Ride Menembus Mimpi
22 hb Jun - 7 hb Julai 2019
Sabtu, 22 hb Jun.
Hari Pertama.
Hari Pertama.
Pada tarikh ini telah bermula satu pengembaraan ke 11 buah negeri dan 2 buah negara. Peserta terdiri dari Kak Norela dan anaknya Wana, Anje dan diri aku sendiri bersama 2 buah jentera Yamaha Lagenda dan LC.
Jika ditanya tentang misi / tujuan kembara ini, boleh aku katakan ada beberapa tujuan.
Pertamanya, untuk merialisasikan impian Anje untuk mengelilingi Malaya.
Keduanya, sudah tentu untuk menziarahi sahabat handai yang telah membantu aku ketika projek POT dan DOT dahulu.
Ketiga, untuk capai impian aku untuk ke setiap pintu masuk sempadan negara. Terutamanya sempadan MY dan Thailand.
Keempat, untuk tunai janji.
Permulaan kembara ini telah diraikan oleh sahabat kayuhan dari Geng Kole dengan melepaskan pergerakan kami pada pagi Sabtu, walau pun dalam hujan renyai. Terima kasih kerana sudi menjadi saksi perjalanan aku kali ini.
Sepanjang perjalanan cuaca agak mendung, jadi tak banyak tempat yang aku singgah, cuma sempat merakamkan gambar di mercu tanda Sekinchan sahaja. Kemudian terus menuju ke Telok Intan dengan jarak 155 km. Pemanduan pun cuma berkelajuan 70-80 kmsj. Santai.
TELOK INTAN
Di Teluk Intan masih ada perkhidmatan bot /feri tambang. Menghubungkan pekan Teluk Intan dengan Kampung Cina. Aku pernah bercerita tentang perkhidmatan feri pada blog yang terdahulu cuma tidak begitu terperinci. Di sini ada satu blog yang bercerita tentang feri dan apa yang ada di Teluk Intan. Tekan di sini.
Di Perak masih banyak lagi rumah-rumah lama yang masih dipelihara. Lalu kat kampung-kampung area Bota memang rambang mata. Kiri kanan, sana sini semua rumah kayu lama-lama. Geram tengok.
PARIT
Salah satu keterujaan aku adalah pada jambatan. Lebih-lebih lagi jambatan lama. Tak kira la kayu ke rotan atau besi. Di pekan Parit ada satu jambatan yang bernama Cempaka sari. Jambatan ini menghubungkan Pekan Parit dengan Kampung Belanja Kiri.
Jambatan ini hanya boleh dilalui dengan kenderaan beroda dua dan pejalan kaki sahaja. Ditengah-tengah sungai tersebut terdapat sebuah pulau yang memanjang, hasil hakisan sungai suatu masa dulu. Untuk pergi ke pulau ini hanya melalui jambatan tersebut yang mana di tengah-tengah jambatan tersebut terdapat anak tangga. Pulau ini sesuai untuk aktiviti memancing dan berkhemah.

BEKOR / MANONG
Aku sengaja mengambil jalan bernombor 73 dan A164 menuju ke Manong kerana hendak mencari perkhidmatan bot tambang yang masih lagi beroperasi. Itu pun akan pupus juga bila jambatan baharu siap sepenuhnya tak lama lagi.
Inilah bot tambang ke seberang Manong.
Perjalanan untuk hari pertama berhenti di Padang Rengas. Aku dipelawa untuk bermalam di rumah kenalan fesbuk, Acik Jun dan Kak Anja. Alhamdulillah. Terima kasih atas layanan tempohari. Moga Allah membalasnya dengan dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.
Total ride : +-280 km
Ahad, 23 hb Jun.
Hari Kedua
Hari Kedua
PADANG RENGAS
Hari ini, waktu pagi kami cuma bersantai mandi sungai dan makan durian ja.
Ketika menuju ke air terjun Batu Ampar, ternampak banyak kereta, lori dan motorsikal berhenti di tepi jalan. Hairan jugak. Bila lalu dekat ternampak buah durian berlonggok-longgok termasuk yang di atas pokok bergantung-gantung menanti gugur. Rupanya di situ tempat peraih-peraih membeli durian. Kiranya one stop centre untuk pekebun-pekebun menjual hasil buah duriannya.
AIR TERJUN BATU AMPAR
Sebelah petang baru kami keluar pergi mencari :
Masjid Ihsaniah Iskandariah
Aku tertarik dengan masjid ni di sebabkan reka bentuknya yang unik. Keseluruhan dindingnya diperbuat dari anyaman buluh yang dikenali sebagai 'Kelarai Bunga Potong Belian'.
Mempunyai 20 buah tingkap. Selebihnya, boleh la rujuk di blog Orang Perak. Di sana banyak diceritakan tentang sejarah masjid ini.

Jambatan Victoria
Isnin, 24 hb Jun.
Hari ketiga.
Hari ketiga.
Sejak tahun 2013, aku ada berjanji untuk menziarahi seorang kenalan di Selama. Beliau adalah seorang guru sekolah pendidikan khas yang aktiviti waktu lapangnya juga berbasikal. Beliau bahasakan dirinya 'abah'.
Tahukah korang bahawa Selama dibahagi kepada dua negeri, Perak Dan Kedah. Ketika aku membuat laluan untuk kembara ni, aku usahakan laluan aku nanti menghala ke dua-dua Selama.
Tahukah korang bahawa Selama dibahagi kepada dua negeri, Perak Dan Kedah. Ketika aku membuat laluan untuk kembara ni, aku usahakan laluan aku nanti menghala ke dua-dua Selama.
Telaga Gergasi
Dahulu, pihak British menggunakan telaga gergasi ini untuk mengumpul hasil-hasil bijih timah yang telah dikutip melalui tolakan arus sungai dan akhirnya dikumpulkan di dalam telaga gergasi tersebut.
Selain itu telaga ini digunakan pihak British untuk penyimpanan air dan untuk pengairan ke sawah padi. Kedalaman telaga gergasi ini mencapai sehingga 100 kaki.

BAGAN SERAI
Dalam perjalanan terpandang replika helikopter di halaman rumah orang. Kreatif dan cantik pulak.
TITI SERONG, TANJUNG PIANDANG
Dalam perjalanan terpandang replika helikopter di halaman rumah orang. Kreatif dan cantik pulak.
Berhenti rehat dan solat di masjid Rahmaniah, Matang Jelutong. Masjid nya berhadapan dengan landasan keretapi. Kejap-kejap ETS lalu. Syok pulak tengok.
Sambil layan pemandangan, aku nikmati bekal nasi goreng yang diberi oleh Kak Anja.
Untuk hari ketiga, kami dipelawa bermalam di rumah kawan Anje. Rumahya di tepi sawah bendang. Damai sekali.
Total ride : -+ 176 km
Selasa, 25 hb Jun.
Hari keempat.
NIBONG TEBAL
Hari keempat.
NIBONG TEBAL
Pengembaraan aku kali ni tidak tergesa-gesa seperti kembara berbasikal. Kalau kayuh basikal, lepas solat subuh aku dah mula berkayuh. Kali ni dengan motor boleh la lenggang-lenggang Che Kiah. Tuan rumah gigih menyantuni kami dengan menyediakan juadah nasi lemak. Alhamdulillah. Mudah mudahan Allah kurniakan keberkatan dalam keluarga ini.
Hari ini akan menuju ke Pulau Pinang. Tapi sebelum itu, aku nak bertemu sebentar dengan kawan yang sama minat.
Dalam setiap perjalanan, aku memang bergantung pada penggunaan peta dari google. Kesukaan aku pulak, memilih jalan kampung dari jalan highway. Seboleh-boleh aku nak cuba ikut laluan yang kurang kenderaan. Pasal itu lah google pun layankan aja kehendak aku. Nah ! Dia bagi jalan pintas dari Parit Buntar ke jambatan kedua P. Pinang melalui Nibong Tebal.
Nak sangat kan ? google bawak ikut pusingan melalui Pulau Burung. Tiba di satu simpang jalan Kampung Kebun Nyior, aku dah cuak, sebab jalannya berpalang, tanah merah dan berlopak penuh dengan air kerana menjadi laluan lori-lori hantu. Betul ke jalan ni ?
Akhirnya terpaksa bertanya pada seorang abang yang sedang memancing.
"Ya, itu lah jalannya."
Aku dah geleng kepala sebab terpaksa lanyak motorsikal yang baharu beli, masuk dalam jalan berlopak. Silap percaturan, boleh tergolek dalam air tu. Adu du du. Sorry ya sayang.
Bismillahirrahmanirrahim. Oke go !
Eh eh, tak sampai 500 meter dah masuk ke susur jambatan ke-dua. Waa.. Manyak syok oo..
Maka, perjalanan pun diteruskan dengan riang ria walaupun kasut habis bersalut lumpur.
Jambatan Abdul Halim Muadzam Shah
Jambatan yang menghubungkan Batu Kawan dan Batu Maung sepanjang 24 km (15 batu) telah menjadi jambatan terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.
Telok Kumbar
Di Telok Kumbar telah menanti seorang kawan yang sama minat. Yang bestnya dia dah sediakan beberapa jenis buah durian untuk aku dan kawan-kawan yang lain. Durian yang sebelum ni aku tak hirau akan namanya. Asal durian, aku makan ja.
Durian Naga Emas
Durian Musang King
Durian Udang Merah.
Alhamdulillah. Semuanya sedap, memang rasa durian. Ahaks.
Terima kaseh kawan kerana sudi menyantuni kami dengan menghidangkan buah-buahan.
Terima kaseh kawan kerana sudi menyantuni kami dengan menghidangkan buah-buahan.
Gertak Sanggul
Misi nak pusing Pulau Pinang diteruskan. Kali ni peta google nak bergurau. Dalam peta ada jalan. Sekali pergi, hrm. Kus semangat. Jalan simen yang dah pecah-pecah di dalam hutan. Hampir 1km jugak lah dalam hutan yang berbukit-bukit tu, mujur bertemu dengan seorang pakcik yang nak balik dari memburung. Dia kata, jalan ni cuma untuk orang mencari buah durian dan burung sahaja. Krik krik.
Kesudahannya, terpaksa berpatah balik keluar ikut jalan bernombor 6.
Memang perangai aku suka nak tahu tempat yang berkait dengan pantai, bukit atau sungai. Kali ni nampak papan tanda Pantai Aceh. Kemain beria aku masuk simpang arah ke pantai. Cari punya cari tak de pun nampak pantai. Cuma yang ada perkampungan Cina. Tipah Tetipu lagi.
Kampung Pantai Acheh adalah sebuah kampung yang meliputi 100 peratus penduduk berbangsa Cina. Rumah-rumah disini tidak melebihi 120 buah. Kampung ini dinamakan Pantai Acheh adalah disebabkan pada masa Perang Dunia Ke-2 orang dari Bandar Acheh lari ke sini dan menetap disini. Lama-kelamaan kampung ini dinamakan Pantai Acheh. (sumber dr sini)
Terdapat sebuah Pusat Ilmu Falak yang dikenali dengan nama Sheikh Tahir di Kampung Pantai Acheh. Aku nampak tapi tak dan nak berhenti ambil gambar.

Kita layan 1000 corners dari Balik Pulau ke Batu Feringgi. Sepanjang jalan lalu kebun durian ja. Macam nak capai pulak.
Badan dah terlalu letih, jadi aku buat keputusan untuk bermalam di Batu Feringgi sahaja. Menginap di Hotel Feringgi Inn & Cafe. 1 bilik kongsi 4 orang rm100.
No comments:
Post a Comment