Wednesday, October 11, 2023

MASJID TUA DI MELAKA

Senarai masjid - masjid lama ini didapati dari maklumat di internet. Kemudian aku terasa nak mencari semua masjid yang disenaraikan tersebut yang berada di Semenanjung.

Maka inilah sebahagian gambar-gambar yang dapat aku rakam. 

Masjid/Surau Tertua di Negeri Melaka :

01) Masjid Agung (St Paul) - 1414 (609 tahun)
02) Masjid Kg Belimbing - 1500 (523 tahun)
03) Masjid An-Nur Peringgit - 1720 (303 tahun)
04. MASJID LAMA KAMPUNG HULU-1728 ✅


Masjid ini telah dibina dalam 1728, Masjid Kampung Hulu di Hilir Melaka ialah masjid ketiga tertua di Semenanjung Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal. Berusia 295 tahun.

05. MENARA LAMA SURAU TENGKERA-1728✅


Berusia 295 tahun. 
Menara Lama Surau Tengkera merupakan menara yang dibina pada tahun 1728 menjadikannya bangunan Islam tertua yang masih ada di Melaka dan sebaya umurnya dengan Masjid Kampung Laut di Kelantan.

Menara ni adalah tinggalan masjid yang pernah berdiri di sini. Masjid itu digantikan dengan Masjid Tengkera, yang dibina pada 1780, dan hanya 100 meter jauhnya di seberang jalan.

06MASJID FATHUR RAHMAN - 1730 


Masjid Fathur Rahman Pengkalan Rama berumur sekitar 293 tahun.
Mula dibina masjid ini pada tahun 1730an kemudian Datuk Penghulu Abdul Ghani telah membaharuinya dalam tahun 1324 hijrah bersamaan 1917 masihi dengan hasil harta wakafnya sendiri, pada tahun 1978 diperbaharui dengan derma orang ramai.

07. MASJID KAMPUNG KLING - 1748 ✅


Masjid Kampung Kling, siap dibina pada 1748. Usia kini 275 tahun.

Di Melaka ini hanya sebuah sahaja masjid yang berusia lebih 100 tahun masih mempunyai nilai pembinaan asli iaitu Masjid Kampung Kling di Jalan Tukang Emas.

Sebanyak 55 buah masjid lama yang lain bagaimanapun telah diusik antara 10 hingga 60 peratus ketika proses pemuliharaan termasuk pembesaran ruang solat - Konservator, Kamaruddin Md. Said.

Kata-kata. di atas ni memang aku setuju sangat, bukan di Melaka saja tapi seluruh Semenanjung.

08. MASJID LAMA MASJID TANAH -1800 ✅


Inilah dia masjid yang dibina daripada tanah. Nama Masjid Tanah diambil dari masjid ini la. Dalam masjid ni ada ditunjukkan keratan rentas dinding masjid yang dibuat dari tanah.

Dibina pada tahun 1800an oleh seorang Sheikh yang berasal dari Gujerat. Umur masjid ini lebih kurang 233 tahun.

09) Masjid Kg Parit Melana - 1820 (203 tahun)
10) Masjid Jamek Teluk Mas - 1826 (197 tahun)
11) Masjid Jamek Hang Tuah - 1850 (173 tahun)
12) Masjid Kampung Duyong - 1850 (173 tahun)
13) Masjid Jamek Kg Umbai - 1852 (171 tahun)
14) Masjid Kampung Alai - 1854 (169 tahun)
15. MASJID LAMA MACHAP - 1865 ✅


Masjid Lama Machap yang terletak di tepi empangan Durian Tunggal. 

Pada asalnya bangunan masjid ini telah dibina oleh Datuk Machap dari binaan kayu, namun begitu pada 1865 ketika seorang mubaligh Cina Islam mengadakan usaha mengutip derma dari penduduk setempat bagi tujuan pembinaan masjid baru, bangunan ini telah diubah daripada bangunan kayu kepada bangunan yang diperbuat dari batu, genting dan tanah liat. Terdapat sebuah ‘plague’ di sebelah kiri masjid yang masih utuh menceritakan senarai nama dan jumlah sumbangan bagi membantu kerja-kerja membaikpulih bangunan baru masjid.
Boleh baca kisahnya di sini 👇

https://www.mpag.gov.my/masjid-lama-machap/

Ramai ja Cina dan India datang ziarah dan bernazar kat sini.

16MASJID BUKIT CINA atau Masjid Al-Hameedin 1865✅


Dibina pada tahun 1865 daripada sumbangan orang ramai. Tahun 1978 telah dibesarkan dengan bantuan kerajaan.
Sehingga kini ia telah berusia 158 tahun. 

17. MASJID POKOK ASAM - 1890


Masjid Pokok Asam Kampung Pinang mula dibina tahun 1890 dengan bahan binaan berasaskan kayu dan bumbung nya genting yang telah diwakafkan oleh Tuan Syed Wan Idrus dan dikelolakan oleh Tuan Hani Abu Bakar Bin Haji Amin.
Usianya sudah 133 tahun.
Di pagar masjid ada ditulis gurindam mengenai pokok asam.
Bersempenakan Pokoknya Asam Jawa.
Nama Masjid Diberi.
Dihadapan Masjid Pokoknya Tegak Berdiri
Batangnya Tiga Pemelok Besar Menanti
Banirnya Setinggi Orang Berdiri.
Wujud Dan Usianya
Lebih Tua Dari Masjid Ini.
Tapaknya Kini Menjadi Kenangan Abadi,
Jalan Raya Sebagai Pengganti,
Nama Masjid Pokok Asam kekal Abadi
Berkat Pengasas Menamakan Hingga Ke Hari Ini

18) Masjid Assalam Ksg Tua - 1908 (115 tahun)
19) MASJID KAMPUNG AIR BAROK - 1916✅


Masjid ini masih dipelihara dengan ciri asal keunikan seni bina lama Islam yang tidak ditelan zaman.

Didirikan pada 1916 namun dipercayai dibina lebih awal daripada itu, Masjid Kampung Air Barok pernah menjadi masjid utama bandar Jasin bagi solat Jumaat dan aktiviti syiar Islam di daerah berkenaan.


20) Masjid Al-Abrar Semabok - 1921 (102 tahun)
21) MASJID TANJUNG KLING @ MASJID BILAL BIN RABAH - 1921 ✅


Masjid Tanjung Kling atau nama lain Masjid Bilal Bin Rabah merupakan masjid tertua di Tanjung Kling. Ia memiliki seni bina yang unik yang menyerupai senibina masjid lama yang seperti Masjid Tengkera dan Masjid Kampung Hulu.

Masjid ini dibina pada tahun 1921. Usianya sudah 102 tahun. Menara masjid ini dibina daripada pasir dan campuran putih telur dan dibina dulu daripada pembinaan masjid, manakala tiang seri daripada kayu berlian dengan menggunakan gergaji dan ukiran tangan.

22) MASJID RIM  - 1937 ✅


Masjid Rim ini dibina pada tahun 1937 dari derma orang ramai. Sekarang masjid ini diberi nama Masjid At Taqwa terletak di Jasin, Melaka
Tengok mahkota atas bumbungnya, unik.

Insya allah akan ada penambahan lagi

No comments:

Post a Comment