bincang, akhirnya dapat lah harga murah.

50 dolar  = RM150 termasuk jurupandu, permit, insuren , tiket , sleeping bag, transport pergi/ balik serta makan. Kami akan naik bersama seorang pendaki dari Kanada. Sebelum itu pemilik agensi tu berpesan , kalau lelaki Kanada tu tanya cakap sahaja kita pun bayar 75 dolar. Kami ok ja. Apa lagi CARGASSS...!! terus bayar tunai.

Setelah segala keperluan disediakan, 4x4 pun bersedia membawa kami ke lokasi yang hanya berjarak 9 km dari pekan Sa Pa. Jurupandu kami dari suku kaum Mao..simple ja pakai kasut Phua Chu Kang. hehehe. Kasut trekking tu. Salute lah.


Dalam perjalanan kami melihat air terjun yang sangat cantik. Di kiri kanan banyak gerai jualan barang-barang perhiasan dan makanan, rasa macam nak suruh pemandu tu berhenti, sebab nak ambil gambar, tapi apakan daya. Tiada masa untuk itu. huh!

Pintu gerbang taman negara sudah di depan mata, tapi cuaca mendung dan awan seolah-olah ingin memuntahkan isi perut habis-habisan. Waduh, macamana ni sejuk sangat. Kabus tebal dan angin pun bertiup kencang. Aku mula memakai jaket untuk mengelak kesejukan yang terlampau. Ok aku dah bersedia. Kali ini tak perlu pikul bag berat-berat. Yay aku suka ! 

Tanpa melakukan regangan terlebih dahulu, kami terus memulakan langkah. Ecey, aku perhatikan trek nya. Ah! bisik dalam hati, macam kat MY ja. Aku leh layan la kalau macam tu. Perjalanan awal amat mudah, melalui denai-denai hutan dan tepi-tepi sungai yang damai, air sungai mengalir tenang dan jernih tapi tak boleh minum sebab dah bercampur dengan najis lembu. Yuckks!.

Jalan, dan jalan lagi, tiba di suatu kawasan yang berbatu-batu. Eh eh..macam trek kat Gunung Stong ja..meniti atas batu-batu yang besar. Dari  belakang aku dengar helaan nafas yang sangat kuat dari pendaki Kanada. Dia mendaki untuk kali yang pertama dan ini lah gunung yang pertama dia nak daki. Hrm gasak. Sekali sekala aku toleh kebelakang untuk melihat keadaan dia, ternyata dia ok. Bro Fifish ? eh mana dia ? kenapa lambat ? Aku tak tahu kenapa dia jalan perlahan sangat ,aku harap dia ok ja. Hujan mula turun ditambah dengan tiupan angin. Wawooo sangat sejuk lo.
'hut' di kem pertama
Setelah 2 jam berlalu, kami tiba di kem yang pertama. Berhenti untuk bersarapan pagi. Jurupandu terus sediakan kopi panas untuk kami. Dihidangkan roti bersama tuna, tomato dan timun. Lega skit, hilang skit kesejukan semasa kat trek. Tanguay, pendaki dr Kanada, mula bertanya tentang hal-hal pendakian. Macam dia berminat untuk mendaki lagi. Aku dengar kan sahaja dia bersembang dengan Bro Fifish. Tak lama lepas tu, satu lagi group sampai ke kem tu terdiri dari 2 wanita dari Australia dan sorang budak lelaki. Hrmm harap mereka boleh terus melangkah hingga ke puncak.

Selesai bersarapan, kami meneruskan perjalanan. Kali ni perjalanan terasa amat panjang, treknya sangat jauh. Mendaki di laluan berbatu-batu seperti laluan di air terjun yang kering. Kalau nak di gabungkan, semua trek gunung di MY ada terdapat di gunung ni. Hah! hambekkk dia kasi pakej lengkap, mujur la aku tak bawa bag. Kalau bawa, sah jalan perlahan, silap haribulan, siput babi pun boleh potong jalan aku. nGEE!

Lama juga berjalan dalam hujan, akhirnya sampai ke kem ke 2, di situ lah kami akan bermalam. Dengan pantas aku tukar pakaian kering. Hohoho kalau tidak, keras kejung aku nanti. Keluarkan sleeping bag dan duduk dalam tu dendiam. Konon sleeping bag tu boleh tahan kesejukan la, aku tesengeh-sengeh sahaja kat Bro Fifish sebab dia cuma guna blanket yang pihak agensi sediakan. Sekaligus jadi lapik tidur kami. Aku agak dia mesti sejuk nanti. Jurupandu kami terus hilang, mungkin dia nak sediakan makan malam agaknya. Sementara itu, kami makan sahaja jajan dan kacang-kacang yang ada untuk buat alas perut.

dapor di kem 2
Sedang kami sibuk dengan aktiviti memanaskan badan, grup dari Australia  pun sampai. Kemudian datang lagi 1 grup dari Singapore. Owh ok ! ada 3 grup yang naik gunung untuk hari tu. Masing-masing basah kena hujan lebat. Sejuk

Dinner time, ting! ting!!  makanan dihidangkan di depan mata, tak perlu nak jalan jejauh. Dorang yang hantar.
Ok,jom tengok apa  menu untuk malam tu. Nasi, ok pass !  sayur kacang buncis goreng, ok pass ! sayur kailan goreng, pun ok. Ayam dan pork ?? erkkk! Aku dah garu kepala, dan berfikir. Halal haramnya tayah makan langsung. Darurat nya,makan nasik dan sayur ja. Keterpaksaan, terpaksa, terpaksa...!! Aku makan sekadar terasa kenyang ja. Pastu minum air banyak-banyak. makan biskut dengan coklat yang ada untuk tambah tenaga nak mendaki ke puncak esok.

Selesai makan, aku dah start berselubung. Ahh kenapa masih rasa sejuk ni, pakai baju dah 3 helai termasuk jaket, stokin dan sarung tangan. Kenapa sejuk lagi ni. Bro Fifish guna blanket ja. Erm ! ok je dia. Cit..! Malam tu aku gelisah, pusing kiri kanan, mata tetap tak boleh lelap. Bro Fifish dah syok lena. Arggh!!! mental calar. Aku tak boleh tidur ! aku nak tidur, aku nak tidur, huwaaa.

Akhirnya  aku PASRAH ! sah aku tak boleh tidur. Aku rasa lama benar nak siang, mata terkelip-kelip dalam kegelapan malam tu, telinga hanya mendengar bunyi deruan angin yang kuat dan hujan yang turun dengan lebatnya. Owhhh berraq ni!!

Ahhh Bro Fifish dapat tidur lena. Padan muka aku !
Pagi tu, aku kejutkan juga Bro Fifish ajak teman pergi tandas. Hahaha aku berjaya kacau dia tidur. 

Keluar sahaja dari 'hut', cuaca masih hujan renyai-renyai, berpandukan cahaya headlamp, aku nampak di kiri kanan laluan putih ja. Eh salji ke hapa ? Tenung lelama baru perasan yang itu hanya titis-titis air hujan di atas rerumput. Lawanya, putih  jaa.

Selesai menunaikan hajat aku dan Bro Fifish kembali ke 'hut' untuk sambung berselubung. Adeiihhh, pada aku tak ada bezanya kesejukan di luar dan di dalam sleeping bag, sama sahaja..sejukk loo..!~ GIEGIEL.

Zzzz...ehh boleh tidur ke? Ah aku paksa pejamkan mata.!

~~>>> BERSAMBUNG

Thursday, June 16, 2011

Hajat Tak Sampai


SAPA

Hari sebelumnya

DAY 2

LAO CAILao Cai Railway Station

5/6/2001. 5:00 pagi.
Tonnn toonnn! kecak kecak kecak toonnn toonnn !

Huargh! (selak langsir) uik, terangnya. Dah pukul berapa nih? ha ? ha ? Bro pukul berapa dah ?' 5 pagi. Kita dah sampai.
La. ye ke. Kenapa terang benderang macam pukul 7 pagi ni. (masih terpisat-pisat lap muka, kemaskan rambut)
~ MUKA SERABAI.

Keretapi berhenti. Kedengaran suara riuh rendah dari penumpang-penumpang lain termasuk pelancong asing. Aku dan Bro Fifish melangkah turun sambil terpinga-pinga ~what to do next ? Dalam kepala otak aku cuma nak ke tandas sahaja, nak bersihkan diri. Agak rimas dengan keadaan diri. Sementara tu, Bro Fifish  layan pemandangan depan landasan sambil ' sap kok lu'.

Masuk tandas kena bayar 2,000 vnd, ala lebih kurang macam kat MY juga. Tapi kita guna duit syiling. Dia guna duit kertas. Masa memula terasa macam besar ja nilai dia. Hehehe. Risau jugak akan kehabisan duit. Keadaan tandas dia ? hrmm. Bersih. Cuma ada tisu ja. Mujur la kat luar ada singki dan baldi. Aku pakat tadah air je la. Phew!

Setelah selesai keperluan diri, aku pun pergi semula ke tempat Bro Fifish lepak. Dari jauh nampak Serge dan Martin pun ada. Rupanya mereka bercadang nak join sekali untuk jadikan 1 group, jadi lebih mudah dan akan kurangkan kos. Ok let's gone.

Belum sempat keluar dari kawasan keretapi, macam-macam tawaran datang untuk bawa kami ke Sapa. Blur juga la masing-masing tapi sebelum apa-apa jom kita minum dulu ! Minum kopi tepi jalan sambil cari idea seterusnya. nGEE!

Sergh & Martin
Sambil-sambil bertanya tentang harga tambang bas ke Sapa. Setelah menawar harga, akhirnya kami bersetuju 40,000vnd.

Maka naik la kami berempat menuju ke Sapa dengan kelajuan bas 20kmsj. Melalui lereng-lereng gunung. Aduihh,bila mau sampai da. :P

Di kiri kanan perjalanan , terbentang dengan pemandangan yang menakjubkan. Nun di lereng bukit banyak sawah padi bertingkat-tingkat. Hijau hijau hijau. Di selang seli dengan perkampungan kecil.
Sesekali melintasi sekumpulan suku kaum Hmong yang berjalan kaki lebih dari 4km sehari, pergi dan balik menuju ke pekan Sapa, yang mana di pekan itulah tempat mereka mencari sumber rezeki dari produk-produk hasil kerja tangan seperti bag dan aksesori perhiasan diri yang dijual kepada pelancong.

Setiba kami di Sapa, belum sempat turun dari bas. Dah ramai suku kaum Hmong yang mengerumuni meminta kita beli barang dari mereka. Yang menariknya, mereka boleh berbahasa Inggeris. Kalah rakyat Vietnam yang lain.
~Buy from me! buy from me ! what is your name sir ? how old are you ? where are you from ? soalan-soalan ini yang akan kedengaran bila mereka mula melekat dengan kita. NgEE! jadi pandai-pandai lah korang nak mengelak.

Untuk aku, say no to shopping! ahaks.

Ok berbalik pada plan asal, nak ke mana lepas ni ? cari hotel ? cari makan ? or what ? Bincang punya bincang dengan budak 2 org tu, akhirnya kami bersetuju nak  ber'home stay' di perkampungan Hmong. Tapi sebelum tu, wanita Hmong tu beritahu, dia boleh masakkan makanan untuk kami dengan syarat kami kena beli bahan-bahan keperluan. Owh ok, no big deal. Jom kita ke pasar. Beli ikan kelah hitam dengan harga rm18. Agak besar juga la. Beli pisang, beli sayur dan pulang ke kampung.

Erkkk! wait the minute, How far is your village from here? 
It about 2 kilomit.
*menurut bro Fifish 15km dr pekan Sapa.


GULPS! uhuk! kena jalan kaki ke? adoi (hati memujuk) relak Tun, relak. Kata nak rasa how's their life. Huhuhu owh ok ok ! tengah jalan la ni. Adeih. Berjalan dan terus berjalan dengan backpack yang sangat berat tersandang di bahu. Akhirnya sampai jugak. Yay!



Sementara mereka masak..aku pun ambil peluang pergi mandi. Hohoho. Mandi air gunung. Sejuk. Sambil diperhatikan oleh haiwan teladan seperti itik, ayam, anjing dan babi yang berkeliaran. Hahaha. Jenuh aku  halau mereka jangan datang dekat. Adehh, adehh. Sayang la bro Fifish tak mahu amik gambar moments tersebut. Kalau tak memang epik. Moment yang luar biasa. Gambaranyer seperti ini.  Aumm !


Setelah siap mandi, mereka pun dah siap masak. Maka tiba lah untuk makan. Ada nasi dari beras wangi. Panas-panas lagi tu. Hrm, bau dia harum. Ikan kelah goreng. Kira masyuk dah tu. Sayur goreng bersama alamak ! Dia campur ayam la pulak. Cit, potong betol la! Eh tu ayam ke daging babi ? Hrm.


Uhh tak apa lah aku makan nasi dengan ikan pun ok dah. Serunding daging pun ada ni. Layan.


Lepas makan kami dibawa bersiar-siar ke persekitaran kawasan tempat tinggal dia. Dia bawa pergi tengok lembu kerbau dia, sawah padi dia. Ajar cara menanam padi. Aku malas la buat semua tu sebab kat MY pun aku tak penah nak cuba hahahaha. Aku rasa sama ja. Tak kuasa ah. Cuma Serge sahaja yang cuba tanam padi.



Menjelang petang, kami ambil keputusan untuk pergi ke Sapa semula, mencari pemandu arah untuk trip mendaki Gunung Fansipan pula. Ahhh jalan kaki lagi. 2 kilomit. Adoi. Masa dalam perjalanan ni la aku terasa tekak aku kering dan sebu. Tau dah. Mesti nak batuk selsema ni. Huh! grr.

Untuk trip mendaki pulak kami cuma nak cari jurupandu sahaja. Lain-lain tak nak. Tapi  setiap  agensi tak bagi pelepasan tu. Sekurang-kurangnya mesti ambil pakej menyeluruh termasuk guide, tiket, insuren, makan dan permit masuk taman negara dia. Kiraan keseluruhan sekitar 75 dolar dan ke atas. Mahalnya. Cari sampai ke malam. Tak dapat juga. Letih dah.


Dalam pada mencari-cari tu terjumpa pula dengan seorang mamat ni yang faham bahasa Melayu skit-sikit. Nama dia Ta. Jadi, dia pun terangkan sedikit sebanyak keadaan di situ. Termasuklah tentang nak ber 'homestay' kat perkampungan Hmong. Dia nasihatkan supaya kita keluar dari situ kerana kami tiada permit dari agensi untuk menginap di sana. Kiranya akan mendatangkan masalah yang tidak diingini. Owh tidak, aku tak mahu percutian yang bermasalah.

Hrmm. macamana ea, beg dah letak kat sana. Hari dah malam. Camane nak ambik ? adoi. Bincang punya bincang dengan Bro Fifish, kata sepakat diambil, kami akan keluar malam tu jugak. Barang-barang nanti Bro Fifish ambik guna motor yang Serge sewa. Huhu. Taleh bayangkan la canne Bro Fifish bawa 2 bag naik motor tengah malam yang sangat gelap. Melalui lereng-lereng bukit yang berbatu-batu. Dah la lama tak menunggang motorsikal. Aku tunggu sahaja di hotel yang sewanya 200,000 vnd | rm 29.51 untuk 1 malam. Huhuhu risau ooo. Lama juga la tunggu. Akhirnya muncul Bro Fifish dengan beg yang berat tu. Kesian dia. Hajat aku nak bermalam di inap desa tak kesampaian.

Malam tu, kami berbincang dan ambil keputusan untuk memilih pakej di agensi tu tak kira lah berapa harga yang dapat sebab satu hari dah terbuang begitu sahaja.

Makan malam : roti perancis + serunding daging + maggie, air kopi tongkat ali istimewa dibawa khas dari MY

Alhamdulillahh.
Malam itu beradu dengan cukup selesa lagi.
Selamat malam.Zzzz.

Bro Fifish layan internet free kat lobi. Menurut cerita beliau tertidur depan komputer sampai pagi. 

**Waktu di Vietnam, lewat sejam dr waktu di MY.
contoh :
MY ~> 10:00 pagi
Vietnam ~> 9:00 pagi.

5:00 pagi dah macam pukol 7:00 pagi,terang benderang.
5:00 petang mcm pukol 7:00 mlm.

Bersambung

Kembali semula ke Vietnam


VIETNAM
HANOI - SAPA - HA GIANG - CAO BANG

HARI PERTAMA
4/6/2011 Sabtu.

Jan 5:50 pagi, kami bersedia untuk masuk ke 'boarding gate', seterusnya jam 6:00 pagi mula memasuki perut kapal terbang Air Asia AK870. Penerbangan mengambil masa 3 jam 20 minit, dan kerusi aku bernombor 31F tepi tingkap di belakang kerusi  Bro Fifish. Wah, boleh tengok pemandangan dari udara.



nice cloud scape
Penerbangan tiba 20 minit awal dari yang dijadualkan. (AA pun rempit gak ea), so pukul 8.20 pagi sampai di Noi Bai International Airport. Suhu 29 darjah celcius. Masa nak ambik bag, aku perasan yang sesuatu sudah hilang. Alah! kerugian yang pertama. Penutup kalis air untuk beg hilang. Aduhai.

1 stop center
Jam 9:00 pagi berpandukan peta dan bantuan orang-orang awam kami memulakan perjalanan.


Mula-mula jom kita naik bas. Kita perlu naik 2x bas untuk sampai ke Hanoi Railway Station. Asal sampai satu-satu tempat sahaja kami bertanya orang. Masalah bahasa paling utama tapi kami cuma berikan peta, pen dan kertas, nanti dorang akan tulis nama tempat atau nombor bas. Perjalanan jadi lancar. Ngeh ngeh ngeh.

stesen keretapi
* Airport ~> Cau Giay  [ bas no 07 ]
   Tiket = 4,000 vnd | 0.59 MYR
* Cau Giay ~> Ha Noi Railway [ bas no 32@38] 
   Tiket = 3,000vnd | 0.44 MYR

Dari stesen bas, kami perlu berjalan kaki untuk ke stesen keretapi. Suasana pekan tu sangat bising, hiruk pikuk dengan pelbagai kenderaan. Dengan bunyi hon motor, kereta dan lori buatkan kepala aku bingung. Ketika itu la baru ingat  MY. Negara ku yang aman, tenang dari  pencemaran bunyi. 

kaunter tiket
Sesampai sahaja di stesen, Bro Fifish terus mencari tiket ke Sapa. Walau pun komunikasi amat berbeza tapi kira ok la. Tunjuk $, tunjuk nama tempat dan wallah!! tercapai juga matlamat untuk membeli tiket. Kaunter tiket dorang aku tengok macam kedai beli nombor ekor. Berpusu-pusu orang masuk dan keluar untuk membeli tiket dengan jumlah yang banyak. Sesekali terpikir aku. " Dorang buat apa dengan tiket tu ea ?"


Kami dapat beli tiket keretapi dari Hanoi ~> Lao Cai dengan harga 450,000 vnd | RM66.44 seorang. Malangnya tiket jam 9:10 malam. Waduh. Jam baru menunjukkan pukul 11:35 pagi waktu tempatan. Lamanya nak kena tunggu. 9 jam 1/2 wooo. So what to do ?

tido ke Bro ?

Penat tidur, kami bangun. Pastu tidur semula. Pastu bangun. Akhir sekali rasa lapar. Erkk! nak makan apa ea. Jom jalan-jalan carik makan. Cari punya cari. Punya cari. Tiada halal food. Haiya! wat to do meh. Aku lapar. Aku nak makan nasi. Nak nasi !
Kesian Bro Fifish kena jugak tanya kat gerai-gerai kecil kat pekan tu kot-kot ada jual nasi + sayur. Walau pun aku tahu tahap kebersihan dan halalnya makanan itu mmg tak terjamin. KETERPAKSAAN aka DARURAT  memaksa tekak aku terima juga keadaan tu. Nasi dan ikan kelah goreng untuk 2 org dengan harga 40,000vnd | RM5.90. Ah ! boleh la. Nanti boleh makan dengan serunding Agromas yang aku bawa dari MY.

koc kami
Jam 8:00 mlm, kami dah mula menaiki keretapi. Dalam masa tercari-cari nombor koc keretapi kami, datang la seorang lelaki ni, ingat dia pekerja kat situ. Terus dia mintak tiket untuk menunjukkan lokasi. Kami pun ok la. Ikut sahaja dia. Bila dah sampai , terus dia mintak ' my tips?'  Erkk! Aku dan Bro Fifish tercengang kejap. Ahh! dah kena dah. Tak pasal-pasal  kena paw. Aku tak ingat berapa. Mungkin 50,000vnd. Uh entah la dah lupa. So untuk rakan-rakan yang mungkin akan ke sini. Berhati-hati hokey !

lepas kena paw,mengenang naseb diri..
Tiba masa untuk berlepas. Wah kagum ah dengan dia punya kabin. Katil 2 tingkat, siap ada lampu tidur. Waa menariknya. Berbaloi la dengan harga tiket. Apa lagi kami mula buka bekalan yang kami tapau petang tadi.



masa untuk makan malam
Kami berkongsi kabin dengan 2 orang pemuda dari France, Serge dan Martin. Bagus budak dua orang ni. Walau pun aku kurang berbual dengan mereka tapi  aku paham juga la apa yang Bro Fifish sembangkan tu, sambil makan, sambil berbual.

rancaknye berbual
Bila dah kenyang, aku pun mula tepuk-tepuk bantal untuk mulakan sesi Zzzz. Aku ingat aku sorang sahaja, rupanya yang lain pun ikut juga tepuk-tepuk bantal. Hehehe.
GUDNITE ALL! klik!
Keretapi malam meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Totttt ! tooott ! krohh kroohhh Zzzz.

~>  bersambung  !

Currency Xchance : dibawah ini adalah nilaian pertukaran yg kami guna sepanjang ekspidisi ini. Semua guna duit kertas.
1,000 vnd  = 0.14 myr
2,000 vnd  = 0.29 myr
5,000 vnd  = 0.73 myr

10,000 vnd  = 1.47 myr
20,000 vnd  =  2.95 myr
30,000 vnd  =  4.42 myr
40,000 vnd  =  5.90 myr
50,000 vnd  =  7.37 myr

100,000 vnd = 14.75 myr
200,000 vnd =  29.51 myr
500,000 vnd = 73.79 myr
1,000,000 vnd =  147.59 myr

Tuesday, February 22, 2011

Persediaan Asas Berpetualang


Ini adalah persediaan-persediaan yg sepatutnya untuk melakukan penjelajahan secara BACKPACKED ke luar negara.

1. Buat pemeriksaan kesihatan : tekanan darah tinggi / rendah & kandungan gula.
~> ambil suntikan anti malaria ( mengikut keperluan di mana negara yg hendak kita pergi)
~> simpan salinan keputusan ujian.

2. Semak senarai DOKUMEN :
    (a) Pasport
    (b) Tiket penerbangan
    (c) Kad pengenalan
    (d) Salinan semua dokumen penting (pasport/visa/ Mycard / tiket)
    (e) Buku nota kecil ( simpan no talipon org2 penting)
    (f)  Simpan alamat/ no  talipon Kedutaan Malaysia   
    (g) Catat no talipon hostel/low budget.

3. Semak senarai DO , DON'T , RULES & REGULATION

    DO  (perlu buat sebelum /ketika/selepas berangkat)   
     (a) Selalu ulang semak dokumen yg harus dibawa (cross check)
     (b) Itinerary (rencana perjalanan dengan lengkap)
     (c) Cari penginapan /host/hostel. Catat dan simpan alamat lengkap &
        ~ Ambil 'name card' di kaunter resepsi budget hotel/dormitory/youth hostel supaya 
            kalau tersesat boleh tunjuk kad alamat pada pemandu teksi dan bukan semua fasih berbahasa Inggeris

     (d) Tukar duit.
     (e) Beli no talipon tempatan (bila smpai ke destinasi)
     (f) Aktifkan wifi di hp
     (g) Semak larangan dan peraturan di setiap negara.

    DON'T 
   ~> Jangan membuang sampah
   ~> Jangan melanggar peraturan/adat istiadat setempat.

BARANG-BARANG

1. Pakaian :
             ~ 4 pasang pakaian
             ~ 4 pasang baju dlm
             ~    topi / snowcap
             ~ 2 pasang stokin
             ~    kasut/sandal
             ~    payung
             ~    cermin mata.

2. Toiletries :
             ~ berus / ubat gigi
             ~ tuala  ( cepat kering)
             ~ sabun / syampoo / deodorant
             ~ tisu basah
             ~ ubat-ubatan / sunblock
3. Gear :
             ~ Jaket (kalis air) / baju panas / sarung tangan 
             ~ Dry bag
             ~ Sleeping bag / hammock

4. Foodware :
             ~ Pisau lipat
             ~ water bag
             ~ pinggan/cawan mudah lipat

5. Gadget :
             ~ handphone
             ~ multiplug
             ~ multicharger
             ~ gps
             ~ kompas
             ~ peta
             ~ headlamp / torchlight

6. Extra (biasa bawa semua)

             ~ body wallet untuk isi( dompet & passport)
             ~ lighter
             ~ tali
             ~ karabiner 3 ukuran (kecil | sederhana | besar) 

**Sumber maklumat : pembacaan dan pengalaman diri sendiri/rakan2

Friday, January 1, 2010

Berkhemah di Bukit Broga

Broga Hill
400m

Tempat yang menarik untuk dikunjungi, terutamanya untuk jurugambar untuk mengambil gambar matahari terbit dan matahari terbenam.



Aku dan rakan-rakan berpeluang untuk berkhemah di puncaknya.


Bukit yang ditutup dengan rumput hijau kelihatan agak luar biasa. Tapi sekarang sudah berubah. Terlalu ramai mengunjung sehingga terlalu sesak. Trek pun banyak yang rosak dan banyak juga trek-trek baharu yang dibuka.


Misi aku : Melentur buluh biar dari rebungnya.


***

Bukit Broga,
2010.

Monday, November 9, 2009

Percubaan ke 3 Gunung Nuang



GUNUNG NUANG
1,493m

Gunung Nuang terletak di negeri Selangor dengan ketinggian 1,493 meter (4,898 kaki).
Gunung itu sendiri adalah titik tertinggi di Selangor dan sebahagian daripada banjaran Titiwangsa .
Terdapat 3 laluan pendakian ke puncak dan semuanya dibina oleh Jabatan Hidupan Liar Malaysia dan Taman Negara. Dua daripadanya bermula di Selangor;

1. Kuala Pangsoon di Hulu Langat.
2. Kampung Kemensah di Gombak.
3. Jalan berasal dari Bukit Tinggi di Bentong, Pahang.

Di laluan Kuala Pangsoon, pendakian selama dua jam di jalan yang sangat curam, kemudian berhenti  di "Kem Lolo", dan selepas itu terdapat enam jam sehingga ke puncak. Ini adalah kiraan peribadi aku yang memang jalan lambat.

Dua kali aku gagal untuk sampai ke puncak, hanya sampai di Kem Lolo sahaja. Masuk kali ketiga baru aku berjaya tiba di puncak.

Apa yang menarik di puncak Nuang adalah kita boleh nampak Genting Highland di balik kabus. Satu lagi tarikan adalah kehadiran tupai yang jinak. Ia akan keluar apabila kita menawarkan makanan. Comel sekali.

Ramai yang berpendapat,segala jenis trek gunung di semenanjung ada di Gunung Nuang. Jadi sesiapa yang nak berlatih mendaki, boleh la mendaki ke Gunung Nuang. Segalanya ada di sini.


***

Tuesday, December 23, 2008

Merentas 3 Negara Dengan 4x4

Thailand, Laos & Vietnam

Akhir tahun 2008, aku berpeluang untuk menyertai ekspedisi perjalanan ke tiga negara dengan pacuan 4-roda selama 17 hari.

Perjalanan ini sebenarnya percutian keluarga, jadi semua peserta terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak. Aku, satu-satunya individu yang tidak mempunyai hubungan dengan sesiapa pun.

Sendirian, aku menjadi orang asing di dalam kumpulan asing dan pergi ke negara asing.
Bagaimana dengan tiba-tiba aku boleh masuk ke dalam golongan  yang terdiri daripada usahawan, CEO terkenal dan pegawai tertinggi kerajaan yang aku tak pernah kenal ?

Krik krik krik.
Korang percaya dengan perancangan Allah tentang jalan hidup setiap manusia ? Yeah, Kun Fayakun.

Ya, inilah permulaan cerita hidup baharu aku setelah kembali bujang.

Aku sebenarnya mengantikan salah seorang peserta yang tidak dapat ikut serta. Segala kos perjalanan dan penginapan sudah dibayar. Aku cuma bawa badan ja dengan syarat;
Aku hanya perlu melihat, mendengar dan bercakap apabila perlu. Patuh dengan arahan dan menjaga kelakuan sendiri. 

'OK'.

Pada aku ini adalah percutian mewah. Setiap perhentian kami akan bermalam di hotel terkenal. Apabila masa untuk membeli-belah, aku hanya ikut tanpa membeli, kerana aku tidak ada peruntukan untuk membeli. Duit tu ada, tapi aku simpan untuk hal kecemasan.

Kali pertama aku bercampur dengan orang-orang berada ni,  terasa diri sangat kecil dan malu dengan penampilan aku yang selekeh. Padahal sebenarnya mereka biasa saja. Mereka layan aku dengan baik dan mesra sepanjang perjalanan.  Aku ja yang fikir bukan-bukan.


Ini adalah jadual perjalanan yang aku salin dan tampal.

Day 1 (11th Dec 2008)
R&R Rawang – Surat Thani, Thailand (830km)
Check in at Regency Hotel Hatyai
Dinner at Hamid’s Restaurant

Day 2 (12th Dec 2008)
Surat Thani - Ayuttaya, Thailand (720km>>>1550km)
Depart to Ayuttaya
Lunch at Thungsun
Check in at Diamond Plaza Hotel

Day 3 (13th Dec 2008)
Ayuttaya - Chengmai, Thailand (600km>>>2150km)
Chengmai
Check in at U-Thong Inn Hotel

Day 4 (14th Dec 2008)
Chengmai – Chean Sean, Thailand (240km>>>2390km)
Check in at Lotus Hotel Pang Suan Kaew

Dinner at Anusarn nite market

****

Day 14 (24th Dec 2008)
Savanakhet – Nakhon Ratchasima, Thailand (400km >> 4900km)
Check in at Pal Chong Landmark Hotel

Day 15 (25th Dec 2008) 
Nakhon Ratchasima – Prachup Khiri Khan, Thailand (625km >> 5525km)
Depart to Prachup Khiri Khan

Day 16 (26th Dec 2008) 
Prachup Khiri Khan – Nakhon Si Thammarat, Thailand (500km >> 6025km)

Depart to Nakhon Si Thammarat
Check in at The Twin Lotus Hotel

Day 17 (27th Dec 2008) 
Nakhon Si Thammarat – Hatyai, Thailand (190km >> 6215km)
Depart to Hatyai

LAOS


Day 5 (15th Dec 2008)
Chean Sean - Chiang Khong, Thailand -Houexai - Oudomkham, Laos ( (370km>>>2760km)
Crossing Mekong River to enter Laos by ferry
Lunch stop at Luang Namtha

Day 13 (23th Dec 2008)
Vinh – Savanakhet, Laos (340km >> 4500km)
Depart to Savanakhet

karst ranges

VIET NAM


Day 6 (16th Dec 2008)
Oudomkham – Dien Bien Phu, Vietnam (200km>>>2960km)

Visit Ethnic Village at Hmong Laotheung, Laos
Ferry crossing at Nam Ou River, Laos
Visit De Castrie Bunker at A1 Hill. (Vietnam destroy the biggest
French Camp above the hill)
Visit DBP museum


Day 7 (17th Dec 2008)
Dien Bien Phu – Sapa, Vietnam (280km >> 3240km)
Sapa
Visit Silver Waterfall


Day 8 (18th Dec 2008)
Sapa, Vietnam (0km >> 3240km)

Visit to Tavan Village. A very typical DAO village by the river
Visit CAT CAT village

Day 9 (19th Dec 2008)
Sapa – Hanoi, Vietnam (400km >>> 3640km)
Hanoi

Day 10 (20th Dec 2008)
Hanoi, Vietnam (0km >> 3640km)
. City Tour – Lao Cai City
Ho Chin Minh Mausoleum
One pillared Pagoda + Ho Chin Minh House in stilt
Lunch (Provided)
Visit Sword Lake + Ngoc Son Temple + Vietnam Museum
Visit Dong Xuan Market (Famous shopping area in Hanoi)
Dinner (Provided)
Water Puppetry Show (The one in the world)
Entrance : 40,000 Dong

Day 11 (21st Dec 2008)
Hanoi – Halong, Vietnam (200km >> 3840 km)
Halong Bay

Summary :
Day 1, 2, 3, 4, 14, 15, 16 & 17 ~ Thailand
Day 2 & 5 ~ Laos
Day  6, 7, 8, 9, 10 &11 ~ Vietnam

Sekali seumur hidup

Majlis kecil untuk menyampaikan sijil MEKONG EXPEDITION 2
Pulang ke Kuala Lumpur