Showing posts with label Laos. Show all posts
Showing posts with label Laos. Show all posts

Tuesday, December 20, 2011

Terpaksa Pulang


10hb Disember 2011


Masih ingat kah insiden pada 7hb Disember 2011 tentang aku membeli tiket ke 4 Thousand Islands dan bukan terus ke Pakse ? kontroversi tu. Hik hik.
Okeh..setelah membaca cerita ini, dan melihat keadaan di bandar Pakse itu, korang boleh fikir sendiri andai aku membeli tiket terus ke Pakse, sudah tentu akan tiba lewat malam di bandar tu dan di mana arah nak ku tuju ? nak tido di mana ? sedangkan waktu siang pun ulat-ulat terlalu mendesak, apalagi di malam hari. Woo, keselamatan belum tentu terjamin. Maka, kesimpulan yang aku boleh buat adalah aku berbangga dan bersyukur dengan kelembapan aku berfikir selembab kura-kura. Setidak-tidaknya pada malam itu ada gak tempat berteduh walau tidur di tepi sungai Mekong. Yang pastinya SELAMAT. Phew! I love my instinct.

Okeh sambung cerita.

Setelah seronok aku mencari kayu api di tengah malam buta tu, akhirnya subuh pun menjelma. Aku bersihkan diri seala kadar kemudian kemaskan 'backpack'. Bersedia untuk keluar dari tempat tu, cuma sebelum tu aku nak gak mandi dan membersihkan badan yang dah lebih 24 jam tak mandi. Mujur di kawasan tu disediakan tandas yang cukup selesa dan bersih. Di situ juga ada seekor burung nuri yang sangat jinak. Selesai aku mandi, sempat juga la aku bermain-main dengannya, ternyata dia lapar dan mencari-cari makanan. Nak tahu aku bagi apa ? Aku seluk bag merah jambu aku dan mengambil sebiji gula-gula lemon + madu hudson aku tu. Hahaha. Aku blasah ja suap kat mulut dia. Eh! burung ni kalau goreng pun sedap kan ? Apakata anda ? 


Lokasi seterusnya Luang Prabang. Jom gerak !
Tapi sebelum tu nak keluar ke jalan utama 14.5km. Pepagi ni mana ada 'tuk-tuk' haiya ! 
So what to do meh ? Walk lah! 2km AJE sampai ke jalan besar. Morning walk. cargasss !

Tiba di jalan utama, tahan lah 'tuk-tuk' nak ke Luang Prabang, sume geleng kepala. Aduih, memang tuk-tuk tak pergi arah sana sebab jauh sesangat ke. Ala, mana la aku tau. Ingat jalan sehala.  Yang ni aku ngaku aku silap tapi yang pasal tiket bas kontroversi tu aku ada alasan kukuh. Pilihan aku tepat. (korang tak paham eh? tape, biar aku sorang ja faham)

Maka, aku pun kata kat pemandu tuk-tuk berhentikan aku kat simpang 'jalan utama' pun cukup lah. Sampai jalan utama aku diturunkan. Bayar tetap bayar. Entah berapa tah aku dah malas kira. Bertanya lah aku pada orang-orang yang berada di kedai tepi jalan tu, mana arah nak ke Luang Prabang. Diberitahu bahawa aku mesti berpatah balik pergi ke Pakse, untuk mengambil bas arah ke utara. Hah? hapa?? Gulps.

Errkk. Kena naik 'tuk-tuk' lagi. Maknanya duit lagi dan lagi. Takpe la, perjalanan harus diteruskan. Naiklah aku 'tuk-tuk' berikutnya. Pakse ?! Pemandu tuk-tuk mengangguk-angguk. Aku pun naik lah. Rasanya separuh ja perjalanan nak sampai ke bandar Pakse tiba-tiba 'tuk-tuk' berhenti di tepi jalan, yang mana di situ telah menunggu 2 buah 'tuk-tuk yang lain. Aku disuruh turun dan naik 'tuk-tuk' yg baru. Siap bag aku telah sedia dipindahkan. Eh! konspirasi apa ni ? beberapa org penduduk tempatan juga kena bertukar 'tuk-tuk.' Jangan tak tahu, aku kena bayar harga tuk-tuk yang pertama tu juga. Ish.gile ah !

Masih termanggu-manggu, tapi terus naik 'tuk-tuk' kedua. Bila tiba di simpang stesen bas yang sepatutnya aku berhenti, pemandu 'tuk-tuk tidak berhenti malah terus memandu hingga ke stesen 'tuk-tuk'. Haishh. Ini sudah menaikkan kemurkaan aku nih. Sampai bila mau dipermainkan. Aku terus cakap. NO! not this station. Send me to the bus station. Pemandu 'tuk-tuk' mula tarik muka masam. Ahh! aku peduli hapa, dah ko bodoh sombong nak ikut jalan dia mana boleh jadi.

Dia start enjin tuk-tuk dan terus memandu entah nak dibawa kemana pula. Dia berhenti kat stesen bas awam di mana ada kaunter tiket bas express terus ke Vientien. Di suruh turun. Eh! apa ni ? kat mana pulak dia bawak ? mmg terbakar hati wei. Aku nak bayar $2 ja. Tapi dia mintak $5. Bertekak jugak la.. Akhirnya aku bagi $3. Terus dia pergi. 

Gelagat aku diperhatikaan oleh seorang pemuda yang sedang menunggu bas di pondok bas. Mujur dia boleh berbahasa Inggeris. Maklumlah pelajar. Bagus. Pandai skit. Dia memberitahu bahawa kalau nak ke Luang Prabang perlu mengambil 2 kali bas. Yang pertama mesti turun di Vientiene, dari situ ambil bas lain terus menuju Luang Prabang. Owh iye ke ? Aduhai. Ku buka dompet, tinggal 1000 baht. Cukup kot nak ke sana..Okeh terjah aje la. Jadi, aku tiada pilihan lain melainkan menaiki bas awam yang macam nak roboh.

Pakse to Vientiene = 670km
Jauhnya. Lepas tu kena naik bas yang macam ni ? Dengan hati yang terkedu, aku terus naik bas serupa ini. 670km jauh sangat, camana kalau aku nak buang air kecil ? nak berhenti kat mana ?
Hrm. Jom kita tengok bagaimana keadaannya bila nak ke tandas.

Setelah berbatu-batu perjalanan, aku tidur, aku jaga, kemudian aku tidur semula. Aku terjaga lagi dan lagi. Tetap tak sampai-sampai. Pemandu bas tiba-tiba memberhentikan kenderaan, dan dia turun terus menuju ke balik belukar. Penumpang lain turut mengikut perbuatannya. Hrm, nak kemana eh dorang.
Aku terus buat kesimpulan. TANDAS ? Cam tu je ke ? abis kalau pompuan nak ke tandas macam tu gak ke ? alahai. Wahai perut jangan la kau buat perangai. Sabar ya sabar sampai ke destinasi yang agak selesa skit. 

Bila tiba di setiap stesen bas yang kecil aku bergegas mencari toilet. Nak masuk toilet dorang pun kena bayar tau 1000kip = RM0.30sen.  Dorang takde duit syiling. Semuanya guna duit kertas. Rasanya berkepuk-kepuk la duit  kertas kip eh.

Seingat aku, dalam perjalanan ni ada sekali pertukaran bas dibuat. Sama gak keadaannya, bag aku sudah sedia dimasukkan kedalam bas yang lain. Kemudian disuruh pindah ja. Mujurlah tak payah bayar apa-apa. Kalau tak mesti aku mental kat situ juga.

Bas meneruskan perjalanan menuju Vientiene. Mejelang 23:00 baru bas sampai ke pinggir bandar Vientiene. Hari dah gelap.'tuk-tuk' tetap berada di mana-mana. Mengekor ja kemana kita pergi. Rimas betul. Ambil keputusan untuk berhenti berehat untuk berfikir. Ada papan kenyataan yang besar menunjukkan peta lokasi negara Laos. Aku tgok dan tercari-cari di mana letakkan Luang Prabang. Mata tertumpu di arah utara Laos dan membaca maklumat yang tertulis di situ. Luang Prabang - 387km.. GULPS!

Mak aihhh jauh lagi..aku mulai berkira-kira kali yg ke 365. Duit tinggal sikit ja.

Ke :
Luang Prabang naik bas = $, 
Luang Prabang nak masuk Chiang Mai = $
Chiang Mai nak masuk Myanmar = $
Myanmar patah balik ke Chiang Mai = $
Chiang Mai ke Bangkok = $
Bangkok ke Hatyai = $
Hatyai ke KL = $..

Hrmm 1 ,2, 3, 4, 5 ,6 ,7 Uhf. Apa plan C ? Arrggh
Takkan nak balik baru berapa hari. Tak suka, tak suka, tak suka !

                                                       BUNTU..!

Aku bentang sleeping bag dan buat bodoh ja tido kat stesen bas. Carik ilham.

ala-ala gelandangan..
11hb Disember 2011

Setelah berehat dan tenangkan fikiran. Keputusan pun diambil. memandangkan Vientiene tidak jauh dari sempadan Thailand, haruslah berpatah balik masuk ke Thailand. Dengan berat hati dan sedikit kecewa, harapan terpaksa dilupakan. Naik 'tuk-tuk' hingga ke sempadan. Aku terus menyeberangi sempadan Laos, tetapi sebelum tu kena bayar fee 9000kip = RM3.59. Eh ! banyak tu ja ? yang aku kena sampai $5 tu apa ?
Grr grrr.
Melepasi sempadan Thailand pula. Free tak perlu bayar apa-apa. Di situ sudah menanti van yang menyediakan penghantaran ke stesen keretapi Nong Khai.



Hrm, lega sikit dah masuk Thailand. Walaupun ada banyak tuk-tuk tetapi mereka tak la mendesak dan berkerumun. Di sini lebih sopan. Aku masuk ke stesen keretapi mencari kaunter tiket, ada tiket ke Bangkok jam 18:20, sedangkan masa aku membeli tiket tu baru jam 08:09. Berapa lama mau tunggu da.
Tiada pilihan. Buat la macam rumah sendiri.

Keluar ke seberang jalan, hajat hati untuk mencari makan pagi, tapi semua tak halal. Cuma minta air panas untuk membancuh nescafe dan cicah dengan roti perancis saja. Jadi la.

Aku suka tandas kat sini ,sempoi dan bersih. memang bersih sesangat. Pintu masuk dia pun menarik.
3baht - tandas
10 baht- mandi
Kalau tak kena bayar memang aku duduk lelama dalam tu. Hehehe

bersih dan wangi


macam nak masuk Zoo Negara zaman dulu2 kan ? 

sejuk mata memandang

adakah cerita perjalanan aku terhenti di sini ?
Ada lagi ke cerita lepas ni ? macam dah takde ja yang menarik. Hrm. Nanti la aku fikir. Yg tak berapa nak menarik aku akan olah bagi menarik. Boleh gitu ?


Nak rehat sebentar.

Moral of the story :
Beli PETA negara yang nak kita lawati SIAP-SIAP !

bersambung

Laos : Tuk Tuk & Dolar


LAOS

Cerita hari sebelumnya ku bawa dalam lena. Dalam kedinginan malam aku terjaga berkali-kali kerana kesejukan. Aku selak hammock untuk memandang ke luar. Waw ! Subhanallah. Langit cerah sangat, bulan mengambang penuh, bintang-bintang penuh berselerakan di langit. Sangat santek. Nak ambil gambar, kamera aku tak mampu nak tangkap semuanya, nanti gelap ja, jadi baik tak payah. Kembali menyorokkan badan dalam hammock. Sejuknya tidur tepi sungai Mekong. Tertidur semula.

9hb Disember 2011

Seperti selalu, aku sentiasa menetapkan waktu pada talipon bimbit, jadi aku tidak terlewat. Tepat 04:30, jam berbunyi, aku bingkas bangun dan terus mengemas hammock yang aku gantung di tiang pondok. Cepat ! kejap lagi bas pertama akan sampai. Sebenarnya bukan bas la tapi 'tuk-tuk ' yang bersaiz besar sedikit dari yang macam biasa. Cam lori pun ada.

ni la rupanya tuk-tuk tersebut

Setelah bag aku dinaikkan di atas bumbung 'tuk-tuk', maka perjalanan pun bermula. Pagi tu aku cuma meneguk mineral water saja untuk mengalas perut. Pemandu 'tuk-tuk' mempelawa aku duduk di bahagian hadapan. Agak selesa sikit la, tak perlu lah aku bersempit dan berhimpit-himpit kalau duduk di belakang. Di sini, yakni Laos 'tuk-tuk' mencari penumpang. Mata pemandu 'tuk-tuk' liar memandang kiri dan kanan jalan untuk mengesan penumpang dan harga tuk-tuk tidak seragam, ikut suka dorang ja nak letak berapa. Agak bingung juga la nak mengira matawang Kip nih.

pemandu tuk-tuk.

Dalam perjalanan, aku sentiasa memerhatikan keadaan persekitaran laluan. Sistem jalanraya mereka agak bagus. Semua jalan ber 'tar'. Tak la seteruk jalanraya di Vietnam. Hingga sampai suatu kawasan di mana di kiri kanan jalan penduduk menjual ' kaolam' di sepanjang laluan. Aku pun berteriak kecil, Eh eh ! itu benda yang aku makan la. Tak lama kemudian 'tuk-tuk' pun berhenti untuk mengambil penumpang. Penjaja 'kaolam' pun datang hampir ke tingkap di mana aku duduk, sambil menunjukkan barang dagangannya.

Aku memerhatikan  perbezaan 'kaolam' versi Laos. Di atasnya dia letak kelapa parut pulak. Ah! tak pe la. Beli ja. Serunding aku masih ada, boleh la makan, lagipun belum bersarapan lagi ni. Jadi, ambil 2 batang. Tanpa berlengah, 'kaolam' pun dibuka. Aikkk ! kenapa ada kelapa parut ? warna lain pula ? Di sini dorang gunakan pulut hitam. Tapi rasanya tetap sama dan sedap sedap sedap.

begini lah rupa isi 'kaolam'
Aku mengeluarkan serunding di dalam bag merah jambu. Apalagi, kelapa parut yang menutup atasnya aku buang, padahal sebenarnya kaolam tu makan dengan kelapa. Hehehe. Mana aku tau. Dengan rakusnya aku makan kaolam cicah serunding. Wallah.! makan tak muak, sebab bukan guna santan. Jadi dia agak kering dan tidak melekit-lekit.

Teringat-ingat la. Mana nak cari 'kaolam' kat MY ni ? ada gak 'orang' KEMPUNAN dengan makanan ni. Hahaha sadis. Sungguh sadis.  Ketika aku makan, aku beri sedikit pada pemandu 'tuk-tuk' tu merasa kaolam + serunding. Ha, rasa pulak makanan dr MY. Sedap bukan ? 

Sepanjang jalan ke Pakse, aku didendangkan lagu-lagu negara Laos. Best juga musik nya. Dia tak guna kaset atau cd player. Tapi guna mp3 thumbdrive. Hah! ambik kau. Majunya dia. Kereta aku pun tak ada benda tu. 

Sampai di suatu bandar 'tuk-tuk' pun berhenti, dan mengarahkan aku turun. 'Pakse' katanya. Owh ok, dah sampai rupenya. Seperti biasa penumpang akan di kerumuni oleh 'ulat tuk-tuk'. Ala ramainya kerumun. Aku jadi takut nak buka bag dompet. Mana lah tau kan. Tak pasal-pasal kena samun, dah la tempat dorang. Sejujurnya aku tak mempunyai matawang 'kip', semua urusan matawang aku gunakan baht dan dolar ja. Pasal tu la duit aku cepat susut.

Aku tak tahu mana nak pergi sebenarnya, tapi buat-buat tahu ja. Ku tolak semua pujuk rayu 'ulat' yang ada dan terus berlalu menuju bas station yang berada di sebelah kawasan teksi. Pergi di kaunter tiket bertanyakan lokasi air terjun yang aku nak pergi. Semua geleng kepala. Apakah mereka tak tahu ? mustahil. Adakah mereka tak faham ? mungkin juga. huh! sunggoh !@#$%^ . Tak friendly langsung, sombong juga. Tak ada sikap suka membantu seperti rakyat Thailand dan Vietnam. Patut la negara masih mundur tak maju-maju.

Vietnam pun mundur juga tapi bersemangat nak belajar dan ambil tahu. Tu pasal Vietnam cepat membangun.(kes sumpah seranah versi aku).

Jadi lah aku macam peminta sedekah, ke sana ke mari bertanyakan arah tuju. Dah la bahasa Inggeris mereka tak reti dan tak paham, tunjuk nama tempat pun  tak boleh nak baca. So how ? yang dorang tau hanya $ $ $. Yang tu laju ja. Ceh!

keadaan di station bas Pakse
Di Laos dan Kemboja, aku memang sentiasa pakai penutup mulut (mask) sebab keadaan udara dan cuaca mereka sunggoh kotor dan berdebu. Walaupun nampak terang dan panas matahari tetapi keadaan nya dingin dan berangin. Pasal tu mereka pakai jaket ditengah hari panas terik.


Tengok saja la muka aku yang pahit. Agak rimas dan stress dengan keadaan keliling. Mana tak nya, duit makin susut. Lokasi tak sampai-sampai lagi. Perjalanan masih jauh, tempoh hari masih banyak lagi. tapi duit dah nak habis. Stres!

'Tuk-tuk' ni, selagi tak penuh muatannya macam isi sardin dalam tin, dia tak jalan. Kuat betul kapasiti lori kecik ni. Dengan ayam, itek semua dia bawak naik lori ni..Ada satu keadaan , aku tiba-tiba terhidu bau yang amat memualkan.Ya ampunnn. Busuk gile-gile. Hampir aku nak muntah. Apa benda yang dorang bawak ni ? busuk! busuk ! macam sesuatu yang diperam. Cepat la gerak wahai lori kecik. Ada macam bau dalam kandang babi.(wei..aku pernah duduk dalam toilet yang di sebelahnya kandang babi tau @Vietnam) Pergh! menusuk tajam sampai rongga paru-paru aku. Uhuk! bluwerk.

Mintak nyawa, mintak ogygen.

Ok setelah muatan penuh, lori kecik tu pun mulakan perjalanan. Ah! lega. Duduk la aku dendiam kat hujung sisi lori tu. Asal toleh ke kiri dan kanan bau busuk akan terhidu. Sekitar 20 minit perjalanan, 'tuk-tuk' pun berhenti di tepi jalan sambil mengarahkan aku turun. Dah sampai agaknya. Terkial-kial la menurunkan bag yang berat tu dari atas bumbung lori dengan muatan lain lagi yang bersesak-sesak.

cam dalam tin sardin
Aku rasa cam kena tipu lagi. Sebab, lokasi yang aku nak pergi tu 14.5km masuk ke dalam lagi. Kenapa dia turunkan aku kat sini ja. Apasal masa kat station dia kata dia melalui jalan ke lokasi tersebut ? Ah sudahh! 14.5 km jauh tu. Kira-kira dari rumah aku pergi ke pekan Klang. Ala, takkan nak jalan kaki masuk ke dalam kot. Takkan nak ambik tuk-tuk lain ? Ala, duit lagi! tak pe, jalan kaki ja. Eh! tapi bila nak sampai nya. Haru !

Kata nomad kan ? apa lagi jalan daa ! Dengan rasa bengkek, aku mulakan langkah. Jam menunjukkan masih awal pagi, tapi terik matahari dia cam pukul 12 tengahari. Panas terik + dingin + berangin. Macamana tu ? sistem badan aku pun kompius. Nak pakai jaket ke tak ? lebih kurang 3 batu kot aku berjalan kaki. Datang sebiji motor dok bertanya-tanya dalam bahasa Laos. Eh, apa dia nak ni. Agak menganggu jugak la. Takut pun ada, asyik mengekor ja time aku berjalan. Lastly ambil keputusan tahan 'tuk-tuk' demi keselamatan.
Setelah bertanya arah tuju dan harga , maka dipersetujui dengan harga $3 hingga ke lokasi. Huh! mata DOLAR sunggoh. Duit dolar makin habis. Maka , di bawa lah aku ke tempat yang diberitahu, sampai di pintu masuk, kena bayar tiket pulak 5,000 kip. Uih! gile ah, nak masuk kawasan air terjun ja. Bukan nak tgok binatang kat zoo. Terpaksa hulur jugak la.

Setelah urusan upah tuk-tuk di selesaikan, aku bergegas mencari air terjun yang menjadi buruan aku selama ni. Cepat, dah dengar dah bunyi deruan air terjun tu, tapi di mana ya ? teng teng teng

Seperti yang pernah aku perkatakan atau berjanji...aku akan duduk di kerusi kayu no 3 dan akhirnya aku tunaikan. Lihat lah dunia. ~TAD PHA SUAM


amacam ? segak dan ensem tak aku ? 

Setelah puas bergambar. Eh puas ke ?  Cuma dapat rakam sikit ja gambar untuk buat syarat. Maklum lah kamera cap kura-kura.  Tidak la cantik sangat hasilnya. Tengok muka aku pun tak berseri.  Walau apa pun kira ok-ok la sampai juga ke tempat ni. Kat sini memang tak nampak tempat boleh berkhemah. Cuma ada chalet ja. Itu pun $25 semalam. Mahalnya. 

Melawat dan meronda-ronda keadaan sekitar mencari lokasi yang sesuai untuk berteduh. Hari mulai gelap. Ada satu kawasan air terjun lain yang terdapat di situ. Agak tersorok dari umum. Jadi mulakan operasi Shhh.


Untuk malam ini, aku berkhemah di dalam hutan.  Hutan asing yang aku tak tahu apa yang ada di dalam nya. Lokasinya bersebelahan dengan air terjun dan ada gua di belakangnya. Bimbang juga kot-kot nanti kena halau tak pasal-pasal. Mula mencari kayu api untuk keselamatan. Unggun api dinyalakan. Bersedia untuk menyediakan makan malam. Cuma masak maggie sebagai alas perut. Keletihan mengatasi segalanya. Mau tidur. Tapi tak boleh. 
Uhh ! ~ Keselesaan atau Keselamatan~  
Nak carik kayu, nak cari kayu, nak cari kayuuu !

Malam tu aku tak boleh tidur, mesti menjaga unggun api agar tidak padam. Sesekali tersengguk-sengguk juga. Mata dan kepala nak berpusing dah. Suasana malam agak terang dari cahaya bulan mengambang penuh. Dari sinar cahaya bulan kelihatan jalur-jalur putih menerusi celahan rimbun dedaunan pokok akibat dari kepulan asap. Sangat menarik. Leka dengan keadaan itu hingga terlupakan rasa mengantuk. 

Bila dah berjaga sepanjang malam sudah tentu perut akan sentiasa lapar. Hrm..apa lagi makanan yang tinggal. Owh ada bubur nasi segera perasa ayam. Bubur pun bubur la. Sedap juga masak dengan kayu api. 

Malam terus berlalu dan aku terus merenung api yang ligat membakar kayu. Kurang tambah kayu lagi. Kayu habis. Pergi cari, cari dan cari lagi hingga menjelang 4 pagi.

Owh. Kalau lah dapat tidur dalam hammock, alangkah indahnya, indahnya, indahnya..

Kayu dah habis ! ala...pasang headlamp dan mulakan pencarian. Nak cari kayuu, nak cari kayu, nak carik kayu, nak carik kayu.

Tuesday, December 23, 2008

Merentas 3 Negara Dengan 4x4

Thailand, Laos & Vietnam

Akhir tahun 2008, aku berpeluang untuk menyertai ekspedisi perjalanan ke tiga negara dengan pacuan 4-roda selama 17 hari.

Perjalanan ini sebenarnya percutian keluarga, jadi semua peserta terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak. Aku, satu-satunya individu yang tidak mempunyai hubungan dengan sesiapa pun.

Sendirian, aku menjadi orang asing di dalam kumpulan asing dan pergi ke negara asing.
Bagaimana dengan tiba-tiba aku boleh masuk ke dalam golongan  yang terdiri daripada usahawan, CEO terkenal dan pegawai tertinggi kerajaan yang aku tak pernah kenal ?

Krik krik krik.
Korang percaya dengan perancangan Allah tentang jalan hidup setiap manusia ? Yeah, Kun Fayakun.

Ya, inilah permulaan cerita hidup baharu aku setelah kembali bujang.

Aku sebenarnya mengantikan salah seorang peserta yang tidak dapat ikut serta. Segala kos perjalanan dan penginapan sudah dibayar. Aku cuma bawa badan ja dengan syarat;
Aku hanya perlu melihat, mendengar dan bercakap apabila perlu. Patuh dengan arahan dan menjaga kelakuan sendiri. 

'OK'.

Pada aku ini adalah percutian mewah. Setiap perhentian kami akan bermalam di hotel terkenal. Apabila masa untuk membeli-belah, aku hanya ikut tanpa membeli, kerana aku tidak ada peruntukan untuk membeli. Duit tu ada, tapi aku simpan untuk hal kecemasan.

Kali pertama aku bercampur dengan orang-orang berada ni,  terasa diri sangat kecil dan malu dengan penampilan aku yang selekeh. Padahal sebenarnya mereka biasa saja. Mereka layan aku dengan baik dan mesra sepanjang perjalanan.  Aku ja yang fikir bukan-bukan.


Ini adalah jadual perjalanan yang aku salin dan tampal.

Day 1 (11th Dec 2008)
R&R Rawang – Surat Thani, Thailand (830km)
Check in at Regency Hotel Hatyai
Dinner at Hamid’s Restaurant

Day 2 (12th Dec 2008)
Surat Thani - Ayuttaya, Thailand (720km>>>1550km)
Depart to Ayuttaya
Lunch at Thungsun
Check in at Diamond Plaza Hotel

Day 3 (13th Dec 2008)
Ayuttaya - Chengmai, Thailand (600km>>>2150km)
Chengmai
Check in at U-Thong Inn Hotel

Day 4 (14th Dec 2008)
Chengmai – Chean Sean, Thailand (240km>>>2390km)
Check in at Lotus Hotel Pang Suan Kaew

Dinner at Anusarn nite market

****

Day 14 (24th Dec 2008)
Savanakhet – Nakhon Ratchasima, Thailand (400km >> 4900km)
Check in at Pal Chong Landmark Hotel

Day 15 (25th Dec 2008) 
Nakhon Ratchasima – Prachup Khiri Khan, Thailand (625km >> 5525km)
Depart to Prachup Khiri Khan

Day 16 (26th Dec 2008) 
Prachup Khiri Khan – Nakhon Si Thammarat, Thailand (500km >> 6025km)

Depart to Nakhon Si Thammarat
Check in at The Twin Lotus Hotel

Day 17 (27th Dec 2008) 
Nakhon Si Thammarat – Hatyai, Thailand (190km >> 6215km)
Depart to Hatyai

LAOS


Day 5 (15th Dec 2008)
Chean Sean - Chiang Khong, Thailand -Houexai - Oudomkham, Laos ( (370km>>>2760km)
Crossing Mekong River to enter Laos by ferry
Lunch stop at Luang Namtha

Day 13 (23th Dec 2008)
Vinh – Savanakhet, Laos (340km >> 4500km)
Depart to Savanakhet

karst ranges

VIET NAM


Day 6 (16th Dec 2008)
Oudomkham – Dien Bien Phu, Vietnam (200km>>>2960km)

Visit Ethnic Village at Hmong Laotheung, Laos
Ferry crossing at Nam Ou River, Laos
Visit De Castrie Bunker at A1 Hill. (Vietnam destroy the biggest
French Camp above the hill)
Visit DBP museum


Day 7 (17th Dec 2008)
Dien Bien Phu – Sapa, Vietnam (280km >> 3240km)
Sapa
Visit Silver Waterfall


Day 8 (18th Dec 2008)
Sapa, Vietnam (0km >> 3240km)

Visit to Tavan Village. A very typical DAO village by the river
Visit CAT CAT village

Day 9 (19th Dec 2008)
Sapa – Hanoi, Vietnam (400km >>> 3640km)
Hanoi

Day 10 (20th Dec 2008)
Hanoi, Vietnam (0km >> 3640km)
. City Tour – Lao Cai City
Ho Chin Minh Mausoleum
One pillared Pagoda + Ho Chin Minh House in stilt
Lunch (Provided)
Visit Sword Lake + Ngoc Son Temple + Vietnam Museum
Visit Dong Xuan Market (Famous shopping area in Hanoi)
Dinner (Provided)
Water Puppetry Show (The one in the world)
Entrance : 40,000 Dong

Day 11 (21st Dec 2008)
Hanoi – Halong, Vietnam (200km >> 3840 km)
Halong Bay

Summary :
Day 1, 2, 3, 4, 14, 15, 16 & 17 ~ Thailand
Day 2 & 5 ~ Laos
Day  6, 7, 8, 9, 10 &11 ~ Vietnam

Sekali seumur hidup

Majlis kecil untuk menyampaikan sijil MEKONG EXPEDITION 2
Pulang ke Kuala Lumpur