Monday, March 31, 2014

Gowes di Kepulauan Riau [ KepRi ]

TARIKH : 24hb- 28hb Mac 2014

Kepulauan Riau ada 8 :

Bintan 
Batam 
Karimun 
Kundur
Singkep-Lingga
Anambas
Natuna
Moro
HARI PERTAMA


PULAU KARIMUN

Pengembaraan kali ini, aku memilih untuk ke 3 dari 8 buah pulau. Lokasi pertama ialah Pulau Karimun. Menurut cerita, pulau ini diberi nama mengikut nama penduduk asal iaitu Karim dan Maimunah. Seawal jam 8 pagi aku bergerak dari Klang ke Kukup dengan menaiki kereta rakan kayuhan Sham Shahrul dan anaknya. 



Tiket feri dari Kukup - Tanjung Balai pergi/balik berharga RM120 dengan menaiki feri MV Tuah. Cas pelabuhan rp60,000 = RM17-+. Perjalanan mengambil masa selama satu jam. Aku kagum dengan pengurusan masa perjalanan feri di pelabuhan ini amat tepat. Syabas.


Di Tanjung balai aku menginap di Hotel Holiday rp242,000 = RM70. Ada hotel yg lebih murah, tetapi memandangkan ketika itu Majlis Tilawah Al Quran peringkat seluruh KepRi sedang berlangsung, maka semua hotel telah penuh.



Sampai di Pulau Karimun pun sudah jam 5 petang. Jadi aku hanya sempat untuk melawat di pesisir pantai di mana lokasi Tilawah Al-Quran peringkat KepRi sedang berlangsung. Kelihatan gerai-gerai yang sangat cantik reka bentuk dan hiasannya.



Terdapat juga sebuah tugu peringatan berbentuk kapal layar yang baru dibina di tengah-tengah pusingan bulatan. 


Malam itu, aku hanya berehat di dalam bilik hotel kerana masih keletihan akibat perjalanan yg jauh dr Klang ke Kukup. 

HARI KEDUA

PULAU KUNDUR

Pagi itu, sebelum bertolak ke Pulau Kundur, aku bersarapan dulu dengan hidangan yang baru aku jumpa iaitu roti goreng. Roti yang dicelup dengan telur kemudian digoreng garing. Diletakkan sedikit kaya untuk dicicah.


Sedang aku mengayuh, terjumpa dengan sebuah bas yang unik, di mana ia dibina dari kayu. Bas ini digunakan untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Kira bas sekolah lah tu. Hanya terdapat di Karimun saja.



Pak Azhar membawa aku berjalan-jalan ke lokasi yang aku minta dia tunjukkan. Masjid Al-Mubaraq, merupakan masjid bekas peninggalan Kerajaan Riau Lingga yang berpusat di Kab. Karimun. Masjid ini berciri khas arkitektur khas Melayu kuno dan berusia ratusan tahun yang dibangun pada 1301 Masehi. Masjid ini terletak di tepi pantai daerah Meral merupakan masjid tertua di Kab. Karimun setelah masjid tua di daerah Buru. Berdiri di sebelah masjid yang diketahui sebagai bekas rumah si pembangun masjid ini yaitu Raja Mubaraq. Di dalam masjid juga terdapat tiang yang mirip kebanyakan di masjid Penyengat. ~ Sumber dr blog Wonderful Karimun.


Seterusnya menuju ke Masjid Agung. Masjid yg mempunyai ruangan tempat yang luas untuk latihan mengerjakan ibadat haji. Di sekeliling masjid ini juga ditanam dengan pokok-pokok kurma dan pokok buah naga.


 


                            


 Lokasi seterusnya aku hendak ke Pantai Pongkar. Di persekitaran itu juga terdapat sebuah air terjun yang bernama Air terjun Pongkar, tetapi memandangkan jalan masuk ke sana memerlukan pendakian yg curam, maka aku batalkan hasrat untuk menjejaki air terjun tersebut.



Keadaan di sini sungguh panas, ditambah pula dengan kebakaran hutan di kiri kanan jalan membuatkan bahangnya makin ketara.


Jam 12, aku sudah sampai di jeti Tanjung Balai. Jam 12.30 tghari bot mula berlayar ke Pulau Kundur. Guider dari sana bernama Bang Ijol sudah lama menunggu. Kayuhan penyerahan diri untuk penyiksaan pun bermula.

Tiket bot dari Tanjung Balai ke Pulau Kundur Rp20,000 = RM5.78 seorang.
Hotel Pelangi : Rp120,000 = -+RM35
Upah tukang angkat basikal naik ke bot Rp10,000 = -+RM3 


Jarak perjalanan mengambil masa 45 minit. Bot menurunkan aku di Tanjung Maqom. Ku fikirkan bot akan berhenti di Tanjung Batu, rupanya tidak. Aku tak sangka yang Tanjung Batu 50km jaraknya dari jeti Tanjung Maqom. Sudah lah bentuk rupa buminya berbukit-bukit. Aku tak larat nak kayuh laju-laju. Jadi Bang Ijol bawa ikut laluan pantai, kurang sikitlah penderitaan aku. Walau bagaimanapun bila sampai ke simpang batu 14 pendakian bermula. 3 kali aku ditolak dari belakang oleh Bang Ijol ketika mendaki. Cuaca yang keterlaluan panasnya juga menyesakkan dada aku.


Sampai di Tanjung Batu sudah jam 5 petang. Cadangnya lepas berehat sebentar, aku nak keluar semula untuk mencari 'tangga ajaib' yang terletak di Pantai Gading. Malangnya, hajat tak sampai kerana keletihan. Hanya keluar untuk mencari makan malam dan duduk melihat Bang Ijol bekerja.


Ini lah pekerjaan sambilan Bang Ijol di sebelah malam, kerana kecintaannya terhadap basikal dia membeli 'odong-odong' dr Jakarta. Kebiasaan duit akan dimasukkan ke dalam kotak dan dia akan bergerak, tetapi bang Ijol hanya kayuh sahaja. Selain itu dia juga menyediakan servis basikal tandem untuk pusing2 pekan selama 1 jam berharga Rp20,000 = -+RM5. Basikal2 ni dia beli dari Jakarta menggunakan duit hadiah Jambori basikal yang dia selalu menangi.


HARI KETIGA

 PULAU GALANG

Seawal jam 7 pagi WIB, aku dah bersedia untuk berlayar dari ke Pulau Galang. Aku bersarapan dahulu dengan lontong sayur. Ada mee hoon ?


Tiket Rp140,000 = -+RM40. Ahaks, aku amik jalan sehala dari jambatan 6 naik ke jambatan 1 tak perlu berpatah balik. Jambatan Barelang adalah singkatan dari nama BAtam, REmpang dan GaLANG. Ada 6 jambatan yang menghubungkan dari pulau ke pulau ni :
1. Jambatan Tengku Fisabilillah
2. Jambatan Nara Singa
3. Jambatan Raja Ali Haji
4. Jambatan Sultan Zainal Abidin
5. Jambatan Tuanku Tambusai
6. Jambatan Raja Kecik

Tiba di jeti Pulau Galang, keadaannya tidak sesibuk seperti jeti-jeti bot yang lain. Kelihatan beberapa warga Flores sedang menantikan kedatangan bot mungkin untuk mencari upah mengangkat barang-barang dagangan
penumpang yang datang.


Keluar dari pengkalan jeti aku nampak simpang ke Kem tinggalan pelarian Vietnam. Hati berbelah bahagi nak pergi atau tidak. Untuk lebih yakin, elok bertanya kepada penduduk tempatan. Menurut mereka, untuk sampai ke kem itu mengambil masa kira-kira 15 minit perjalanan menaiki motor. Jikalau motor 15 minit, basikal mungkin dua atau tiga kali ganda kerana keadaan jalannya yang berbukit bukit.
Aku ambil keputusan untuk teruskan saja perjalanan ke lokasi seterusnya.




Di antara jambatan 5 menuju ke jambatan 4 jaraknya sangat jauh. Laluannya sangat menyiksakan. Kita akan jumpa satu jalan yg sangat lurus seolah2 tiada penghujung. Jalan itu juga dijadikan 'landasan darurat' untuk pendaratan kapal terbang jika Airport Hang Nadim bermasalah.


Beginilah pemandangan di sepanjang jalan. Kesan kebakaran jelas kelihatan.



Aku sampai ke jambatan 1 pun sudah jam 6 petang. Berlegar-legar mencari tempat bermalam. Ada hotel tapi harganya Rp700,00 = RM200 untuk hari biasa dan Rp900,000 = RM260 harga hujung minggu. Akhirnya aku memilih untuk tumpang bermalam di sebuah masjid bernama Nurul Huda di jambatan 2. GRATIS !



Tapi sebelum tu makan malam dengan ayam penyet yang paling sedap pernah aku makan. Ayam kampung yang diperap dengan rempah digoreng garing.Terkenang kenang hingga hari ni.


HARI KE EMPAT

BATAM

Perjalanan diteruskan selepas solat subuh. Berhenti sebentar untuk mengabadikan gambar di jambatan Barelang.




..dan sesungguhnya benarlah Melayu berasal dari Kepulauan Riau. Pertuturan penduduk tempatan pun lebih kurang sama saja dengan bahasa kita di Semenanjung.



Walaupun cuaca baru jam 8 pagi tapi bahang mataharinya amatlah menduga kesabaran. Jeti Sekupang jadi destinasi untuk hari ini.



Ingat nak tidur di Sekupang tapi macam tak de tempat menarik untuk dilawati, terus aku beli tiket balik ke Tanjung Balai.
Harganya Rp85,000 = -+RM24.50.
Cas pelabuhan Rp6,000 = -+RM1.70
Upah muat naik basikal Rp10,000

Di Tanjung Balai ke Kukup
Pengesahan tiket pun kena bayar Rp60,000 = -+RM17
Cas pelabuhan Rp60,000

-+ budget aku abis dalam RM450-500.

Dengan rasminya, aku istiharkan Kepulauan Riau ni adalah tempat terbaik untuk RAJA BUKIT dan racer2 yg dah super power ranger untuk mantapkan stamina. Lagipun korang bukannya nak tengok sangat pemandangan kan, so boleh lah kayuh lelaju.

Sekian, jika diberikan umur yang panjang, dimurahkan lagi rezeki, aku mau backpacker ke Lingga.

***

~ A traveler, mender a broken heart ~

No comments:

Post a Comment