Tuesday, April 1, 2014

Indahnya BALI [ Lengkap ]



Ini adalah hasil tulisan kenalan aku yang tinggal di Bali. Kredit padanya atas usaha beliau ini.


BALI TIMUR

Pantai Amed - untuk snorkeling, menginap semalam dua di sini pun ok
http://www.balebengong.net/kabar-anyar/2013/05/23/amed-wisata-bawah-laut-tak-hanya-untuk-bule.html

Seraya - jalan berbukit yang mencabar dgn pemandangan pantai yang cantik. Bermula di Amed dan berakhir di Ujung.

Budakeling - kampung Muslim & Hindu yang muhibbah

Pantai Virgin di Karangasem - pantai tersembunyi yg sering digunakan orang Russia untuk private party

Tulamben - untuk diving

Gunung Agung, di sinilah pura paling suci seBali terletak iaitu Pura Besakih. Selain pura, sesuai untuk aktiviti memanjat yang memakan masa 8-10 jam turun naik.

Telaga Waja - Water rafting

Kintamani - daerah ini popular dengan makan lunch dengan pemandangan view Gunung Batur. Selain itu boleh panjat Gunung Batur atau Gunung Abang. Siapa yang berani bole lawat Desa Trunyan (orang asal Bali) di mana penduduk kg ini tidak menanam mayat sebaliknya meletakkannya di pokok yang harum.

Desa Tenganan - juga perkampungan orang asal Bali. Orang Bali yang sekarang dikatakan Bali menurut beberapa versi adalah keturunan Jawa Majapahit yang lari ke Bali apabila kerajaan Hindu Majapahit diIslamkan.

Kusamba - Kampung Islam Kusamba dikenal sebagai kampung Islam yang menyimpan banyak sejarah Islam di Bali.

Tirtagangga - taman air kerajaan milik keluarga kerajaan Karangasem.

Kertagosa - kompleks bangunan lama yang didirikan pada masa pemerintahan Raja Klungkung pertama
Penglipuran - sebuah desa tradisional dengan budaya yang unik.

BALI UTARA

Lovina - tengok ikan lumba-lumba
http://www.balebengong.net/kabar-anyar/2013/04/08/foto-berburu-lumba-lumba-di-bali-utara.html

Air Terjun Gitgit, air terjun tertinggi di Bali

Desa Pegayaman - kampung Muslim di Bali

BALI BARAT

Pulau Menjangan - pulau indah sesuai untuk snorkeling yg jarang dikunjungi, sangat cantik. Boleh dikunjungi dengan menyewa bot dari Pumeteran atau Banyuwedang

Pemuteran - pot diving

Gilimanuk - kota yang menghubungkan Bali dengan Pulau Jawa terkenal dengan ayam betutu terenak di Bali, cari ayam betutu Man Tempeh

Palasari - kampung Kristian di Bali, ada gereja cantik dengan senibina Bali

Loloan - kampung Muslim di mana ada keturunan pendakwah asal Terengganu. Satu-satunya kampung yang mana penduduknya boleh bertutur ala Melayu.
http://www.themalaysianinsider.com/opinion/article/melawat-melayu-di-bali

Medewi - pantai untuk surfers

Ubud - kota seni budaya,
- Menikmati nasi ayam kedewatan yang terkenal
- Makan di Warung Pulau Kelapa yang benar-benar organik dan harga bukan harga mat saleh, tempat cantik dan pada mulanya tidak disukai ramai pemilik restoran di Ubud yang kebanyakan org barat kerana menawarkan harga yang murah. Pemiliknya Om Prayit adalah bekas tahanan politik semasa zaman Soeharto

Rumah Topeng & Wayang - masuk percuma. Pemilik adalah Om Prayit
http://www.setiadarma.org/

Green School - sekolah yang dibuat dengan buluh. Ada guided tour dari Isnin-Jumaat.
http://www.greenschool.org/

Jumpa bomoh Pak Ketut yang terkenal dalam filem Eat, Pray & Love. Agak komersial sikit. Kalau nak jumpa bomoh Bali yang betul (Balian), boleh masuk ke kampung-kampung.

Muzium Blanco, satu bentuk penghargaan kepada seniman besar Don Antonio Blanco.

Tarian kecak, legong & barong dengan membeli tiket dari penjual bebas di tepi jalan. Sambil membeli sambil membantu ekonomi mereka.
http://www.ubudcommunity.com/index.php/en/articles/human-interest/item/136-those-hard-working-ticket-sellers

BALI TENGAH

Pupuan - pemandangan padi teres dan ladang kopi yang indah. Jika ke Pupuan anda tidak merasa seperti di Bali, malah kebanyakan penduduk di sini majoriti tidak pernah ke Kuta terutama yang tinggal di kawasan yang agak dalam.

Bedugul - melawat tasik Buyan, Bratan & Tamblingan.

Jatiluwih - sawah teres yang cantik, UNESCO World Heritage site
http://www.balebengong.net/kabar-anyar/2013/04/07/subak-jatiluwih-sebuah-harmonisasi-peradaban.html

BALI SELATAN

Mengekplorasi pantai2 tersembunyi yang popular di kalangan surfers; Padang2, Suluban, Bingin, Pantai Pandawa, Pantai Bali Cliffs & Pantai Hotel Nikko

Tanah Lot

Canggu - pantai untuk surfers, ada kedai Deus Ex Machina untuk siapa yang tahu

Pulau Serangan - terletak antara Kuta dan Sanur dan di bahagian timur pulau terdapat pantai yang cantik di popular di kalangan surfers. Sesuai juga untuk menikmati hidangan laut versi orang tempatan yg lebih murah berbanding Jimbaran.

Sanur - kawasan yang terkenal di kalangan pelancong keluarga dan pertengahan umur. Sesuai untuk yang tidak menyukai hiruk pikuk Kuta.

Uluwatu, tarian kecak terbaik di Bali adalah di sini ditambah dengan pemandangan tebing bukit yang indah.
Cuba juga ke Pulau Nusa Lembongan dan Pulau Nusa Penida yang boleh dicapai dengan bot dari Sanur.

Bali sisi lain

- Beli oleh2 dari Mitra Bali Fair Trade di Sanur yang menggunakan konsep perdagangan yang adil & tidak menindas pembuat kraf.
https://www.facebook.com/MitraBaliFairTrade

- Cuba untuk membeli oleh2 di pasar tradisional seperti di Sukawati daripada di Krishna, Erlangga dsb yang murah tetapi membayar sedikit kepada pembuat kraf

- Beli cd band Bali seperti Superman is Dead (SID), Nosstress, Dialog Dini Hari, Navicula dsb yang memperjuangkan alam Bali dari terus dirosakkan. Boleh dapatkan di kedai milik Jrx, gitaris di SID di Twice Bar @ Poppies atau di Mitra Bali.

- Minum kopi di Kopikultur, tempat seniman Bali muda dan tua berkumpul melawan komersialisasi berlebihan Bali

- Menikmati keragaman agama & bangsa di kota Denpasar. Jarang pelancong ke Denpasar padahal makanan paling sedap, murah & halal di Bali kebanyakan ada di sini.

- Jalan2 di kota tua Denpasar, boleh melawat Pasar Badung dan kedai2 menjual barang muslim/muslimah di depan pasar (Ada masjid di hujungnya). Setelah itu boleh menikmati kopi di kedai yg telah ada sejak 1935, sedap dan murah tetapi jam 6 sudah tutup. Cawangan lainnya (Kopi Bali) ada di Sanur yang sedikit upmarket.
http://www.balioutbound.com/2013/01/jalan-jalan-di-kota-tua-denpasar/

- Beli buku tentang Bali & Indonesia di Toko Buku Ganesha, ada di Ubud & Sanur
http://www.ganeshabooksbali.com/

- Beli buku "Melawan Lupa" untuk mengetahui sisi Bali yang berbeza.
http://www.goodreads.com/book/show/15991075-melawan-lupa

- Cuba pengangkutan awam Trans Sarbagita https://www.facebook.com/pages/Trans-SARBAGITA/114451925323386?fref=ts

- Makan nasi jinggo atau nasi bungkus yang dijual di Pantai Kuta. Enak dan murah serta halal kerana penjual adalah orang Jawa Muslim.

TIDAK DISARANKAN:
- menginap di hotel2 mahal yang cenderung menindas orang tempatan terutama di Nusa Dua
- main permainan air di Tanjung Benoa/Nusa Dua kerana terlalu mahal melainkan dapat diskaun dan pakai voucher yang murah
- makan seafood di Jimbaran yang sangat mahal, boleh cuba kalau punya bajet yang lebih

Makan HALAL di Bali

- Sup ikan & ikan goreng di Warung Mak Beng di Sanur, Jalan Hang Tuah 45 (0361-282633)
- Ayam Tulang Lunak Malioboro di Kuta
- Warung Indonesia di Poppies (Gang Ronta)
- Soto Ceker Ayam di Pasar Kuta
- Warung Nikmat, Gang Biduri 6, Jalan Singosari Kuta (sebelah Hotel Bakungsari, 0361-764678)
- Restoran & warung sepanjang jalan di Tuban dekat Kuta terutama Ayam Betutu Gilimanuk (seberang jalan tidak jauh dari kedai souvenir Krishna Tuban) & Nasi Pedes Bu Andika (depan kedai souvenir Joger)
- Restoran & warung sepanjang Jalan Hayam Wuruk Denpasar
- Restoran & warung sepanjang Jalan Teuku Umar Denpasar
- Restoran & warung di sekitar Lapangan Puputan Renon Denpasar
- Warung2 di Pasar Sanur

Apa yang pasti makanan halal bersepah di Bali, cuma tidak banyak dan susah jumpa jika menginap di Kuta, Legian & Seminyak dan segan bertanya. Kebanyakan kedai2 yang saya sebut di atas berada di luar Kuta, tetapi tidak terlalu jauh. Sebagai contoh yang paling dekat dgn Kuta adalah Pasar Kuta tetapi ramai yang tidak tahu. Apa yang penting tanya dan kebanyakan masakan Padang adalah halal.
Semoga membantu.

Built on Nov. 18, 1978 on a 500-square-meter plot of land, Al-Hikmah mosque stands on Jl. Soka in East Denpasar and has a Balinese architectural design


Monday, March 31, 2014

Gowes di Kepulauan Riau [ KepRi ]

TARIKH : 24hb- 28hb Mac 2014

Kepulauan Riau ada 8 :

Bintan 
Batam 
Karimun 
Kundur
Singkep-Lingga
Anambas
Natuna
Moro
HARI PERTAMA


PULAU KARIMUN

Pengembaraan kali ini, aku memilih untuk ke 3 dari 8 buah pulau. Lokasi pertama ialah Pulau Karimun. Menurut cerita, pulau ini diberi nama mengikut nama penduduk asal iaitu Karim dan Maimunah. Seawal jam 8 pagi aku bergerak dari Klang ke Kukup dengan menaiki kereta rakan kayuhan Sham Shahrul dan anaknya. 



Tiket feri dari Kukup - Tanjung Balai pergi/balik berharga RM120 dengan menaiki feri MV Tuah. Cas pelabuhan rp60,000 = RM17-+. Perjalanan mengambil masa selama satu jam. Aku kagum dengan pengurusan masa perjalanan feri di pelabuhan ini amat tepat. Syabas.


Di Tanjung balai aku menginap di Hotel Holiday rp242,000 = RM70. Ada hotel yg lebih murah, tetapi memandangkan ketika itu Majlis Tilawah Al Quran peringkat seluruh KepRi sedang berlangsung, maka semua hotel telah penuh.



Sampai di Pulau Karimun pun sudah jam 5 petang. Jadi aku hanya sempat untuk melawat di pesisir pantai di mana lokasi Tilawah Al-Quran peringkat KepRi sedang berlangsung. Kelihatan gerai-gerai yang sangat cantik reka bentuk dan hiasannya.



Terdapat juga sebuah tugu peringatan berbentuk kapal layar yang baru dibina di tengah-tengah pusingan bulatan. 


Malam itu, aku hanya berehat di dalam bilik hotel kerana masih keletihan akibat perjalanan yg jauh dr Klang ke Kukup. 

HARI KEDUA

PULAU KUNDUR

Pagi itu, sebelum bertolak ke Pulau Kundur, aku bersarapan dulu dengan hidangan yang baru aku jumpa iaitu roti goreng. Roti yang dicelup dengan telur kemudian digoreng garing. Diletakkan sedikit kaya untuk dicicah.


Sedang aku mengayuh, terjumpa dengan sebuah bas yang unik, di mana ia dibina dari kayu. Bas ini digunakan untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Kira bas sekolah lah tu. Hanya terdapat di Karimun saja.



Pak Azhar membawa aku berjalan-jalan ke lokasi yang aku minta dia tunjukkan. Masjid Al-Mubaraq, merupakan masjid bekas peninggalan Kerajaan Riau Lingga yang berpusat di Kab. Karimun. Masjid ini berciri khas arkitektur khas Melayu kuno dan berusia ratusan tahun yang dibangun pada 1301 Masehi. Masjid ini terletak di tepi pantai daerah Meral merupakan masjid tertua di Kab. Karimun setelah masjid tua di daerah Buru. Berdiri di sebelah masjid yang diketahui sebagai bekas rumah si pembangun masjid ini yaitu Raja Mubaraq. Di dalam masjid juga terdapat tiang yang mirip kebanyakan di masjid Penyengat. ~ Sumber dr blog Wonderful Karimun.


Seterusnya menuju ke Masjid Agung. Masjid yg mempunyai ruangan tempat yang luas untuk latihan mengerjakan ibadat haji. Di sekeliling masjid ini juga ditanam dengan pokok-pokok kurma dan pokok buah naga.


 


                            


 Lokasi seterusnya aku hendak ke Pantai Pongkar. Di persekitaran itu juga terdapat sebuah air terjun yang bernama Air terjun Pongkar, tetapi memandangkan jalan masuk ke sana memerlukan pendakian yg curam, maka aku batalkan hasrat untuk menjejaki air terjun tersebut.



Keadaan di sini sungguh panas, ditambah pula dengan kebakaran hutan di kiri kanan jalan membuatkan bahangnya makin ketara.


Jam 12, aku sudah sampai di jeti Tanjung Balai. Jam 12.30 tghari bot mula berlayar ke Pulau Kundur. Guider dari sana bernama Bang Ijol sudah lama menunggu. Kayuhan penyerahan diri untuk penyiksaan pun bermula.

Tiket bot dari Tanjung Balai ke Pulau Kundur Rp20,000 = RM5.78 seorang.
Hotel Pelangi : Rp120,000 = -+RM35
Upah tukang angkat basikal naik ke bot Rp10,000 = -+RM3 


Jarak perjalanan mengambil masa 45 minit. Bot menurunkan aku di Tanjung Maqom. Ku fikirkan bot akan berhenti di Tanjung Batu, rupanya tidak. Aku tak sangka yang Tanjung Batu 50km jaraknya dari jeti Tanjung Maqom. Sudah lah bentuk rupa buminya berbukit-bukit. Aku tak larat nak kayuh laju-laju. Jadi Bang Ijol bawa ikut laluan pantai, kurang sikitlah penderitaan aku. Walau bagaimanapun bila sampai ke simpang batu 14 pendakian bermula. 3 kali aku ditolak dari belakang oleh Bang Ijol ketika mendaki. Cuaca yang keterlaluan panasnya juga menyesakkan dada aku.


Sampai di Tanjung Batu sudah jam 5 petang. Cadangnya lepas berehat sebentar, aku nak keluar semula untuk mencari 'tangga ajaib' yang terletak di Pantai Gading. Malangnya, hajat tak sampai kerana keletihan. Hanya keluar untuk mencari makan malam dan duduk melihat Bang Ijol bekerja.


Ini lah pekerjaan sambilan Bang Ijol di sebelah malam, kerana kecintaannya terhadap basikal dia membeli 'odong-odong' dr Jakarta. Kebiasaan duit akan dimasukkan ke dalam kotak dan dia akan bergerak, tetapi bang Ijol hanya kayuh sahaja. Selain itu dia juga menyediakan servis basikal tandem untuk pusing2 pekan selama 1 jam berharga Rp20,000 = -+RM5. Basikal2 ni dia beli dari Jakarta menggunakan duit hadiah Jambori basikal yang dia selalu menangi.


HARI KETIGA

 PULAU GALANG

Seawal jam 7 pagi WIB, aku dah bersedia untuk berlayar dari ke Pulau Galang. Aku bersarapan dahulu dengan lontong sayur. Ada mee hoon ?


Tiket Rp140,000 = -+RM40. Ahaks, aku amik jalan sehala dari jambatan 6 naik ke jambatan 1 tak perlu berpatah balik. Jambatan Barelang adalah singkatan dari nama BAtam, REmpang dan GaLANG. Ada 6 jambatan yang menghubungkan dari pulau ke pulau ni :
1. Jambatan Tengku Fisabilillah
2. Jambatan Nara Singa
3. Jambatan Raja Ali Haji
4. Jambatan Sultan Zainal Abidin
5. Jambatan Tuanku Tambusai
6. Jambatan Raja Kecik

Tiba di jeti Pulau Galang, keadaannya tidak sesibuk seperti jeti-jeti bot yang lain. Kelihatan beberapa warga Flores sedang menantikan kedatangan bot mungkin untuk mencari upah mengangkat barang-barang dagangan
penumpang yang datang.


Keluar dari pengkalan jeti aku nampak simpang ke Kem tinggalan pelarian Vietnam. Hati berbelah bahagi nak pergi atau tidak. Untuk lebih yakin, elok bertanya kepada penduduk tempatan. Menurut mereka, untuk sampai ke kem itu mengambil masa kira-kira 15 minit perjalanan menaiki motor. Jikalau motor 15 minit, basikal mungkin dua atau tiga kali ganda kerana keadaan jalannya yang berbukit bukit.
Aku ambil keputusan untuk teruskan saja perjalanan ke lokasi seterusnya.




Di antara jambatan 5 menuju ke jambatan 4 jaraknya sangat jauh. Laluannya sangat menyiksakan. Kita akan jumpa satu jalan yg sangat lurus seolah2 tiada penghujung. Jalan itu juga dijadikan 'landasan darurat' untuk pendaratan kapal terbang jika Airport Hang Nadim bermasalah.


Beginilah pemandangan di sepanjang jalan. Kesan kebakaran jelas kelihatan.



Aku sampai ke jambatan 1 pun sudah jam 6 petang. Berlegar-legar mencari tempat bermalam. Ada hotel tapi harganya Rp700,00 = RM200 untuk hari biasa dan Rp900,000 = RM260 harga hujung minggu. Akhirnya aku memilih untuk tumpang bermalam di sebuah masjid bernama Nurul Huda di jambatan 2. GRATIS !



Tapi sebelum tu makan malam dengan ayam penyet yang paling sedap pernah aku makan. Ayam kampung yang diperap dengan rempah digoreng garing.Terkenang kenang hingga hari ni.


HARI KE EMPAT

BATAM

Perjalanan diteruskan selepas solat subuh. Berhenti sebentar untuk mengabadikan gambar di jambatan Barelang.




..dan sesungguhnya benarlah Melayu berasal dari Kepulauan Riau. Pertuturan penduduk tempatan pun lebih kurang sama saja dengan bahasa kita di Semenanjung.



Walaupun cuaca baru jam 8 pagi tapi bahang mataharinya amatlah menduga kesabaran. Jeti Sekupang jadi destinasi untuk hari ini.



Ingat nak tidur di Sekupang tapi macam tak de tempat menarik untuk dilawati, terus aku beli tiket balik ke Tanjung Balai.
Harganya Rp85,000 = -+RM24.50.
Cas pelabuhan Rp6,000 = -+RM1.70
Upah muat naik basikal Rp10,000

Di Tanjung Balai ke Kukup
Pengesahan tiket pun kena bayar Rp60,000 = -+RM17
Cas pelabuhan Rp60,000

-+ budget aku abis dalam RM450-500.

Dengan rasminya, aku istiharkan Kepulauan Riau ni adalah tempat terbaik untuk RAJA BUKIT dan racer2 yg dah super power ranger untuk mantapkan stamina. Lagipun korang bukannya nak tengok sangat pemandangan kan, so boleh lah kayuh lelaju.

Sekian, jika diberikan umur yang panjang, dimurahkan lagi rezeki, aku mau backpacker ke Lingga.

***

~ A traveler, mender a broken heart ~

Pulau Selakan, Semporna Sabah.

#Throwback 4 -7hb Oktober 2013
PULAU SELAKAN

Destinasi seterusnya, aku ke Pulau Selakan, tapi dari Pulau Mabul aku harus pergi semula ke Semporna dan tukar bot lain. Di jeti awam Semporna memang ramai tukang angkat bag yang bersedia mengangkat beg kita. Kalau korang malas nak angkat beg bolehlah mengupah mereka ini yang terdiri dari pendatang dari Filipina.
Aku naik bot laju yang memang laju gile. Lebih kurang 15-20 minit dah sampai Pulau Selakan. Biasa kita kalau pegi mana-mana tempat, kereta yang akan menghantar hingga ke pintu, tapi kali ni best, bot parking depan pintu. Hellamak..rare tu.


Untuk 2 malam, aku akan menginap di homestay di kampung Pulau Selakan. Homestay ini milik seorang wanita yangg dulunya seorang pembuat dapur tanah liat. Kini ia diuruskan oleh salah seorang saudara mara iaitu Ibnu & isterinya serta ada beberapa saudara yang lain. Mereka inilah yg bertanggungjawab dan bertungkus lumus menjaga hal-hal penginapan, makan minum dan keselamatan sepanjang 2 hari di situ. Keselamatan memang terjamin. Jadi jangan bimbang.


Apa yg best pulau ni ? BANYAK. Aku citer sikit-sikit je lah. Kalau nak tau lagi banyak leh datang sendiri. Ok, pulau ni beza skit dari pulau-pulau yang lain. Ia terbina dari pembentukan batu karang, jadi kat sini tiada air bersih. Canne dorang teruskan hidup kalau tak de air ? haa...mereka hanya guna air hujan yg ditadah masuk dalam tong besar.


Pada mereka yg ingin datang menginap di pulau ni kenalah mendidik diri untuk tidak membazir air bersih ya. Mandi satu baldi sorang. hahaha. Kalau nak memerut ada tandas tapi hasil buangan korang akan terus masuk ke dalam air, pandai2 lah mengawal bunyi kocakan air tu ya, jangan sampai kedengaran seluruh kampung.


Kelebihan pulau ni, sumber elektrik mereka menggunakan kuasa solar. Tak macam kat Mabul guna generator. Leh charge henpon 24 jam, suka tak, suka tak ?

Lagi yang best, celik mata ja dah leh terjun tiruk depan pintu. Korang mesti tergoda lah bila tengok airnya jernih membiru kehijau-hijauan, pastu nampak ikan berenang-renang. Kendian layan sunset sambil baring atas jeti leh tengok bintang2 yg berselerakan. Tak akan dengar bunyi generator atau bunyi enjin kenderaan lain kecuali enjin bot. Damai siot, hanya bunyi kocakan air dan angin sepoi-sepoi bahasa sepak-sepak ke muka.

Makan pun ikut time.. sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam..sume on time. Sampai 1 ketika bila kamiorang tengah terjun tiruk dan berenang-renang tepi homestay tu..minum petang dihidangkan. wawooo.. heaven tu..makan kuih donut sambil berendam dalam air, sambil layan sunset sambil minum air nescafe panas...pergghh...ce bayangkan ce bayangkan. terbaek kan ?.


Aku tak leh nak bayangkan betapa besh nya dok kat homestay ni, ikut hati memang aku nak tido ja atas jeti sampai pagi, tiada sapa yang larang tapi di sebabkan keadaan cuaca yg tak menentu, aku pendamkan semuanya. Suatu ketika, tiba-tiba keadaan sunyi sepi, angin tak de, bunyi arus air bawah jeti pun takde. Mute. Penduduk situ kata itu tandanya nak hujan dan ribut. Ngeri oo sunyi terus.

Bila dah tak de angin, panas la weii..jadi sume pakat tarik tilam tidur kat luar. Sekitar jam 12 malam, tengah tido, tetiba angin ribut hentam dinding umah tu. bergegar-gegar rumah. Lama lak tu, abis terbang cadar ngan selimut. Aku bukak-bukak mata tengok sume orang dah tak de, lari masuk dalam umah..damn tinggal aku sorang je ke. Nak tak nak heret gak la tilam masuk bilik..huhuhu. memang pengalaman terbaik lah..lagi-lagi time shi2 kat toilet dia time ribut..hahaha. bergegar pintu toilet. risau aku time shi2 terbang pulak jamban tu semua..kekeke..dah la atas air.
Okeh sambung citer pasal istemewanya pulau ni. Pulau ni juga tempat strategik untuk jadi one stop center untuk ke pulau-pulau yang berhampiran seperti Bohey Dulang, Maiga, Sibuan, Mantabuan dan banyak lagi. So tayah lah jejauh nak patah-patah balik ke Semporna. Lepak ja kat pulau ni sampai muntah-muntah.

Kat sini juga ada 3 keunikan,yg aku tau la :
1. Pembuatan Lepa


2. Lapohan




3. Anyaman.


Ini adalah kraf tradisional yang kurang diketahui. Sesungguhnya, aku belum abis xplore keseluruhan pulau ni. Di belakang kampung ni ada bukit dan hutan, best jugak kalo dpt trekking. Itu kena tinggal barang seminggu la kat pulau ni kot. Time tu aku nak buat perkara yang aku terkilan nak buat iaitu, nak berperahu dan singgah naik ke rumah kaum Palau, lepas tu nak rasa makanan tradisional mereka yang berasaskan ubi kayu dan rumpai laut.

Kalau kita naik ke darat pulau ni, kat situ kita akan jumpa masjid, sekolah, kubur berada berdekatan satu sama lain. Kubur kat tengah2 ? kalo kat semenanjung seriau kan ? tapi kat sini slumber badak ja. Kambing itam selamba ja makan rumput kat tepi-tepi batu nisan..hehehe.. Kenduri kawin atau kenduri aruah, mereka akan mengadakan majlis pesta 'mengalai' hingga jam 3 pagi. Kiranya mereka tidak meminggirkan mereka yg sudah tiada, yg hidup dan yang mati sama-sama happy dengan tagline sarkas Laili Basir 'dulu aruah baik orangnya'. hahaha.


Mereka yang nak kemari jangan mengada-ngada nak duduk dalam keselesaan. Di sini semuanya back to basic - nature life

# Support our local tourism. Pada mereka yg sudah teracun dengan cerita sarkas aku ni , boleh lah terus direct kontek pada pihak pengurusan di sana. Sila rujuk di sini :

https://www.facebook.com/pages/Selakan-Homestay/187581621381294

dan bila tiba di sana sila jaga kebersihan. Sampah sarap korang simpan dalam kocek.

Last but not least, ada 4 buah pulau lagi yang aku lom citer. Tunggu !

***

~ A traveler, mender a broken heart ~


Di sudut 4 pulau terpencil.. Semporna.

#Throwback 4-7hb Oktober 2013
Di suatu sudut kehidupan terpencil yang tidak didendang. Aku datang, aku lihat dan aku rasai. Bersyukurlah dengan kehidupan kita sekarang.
http://en.wikipedia.org/wiki/Bajau_people

Pulau Bohey Dulang

Nah ! inilah sebab utama aku meroyan nak pegi gak. Seperti yangg diceritakan oleh abam guide tersohor Laili Basir, kepulauan ni terbentuk dari letusan gunung berapi entah berapa ratus tahun dulu. Sepanjang pendakian ke puncak kita akan lihat banyak batu-batu granit bersepah-sepah. Sebelum dapat menikmati keindahannya, semua orang mesti mendaki sejauh 600 meter AJE. Tak lah jauh mana. Kalau tahap guide situ 20 minit leh sampai puncak. Kalau tahap aku santai lenggang kangkung adalah 45 minit.
Kawasan trek dia bersih. Rimau, gajah , tenuk, badak or babi hutan memang tak de, yang ada cuma ular berbisa. Kena lebih berhati-hati.
Di puncak Bohey Dulang ni kita boleh tengok perairan di persekitarannya. Lebih terik matahari, lagi biru air laut terserlah. Biru pekat menandakan kedalaman laut itu, kalau kehijau-hijauan dan biru cair menandakan kawasan tu cetek. Cetek pun lebih kurang 7- 10 meter. Kira dalam jugak la pada aku.

Pulau Mantabuan



Pulau ni kecik ja, tapi anggota keselamatan kita ditempatkan di sini. Kat sini ada juga penduduk yangg terdiri dari bajau laut. Di kesempatan ni jugak aku bawak beg 75+ 15 liter dan 20 liter dry bag padat yang berisi baju-baju terpakai yg masih elok untuk diberikan pada keluarga di situ dan tukang angkut Si Amir dan Azman. hehe. Tima kasih pada mereka berdua. Haish, seronok tengok satu persatu wajah mereka ketika memilih baju-baju tu. Kat sini aku jumpa dengan Aisyah.



Pulau Sibuan



Pulau ni pun kecik ja dan mempunyai beting pasir yang cantik. Aku leh pusing keliling pulau ni dalam masa 15 minit. Pemandangan memang mabeles, kat sini tempat untuk para divers untuk beriadah. Kat sini pun ada penduduk Bajau Laut, sempat juga tengok apa aktiviti harian mereka. Rata-rata aku tengok, kaum perempuannya memakai 1 batang gigi emas. Ada sejarah tentang itu kah ?
Mereka juga menanam rumpai laut untuk dijual. Si Lyn beli rumpai laut dengan harga RM10 penuh plastik, itu pun nak ditambah lagi. Alahai. Camana la nak bawak balik tu. Kalau di Semenanjung jangan harap nak dapat banyak macam tu.

Pulau Maiga


Ini pulau terakhir aku pergi, tapi cuma melihat dari atas bot saja. Bot akan melalui di celah-celah rumah Bajau Laut. Dalam beg aku masih ada saki baki pakaian , anak patung dan jajan yang nak diberi. Lihat sajalah gambar-gambar yang aku paparkan. For me, nothing to say.





Sekian saja pengembaraan aku kali ni.
Ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan buat Laili Basir yang bertungkus lumus menguruskan segala-galanya dari pembelian tiket flight, kenderaan, penginapan dan permit memasuki taman laut di Bohey Dulang. Kepada rakan-rakan yang terlibat, Reza Amir, Azman, Amir, Azzlin, Nurul Hayana, Mr. Chew, Jasrul dan Pupa Kupa, korang memang sempoi.
Akhir sekali, 'Support Our Local Tourism'
Segala maklumat dan pertanyaan boleh terus berhubung dengan :
http://www.facebook.com/lailibasir
dan
https://www.facebook.com/pages/Selakan-Homestay/187581621381294

***
~ A traveler, mender a broken heart ~