Pokok ni berusia lebih 100 tahun, lebar jarak kanopi ialah 25.87 dan diameter pokok sekitar 51.75 meter. Ketinggian pokok itu kira-kira 20 meter.
Keluasan litupan pokok seluas 0.0016 kilometer persegi.
Masuk adalah percuma.
Moving Slowly & Save, See The WORLD, Appreciate all you have & be greatful about LIFE
Pokok ni berusia lebih 100 tahun, lebar jarak kanopi ialah 25.87 dan diameter pokok sekitar 51.75 meter. Ketinggian pokok itu kira-kira 20 meter.
Keluasan litupan pokok seluas 0.0016 kilometer persegi.
Masuk adalah percuma.
Senarai masjid - masjid lama ini didapati dari maklumat di internet. Kemudian aku terasa nak mencari semua masjid yang disenaraikan tersebut yang berada di Semenanjung.
Maka inilah sebahagian gambar-gambar yang dapat aku rakam.
Masjid/Surau Tertua di Terengganu :
01. MASJID ABIDIN - 1793 (230 tahun)✅
02. MASJID KAMPUNG TUAN - 1830 (193 tahun)✅
03. MASJID KAMPUNG HILIRAN - 1874 (149 tahun)✅
04. MASJID KG RAJA BESUT - 1895 (128 tahun)✅
05. MASJID KAMPUNG DUSUN - 1904 (119 tahun)
06. Masjid Lama Kg Tebing
07. MASJID LAMA KAMPUNG MESAH - 1919 (104 tahun)
08. MASJID JAMEK PAKA - 1920 (103 tahun)
09. SURAU ANNUR BARU SERADA - 1921 (102 tahun)✅
Senarai masjid - masjid lama ini didapati dari maklumat di internet. Kemudian aku terasa nak mencari semua masjid yang disenaraikan tersebut yang berada di Selangor.
Maka inilah gambar-gambar yang dapat aku rakam.
Masjid/Surau Tua di Selangor :
01. MASJID DATO DAGANG - 1876 ✅
02) Masjid Syeikh Muhd Nor - 1894 Sungai Chincin
03) Masjid Alhah Alam - 1896
04) Masjid Sultan Alaeddin - 1898 jugra
05) Masjid India Klang - 1904
06. MASJID PANCHANG BADENA - 1905 (118 tahun)
Masjid tua yang digelar masjid jin oleh penduduk kampung. Kerana mereka percaya ada makhluk ghaib yang menghuni kawasan itu dan turut menjadikannya tempat beribadat kerana mereka turut merasa kehadiran sesuatu apabila mendengar seperti orang sedang berzikir dan mengaminkan ketika sedang solat.
07) Masjid Al-Muhsinin - 1906 Sg Kandis
08) Masjid Bandar - 1906
09. MASJID KG TEBOK MUFRAD - 1914✅
Masjid ini diberikan nama sempena nama Kiyai Mufrad yang suatu ketika dahulu adalah orang yang membuka kampung ini sekaligus menjadi imam.
10) Masjid Rahmani Kg Permatang -1916
11. MASJID LAMA ULU YAM BHARU -1924 ✅
12. MASJID SHEIKH ISMAIL - 1926 ✅
Masjid yang dinamakan Masjid Sheikh Ismail Ulu Bernam (Masjid Tua) bersempena nama seorang tokoh ulama sufi iaitu Syeikh Ismail Al Khalidi An Nasqsyabandi atau nama penuhnya Syeikh Ismail bin Hj. Mohd Arif, seorang tokoh tarekat Naqsyabandiyyah al-Khalidiyyah. Ianya dibuka pada 15 Safar tahun 1345 H(berdasar tulisan jawi di pintu masjid) bersamaan 23 Ogos 1926.
13. MASJID RAJA ALANG - 1928 ✅
Masjid Raja Alang yang terletak di Beranang mempunyai kubahq yang lebih kurang sama macam Masjid DiRaja Sultan Ala’eddin Kampung Bandar. Dibina pada tahun 1928, sekarang sudah berumur 95 tahun.
14. MASJID WARISAN AL-HIDAYAH 1929
15. MASJID LAMA LABOHAN DAGANG -1930 ✅
Dibina pada tahun 1930, ketika kedatangan orang-orang Jawa dari Indonesia yang berhijrah serta membuka tanah dan penempatan di sini.
16. MASJID JAMEK SUNGAI GULANG - 1937✅
17. MASJID LAMA KAMPUNG MASJID SG SELISEK -1939✅
18. MASJID LAMA PARIT SERONG ✅
Tak ada maklumat langsung pasal masjid ni. Melihatkan reka bentuknya lebih kurang pattern masjid lama-lama mcm Masjid Jeransang dan Masjid Parit Istana.
19. MASJID AN-NUR, SUNGAI HAJI DORANI. ✅
Masjid ini dibina pada tahun 1947 berstatus surau. Kemudian diubah suai menjadi masjid tahun 1949. Dihujung pucuk bumbung dipasang logo Kerajaan Negeri Selangor.
Begitu juga dibawah kubah ada logo Kerajaan Negeri Selangor.
Sekarang berumur 77 tahun.
MASJID / SURAU TUA DI PAHANG
Senarai masjid - masjid lama ini didapati dari maklumat di internet. Kemudian aku terasa nak mencari semua masjid yang disenaraikan tersebut yang berada di Semenanjung.
Maka inilah sebahagian gambar-gambar yang dapat aku rakam.
01) Masjid Tok Mengkarak - 1700 (323 tahun)
02. MASJID GHAIRIL JAMEK TUAN HAJI SENIK - 1850 (173 tahun) ✅
Tuan Haji Senik @ Tok Senik atau nama asalnya ialah Tuan Haji Wan Abdullah bin Abdul Karim berasal dari Pattani. Beliau adalah waris diraja Siam. Tuan Haji Senik berasal dari Kampung Ketitir Wilayah Pattani.
Perang Pattani berlangsung dari 1791-1838 yang melibatkan Sheikh Abdussomad Al Falimbani.
Peperangan ini juga bermulanya gerakan pembebasan yang diisytihar sebagai jihad oleh ulama di Kedah dan menarik umat Islam menyertai kempen digelar Perang Musuh.
Tuan Haji Senik adalah pengikut Sheikh Abdussomad Al Falimbani. Selebihnya sila lah baca kat gogel.
Makam Tok Senik pun ada di sebelah masjid ni, tapi kalau nak ziarah kena minta kunci dari warisnya.
03. MASJID PULAU TAWAR - 1880 (143 tahun)✅
Dulu namanya Masjid Pulau Tawar. Tapi sekarang dah dijadikan madrasah.
04) MASJID NEGERI LAMA KUALA LIPIS - 1888 ✅
Masjid Negeri ini,telah di bina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hasan. Beliau telah mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid ini. Pada asalnya,atap masjid di perbuat daripada papan. Masjid ini telah di jadikan Masjid Negeri Pahang kerana kuala Lipis merupakan Ibu Negeri Pahang pada tahun 1898, sebelum ia di pindahkan ke Kuantan pada tahun 1955.
Menurut cerita orang tua-tua, salah satu keistimewaan dan keajaiban masjid ini ialah ia tidak pernah di tenggelami air walaupun bandar Kuala Lipis telah beberapa dilanda banjir besar. Kedudukan masjid di tebing Sungai Jelai juga tidak terjejas walaupun banjir melanda pada tahun 1926 dan 1971. Imam pertama masjid ini bernama Imam Awang yang berasal daripada Indonesia. Manakala anak tempatan yang pertama menjadi imam ialah Imam Kawi, yang merupakan imam kedua masjid ini. Pada masa itu,gaji para imam dibayar dengan menggunakan wang kutipan zakat.
05. MASJID WARISAN 1 ABAD, KG. BHARU - 1907 (116 tahun)✅
06. MASJID KG PANTAI - 1918 (105 tahun)✅
07. MASJID KG JERANSANG - 1920 (103 tahun)✅
Dibina pada tahun 1924. Pada tahun 1982, solat Jumaat telah dialihkan ke Kuala Krau kerana jumlah jemaah yang tidak mencukupi. Sejak dari itu, status masjid sudah bertukar kepada surau.
10. MASJID KG CHARUK TUALANG - 1935 (88 tahun)✅
11. MASJID LAMA TANJUNG BESAR ✅
12. MASJID WARISAN KAMPUNG CHENOR LAMA - 1939
13) Masjid Lama Raja Songsang
14) Masjid Lama Kampung Lebak
15) Masjid Lama Kampung Pagar, Penjom