Friday, April 8, 2022

Cerita Kami Pusing Malaya ( Melaka )


AKU DENGAR, AKU DATANG, AKU TENGOK

 DAN 

AKU CUBA FAHAM



Cerita di Negeri Sembilan

Kenali  👉 M E L A K A dulu.

Cafe In The Farm

Sekarang aku sudah memasuki negeri Melaka.  Entah kenapa tekak ni saja memilih untuk makan masakan Vietnam. Saja ja. Itu pun sebab ternampak ada tempat makan yang menarik di laluan pilihan. Nak cuba, mana lah tahu boleh hilang rindu pada kampung halaman nun di Vietnam.

Inilah menu yang aku pesan. Yang cucuk-cucuk tu sate daun kadok. Itu sedap. Tapi yang Pho Bo tu, tetap tak boleh sama macam yang kat kampung punya. Haish !


Bila makanan Vietnam ( atau mana-mana negara sekali pun) dibawa masuk MY dan disediakan oleh orang MY, maka sudah pasti penambahan bahan mengikut tekak MY yang tanpa sedar sudah menghilangkan rasa asli masakan tersebut.


Agenda tersembunyi. Dah boleh tampal kenapa mesti disimpan. 😎

Apabila dah masuk Melaka, haruslah lintas lalu di kawasan abang kawasan jajahan Pengkalan Balak. Maka, harus lah datang mengadap  tunjuk muka sebentar.


Santodara

Tempat ini agak tersorok sedikit dan ia terletak di dalam kawasan resort persendirian. Pemandangan akan lebih cantik bila air pasang.



Muzium Kapal Selam

Aku tahu, si Abang mesti nak pergi tempat ni. Jadi aku masukkan dalam senarai tempat untuk dikunjungi. Aku bagi dia masuk, sementara aku jaga motorsikal.

Masjid Selat Melaka

Sudah lama aku berhasrat nak ke masjid ini. Kali ini aku mesti singgah walaupun cuma dari luar sahaja.


Aku baru nak bergambar, dah kena jerit dengan wisel oleh Pak Jaga. "Tak boleh masuk di kawasan situ". Huh. 

Kafe Markisa

Ini semua tempat yang viral. Saja nak tengok, lagipun kedudukannya pun dekat sangat dengan tempat bermalam untuk hari kedua. 


Menu yang disediakan semua menu barat. Harganya pun harga tengah bandar. 

Diberi nama markisa mungkin hidangan istimewanya adalah jus buat markisa. Hiasan sekelilingnya juga ditanam dengan pokok buah markisa. Anak-anak pokok markisa juga turut dijual. 

Boleh aku katakan tempat ni cantik dengan pemandangan tasik yang luas dan menenangkan.


Kem Tasik Biru

Aku ulang kembali ke tempat ni sebab aku suka dengan pemandangannya. Tasik dan puncak Gunung Ledang.


Itulah wakaf tempat aku meluruskan badan setelah seharian mengukur jalanraya.

HARI 3 ( 155km)

SABTU 5.3.2022

Suasana di waktu pagi ketika matahari mula terbit di depan wakaf.

Bersarapan pagi dengan baki pizza semalam sambil menyaksikan pemandangan yang subhanallah.



Tepek lagi.


Makam Belimbing

Sebenarnya lokasi makam ni tidak ada dalam perancangan aku dan aku pun tak pernah tahu tentangnya. Yang aku tahu selepas keluar dari kem Tasik Biru, aku nak menghala ke Laman 3 Budaya. Dalam perjalanan itu lah aku ternampak papantanda yang kecil menulis "Makam Belimbing". Dalam hati aku berbisik; "nak berhenti ke tak ? nak ke tak nak ?" Disebabkan tak nak rasa menyesal seumur hidup, aku putuskan untuk berpatah balik. 

"Sorry bang, mak nak tengok kejap tempat tu. Tengok je."

Sesampai saja di halaman perkuburan, ada seorang remaja sedang membersihkan halaman rumahnya. Aku minta izin untuk mengambil gambar, dan kemudian keluar pula seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai penjaga makam-makam tersebut. Sila tonton rakaman video yang aku buat sebab aku ni bukan pandai nak bercerita. Aku ni mudah lupa, oleh itu aku rakam saja. Mudah bukan ?.


Aku memang teruja dengan bentuk batu nisan belimbing tu, bagaimana lah orang dahulukala melakukannya dengan begitu halus sekali. Sabar betul dorang kan ?



Macam bentuk bahulu cermai.





Ini adalah lakaran bentuk-bentuk batu nisan yang dikumpulkan untuk rujukan dari mana asal usulnya.



Laman Tiga Budaya

Sebenarnya Laman 3 Budaya adalah taman tema air. Oleh sebab ia terletak betul- betul di 3 sempadan, maka dibina lah batu tanda sempadan 3 negeri. Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 



Oke, Johor..aku datang ni..




Jom masuk J O H O R !



No comments:

Post a Comment