Monday, April 29, 2013

Bila mentol menyala [P.O.T]

Permulaan cerita...

Salam Petualang..,

Ketika ini masih terasa lemah dan lesu akibat kayuhan tempohari. Kerja gila kan ? Langsung tak beri ruang untuk berehat satu hari dari kayuhan. Apa boleh buat, hari yang diperuntukkan amat terhad. Walau bagaimana pun aku bersyukkur kerana perjalanan ini telah selamat dilaksanakan.

Tercetusnya idea bila melihat bentuk semenanjung MY ni comel ja macam orang dulu-dulu cakap seperti bentuk ubi kayu. Hati berbisik ' cam senang ja, apakata kalau aku naik basikal mengelilingi semenanjung menyelusuri pesisir pantai dan sempadan. Mesti ada jalan kampung yang menghubungkan di setiap negeri. Pling!

Dengan pantas, terus menggunakan khidmat abang gogel. Berbekalkan ilmu pengetahuan yang sedikit, ditambah pula dengan pembacaan dari pengalaman pengembara-pengembara dalam dan luar negara, maka laluan pun dirangka. Diambil kira juga purata kemampuan diri untuk mengayuh basikal dalam 1 hari, maka telah menetapkan hanya 70-90km sehari sahaja. Sekiranya lokasi2 tertentu yang memerlukan lebihan km, maka terpaksa digagahkan juga untuk sampai ke destinasi.

Perancangan dibuat dalam tempoh 3 bulan. Bulan pertama merangka laluan. Bulan kedua memperlengkapkan keperluaan basikal, bulan ketiga mulakan kayuhan. Projek ini hanya diwar-warkan kepada rakan-rakan terdekat seminggu sebelum hari kejadian kerana pada hemat ku ' buat dulu baru cakap' bimbang jika terlalu banyak cakap ia tak mampu dilaksanakan.

Nah! Alhamdulillah, Allah telah menetapkan hati dan minda ini untuk meneruskan hasrat tanpa berbelah bahagi. Orang pertama yang aku luahkan hasrat  ini adalah kepada  Azizan Zolkipli. Beliau telah memberikan perangsang dengan mengajarkan tips-tips tentang kayuhan jarak jauh, tatatertib ketika di jalan raya, cara membaiki tayar dan menampal tayar, pelbagai nasihat telah diberikan juga. Orang kedua ialah Ija Zahri dan suami, di mana mereka berdua begitu bersungguh-sungguh mencarikan pihak penaja yang sudi untuk menampung keperluan perjalanan ini. Sejak itu, makin ramai rakan-rakan 'pesikal' yang telah maklum dan ada yang telah bermurah hati untuk memberi sumbangan dan itu telah menambahkan lagi semangat 'kemestian' untuk melakukan projek ini.

Bila sebut tentang kayuhan 'SOLO', ada juga di kalangan rakan-rakan yang membantah atas sebab-sebab keselamatan  kerana aku seorang wanita. Tapi, aku yakin  mampu melakukannya sendirian. Sesungguhnya ramai rakan-rakan akan memantau sepanjang perjalanan  ini. Apakan daya, telah tertulis bahawasanya pengembaraan ini harus ada pengiringnya. Baiklah.

Aku amat sedar, untuk mengembara jarak jauh wajib ke atas seseorang itu memperlengkapkan diri dan basikalnya dengan sebaik mungkin. Basikal adalah kekasih dan teman rapat kita, ia harus dilayan dengan cermat kerana sepanjang perjalanan ini kita amat memerlukan khidmatnya. Tanpanya, kita tak akan kemana-mana dengan mudah. Oleh itu, aku harus memahami kehendak dan kemampuan basikal ku dengan berperikemanusiaan.

Barang muatan dianggarkan seberat 20kg, dan kemampuan 'rack' hanya 25kg. Itu pun sudah dikira berat. Walaubagaimana pun, sepanjang laluan aku mengelak untuk melanggar lubang, jalan-jalan yang tidak rata atau 'bumpy' untuk mengelakkan hentakan kuat yg  boleh menyebabkan jejari @'spoke' pada roda basikal patah. Semua perkara yang dianggap remah-temeh harus diambil kira. Tidak boleh terlepas pandang.

Begitu lah serba sedikit cerita sebagai pembuka bicara.
Dan pengembaraan pun bermula...Jeng..jeng..jeng..

Friday, April 5, 2013

Kurang dari 1 jam..


Tinggal beberapa jam saja lagi..

Apa yang aku rasa ? Entah. 
Fikiran ? Kosong. 
Hmm.. Ini kali ke 3 aku buat kerja gila.~ Berbasikal mengelilingi Semenanjung ? Sebelum ini tak terfikir langsung nak buat benda-benda sebegini.
Kenapa aku nak buat eh ? Sebab aku sukakan cabaran.

****

Sepanjang hari mengadap lappy. Otak kosong. Persiapan camtu-camtu je la. Entah la tak tau kenapa cam takde perasaan ja. Relax dan cool. Tak fikir nak makan langsung. hrmm.. Apa yang aku tau, lepas solat subuh aku akan mula mengayuh basikal. Sendirian dalam gelap-gelita. GILA !

6hb April ya. Aku tetap ingat. Aku akan patrikan dalam ingatan. Aku tetap kotakan apa yang aku janjikan. 
Selamat !

- Peninsular On Tour Travelogue -
* Yesterday is a history, today is a story, tomorrow is mystery

Always unique totally interesting sometimes mysterious
- Life | Love | Nature | Sacrifice -
D<


Wednesday, March 27, 2013

A big support [POT]


Last night, a small event  was carried out in 'Uptown Outdoor' shop.
I did not expect the overwhelming response from  my cycling friends. With their presence has prompted me to realizing my dream of traveling throughout the Peninsular with cycling.
This is half of the great contributions that I have received from them.

tyre
tube
side mirror
jacket
sleeping bag
med-kit
pillow
screw driver
mess-tins
candy
Vast 


Everything is completed now. Many thanks to those who were honored to sponsor this requirements
May Allah bless you all. Amin. 

This is the name, who helped me in all things. Greatly appreciate for  their kindness :

Monday, March 25, 2013

two weeks before [ POT ]


As I say that my adventure is made to appreciate many things about life. Pain, fear, suffering, been hurt, rejected, omitted , courage, loyalty, trust, discipline & honesty. If I want to survive I must be a brave person to face a fact of life. Throughout my life, I been face all of the above. Obviously, I still survive. Makes me appreciate my short and simple live.

In addition, I do not to seek popularity or even put the name into the books of record. I do it because of my desire to enjoy the beauty of nature created by Allah in the most inexpensive way. I admit, I am not a wealthy of money, I just have a wealth of 'time' only. Not only the rich people can travel around the globe, but actually, everybody can do it too. The selection of the suitable way for us is the main key.

Humans can only plan, but Allah determines everything. Similarly, like my story. My plan is to cycling solo. Even deep in my heart there is too much a sense of anxiety, but I should be courageous and believe for the love of God. Until the last minute, I received a short message (SMS), who ask about my itinerary from someone I did not know. Began to whisper with myself : Well ! surely Allah does not allow me to move solo. Allah has sent an assistance. What can I say more..Syukur Alhamdulillah.


And around me, there was a friends and family  who willing  to give me a help.
Many thanks to them for their kindness.


Sunday, March 24, 2013

Peninsular On Tour [POT]

This trip made ​​to commemorate a lot thing about life, courage, loyalty, trusty, discipline & honesty, because I'm not a coward person to face the real life, Soloist.


Skirting the root of Peninsular Malaysia
*Around 23 days*
Soloist ?
3,300 km
6th April 2013




I’m using Bridgestone MB-6 4130 Cromo  D14932 ( late 1980s and early'90s) for exploration the root of Peninsular. Below is my itinerary, but it is just only the basic because it will change according to my ability, weather conditions, routes and my bike along the journey.


The Red Arian




Day 1 ( 6/4/13 ) Jalan Nangka - Kuala Selangor Selangor : 58.7km Kuala Selangor - Sabak Bernam : 62km = 120.7km
Day 2 (7/4/13) Sabak Bernam- Teluk Intan - Kampung Sg. Kerang - Setiawan = 127.95 km
Day 3 (8/4/13) Setiawan - Pantai Remis - Batu Hampar - Kuala Kurau
= 170.87 km Day 4 (9/4/13) Kuala Kurau- Kota Kuala Muda -Sungai Petani
= 150.68 km Day 5 (10/4/13) Sungai Petani - Lembah Bujang - Yan - Kuala Kedah - Kuala Perlis
= 172.25 km


Day 6 (11/4/13)
Kuala Perlis - Kangar-Kaki Bukit - Padang Besar - Changlun 
= 141.64 km

Day 7 (12/4/13)
Changlun -Kampong Padang Sanai - Kampung Pulau Belantik 
= 104.32 km

Day 8 (13/4/13)
Kampung Pulau Belantik - Baling 
= 78.5 km

Day 9 (14/4/13)
Baling - Pengkalan Hulu - Banding 
= 117 km

Day 10 (15/4/13)
Banding - Jeli 
= 82.4 km


Day 11 (16/4/13)
Jeli - Rantau Panjang : 54.8km
Rantau Panjang- Tumpat : 39km
Tumpat -Ketereh = 35.8 km 

Day 12 (17/4/13)
Ketereh - Pantai Irama - Jelawat - Bachok - Kampung Raja
= 100.4 km

Day 13 (18/4/13)
Kampung Raja - Merang : 62.5km
Merang - Seberang Takir : 32.9km
= 95.4 km


Day 14 (19/4/13)

Seberang Takir - Paka
= 160.64 km


Day 15 (20/4/13)
Paka - Beserah- Kuantan
= 154.76km

Day 16 (21/4/13)
Kuantan - Pekan -Nenasi
= 141 km


Day 17 (22/4/13)
Nenasi - Kuala Rompin - Mersing
= 134 km

Day 18 (23/4/13)
Mersing - Sedili Besar- Sedili Kechil -Desaru
= 166 km

Day 19 (24/4/13)
Desaru - Kampung Sungai Rengit- Masai- Johor Bharu
= 144 km

Day 20 (25/4/13)
Johor Bharu - Pekan Nenas -Tanjung Piai - Pontian Kechil
= 146 km

Day 21 (26/4/13)
Pontian Kechil -Muar
= 156.34 km

Day 22 (27/4/13)
Muar- Merlimau - Pengkalan Balak- P.Dickson
=177 km

Day 23 (28/4/13)
P. Dickson- Sungai Pelek - Morib- Pulau Carey - Telok Panglima Garang- Jalan Nangka
= 141 km




Wish me good luck, save and sound along the journey.


I won't give up !


I will do my 1st  nomadic adventure by bicycle around Peninsular Malaysia on 6th April 2013  for about 25 days or more . Who have time and keen in cycling together, I welcome you to accompany me in every state that I went through. All the informations, time and locations can refer to Mr Azizan and Mrs Ija Zahri.

My Route Schedule
Peninsular On Tour [P.O.T]

Thank you to those who have sponsored me with a variety of travel needs,  not to forget also to those who gave me a lots of spirits, advices and informations 'do & don't'. To friends & family who will be my rescuer, please activate your cellphone 24hrs. I really appreciate your helps. 
Wish me safe & sound along the journey and simplified all my travel arrangements. Amiiin.

 I would be grateful if anyone is interested to give me a small contributions or donations for my expenses during this journey as a token of your support for my venture . Pray for my success and safety ya'.  Thank you in advance.

Please contact Mr. Azizan Zolkipli & Mrs Ija Zahri for more informations.


I won't give up !




always unique totally interesting sometimes mysterious
- Life | Love | Nature | Bicycle -
AdindaTunTeja@D<





Thursday, March 21, 2013

Castaway - Koh Phi Phi

Hari ke 5 [ 13/3/2013]
Surat Thani - Krabi
sambungan semalam

Seawal pukul 5 pagi kami dah bangun, solat dan berkemas, kerana songthew akan menjemput kami untuk dihantar ke jeti Songserm dan perjalanan feri akan bermula jam 6 pagi. Hari ini kami akan menuju ke Krabi kerana Krabi adalah salah satu laluan ke Koh Phi Phi dan Phuket.

Feri berhenti di Koh Samoi dahulu untuk mengambil / menurunkan penumpang dan kemudian menuju ke Dongsak Pier di Surat Thani. Di dermaga Dongsak, bas ekspres sudah pun menunggu untuk membawa kami ke Krabi. Setiap penumpang  akan diberikan pelekat berwarna yang dilekatkan pada pakaian . Aku pun tak tahu apa maksudnya.


Biasanya jika kita mengambil perkhidmatan syarikat bas seperti Seatran, Lomprayah atau Songserm, mereka akan berhenti jauh dari terminal feri. Ini menjadikan kita terus menggunakan perkhidmatan mereka dan membuat kita tidak ada pilihan untuk membeli tiket pada harga yang lebih tinggi daripada biasa. Sebenarnya membeli tiket sendiri di kaunter tiket yang terletak di jeti lebih murah.

Salah satu sebab mengapa kita terpaksa membeli tiket pakej dari syarikat bas tertentu adalah kerana kekangan masa untuk diselaraskan dengan jadual bot ke pulau-pulau. 


Pulau Phi Phi terkenal dengan keunikannya, keindahan dan destinasi pelancongan yang paling terkenal. Dengan hanya 45-60 minit perjalanan menaiki speed bot dari Krabi, pulau Phi Phi menawarkan suasana tropika, perjalanan dan gaya hidup yang menyeronokkan.  Di sini, terdapat beberapa tempat pelancongan yang indah, seperti Lo Samah, Hin Klang, Gua Viking yang boleh dijelajah dengan bot laju. Ditambah dengan keindahan tebing batu kapur, pantai yang curam, pantai berpasir putih , air laut berwarna zamrud, corak terumbu karang berwarna-warni , gua-gua besar dan pokok-pokok bonsai menarik ramai pelawat setiap tahun. Dan yang paling menarik adalah Maya Bay. Lokasi pengambaran filem Hollywood 'The Beach".
from afar
Bila sampai di pulau Phi Phi , setiap pelancong akan dikenakan bayaran 20baht sebagai yuran untuk menjaga kebersihan di pulau ini.
Tiada apa yang boleh dilakukan di sini selain pergi ke  Teluk Maya. Harga bot ke sana kira-kira 400baht setiap orang. Apabila sampai ke Teluk Maya, pelancong perlu membayar lagi 200baht untuk bayaran masuk ke Taman Negara.

Selamat datang ke  Koh Phi Phi

Maya Bay


Pulau Phi Phi terkenal kerana kecantikan Teluk Maya. Teluk Maya adalah satu teluk yang indah yang terlindung oleh tebing tinggi 100 meter di tiga sudut. Di dalam teluk terdapat beberapa pantai, kebanyakannya kecil dan akan muncul ketika air surut. Panti yang biasa dapat dilihat  adalah sekitar 200 meter panjang dengan pasir putih yang halus dan lembut.
Kita akan dapat melihat batu karang yang berwarna-warni dan ikan eksotik dalam air yang jernih.

Kebanyakan penduduk pulau ini 80% adalah Muslim. Terdapat sebuah masjid yang besar bernama Al-Islah. Jadi, untuk mencari makanan halal sangat lah mudah.



Hari ke 6 [14/3/2013]
Koh Phi Phi
Ko Phi Phi pernah musnah oleh Tsunami pada Disember 2004, ketika itu hampir semua infrastruktur pulau itu musnah. Pada tahun 2010 ia mula dibangunkan semula tetapi tidak semua dapat dipulihkan.


Perkiraan yang salah, aku tidak menjangkakan bahawa sekarang adalah 'high season' di Koh Phi Phi, jadi semua penginapan menjadi mahal. Sebuah pondok kecil dengan 2 katil dan kipas berharga 700B. Itulah harga termurah yang aku dapat. 

not bad huh !

bamboo craft
Di pulau ini, hanya basikal dan troli saja dibenarkan. Bagasi pelancong akan diletakkan di atas troli, dan mereka akan berjalan bersama-sama ke bilik hotel.



Tidak banyak yang boleh kami lakukan di sini, kecuali mat saleh, pada waktu malam, mereka akan duduk minum beer dan berseronok hingga ke pagi. Sama seperti di Koh Phangan, banyak kedai urut dan kedai tattoo di sepanjang lorong. Restoran makanan laut juga meriah di sini, dan harganya pun murah.

sea scapes

tidal
Kami hanya tinggal satu malam di pulau ini kerana kami kehabisan wang saku. Tiket bot dari Koh Phi Phi ke Krabi hanya berharga 250B sahaja, sedangkan sebelum ini kami membeli melalui syarikat Songserm yang berharga 300B. Hrm ..





Perbelanjaan di pulau ini selama 2 hari 1 malam termasuk makanan dianggarkan per kepala 150MYR. Selepas ini kita akan menuju ke Hat Yai.

La kon kha ~> Koh Phi Phi.

Diao phop kan kha ...