Wednesday, May 9, 2012

Kaedah MTB



Jika anda lelah mengayuh ketika pendakian, jangan berhenti dan menunggu  bantuan datang. Tetapi gunakan kaedah 'MTB'. Masa anda tidak akan sia-sia seperti itu dan anda masih boleh sampai ke destinasi dengan jumlah masa yang sama.



'M'ari 'T'olak 'B'asikal  ~> English  (Let's push the bike)

Adakah ia baik untuk anda ? Sekarang mula tolak basikal. TOLAK ! cepat !

***

Tuesday, May 8, 2012

Apa Ada Pada Nama.


SIAPA NAMA ?


Apakah nama basikal anda ?

Aku tahu ia sangat lucu, tetapi ia akan menjadi lebih menarik, kan ? Mengapa kita perlu memberi nama kepada basikal ? jawapannya adalah untuk menghargai dan mengenal. Ia bukan hanya setakat logam / aloi, tetapi ia sebagai teman rapat selama kita ingin bersamanya.

Tak Kenal Maka Tak Cinta

KENALI BASIKAL KITA


***

Monday, May 7, 2012

Kelanang & Morib


Jom merayap lagi. Kali ini aku akan pergi ke Pantai Kelanang dan Morib melalui jalan kampung. Bermula dari stesen petrol  Petronas, terus ke persimpangan Pulau Carey. Laluan alternatif dan tidak banyak kenderaan menggunakan jalan ini. 

Seronok bila berbasikal melalui jalan kampung. Sejuk dan tenang ja. Kita akan lihat rumah-rumah kayu dengan reka bentuk tradisional masih tegap berdiri. 
Terasa laluan kampung itu lebih pendek daripada jalan utama. Aku berhenti di Kampung Bandar untuk melawat  istana dan masjid lama Sultan Selangor (5)

Teruskan berbasikal ke arah bukit Jugra. Tempat yang popular untuk penggemar sukan ekstrem -


Pada sebelah petang, aku sampai ke pantai Kelanang. Berhenti dulu untuk makan tengah hari, walaupun masa makan  dah lama berlalu. Sambil-sambil tu nikmati keindahan pemandangan pesisir pantai. Tempat ini sesuai untuk bersantai dengan rakan-rakan dan keluarga, kemudahan taman permainan dan kawasan rehat pun lengkap disediakan.

Bila dah kenyang ,sambung semula perjalanan  perjalanan aku ke destinasi akhir ~ pantai Morib.


Morib bersebelahan dengan pantai Kelanang, jadi terdapat jalan kecil yang menghubungkan antara kedua-dua lokasi. Di sepanjang laluan pantai, kita akan disajikan dengan pemandangan pokok-pokok bakau. Ada juga kawasan pokok bakau yang mempunyai lanskap yang cantik. Sesuai untuk buat photoshoot majlis perkahwinan..

Apa yang menarik di pantai Morib?



Pemandangan matahari terbenam yang paling cantik adalah di pantai Morib.


Jadi, sehingga kita bertemu semula di lain kembaraan.

***

8 km ke Frazer Hill

Ini adalah perjalanan yang mencabar bagi aku. Laluan yang memerlukan lebih stamina dan semangat. Aku memulakan perjalanan dari Kuala Kubu Baru, kemudian akan menuju ke Bukit Fraser.

Jauh dan berbukit.

Terdapat banyak selekoh tajam sepanjang pendakian. Jadi, korang boleh bayangkan betapa perjalanan ini amat sengsara. Entah berapa kali aku berhenti berehat. Kaki dah mula berasa sangat sakit. Sampai di kaki bukit pun dah mula gelap.
Aku kelaparan. Sejam kemudian, aku menghidupkan lampu kepala dan terus mengayuh. 7 km mendaki bukit.  Bila dah tak larat nak kayuh, aku tolak ja.

Bayangkan, aku menolak basikal di tengah-tengah malam yang gelap dengan mengharap cahaya dari lampu kereta. Itu pun kalau ada kereta yang lalu. 

Akhirnya sampai juga.
Aku luangkan masa berlegar-legar di sekitar FH, menangkap gambar menara jam sehingga  jam 11 malam. Mencari juga lokasi untuk bermalam, tapi tak ada yang sesuai. Akhirnya aku turun dari FH. Kerja gila kan ? 

1 2 3 dan meluncur laju hingga ke kaki bukit. Tidak sampai di situ saja, aku teruskan kayuhan hingga Air Terjun Ulu Semangkuk. Di situ lah aku bermalam.


Terima kasih beri tunjuk ajar.

Pulau Carey


PULAU CAREY


Kali ini hanya bersiar-siar. Di mana ? ke pulau yang dikenali sebagai Pulau Carey. Di pulau ini terdapat juga sebuah kampung untuk masyarakat asli kaum Mah Meri. Sepanjang laluan hanya terdapat ladang kelapa sawit.


Kami menyusuri jalan hingga ke penghujung di tepi laut.


Dalam perjalanan pulang, aku melawat muzium budaya dan warisan. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang ada di muzium, sila datang ke Pulau Carey. 


Sehingga bertemu lagi. Daaaa..!

***

Sunday, May 6, 2012

Berlatih di Genting Sempah



Nah .. ini adalah kali pertama aku menguji keupayaan untuk mengendalikan basikal, jalan yang dipilih adalah dari Muzium Orang Asli Gombak  melalui jalan lama ke Genting Sempah.
Laluan di sepanjang jalan sangat menarik, cuaca agak redup, tetapi jalannya agak mencabar. Bagi orang baru macam aku ni terasa seperti benar-benar diseksa apabila memanjat bukit di sepanjang laluan.

Otot kaki aku berasa kejang sehingga membuatkan mental aku koyak, tetapi aku gagahkan juga untuk terus mengayuh basikal. Akhirnya berjaya  juga sampai ke RnR Genting Sempah.
Berehat seketika untuk menikmati sarapan pagi  dan melegakan otot sebelum pulang ke rumah.


Sehala 17.0 km lebih kurang 3 jam +-

****