Untuk ke kampung ini, kita perlu menaiki bot dari jeti Kampung Genting. Harga untuk sebuah bot 12 penumpang pergi dan balik rm200. Jadi untuk seorang harga nya bergantung pada berapa orang yang menaikinya. Walau bagaimana pun boleh ja naik bot yang lebih kecil dan perlulah berbincang dengan pemiliknya untuk menentukan harga.
Difahamkan cuma ada 60 buah keluarga sahaja. Selebihnya adalah guru-guru sekolah, perantau dari negeri lain, pekerja-pekerja kontrak warga asing yang tinggal menyewa. Penghasilan penduduk di sini sebagai nelayan, pekerja pembersihan sektor swasta, peniaga kedai runcit/ kedai makan dan sektor pelancongan.
Untuk sekolah menengah pula, pelajar perlu bersekolah di kampung Tekek. Di sana telah disediakan asrama. Mereka akan tinggal selama tempoh persekolahan, setiap 2 minggu atau bila cuti khas baru ibu bapa datang menjemput menaiki bot. Rata-rata penduduk memiliki bot. Begitulah kehidupan mereka di sini.
Tarikan utama yang ada di Kampung Mukut menurut pemerhatian aku adalah adalah :
1. Air terjun di Kampung Asah.
2. Sungai kecil yang ada 3 kolam kecil (jakuzzi) di belakang Mukut Coral chalet.
3. Pintu masuk pendakian ke Gunung Nenek Semukut.
4. Syurga pemancing ikan dan mencandat sotong.
5. Bebas 'snorkeling' di tepi jeti melihat batu- batu karang serta ikan-ikan kecil.
7. Pemandangan jarak dekat mercu tanda Pulau Tioman yang gagah, 2 batu puncak Gunung Nenek Semukut.
8. Tidak sesak dengan pelancong.
Liputan internet/ talian talipon yang kuat adalah Celcom 4g dan Maxis cuma 3g. U-mobile sekadar Edge dan Digi tiada langsung. Sesuai untuk lari dari tekanan kerja.
Bagi mengekalkan kelestarian dan keindahan kampung ini, pihak Alam Flora telah mendapat tanggungjawab untuk menguruskan pembersihan dan pembuangan sampah ( 👈klik video di sini)
Ini lah sedikit info yang aku dapat daripada perbualan dan pengalaman singkat dengan penduduk Kampung Mukut selama 3 hari 2 malam.
Jikalau ada maklumat yang tidak tepat sila maklumkan untuk dibuat pembetulan.
Di sini aku sisipkan juga cerita dan sejarah tentang Pulau Tioman. Aku lebih tertarik pada cerita pertama tentang 2 ekor naga yang terpisah. Seekor bertukar menjadi pulau Tioman dan batu berbentuk tanduk dipanggil gunung Nenek Semukut, seekor lagi bertukar menjadi Pulau Lingga di mana tersergamnya Gunung Daik yang mempunyai bentuk tanduk batu yang sama seperti di Pulau Tioman.
Titik.
No comments:
Post a Comment