Thursday, July 14, 2022

Jalan ke Kuala Lumpur


1&2 Jun 2022

Sepanjang hidup selama setengah abad di Malaysia, aku  tak pernah nak jejakkan kaki ke mercu tanda kebanggaan negara sendiri. Justeru itu, aku pun buat satu kembara menuju ke Kuala Lumpur. Memang dah maklum cabaran yang akan ditempuh tapi tak pe lah, sekali ni je. Hadap je la.


Aku mula cari penginapan di tengah-tengah kota. Cari yang menarik dan mampu inap. Melalui booking dot kom aku dapat menempah harga bilik yang mampu bayar. Kalau mahal sikit pun tak pe sebab pemandangannya indah.

Hari 1.

Menara Kuala Lumpur.


Orang luar negara dah jejak, kenapa aku sebagai penduduk tetap  tak jejak lagi. Ehh, mana boleh. Kita kasi jejaklah satu kali.

Ada banyak pakej. Tapi aku pilih yg harga rm71.

Ketika ini ada promosi, tambah rm10 boleh lalu kat pelantar terbuka dengan pakai harnes. 

Harga asal rm70, tapi kalau kita ambil pakej Observation Deck rm71 cuma tambah rm10 sahaja.

Yang ni boleh pusing keliling menara dan dapat pijak lantai cermin retak. Habis satu pusingan boleh terus naik tingkat atas pelantar terbuka.

Korang boleh duduk kat atas tu berapa lama korang nak. Ye lah dah bayar mahal kot, lepak lah lama-lama.


Menara Berkembar KLCC

Harga tiket rm28

Pelekat ini akan ditampal di pakaian dan ia mempunyai warna yang berbeza untuk mengenal pasti setiap kumpulan yang naik.


Naik melalui Tower 1 dan berhenti di tingkat 41 yang mana terletak nya jambatan penghubung. 


Masa yang diberi selama 10 minit. Cukup masa, kita akan dibawa naik ke tingkat 86 & 87 pulak.

Pintasan Saloma.



Harga parkir yang ditulis sejam rm3. Tapi bila keluar kena bayar rm12. Bayar guna kad. Tiada tunai.😔


Hotel.

Oasia Suites Kuala Lumpur

Dapat harga di Booking.com rm168  & rm175


Bilik best, ada dapur, peti ais, microwave, seterika, pengering rambut, mesin basuh & sabun basuh. Dapat bilik menghadap Menara KL pula.


Harga biasa rm292-rm311

Hari 2.

9- 11 pagi.

Mandi kolam


Ada gym dan kolam renang dengan pemandangan Menara KL.

Macam aku pernah cakap dulu, kali ni nak hunting hotel-hotel mewah dengan harga marhain 😬. Kalau bayar sorang tak mampu, ajak kawan. Boleh kongsi-kongsi.

Mandi kolam pun, ko sorang ja. Berkhemah ni dah kurang minat lah. Kasi kat orang lain pulak lah merasa. Hahaha..aku dah puas.

Bayar bilik mahal2 tak kan nak keluar awal. Kita lepak lama2 sampai masa keluar jam 12 tengahari.

Di hotel ni, sarapan kena bayar rm40 untuk seorang.

Jadi aku pun keluar nak mencari sarapan di McD yang hanya 500 meter dari hotel. Alhamdulillah ada peniaga berjualan tepi jalan di sekitar hotel. 

Jimat duit nak beli nasi lemak McD yang berharga rm14. Sedangkan aku beli kuih dan nasi lemak kat peniaga tu pun rm14 cuma beza dapat untuk 4 orang. Kalau di McD untuk sorang sahaja.

12 tengahari baru mendaftar keluar. Terus cari makan tengahari di Nasi Kawin Hari2 (viral) di Jalan Bukit Bintang. Tapau.


Kami tak makan di warung tersebut, sebaliknya pergi makan di Taman Tugu. Sempoi ja.

Dah kenyang baru masuk kawasan tugu mengabadikan gambar kenangan.

Kesimpulannya, yang mahal dalam kembara aku kali  ni adalah parkir dan tol sebab kali ni aku naik kereta. Plan asal nak ride motor, tapi dak Anje kena jaga cucu, jadi angkut sekali cucunya.

Jadi barang siapa nak jelajah Kuala Lumpur, lebih elok naik motor selain basikal.

Sesak dan sesak, jalan yang bersimpang siur, jalan sehala, jalan sempit dan masalah harga tempat parkir yang tak masuk akal. Yang paling kelakar bila tersalah lorong, tau-tau jalan ke parkir bawah tanah. Nak undur tak boleh, terpaksa masuk dan ambik tiket . Bila pusing nak keluar semula, ingatkan harga berdasarkan kiraan jam. Nah rm5. Buat pusingan U pun kena bayar 😬.

Ok, cukup itu ja nak cerita. Oke bai.


No comments:

Post a Comment