Hari ke 3
Sitiawan - Kuala Kurau
Isnin 8hb April 2013
Terjaga dari tidur, aku lihat jam menunjukkan 5.30 pagi. Rasanya baru sekejap aku melelapkan mata. Gangguan nyamuk dan rasa panas di dalam khemah membuatkan aku gelisah sepanjang malam. Tidur pun tak lena. Oh! mengantuknya. Perlahan-lahan aku bangun, lutut dan pinggang aku mulai rasa sakit dan berdenyut-denyut. Adoi. Gagahkan juga untuk membersihkan diri.
Ketika azan subuh, aku sudah pun siap mandi dan terus mengemaskan barang-barang serta khemah. Setelah selesai aku duduk di sudut garaj sambil menunggu RP (rakan pengiring) menyelesaikan tanggungjawabnya bersolat subuh.

Jam menunjukkan sudah 7:00 pagi , perjalanan akan dimulakan bila-bila masa saja. Ketika itu, datang seorang lelaki dengan sebuah motor dan memberi salam sambil menghulurkan sesuatu kepada RP. Katanya kiriman dari rakan ‘facebook’. Mungkin rakan RP agaknya yang menitipkan sarapan pagi. Syukur alhamdulillah, rezeki di hari ketiga. Dua bungkus air teh dan nasi lemak bertukar tangan. Tidak banyak yang dibualkan hanya mengucapkan terima kasih kemudian kami meminta diri untuk memulakan perjalanan. Moga Allah murahkan lagi rezeki kepada hamba allah itu.
Destinasi hari menuju ke Pantai Remis dan kemudian terus ke Kuala Kurau. Keadaan masih gelap dan agak tenang pagi itu, walaupun hari pertama bagi mereka yang bekerja dan anak-anak ke sekolah, tidak banyak kenderaan yang berada di jalan raya. Mungkin masih awal pagi.
Sebaik saja kaki mula berkayuh, lutut dan pinggang yang sakit tidak terasa lagi lebih-lebih lagi bila dapat melihat matahari terbit dan menghidu udara pagi yang segar, terus hilang rasa sakit. Aku lihat rutin harian penduduk di sini sama saja seperti di tempat aku, masing-masing berlumba-lumba untuk sampai ke destinasi. Masing-masing mempunyai urusan yang perlu dilakukan. Inilah kehidupan yang harus dilalui oleh semua umat manusia.
Jalanraya masih lengang, kenderaan pun sekali sekala melintas. Aku ambil peluang berhenti di tengah-tengah jambatan untuk merakamkan suasana menjelang matahari terbit. Suasana persekitaran agak tenang, nampak awan dan cahaya matahari bergabung membentuk satu lukisan yang cantik di langit. Di satu sudut, nun jauh di hadapan sana, kelihatan kabus melitupi bukit bukau. Dengan perlahan aku menghela nafas dalam-dalam dan terasa udara dingin menderu masuk ke dalam ruang paru-paru. Haih, nyamannya.
Seronok rasanya berkayuh di hari ketiga. Aku fikir untuk hari ni, perjalanan pasti lebih teratur dan akan mencapai sasaran kayuhan mengikut apa yang telah dirancangkan, tiba-tiba RP minta berhenti sebentar di Masjid Khairul Jariah di kampung Segari, kerana RP mahu bersolat Dhuha. Ok, berhenti sekejap.
Setelah melalui beberapa kampung dan pekan-pekan kecil akhirnya, aku sampai ke Pantai Remis. Sedang leka mengayuh basikal, tiba-tiba terdengar bunyi honk kereta. Aku hanya menoleh sepintas lalu. Sebuah kereta berwarna biru terus membunyikan honk. Entah siapa la tu.
Galak benar membunyikan hon. Aku ketawa sendirian.
Galak benar membunyikan hon. Aku ketawa sendirian.
Aku membelok masuk ke stesen Petronas untuk berhenti berehat dan bersarapan. Tiba-tiba datang seorang lelaki lewat 40’an sambil menghulurkan air 100 plus. Eh ? cam kenal ja mamat ni. Siapa ya ? Cuba merangsang otak untuk berfikir. Ahah ! Ingat dah. Seorang rakan ‘touring’ yang ku kenal melalui laman ‘facebook’. Beliau juga baru menamatkan kayuhan menjelajah semenanjung awal tahun 2013.
La, kau ke Sham Shahrul ! Kau ke yang bunyikan honk tadi. Aku Ingatkan siapa. Ha la, nampak dari jauh, itu yang kejor sambil bunyikan honk. Dia menjawab sambil ketawa.
La, kau ke Sham Shahrul ! Kau ke yang bunyikan honk tadi. Aku Ingatkan siapa. Ha la, nampak dari jauh, itu yang kejor sambil bunyikan honk. Dia menjawab sambil ketawa.
Sambil bersarapan, sambil berkongsi cerita. Sambil bercerita sambil bergambar, sambil bergambar sambil ketawa. Ha ha ha!
Lama juga berhenti di situ. Kalau tak bergerak mahu sampai ke petang asyik bersembang. Begitu juga Sham Sharul, dia harus segera ke tempat kerja semula. Walau apa pun terima kasih kerana sudi bertemu dengan aku.
Selepas melintasi Pantai Remis aku akan melalui Trong mengikut jalan Changkat Jering, Sri Manjung, Kg. Koh dan jalan A 101 sejauh 26.2 km saja tapi kenapa RP mengarah ke laluan Batu Hampar ? Ni dah jauh tersasar dari peta perjalanan yang aku buat. Alasannya, hendak menziarah sepupunya di Batu Hampar. Eh ! siapa yang buat keputusan ni ? Aku tak puas hati langsung kerana aku harus membazir waktu pada urusan yang bukan keperluan aku.
*cuba untuk bertenang, cuba juga untuk bermanis muka. Kerana itu aku lebih suka duduk di luar rumah. Panas.

Sudah lebih 3 jam menghabiskan masa di rumah sepupu RP. Itu pun masih nak tambah lagi masa untuk dia solat zohor. Padahal baru jam 12:30 tengahari. Halo, ini bukan kayuhan pribadi menziarah saudara mara, ini misi kayuhan mengelilingi Semenanjung. Sudah lupa niat atau tersembunyi sesuatu agenda ? Aku dah tak boleh berdiam diri lagi, terus bersiap-siap untuk memulakan kayuhan.
Jika nak dikirakan empat jam lebih termasuk jalan lencong masuk ke Batu Hampar telah aku sia-siakan. Dan 4 jam itu juga lah harus aku ganti untuk sampai ke Kuala Kurau nanti. Bermakna, aku akan sampai lewat malam untuk hari ke 3. Aku terus mengayuh basikal tanpa banyak bicara. Bermacam-macam perkara bermain dalam otak aku. Terbuku.

Mee rebus dan air batu campur (ABC) menjadi pilihan aku. Sengaja aku pesan menu tu untuk merasa. Entah tak tahu kenapa tak lalu pulak nak makan, sekadar buat syarat saja.
Sambil-sambil tu aku memandang sekeliling, memerhati gelagat masyarakat kampung yang aku kira sedang sibuk, maklumlah musim pilihanraya sedang berjalan rancak di seluruh negeri. Tak semena-mena mata aku terpandang pada seorang tua yang tidak terurus, sedang bercakap-cakap sendirian, di tangannya memegang sebatang tebu.
Hari yang paling letih. Semuanya letih. Hingga nak mengambil gambar yang menarik pun sudah hilang rasa. Melalui jalan lurus, melintasi ladang kelapa sawit, di tengah panas ditambah dengan kepanasan di dalam dada amat memerihkan. Lebih-lebih lagi bila punggung aku dah mula rasa lunyai dek kerana terlalu lama duduk di atas basikal. Sakit oo.
Satu pemandangan yang aku tak boleh nak lepaskan bila terlihat sebuah pokok yang rendang dahannya membentuk seolah-olah pintu gerbang. Unik. Sepanjang jalan dari Simpang Empat ke Bagan Serai hanya pokok ini yang masih dibiarkan kekal tumbuh di tepi jalan. Punggung sakit pun sakitlah, berhenti tetap berhenti untuk mengambil gambar.
Kaki terus mengayuh basikal tanpa henti. Di hadapan terpampang jumlah kilometer ke destinasi untuk hari ini. Bagan Serai 19 km. Kuala Kurau ? uh! masih jauh lagi. Senja sudah munculkan diri ternyata aku tiada pilihan lain, mesti teruskan kayuhan. Dari jauh aku nampak orang sedang menjala ikan. Beberapa orang kanak-kanak juga ada bersama, ditemani seorang lelaki tua. Barangkali datuk mereka. Suasana itu telah membentuk satu lanskap menarik apabila matahari merah mula terbenam di hujung horizon.
Akhirnya, jam 8:15 malam baru sampai Kuala Kurau. Melalui perkampungan nelayan, aku melihat rata-rata penduduk bersantai di luar rumah berbual-bual sambil menghirup angin malam. Sayang rasanya kerana tidak dapat melihat dengan jelas keadaan perkampungan Cina di sini. Samar-samar aku lihat bot kecil ditambat di tepi rumah. Bukan satu, bukan dua tapi banyak. Mesti menarik pemandangannya jika waktu siang.
Aku mengambil peluang berhenti di tengah-tengah jambatan sambil mengambil gambar suasana malam di Kuala Kurau. Cantik.
Telefon berbunyi, terdengar suara lelaki di hujung talian bertanyakan lokasi aku berada. Aku memaklumkan bahawa telah sampai di pekan Kuala Kurau. Siapa pula yang nak berjumpa agaknya. Kerana terlalu lapar aku berhenti di gerai bersebelahan jambatan batu, untuk mengisi perut yang benar-benar minta diisi. Mee hoon sup istimewa. Apa yang istimewa sangat ya ?
Ya, memang sedap. Sedap pada kuah supnya dan daging ayamnya. Daging ayam yang digunakan seperti ayam tua atau orang biasa panggil ‘ayam pencen’. Kenyal dan tidak lembik. Aku bukan seorang ‘food chaser’ atau ‘food tester’, tapi bila aku kata ianya sedap, memang betul sedap. Kalau tak percaya, sila rancang pengembaraan anda ke sini.
Lebih kurang 15 minit, sebuah kereta berhenti di ruang parkir gerai tersebut. Rupanya kawan-kawan dari Taiping datang untuk berjumpa aku. Sham Shahrul, Tok Chiru, Jamell Chiru dan Shafiz. Alahai meriahnya. Sampai Kuala Kurau pun dicarinya. Kepada mereka-mereka yang akan mengembara melalui negeri Perak, dinasihatkan untuk berhenti di Taiping, jika tidak anda akan dikejar hingga ke lubang cacing. Peace !
Malam itu, makan malam aku ditaja oleh geng Taiping. Tengah-tengah malam pun dipaksa makan nasi berlaukkan kari ikan pari. Sumpah memang sedap! Terima kasih geng Taiping, budi baik anda, anda, anda dan anda akan ku kenang hingga mati. Dengan bantuan mereka juga, aku dapat tumpang bermalam di surau Kampung Kuala Kurau. Alhamdulillah, segala- galanya telah dipermudahkan. Perjalanan yang panjang untuk hari ke 3.
Info kayuhan hai ke 3 :
Masa : 7:00 pagi -8:15 malam.
Jarak : Sitiawan- Kuala Kurau : 170km
Masa : 7:00 pagi -8:15 malam.
Jarak : Sitiawan- Kuala Kurau : 170km
No comments:
Post a Comment