Thursday, May 4, 2017

Utara Vietnam ke kita ?

Edisi ulang cerita. Kenapa aku suka sangat pergi Vietnam Utara ?

Mahu kah korang jika aku kongsikan cara untuk mengembara ke Vietnam Utara dengan motorsikal sewa ?
Cara ini tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai prinsip hidup ''seboleh-bolehnya aku mahu menunggang motorsikal milik sendiri baru rasa puas. Sewa-sewa ni tak main lah". Akan tetapi mereka boleh mengambil titik kordinat lokasi wajib pergi yang dipaparkan di sini.


-----

Sebelum itu korang perlulah ;

1. Buat kajian lokasi yang hendak pergi dan hadam suasana masyarakat setempat, jarak, persekitaran dan cuaca.
2. Tetapkan tahun bila, jumlah /tarikh hari yang korang mampu adakan.
3. Cari kawan sebagai teman dan sekaligus dapat berkongsi kos sewa motor, minyak dan hotel.
4. Beli tiket penerbangan ketika promosi KUL- HAN.
5. Bawa dapur dan peralatan masak sahaja. Gas nanti beli di Hanoi. Bawak la maggie, serunding atau Brahim's
5. Tiba di Noi Bai Airport, berehat dulu, jalan- jalan tengok suasana dalam airport. Minum-minum kopi dulu untuk tukar duit jadi nilaian yang lebih kecil. Bila dah tenang baru gerak keluar.
Pilihan : teksi (bermeter ), Shuttle bas (40,000vnd) atau teksi motor ke pusat bandar atau terus ke Phungs Motobike Rental.
Kordinet :  21.029628, 105.848811

Peringatan : Jika menaiki teksi motor, haruslah menetapkan harga terlebih dahulu, bila masing-masing faham dan bersetuju dengan harga, baru naik. Biasa 30,000vnd. Kalau pelancong dia cas 40-50kvnd.
Kena pandai tawar harga.


Kenapa pilih kedai ni ?
Sebab pemiliknya sempoi, boleh berbahasa Inggeris, tak perlu nak letak passport sebagai cagaran, beri lesen memandu pun dah memadai. ( Pastikan korang ada IDL kalau nak beri lesen memandu semasa, atau beri ja lesen memandu tahun-tahun lepas sebagai cagaran ) Maaf, jika ada syarat yang berubah kerana waktu aku berurusan dengan beliau pada tahun 2014, senang sahaja.


1. Periksa keadaan motorsikal. Seeloknya ambik gambar pada tempat yang memang dah rosak, retak atau pecah untuk rujukan semasa memulangkan motorsikal kelak. Sewa dari $10 /RM43 sehari ikut cc motorsikal yang disewa. Nilai RM jatuh teruk, masa aku pergi baru rm30
2. Pastikan dibekalkan dengan helmet, baju hujan, bag pannier dan minyak rantai.
3. Beli peta Utara Vietnam 1 dolar untuk rujukan bila bateri gps/talipon pintar kehabisan

Jika percutian korang singkat, boleh terus ambil tiket keretapi dari Hanoi - Lao Cai. Jangan pening kepala untuk beli tiket, minta saja Mr. Phung belikan tiket keretapi untuk diri dan motorsikal sekali. Pasti dapat walau tinggal masa satu jam lagi keretapi nak bergerak.

Bila dah dapat motorsikal sila isi minyak dalam jumlah 1 liter sahaja. Cukup untuk pusing bandar sementara menunggu waktu menaiki keretapi di sebelah malam.
Kerana ?
Setiap motorsikal akan dikosongkan tangki minyaknya sebelum dibenarkan menaiki gerabak. Jadi alangkah ruginya jika korang isi minyak sepenuh-penuhnya. Minyak tidak akan dikembalikan. Mereka jual lah buat duit kocek. :)


Perut lapar ? Tiba waktu solat zohor dan Asar ? Korang boleh terus ke Masjid Al Noor. Sebelah nya ada restoran halal.
Kordinet : 21.038056, 105.847820



Lepas solat, sebelum memulakan pengembaraan disyorkan bersedekah dalam tabung masjid. $1 paling mampu.
Alasan, itukan adab ketika bermusafir. Kunci untuk keselamatan sepanjang perjalanan dan minta Allah redha perjalanan korang. Kita mengembara jauh di tanah asing. Siapa yang berkuasa jaga kita ? tentulah pemilik langit dan bumi. Benar ? Kena ingat, Allah tolong melalui masyarakat tempatan dan orang keliling. Aku dah mengalaminya pasal tu aku berani cakap.
Kau hebat macamana pun bawa motor, kalau tiba-tiba di tengah gunung ganang minyak motor kau habis, atau tayar motor kau pancit. Apa kau rasa ? Rasa ice-ice baby la kan !
Dengan berkat sedekah kau tulah Allah datangkan penduduk tempatan menolong. In sya allah. Tapi kena solat lah. Baru berkat.
----------------------
*** PESANAN KASEH SAYANG dari aku, sila beli makanan untuk makan malam siap-siap, dalam erti kata tapau bawak naik keretapi. Nanti boleh makan dalam kabin. Dalam keretapi Vietnam ni tak de nyer restoren makanan halal macam keretapi Thailand. Semuanya haram belaka.

Dua jam sebelum keretapi bergerak, korang mesti dah ada di stesen untuk uruskan motorsikal. Lokasinya dibahagian belakang bangunan keretapi. Cari lokasi macam dalam gambar di bawah ni.
Kordinat Stesen Keretapi :  21.024686, 105.841163

Terjemahan :
*Keluar Stesen
*Pejabat Pengurusan Transaksi Kargo





Kemudian periksa tiket dan jadual perjalanan korang seperti dalam gambar di bawah ini.
SP7 = Nombor keretapi
No 6,7,8 adalah nombor platform.
Harga tiket berbeza-beza mengikut jenis keretapi. Aku dapat dulu dalam 515,000vnd = RM98
Rupa tiketnya macam gambar di bawah ni.


Cari sendiri, jika tak tahu atau tak pasti sila tanya pegawai/polis stesen yang beruniform. Jangan terima pertolongan orang yang tiba-tiba baik hati mahu menolong korang. Berkemungkinan itu adalah scammer. Mereka akan minta bayaran dalam nilai dolar.


Bila dah jumpa keretapinya, sahkan semula pada pegawai yang ada di situ. Dan boleh muat naikkan motorsikal. Bag dan helmet bawa masuk dalam kabin.


Setelah urusan motorsikal sudah selesai, boleh cari nombor kabin korang pula. Sila jaga barang-barang peribadi semasa berkongsi kabin dengan pengembara lain.


Oke boleh tidur. Rehat secukupnya.

Solat subuh sekitar jam  4:11 pagi waktu tempatan. Boleh solat duduk atas katil tu. Bawak kompas untuk tentukan arah kiblat. Arah kiblat dari Lao Cai 282 darjah. Waktu mengangkat takbir mesti mengikut arah kiblat, selepas tu keretapi bergerak mengalihkan arah kiblat dah tak mengapa ,teruskan solat hingga tamat. Allah maha tahu. Ada masalah nak solat tak rasa-rasanya?

-------------------
Ga Lao Cai. (Sebutan Ga Lao Kai ) Ga bermaksud Stesen.


Setibanya di Ga Lao Cai, perkara pertama korang kena buat ialah segera menurunkan motorsikal. Perkara kedua, cari stesen minyak yang terdekat. 2 km dari stesen keretapi. Isi penuh-penuh dan ...



GET LOST. YEE HAH !

Setkan google map menghala ke Sapa dan challo bettey. Selamat menikmati pemandangan indah !

Apa yang ada di SAPA ?


Cari hotel murah dulu. Harga sekitar 250-300kvnd (rm47-RM60). Boleh letak bag ke, nak mandi ke atau nak berehat. Kemudian baru mulakan pengembaraan.


1. Pemandangan O Quy Ho Pass, route yang termasuk dalam 20 ranking laluan yang tercantik dan bahaya.
Kordinat : 22.352720, 103.765370

2. Pintu masuk ke Gunung Fanxipan. Nak pergi Love Waterfall kena trekking sikit.
 Kordinat : 22.353187, 103.774704

3. Silver Waterfall, tepi jalan saja. Tiket masuk 10,000vnd
Kordinat : 22.361556, 103.777947



4. Cat Cat village (Red Hmong) ( masuk kena bayar sekitar 40,000vnd = rm7 ) Ada air terjun Tien Sa dalam perkampungan ni.
Kordinat : 22.327541, 103.834078

5. Tasik Sapa.
Kordinat 22.327541, 103.834078

6. Permandangan indah perkampungan Tavan ( Black Hmong). Bayaran masuk 40,000vnd.
Kordinat : 22.327195, 103.848539

7. Cloud Bridge . jambatan yang dibina menggunakan rotan & buloh.
Kordinat : 22.304401, 103.891074
Pic credit to : this blogger

Kordinat  yang aku beri ni tidak la 100% tepat di lokasi. Ada yang berhampiran, sekadar penunjuk arah ja. Peta yang aku buat ni pun untuk korang jelas dengan lokasi tujuan yang korang nak pergi dan boleh merancang perjalanan nak ke mana dahulu. Sila google untuk melihat gambar-gambar lokasi.

Nak pergi ke lokasi-lokasi yang aku tulis tu hanya mengambil masa sehari ja. Waktu pagi, pergi lokasi no ; 1,2,3 dan 4 dahulu kemudian sebelah petang pergi ke lokasi no ; 5,6 dan 7. Selesai sudah.
Tidur satu malam di Sapa, keesokkan harinya dah boleh bergerak ke Ha Giang.

-----------


Ha Giang ( sebutan Ha Zang )

Sepanjang perjalanan hendak ke Ha Giang, korang boleh singgah ke salah satu pasar yang popular :
1. Coc Ly Market (setiap hari Selasa)
2. Bac Ha market
Pasar ini adalah pasar tradisional di mana ethnik Hmong memakai pakaian tradisional yang berwarna warni sambil keluar beramai-ramai untuk berjual beli dan mencari pasangan.

Bila masuk ke wilayah Ha Giang, terus cari Pejabat Imigresen.
Kordinat N 22°49'59.7", E 104°59'19.8"  untuk membeli " Travel permit" yang memboleh kan korang masuk ke daerah sempadanan China iaitu Dong Van dan Meo Vac.

* Berikan pasport dan no pendaftaran motorsikal kepada pegawai Imigresen untuk dia mengisi borang permit.
* Harga permit $10 seorang.
* Buka jam 8: 00 -17: 00 setiap hari (Ahad dan cuti khas Vietnam )
* Tutup untuk makan tengah hari jam 11.30-14.00.

ATAU

Korang  boleh mendapatkan permit  di mana-mana hotel atau rumah tumpangan di Dong Van dan Meo Vac. Apa yang  perlu lakukan adalah menunjukkan pasport & memberi mereka wang $10 + upah dengan nilai yang mereka tetapkan.

Dari bandar Ha Giang korang ikut saja route QL4C, ia akan menghubungkan ke lokasi-lokasi seterusnya. Tanpa sedar korang akan melalui satu jalan zigzag yang membawa kita ke suatu lokasi khas Ha Giang di tanah tinggi, kawasan berbatu yang mempunyai iklim yang berbeza, lebih sejuk daripada beberapa tempat di kawasan sekitarnya. Laluan zig zag ini dinamakan North Slope ( Doc Bac Sum )


Fairy mountain ni korang boleh nampak dari jauh, baru nampak pemandangan cantik. Tapi kalau ikut kordinat 23.064324, 105.001134 ni sampai ke kaki gunung la. Tu bukit yang bentuk macam bra yang di panggil Fairy Mountain. Bila musim padi masak cantik la, kuning ja sawah padi kat kaki bukit tu.


Can Ty Pass


Dong Van 
Wilayah ni dah diwartakan sebagai Dong Van Karst Plateau Geopark  kerana keunikan dataran tingginya yang bergunung ganang serta berbatu berwarna hitam.





Ada sebuah istana Raja Hmong di sekitar laluan ini, kalau korang rajin sila lah cari taip nama Dinh Vua Mèo Hmong King Palace di google map.

Ini adalah batu tanda sempadan dan papantanda amaran yang bertulisan China dan Vietnam sebelum sampai ke bandar Lung Co. Tiada berpagar. Hanya laluan batu memisahkan antara negara China dan Vietnam. 
Kordinat ; 23.349756, 105.286160


Lung Co

Bandar ini adalah terhujung sekali di utara Vietnam bersempadan dengan negara China. Tarikan utama di sini adalah tiang bendera yang terbesar dibina di atas gunung. Korang boleh naik sampai atas tapi ada bayaran masuk. Di atas sana boleh lihat pemandangan 360 darjah. Aku malas naik, jadi tiada gambar pemandangan dari atas.
Kordinat : 23.363615, 105.316374


Ma Pi Leng Pass
Laluan inilah yang paling popular, cantik dan paling bahaya berada di ranking pertama dalam 20 laluan paling bahaya di Vietnam.
Kordinat lokasi henti : 23.240877, 105.411105
Dulu aku datang ke Utara Vietnam semata-mata mencari route ni la. Tak sangka sepanjang laluan ke sini banyak tempat-tempat yang menarik berada dalam satu laluan. Bingo ! Lagi berbunga-bunga la hati aku.
Boleh baca cerita yang lebih bermaklumat di blog aku tentang Ma Pi Leng Pass ni.







Deo Ma Phuc  adalah laluan pass gunung yang tersenarai dalam 20 ranking laluan  terindah, 22 km dari Cao Bang.




Pac Rang Village
Perkampungan yang menghasilkan parang.




Ban Gioc Waterfall



  Ini adalah air terjun Ban Gioc dan ia terletak di sebelah negara Vietnam.



Ini pula air terjun Detian dari pandangan sebelah Vietnam.



Kalau korang nak tengok pemandangan macam gambar di bawah ni, kena lintas sempadan Vietnam/ China. Kordinat simpang masuk ke sempadan : 22.855297, 106.711288. Nanti jumpa pasar macam kat Wang Klian. Parkir motor di tempat yang selamat, atau salah seorang pergi dulu, lagi seorang tunggu motorsikal. Bergilir-gilir pergi ke "view point".


Tapi kalau korang nak pemandangan dari kacamata burung, kena lah bawak drone. Boleh tak ? mampu tak ?



Okey lah takat ni ja lokasi yang aku mampu beri. Untuk lokasi mengarah ke Hanoi, bila- bila aku senang aku kongsi la ya.
Mengembara itu adalah satu cabang mengenal diri. Kau anggap negara ke 3 macam Vietnam ni miskin dan mundur eh ?
Eh Eh.. dorang lagi mahir guna drone lah ! set berbasikal dorang lengkap berjenama lah.
Aku, kau, kau dan kau pun tak mampu nak beli drone lagi kan ?

Lagi jauh mengembara, lagi tunduk kau ke bumi. Kerana bahagia itu sederhana.
Mudah mudahan, apa yang aku kongsikan ni dapat memberi panduan kepada mereka yang berhajat untuk mengembara ke Utara Vietnam. Jika korang berjaya jejak ke lokasi yang aku kongsikan ni, hadiahkan lah pada aku doa-doa kebaikan, kemurahan rezeki dan kehidupan aku diberkati, dilindungi Allah selalu.
Jika ada gambar-gambar terbaru, atau lokasi 'terjumpa' yang osem, tag la nama aku. Sesungguhnya aku RINDU.
Tempat jatuh lagi dikenang. Ehek.


Chúc may mắn cho cuộc hành trình của bạn.
Cảm ơn !
Good luck for your journey.
Thank you !

6 comments:

  1. Hi saya tertarik membaca travel to air terjun Ban Gioc, Vietnam.
    boleh kongsi cara nk ke sana dan apa 2 yg related utk sampai ke air terjun dan dpt bergambar mcm U.
    expected to visit Hanoi on April 2018.
    TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.
      You can get public bus from My Dinh bus station ( Hanoi) to Cao Bang then from Cao Bang get a local bus to Trung Khanh. From there it's about 20km to Ban Gioc and the best possible vehicle is a motorbike taxi December is good time. While the fall is not as big as in rainy season from June to Oct but the water is beautiful and the river is very green/nice.

      If you decide to go to Trung Khanh by bus and stay there then there's a VERY simple guesthouse by the market.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Hai...nak tanya klu dr Hanoi ke Cao Bang untuk pergi ke Ban Gioc waterfall travel permit boleh apply kat mana2 tempat ke? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Travel permit khas untuk masuk wilayah Ha Giang sahaja. Lain2 wilayah tak perlu.

      Delete