Friday, February 10, 2017

Merancang laluan Semenanjung Malaysia (Plotting The Route Of Peninsular Day 1)


Nak pusing Semenanjung Malaysia ?
Boleh saja. Siapa kata tak boleh ?
Sekarang ni semua orang boleh buat, berbanding dengan dahulu amat jarang kita dengar orang kita nak buat kerja gila ni. Gila ke ?Eh, Tak lah. Saja suka syok sendiri. Kau orang apa tau !

Di sebabkan aku seorang yang kaya, ya kaya masa, dengan kata lain sedang mereput dalam rumah 'sorang-sorang'. Dari tak buat apa-apa perkara yang mendatangkan manafaat, eloklah aku berkongsi 'route' yang aku rasa paling best. Dalam erti kata ; ada jalan pintas naik bot, feri dan tongkang, laluan yang paling jauh, paling gila, paling panas semuanya PALING lah. Versi aku ikut pesisir pantai dan sempadan negara mengikut route kembara aku tahun 2013 yang lalu. Ada juga yang aku tambah untuk melengkapkan ia menjadi lebih sempurna (pada aku la). *Sekiranya ada yang dapat lakukan sebijik mengikut laluan ini hingga tamat, memang 'chempion' la. 

Aku akan buat satu bahagian demi bahagian berserta lokasi-lokasi menarik dan tempat bermalam cara aku. Yakni berkhemah dan beriktikaf di masjid. Jika korang bukan jenis pengembara macam aku, korang boleh la cari hotel @ chalet yang berdekatan. Takkan semua aku nak suap, ye tak ?

Laluan kembara ini hanya untuk basikal dan motorsikal 110cc sahaja. Harap maklum ya. Kenderaan besar dan berat, sila buat 'plotting' sendiri. 
Kalau untuk motorsikal berkuasa 110cc dan ke bawah, dia boleh 'tapaw' dua hari @ tiga hari punya jadual menjadi satu hari sahaja. 

Jadual hari  pertama, aku mulakan dengan lokasi keberadaan aku di kala ini.

Telok Panglima Garang - Sabak Bernam : 113km


Sepanjang laluan ni ada beberapa lokasi pelancongan. Boleh la singgah ya. Jika nak tidur pun boleh. Pilih ja mana satu. Tiada masalah sebab ini kan kembara korang, ikut suka kaki korang nak kayuh atau berhenti tidur bawah pokok.
- Pantai Remis , Jeram
- Bukit Melawati, Kuala Selangor
- Taman Alam, Kuala Selangor
- Kelip-kelip Kg Kuantan, Kuala Selangor
- Pantai Redang, Sekinchan
- Pantai BM Batu 23, Sg Nibong, Sekinchan
- Pantai Bagan Nakhoda Omar,Sungai Air Tawar, Sabak Bernam
Ada laluan pintas dari Sungai Air Tawar ke Hutan Melintang. Jadi korang dah boleh jimat masa, tenaga @ minyak motor sejauh +-32km dari Sabak Bernam ke Hutan Melintang.

Loc GPS  Jeti Sungai Air Tawar : 3°51'59.0"N 100°56'00.1"E




Jeti di bahagian Hutan Melintang dibangunkan oleh Syarikat UP BERHAD.
Loc GPS perhentian feri Ladang Sungei Bernam : 3°52'19.1"N 100°55'54.7"E



Feri ni masih menggunakan sistem tiket persis tiket bas Leng Seng zaman P.Ramlee. Harga terkini tidak pasti masih sama atau ada kenaikan. 


------------

Sekiranya, ada yang berniat atau sudah melakukan perjalanan mengikut laluan yang aku kongsikan ni, sila lah berikan 'feedback' tentang pengalaman perjalanan korang kat aku. Kerana setiap perjalanan pengembaraan adalah berbeza-beza. Pasti ada yang lebih menarik,kan ?

Pesanan kaseh sayang aku, seandainya korang tak jumpa lokasi ni menggunakan loc GPS yang aku tulis tu, sila gunakan GPS manual ya. Tanya orang setempat. jangan berat mulut. Malu bertanya sesat jalan. Ni kawasan ladang kelapa/ sawet tawwww. Ayok !

Jika ada lokasi yang menarik dan 'rare' di antara laluan ini, sila kongsikan pada aku ya. Nanti aku tambah ja untuk rujukan kawan-kawan yang lain. Terima kasih duluan.

Bersambung klik di sini 

Nota kuku kaki : Terima kasih buat Ija Zahri dan Wak Rahim kerana menunjukkan laluan 'rare' ini. Terasa seolah-olah berada di zaman lampau. Aku suka !

*A traveler,  mender a broken heart*

6 comments:

  1. Terbaik Tun! Macam nak share jugak perjalanan kami 2 tahun lepas.. tengok lah macam mana nanti.. buat skg... baca Tun nya dulu lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Ini plotting yang lebih detail dari laluan perjalanan Tun yg dahulu. Ada tambahan lokasi yang menarik yang mana dulu Tun tak tahu. Jadi ni untuk rujukan pengembara baru. Mudah mudahan dapat dimanafaatkan.

      Delete
    2. Nampaknya... saya pun boleh gunakan ye... manalah tahu nak buat lagi sekali pusing semenanjung naik motorsikal pulak. Terimakasih Tun...

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete