Monday, March 31, 2014

Mabul | Kapalai

#Throw back, 4hb-7hb Oktober 2013

MABUL


Aku ke mana ?


Kali ni aku ke Semporna, Sabah. Di Semporna banyak lokasi yang menarik untuk dilawati. Selalu aku dengar dan lihat tentang keseronokan orang bercerita tentang Mabul. Biar aku pulak yg merasai sendiri pengalaman itu. Ini Kalilah !

Mabul, Heaven for Divers. Ye ke ? hrm..mungkin la kot sbb divers ni cuma pergi menyelam dan tgok keindahan di dasar laut. Aku bukan divers. Aku orang biasa2 ja..jadi apa fokus aku ? Apa yg aku paparkan di dalam album ni, itu lah fokus aku. I'm share what I saw.


Semporna dari udara. Makanan yang jarang aku jumpa, suasana kehidupan masyarakat tempatan dah pendatang. Pulau Mabul ni biasa ja. Yang cantik hanya perairan di sekeliling pulau ni yg mempunyai coral, ikan2 dan air cetek yg biru.Di atas pulau kalau korang nak tgok seperti yg dalam gambar. Rumah-rumah orang bajau laut berhadapan dengan Sipadan Village. Sipadan Village pun dibina di atas air bukan di atas pulau. Kiranya promosi iklan2 memang terer la ambil gambar tanpa sedikit pun memasukkan pemandangan rumah2 bajau laut yg begitu dhaif sekali.
Di sini kita dpt lihat perbezaan rumah2 bajau laut dan bajau tempatan.
Sumber air bersih datang dr perigi yg digali.. rasa airnya agak payau2. Elektrik dorang gunakan generator. 6 petang - 6 pagi.Sumber pendapatan mereka pula adalah dari pencarian coral dan kulit2 siput yg di buat perhiasan dan rantai.Banyak yang aku lihat dan fikir bila berada di sini. Lagi2 bila tgok kehidupan bajau laut. Apa yang mereka makan ? bagaimana mereka ke tandas. Kalau sakit perut nak buang di mana ? 

Aku sempat berjalan-jalan di persekitaran kampung. Terima kasih pada Nurul Hayana kerana bercerita tentang kisah kubur yg unik ini. Apa yg unik? itu yg aku nak tau tu. Jadi jam 6 pagi, aku pun pergi berdua dengan dia. Kubur ni terletak di belakang sekolah. Tempat laluan untuk ke resort yg lain.
Seram ? hrm..entah. Tiba ja kat kubur tu aku nampak banyak bekas air diletakkan di atas kubur. Bukan itu saja, ada botol kaca berisi air, ada botol susu dan pelita. Peliknya. Aku bertanya pada Laili Basir dan menurut beliau, walaupun masyarakat pulau Mabul ini beragama Islam, tetapi kepercayaan kurafat masih kuat. Jika anak kecil atau bayi yang meninggal dunia, mereka akan meletakkan botol susu di atas kuburnya dengan harapan anak itu tidak kehausan. Begitu juga jika org dewasa, mereka akan letakkan bekas air untuk memberi kemudahan pada si mati.



KAPALAI

Ok, lepas pulau Mabul aku g Kapalai pulak. Lagi satu heaven for divers. Kapalai ni lebih kepada resort mewah gile gaban. Kalo tade 4-5k tayah la berangan nak dok sini. Dulu pelancong bebas masuk sini, tetapi semenjak kes Lahad Datu, pelancong luar yg datang perlu meminta permit dan gunakan pas pelawat. Aku dapat masuk pun kira nasib2 disebabkan ilmu alam Laili Basir yg tinggi tu.. Di sini juga diletakkan anggota tentera untuk menjaga keselamatan.





Pemandangan dia memang A.. lebih kurang cam Bora Bora Island ja.. Pakkalah aku guna kemere cap hayam. Apa yg mata aku nampak tak sama cam kemera cap hayam aku tangkap. Pedih hati aku.
Ok aku snorkeling kat Kapalai. Ahaks !



Lepas ni aku ke Pulau Selakan pulak..tunggu!

***
~ A traveler, mender a broken heart ~

No comments:

Post a Comment