Monday, March 31, 2014

Di sudut 4 pulau terpencil.. Semporna.

#Throwback 4-7hb Oktober 2013
Di suatu sudut kehidupan terpencil yang tidak didendang. Aku datang, aku lihat dan aku rasai. Bersyukurlah dengan kehidupan kita sekarang.
http://en.wikipedia.org/wiki/Bajau_people

Pulau Bohey Dulang

Nah ! inilah sebab utama aku meroyan nak pegi gak. Seperti yangg diceritakan oleh abam guide tersohor Laili Basir, kepulauan ni terbentuk dari letusan gunung berapi entah berapa ratus tahun dulu. Sepanjang pendakian ke puncak kita akan lihat banyak batu-batu granit bersepah-sepah. Sebelum dapat menikmati keindahannya, semua orang mesti mendaki sejauh 600 meter AJE. Tak lah jauh mana. Kalau tahap guide situ 20 minit leh sampai puncak. Kalau tahap aku santai lenggang kangkung adalah 45 minit.
Kawasan trek dia bersih. Rimau, gajah , tenuk, badak or babi hutan memang tak de, yang ada cuma ular berbisa. Kena lebih berhati-hati.
Di puncak Bohey Dulang ni kita boleh tengok perairan di persekitarannya. Lebih terik matahari, lagi biru air laut terserlah. Biru pekat menandakan kedalaman laut itu, kalau kehijau-hijauan dan biru cair menandakan kawasan tu cetek. Cetek pun lebih kurang 7- 10 meter. Kira dalam jugak la pada aku.

Pulau Mantabuan



Pulau ni kecik ja, tapi anggota keselamatan kita ditempatkan di sini. Kat sini ada juga penduduk yangg terdiri dari bajau laut. Di kesempatan ni jugak aku bawak beg 75+ 15 liter dan 20 liter dry bag padat yang berisi baju-baju terpakai yg masih elok untuk diberikan pada keluarga di situ dan tukang angkut Si Amir dan Azman. hehe. Tima kasih pada mereka berdua. Haish, seronok tengok satu persatu wajah mereka ketika memilih baju-baju tu. Kat sini aku jumpa dengan Aisyah.



Pulau Sibuan



Pulau ni pun kecik ja dan mempunyai beting pasir yang cantik. Aku leh pusing keliling pulau ni dalam masa 15 minit. Pemandangan memang mabeles, kat sini tempat untuk para divers untuk beriadah. Kat sini pun ada penduduk Bajau Laut, sempat juga tengok apa aktiviti harian mereka. Rata-rata aku tengok, kaum perempuannya memakai 1 batang gigi emas. Ada sejarah tentang itu kah ?
Mereka juga menanam rumpai laut untuk dijual. Si Lyn beli rumpai laut dengan harga RM10 penuh plastik, itu pun nak ditambah lagi. Alahai. Camana la nak bawak balik tu. Kalau di Semenanjung jangan harap nak dapat banyak macam tu.

Pulau Maiga


Ini pulau terakhir aku pergi, tapi cuma melihat dari atas bot saja. Bot akan melalui di celah-celah rumah Bajau Laut. Dalam beg aku masih ada saki baki pakaian , anak patung dan jajan yang nak diberi. Lihat sajalah gambar-gambar yang aku paparkan. For me, nothing to say.





Sekian saja pengembaraan aku kali ni.
Ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan buat Laili Basir yang bertungkus lumus menguruskan segala-galanya dari pembelian tiket flight, kenderaan, penginapan dan permit memasuki taman laut di Bohey Dulang. Kepada rakan-rakan yang terlibat, Reza Amir, Azman, Amir, Azzlin, Nurul Hayana, Mr. Chew, Jasrul dan Pupa Kupa, korang memang sempoi.
Akhir sekali, 'Support Our Local Tourism'
Segala maklumat dan pertanyaan boleh terus berhubung dengan :
http://www.facebook.com/lailibasir
dan
https://www.facebook.com/pages/Selakan-Homestay/187581621381294

***
~ A traveler, mender a broken heart ~

No comments:

Post a Comment