Saturday, July 14, 2012

Taman Rahsia


Kali pertama aku datang ke sini pada waktu malam. Laluan hanya diterangi oleh cahaya bulan. Atmosfera agak menakutkan kerana bunyi serangga malam yang tidak pernah berhenti, membuat aku cuak.

Aku meneruskan perjalanan hingga ke air terjun. Deruan  air terjun  membuat aku begitu teruja sehingga  terlupa dengan perasaan takut.

Buaian gantung dipasang di hadapan air terjun, menjadikan pandangan makin jelas.

Semasa berbaring di dalam buaian, aku mendengar muzik alam semula jadi seperti  berada di sebuah orkestra yang sangat meriah.

Aku tersenyum lalu menutup mata, membayangkan diri sedang terbang di persekitaran yang harmoni.

Betapa cantiknya malam itu


***
Taman Rahsia, tempat terbaik dan menarik di pinggir bandar.

The Simple Fact of ME



I am not a good person, I only do good. 
What about you ?

***

Hey Little Totis, keep traveling.

No body knows what the little Totis went through on her period of life,
and is it necessary she recall all of this ?
Until this day, she continue to live for her children. The Totis put aside the personal needs.
Ya.., no doubt, big challenge for many ordinary creature is about love attention from the opposite sex, then
bad public thought about single parent and the stain of those who like to take the advantages.
She went through all of these with tears and smiles. Too difficult to live as a single parent, raising children with the best.
But hey.., she always think positively and no heart feeling or retain any resentment against what was thrown at her.
She don't CARE !
So, for a period to come, if given a good health, the little Totis would like to continue traveling. Traveled down the path of her life with the remaining residues of age.
Willing and thanks to GOD.
Moved on little Totis.., moved on.

Slow but SURE

Wednesday, July 11, 2012

Berbasikal di Bukit Cerakah


BUKIT CERAKAH

Hari ini aku saja berbasikal ke Bukit Cahaya Seri Alam atau Taman Pertanian di Shah Alam, Selangor.  

Ia dibuka pada tahun 1986 dengan tujuan utama untuk menunjukkan kemajuan dalam bidang pertanian dan perhutanan di Malaysia.

Kecantikkan dan keunikan taman ini mendorong kementerian untuk membuka taman ini kepada orang ramai. Antara kemudahan yang ada ialah perkhidmatan bas, sewa basikal, trekking hutan, restoran, tapak perkhemahan dan chalet. Ia dibuka dari hari Selasa hingga Ahad dan semua cuti umum dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.   


Tempat ni sesuai untuk kayuhan bersama keluarga. 

Thursday, May 24, 2012

Kayuhan Entah Hapa-Hapa Tah



SUNGAI KELAMBU

RV kami seperti biasa di Petronas. Aku agak lewat 10 minit.
rendezvous
The waiting
Misi kami kali ini adalah untuk mencari ladang orkid yang terletak di Kampung Sungai Kelambu.




***

Kemudian kami melawat ke kilang membuat kerepek.

***

Berhenti di Pusat Angkasa Negara.


***

Perjalanan terakhir , kami singgah di kediaman Haji Sidek Misbun Sidek.

***

Bahagian yang terbaik adalah, makan, makan, minum dan kayuh.
Chendol

Rojak


Terima kasih kepada Debel Yu Jay Zee  kerana foto ini.

***

Tuesday, May 22, 2012

Pertama Kali Berbasikal di Trek Hutan.


LUBUK TEDUNG
Hrmm. Apa yang ada di sini ?

Trek berbukit, tanah merah, laluan hutan dan menyeberangi sungai.

Hanya 8 km.

Boleh ke aku layan trail ni ?

Kali ini aku diajar bagaimana mengimbangi badan di laluan bercerun. Cara menggunakan brek dengan betul supaya tidak melantun atau jatuh. Fokus dengan kemungkinan yang ada di hadapan dan berapa pantaskah aku boleh menukar kelajuan dan gear .


Ilmu ini aku akan gunakan dalam setiap pengembaraan aku kelak. Terima kasih kerana mengajarkan aku.

Berbasikal ke Ladang Tea BOH ( Tanah Rendah)


Pernahkah anda mendengar penanaman teh tanah rendah di Malaysia ? Terdapat dua cara menanam teh. Yang pertama, teh ditanam di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland. Kedua penanaman di kawasan tanah rendah.

Sekarang aku akan menunjukkan  kawasan penanaman teh tanah rendah. Terletak di Kampung Bukit Cheeding, negeri Selangor. Sayangnya semasa lawatan basikal hari itu, kami tidak dibenarkan masuk ke kilang, jadi kami hanya berbasikal di sekitar ladang itu.

Perjalanan bermula dari rumah, melalui jalan utama yang sangat merbahaya.

reduce speed
Kayuhan terus menuju ke Jenjarom. Berhenti untuk bersarapan pagi. Menu istimewa di sini adalah lempeng pelbagai rasa seperti kelapa, pisang, ubi kayu dan gandum, disertai dengan kuah yang istimewa 'sambal jawa'.

Lempeng
Kemudian kami terus mencari lokasi. Dalam perjalanan, hujan turun dan kami berhenti berteduh di bawah pondok yang usang.

Tiba-tiba datang seorang penduduk menegur lalu memberi kami air minuman. Bila hujan dah berhenti, kami pun meneruskan perjalanan semula. 

Yay ! we did it.
Semasa berehat, aku mendengar riuh rendah gendang dipalu beserta dengan alat musik yang lain. Nampak macam ada perarakan kecil. Aku andaikan  itu sebagai sambutan perayaan. Aku dan kawan-kawan pun turun untuk melihat dengan lebih dekat. Kemudian meminta kebenaran mereka untuk mengambil gambar.  Salam dan Nan dah kena tepung tawar. 



flour & tumeric powder

kawan-kawan yang sporting
Nasib baik, ada paip air dekat pondok tu, boleh la membersihkan diri

Yucks !
Lepas puas menari-nari sambil bermain tepung, perut pun terasa lapar. Apalagi keluarkan dapur dan sedia untuk memasak maggie.

Our lunch
Bila dah kenyang, sesi berfoto. Habis ladang teh tu kami redah, semata-mata nak dapatkan gambar yang cantik dan menarik









Menjelang petang baru kami keluar dari ladang teh tersebut.

****

 ~TAMAT~
***