Thursday, March 19, 2015

Gua Wang Buluh/ Wang Lebah [Pulau Tuba]

Cerita sebelumnya klik di sini

Atas permintaan rakan kembara outdoor Laili Basir, aku jejakkan kaki sekali lagi ke Pulau Tuba untuk meneroka gua-gua yang ada di sini yang kurang mendapat perhatian umum. Setelah turun dari mendaki Bukit Licin aku dan pengembara yang 10 orang tu pun bersetuju untuk memasuki gua. Laluan masuk ke lokasi agak tidak tersangka kerana kelihatan seperti lorong tinggal. Kecik ja lorongnya.


Untuk ke sini disyorkan untuk menaiki motorsikal. Boleh tahan jauh juga masuk ke dalam. Trek-trek batu yang baru dibuat memudahkan lagi perjalanan masuk ke kawasan gua. Sila bawa air dan makanan kerana di sini tiada orang berniaga.



Kalau ambik laluan ke kiri dari wakaf rehat ni, kita akan menuju ke komplek dinding batu kapur yang sangat tinggi melalui laluan 'canopi walk'. 




Kemudahan tandas yang masih dalam pembinaan
                            


Kemudahan laluan yang cantik, jika tidak dijaga serta diselenggara dengan baik, alangkah ruginya. Para pengunjung juga harus menjaga kebersihan.



Dinding batu kapur ni berwarna putih bersih. Pada pandangan aku ia begitu cantik. Di satu sudut tergantung sarang lebah yang besar. Suasana di sini juga redup, nyaman dan berangin. 



Mungkin hasil lukisan tukang-tukang yang membina 'canopi walk'. Mereka adalah buruh dari Thailand yang mendapat upah RM50 sehari untuk membina kemudahan di kawasan gua ni. Tetap mempamirkan senyuman walaupun pekerjaan ni sungguh dahsyat. Terpaksa mengangkut kayu, pasir dan simen secara manual dari bawah naik hingga ke atas. 


Di penghujung laluan kayu dibina pelantar rehat atau kemudahan  photographer menangkap gambar. Menarik juga kalau nak berkhemah di situ, mana tau berminat melihat haiwan di waktu malam.


Sekarang ni jom cari gua. Kena berpatah balik ke wakaf rehat tadi. Kali ni kita ambil laluan belah kanan pula. 



Untuk ke gua ni kena ada semangat la ya. Tidak cepat putus asa dan mengalah seperti ' pengukir gua yang sabar' itu.





Pintu masuk gua





bentuk macam cengkerang siput yg umang2 selalu guna buat rumah.




kelawar banyak dalam gua ni.









Kulit siput pun ada dalam gua setinggi ini ? Ternyata dahulu Pulau Tuba berada di dasar laut. Mahu tahu lebih lanjut lagi ? Sila berkunjung ke mari.


Penemuan terbaru. Berapa kepingkah wang kertas ini yang elok terletak di lantai gua ? Aku biarkan ia begitu saja kerana itu bukan aku yang punya. Tapi Ahmad Albab yang punyaaa. Ha Ha Ha Ha ! 
Ini kisah benar, aku jumpa wang kertas ni atas lantai gua dan aku pesan kat anak-anak aku : Jgn ambik ! bukan hak kita. Biarkan saja. Yg pastinya mungkin duit pekerja-pekerja kontrak yang membina trek ke gua ni.


Kepada mereka yang ingin melihat ke unikan gua di sini TOLONG, TOLONG dan TOLONG jaga kebersihan persekitaran kawasan ini. Kalau korang malas nak bawa turun sampah yang korang bawa, begitu jugalah orang lain hatta petugas yang membersihkan pun tak kan selalu naik mendaki ke sini untuk membawa sampah yang korang buat. Jangan jadi pengotor dan jangan DEGIL. Pandai bawa naik , pandai juga bawa turun. Juga diingatkan jangan merokok di sini kerana kawasan ini mudah terbakar. Sekarang musim kemarau. Puntung rokok juga jangan buang merata-rata. Tolonglah jaga khazanah alam kita. 

3 comments:

  1. Hi, sorry I don't speak Malay, but the picture tell me that you liked the trip very much. Very interisting fotos and beautiful nature - I love the cave.
    I hope all your friends also like this and preserve nature in its original beauty - no plastic, no rubbish, no damage - leave nothing but footprints!
    Well done, thank you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Glad to know that you love the caves. This cave located in the island called Tuba Island, Langkawi Island, Kedah Malaysia. A small island with serenity and beautiful atmosphere. If you come to visit Langkawi Island (Malaysia), please make sure you come to this island. Not far from Kuah Jetty and less tourist too. Thank you n cheers.

      Delete
  2. Hi, sorry I don't speak Malay, but the picture tell me that you liked the trip very much. Very interisting fotos and beautiful nature - I love the cave.
    I hope all your friends also like this and preserve nature in its original beauty - no plastic, no rubbish, no damage - leave nothing but footprints!
    Well done, thank you!

    ReplyDelete